Apabila tekanan emosi berada pada aras yang rendah, hasil kerjanya juga berada pada tahap yang rendah kerana kurangnya motivasi dan tumpuan kepada kerja. Tekanan yang berada di aras tinggi, seseorang akan menunjukkan tanda-tanda mengalami tekanan emosi Tekanan emosi yang berada di aras sederhana paling baik kerana ia akan meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang itu
- Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga menyebabkan ketegangan.
Langkah 4 Menangis
- Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah.
- Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa. - Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan
berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.
Langkah 5 Ketawa
- Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka. - Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan. - Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.
Langkah 13 Bersantai
- Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri dan minda.
- Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan memberikan keseronokan
- Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.
Langkah 16 Berurut.
- Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.
- Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan. - Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan ketegangan akibat bebanan stress.
Langkah 18 Hipnosis
- Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki satu suasana yang indah. - Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi, airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruh melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar anda berasa segar dan ringan tanpa masalah. - Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.