Anda di halaman 1dari 80

SURAH AL-ANBIYA AYAT 51-73

ISI PELAJARAN
Surah al-Anbiya` ayat 51-56 Surah al-Anbiya` ayat 66-73

Sikap Nabi Ibrahim terhadap bapa dan kaumnya dalam menegakkan dakwah kebenaran

Surah al-Anbiya` ayat 57-65

Nabi Ibrahim menghancurkan kemungkaran

Nabi Ibrahim sanggup menghadapi risiko kematian kerana dakwah kebenaran

Sebelum Ibrahim diangkat Allah menjadi utusanNya, dari masa remaja dia sudah dianugerahi Allah kecerdikan.

Yakni kebolehan membezakan perbuatan yang benar dan salah.

Kamilah yang sangat tahu dan mengaturnya. Kerana dia sedang Kami persediakan menjadi seorang Rasul.

Ibnu Katsir menulis dalam Tafsirnya : Tentang cerita-cerita bahawa ayahnya menghantarkannya kepada sebuah gua di tengah padang sedang dia saat menyusu. Dan setelah beberapa lama dalam gua itu dia keluar, sampai di luar dia melihat bintangbintang dan makhluk lain, dia mendapat kecerdikan dari pemandangan-pemandangan itu dan beberapa cerita lain yang ditulis oleh beberapa penafsir

(Ingatlah) seketika dia berkata kepada ayahnya dan kaumnya. (pangkal ayat 52). Ada tersebut bahawa ayahnya bernama Azar adalah seorang yang ahli membuat patung-patung berhala, dan kaumnya adalah kaum penyembah berhala belaka. Maka kata Ibrahim kepada mereka : Apakah patung-patung ini?. Satu pertanyaan yang benar-benar menentang : Apa ini? Kayukah ini, batukah ini atau Tuhan? Kalau dia kamu katakan Tuhan, diakah yang berkuasa menjadikan kamu sekalian, atau tangan kamu sekalian yang membuatnya?

Yang kamu sekalian terus menerus memujanya? (hujung ayat 52). Memuja terus menerus siang dan malam, petang dan pagi? Apa ini patung-patung yang hina, yang kamu sembahsembah? Kamu puja-puja? Patung yang tidak bernyawa, diukir tanganmu sendiri, tidak memberi manfaat dan tidak memberi mudharat? Jangankan menolong kamu, sedangkan bergerak dari tempatnya pun dia tidak kuasa kalau tidak kamu yang memindahkannya

Mereka menjawab : Telah kami dapati bapakbapak kami menyembah kepadanya. (ayat 53). Inilah suatu pengakuan yang amat lemah. Sebab mereka sendiri pun tidak mengerti apa gunanya berhala-berhala dan patung-patung itu disembah. Cuma mereka dapati bapak-bapak atau nenek moyang telah melakukannya juga sejak dahulu. Telah jadi pusaka turun menurun.

Dengan terus-terang Ibrahim menyedarkan akal murni mereka, bahawa perbuatan menyembah dan memuja berhala itu adalah jalan yang sesat semata-mata, baik pada kamu atau pada nenekmoyang yang mempusakakannya kepada kamu. Kamulah yang berakal, bukan berhala itu. Kamulah yang berkuasa atas berhala-hala itu, bukanlah berhala itu yang berkuasa atas kamu. Kesesatan itu nyata sekali, turun-temurun, dengan tidak ada kemampuan berfikir.

Setelah mendengar celaan yang setegas itu dari Nabi Ibrahim, mereka mengeluarkan pertanyaan demikian : Apakah kata-katamu itu sungguh-sungguh atau main-main?

Dapatlah kita tinjau perasaan mereka di waktu itu. Kesesatan yang telah turun-temurun ini belum pernah ada selama ini orang yang menegurnya. Sebab itu mereka tercengang-cengang. Apatah lagi Ibrahim bukanlah orang lain. Ibrahim adalah saudara mereka sendiri. Anak dari salah seorang mereka yang ahli membuat berhala. Yang diharap dari dia ialah turut mempertahankan, bukan mencela dan mengatakan sesat perbuatan itu.

Dengan jawapan Nabi Ibrahim seperti ini dengan sendirinya beliau telah menjelaskan teguran beliau itu adalah sungguh-sungguh, bukan main-main. Teranglah bahawa tidak ada gunanya berhala-berhala itu disembah. Sebab bukan dia menciptakan alam.

Dan Allah itu yang menciptakan kamu semua dan langit yang berlapis-lapis itu beserta bumi tempat kita hidup. DIA yang menciptakan, sebab itu DIAlah yang patut disembah. Berhalaberhala kamu ambil dari bumi. Bumi ini Allah yang menciptakan.

Dan untuk menyampaikan seruan yang sungguhsungguh ini, bukan seruan main-main selanjutnya Ibrahim berkata : Dan aku adalah salah seorang dari orang yang naik saksi atas yang demikian.(hujung ayat 56). Sebagai pemimpin dalam kaumnya, utusan Allah yang memikul tugas yang menunjukkan jalan yang benar bagi mereka, Ibrahim telah menyatakan diri bahawa dia adalah salah seorang di antara orang yang naik saksi bahwa : Tidak ada Tuhan melainkan Allah!.

1. Pada suatu ketika kaumnya penyembah berhala-berhala tidak berada bersama berhala, kerana sedang urusan masing-masing atau sedang berada di rumah.

2. Ibrahim masuk ke tempat pemujaan itu membawa alat untuk menghancurkan berhalaberhala itu, mungkin semacam kapak.

3. Dicincangnya satu demi satu sehingga berkepingkeping.

4. Hanya satu sahaja, iaitu berhala yang paling besar yang tidak diapaapakannya.

5. kalau semua berhala dicincang dan dikepingkeping dan satu sahaja yang tinggal, iaitu yang paling besar tentulah sesudah keliling melihat yang hancur mereka akan kembali kepada yang tinggal satu itu.

6. Dalam riwayat yang disampaikan oleh as-Suddi dan Mujahid, bahawa berhala yang besar itu tidak dirosakkan oleh Ibrahim, tetapi kapak yang digunakannya buat menghancurkan berhalaberhala yang kecil-kecil itu digantungkannya di leher berhala besar yang tidak dirosakkannya.

Setelah mereka melihat berhala-berhala yang mereka pertuhan itu telah jadi binasa, timbullah persoalan siapakah agaknya yang berbuat perbuatan keji ini

Sangatlah murka mereka rupanya kepada orang yang mencincang itu, sehingga telah dijelaskan bahawa pembuat kejahatan ini sangat zalim, tidak bertimbang rasa.

Masakan tuhan-tuhan yang dipuja, dipuji dan disembah lalu dicincang dikeping-keping.

Mereka menjawab: (pangkal ayat 60). Yang menjawab pertanyaan ini ialah orang-orang yang berada di tempat kejadian itu : Kami mendengar seorang anak muda yang menyebut-nyebut mereka, kata orang namanya Ibrahim. (ujung ayat 60). Orang itu seorang anak muda yang banyak menyebut-nyebut tentang berhala, mencela dan mencaci orang-orang yang memujanya. Dikatakannya bahawa menyembah berhala adalah suatu perbuatan yang bodoh. Dan pernah juga anak muda itu mengatakan bahawa dia bermaksud hendak membuat tipu daya tentang berhala-berhala ini. Kata orang nama anak muda itu ialah Ibrahim.

Mereka berkata: (pangkal ayat 61). Yang berkata di sini ialah pihak yang berkuasa dalam negeri, iaitu Raja Namrudz dan orang besarbesarnya, Maka bawalah dia di hadapan mata orang banyak, Ertinya carilah pemuda itu sampai dapat dan bawa kemari. Membawanya hendaklah disaksikan oleh orang ramai. Sebab kesalahan ini amat besar, sangat menyinggung kepada perasaan ramai orang. Supaya mereka saksikan. (ujung ayat 61)

Dari ayat 60 dan 61 ini kita mendapat beberapa pelajaran:


Pertamanya keadaan Nabi Ibrahim waktu menghancurkan berhala itu. Dia masih anak muda. Tetapi berani mengerjakan pekerjaan yang sebegitu bahaya bagi seorang anak muda. Kita melihat dalam al-Quran beberapa kali cerita tentang pekerjaan penting dikerjakan oleh orang muda. Yang menyembunyikan diri ke dalam gua ialah beberapa orang muda kerana keyakinan terhadap Allah yang berpegang kepada tauhid amat berlawan dengan kepercayaan kaumnya yang mempersukutukan yang lain dengan Allah.

Pelajaran yang kita ambil dari ayat 61 ialah di zaman purbakala, zaman raja-raja pemerintah belum dibatasi dengan berbagai undang-undang, rasa keadilan dijaga. Meskipun tuduhan telah telah berat kepada Ibrahim kerana ada orang-orang yang menyaksikan dia ada menyebut berhala itu, ketika disuruh memanggil atau menangkap dia, raja memerintahkan agar dilakukan pemeriksaan di muka orang banyak. Supaya pemeriksaan dilakukan dengan teliti dan jika patut dihukum, supaya hukum itu diketahui orang ramai. Dan Ibrahim pun tidak merasa gentar melakukan itu, kerana percaya bahawa dia akan diperiksa dengan saksama.

Berkata Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat ini : Memang inilah yang dikehendaki Ibrahim iaitu supaya mereka di hadapan pertemuan besar itu, bagaimana banyaknya kebodohan mereka dan sedikitnya akal mereka, kerana menyembah berhala yang tidak dapat menangkis mudharatm dan tidak dapat menolong apa-apa.
Dan dalam ayat kita dapat pula mengambil kesimpulan bahawa pada zaman itu orang pun telah mula mempunyai hukum yang teratur, tidak segera menjatuhkan hukuman semena-mena sebelum mengadakan pemeriksaan dan penyelidikan Nabi Ibrahim dicari sampai dapat, lalu dihadapkan ke hadapan penguasa dan mulailah ditanya :

mereka berkata: apakah benar engkau yang berbuat begini terhadap tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim?(ayat 62). Berbuat begini, sampai berkeping-keping hancur? Padahal semuanya adalah tuhan-tuhan dan dewadewa yang kami puja dan kami besarkan?

Dia menjawab: Bahkan yang telah berbuat begini ialah yang terbesar di antara mereka ini. (pangkal ayat 63). Inilah jawaban yang telah dia sediakan sejak awal. Itu sebabnya maka yang paling besar tidak dia rosakkan dan kapak itu digantungnya pada leher berhala besar itu. Dengan jawapan seperti ini Ibrahim hendak mengambil perhatian mereka bahawa berhala yang paling besar marah, mengapa di samping dia mereka itu membuat lagi berhala-berhala kecil dan menyembah pula ke sana. Selanjutnya Ibrahim berkata: maka tanyalah kepada mereka itu , jika mereka pandai bercakap-cakap. (ujung ayat 63)

Inilah suatu tantangan yang benar-benar membuat pihak kaumnya pasti terdesak. Jika mereka mengatakan bahawa berhala yang mereka sembah itu memang tuhan, tentu menurut akal yang sihat berhala itu pandai bercakap, baik yang telah hancur berkepingkeping atau berhala yang terlebih besar yang tidak turut dihancurkan oleh Ibrahim itu. Mendengar ucapan Ibrahim yang demikian, mulalah dengan serta-merta tergerak fikiran mereka yang asli, yang belum kacau, kerana kebiasaan pusaka nenek moyang.

maka kembalilah mereka kepada diri mereka masingmasing. (pangkal ayat 64). Ertinya, mulailah timbul fikiran dalam diri mereka masing-masing, bahawa itu tidak mungkin. Jika ditanyai berhala-berhala itu sudah terang tidak ada satu juga yang akan menjawab, sebab semua hanya benda yang tidak bernyawa. Lalu mereka pun berkata: sesungguhnya kamulah orangorang yang zalim. (ujung ayat 64). Inilah kelanjutan dari kata-kata mereka setelah mereka kembali kepada diri mereka masing-masing. Tegasnya bahawa mereka semua, iaitu orang-orang yang berkuasa telah sampai kepada fikiran yang benar, bahawa tidak mungkin berhala-berhala dapat menjawab jika ditanyai siapa yang mencincang mereka, dan tidak mungkin pula berhala yang paling besar mengakui dialah yang menghancurkan kawan-kawannya yang kecil-kecil itu dengan kapak yang disandangnya.

Akhirnya pun sampailah mereka kepada keinsafan bahawa perbuatan mereka bertuhan kepada berhala itu adalah perbuatan orang yang zalim. Perbuatan orang yang berjalan do tempat gelap, tidak diterangi oleh akal sihat. Mereka mengaku, masing-masing menyalahkan kawan. kamulah orang-orang yang zalim Tetapi meskipun semua sudah mengerti bahawa perbuatan mereka menyembah berhala itu adalah perbuatan zalim, gelap dan bodoh, namun nabi Ibrahim juga yang bersalah! Sebab yang berkuasa ialah mereka.

Kemudian itu ditundukkanlah kepala mereka.(pangkal ayat 65). Ertinya, sebagaimana ditafsirkan oleh al-Qurthubi, mereka kembali lagi kepada kebodohan dan keras kepala mereka sehingga tidak mereka sedari, kepala mereka dibuat tuhan jadi tunduk. Qatadah menafsirkan bahawa kaum itu telah mulai faham kesalahan kepercayaan mereka, tetapi mereka masih hendak menunjukkan bahawa mereka berkuasa. Oleh sebab itu meskipun hendak memperlihatkan kuasa, namun muka dengan tidak disedari tertunduk juga.

Erti yang terkandung dalam ayat yang pendek ini dapat kita rasakan di mana saja tentang sikap suatu pemerintahan yang telah salah, tetapi tidak mahu mengaku salah. Lalu mereka hendak menimpakan kesalahan kepada orang yang menegur kesalahan mereka. Begitulah yang dilakukan penguasa-penguasa itu kepada Ibrahim dengan perkataan mereka: sesungguhnya engkau sendiri sudah tahu bahawa tidaklah berhala-berhala itu dapat bercakap-cakap. (ujung ayat 65) Dengan cara demikian, mereka tetap memberatkan kesalahan kepada Ibrahim. Tidak masuk akal berhala yang besar yang mencincang berhala-berhala kecil. Ini bukan perbuatan berhala yang tidak dapat berbuat apaapa. Ini pasti perbuatan manusia. Berhala itu bisu, tidak dapat bergerak, usahkan mencincang! Dan manusia yang mencincang itu ialah engkau sendiri Ibrahim.

Di sinilah Ibrahim mengeluarkan jawapan yang telah lama disediakan. Jawapan berupa pertanyaan: Dia berkata: maka apakah kamu sembah selain Allah. (pangkal ayat 66). Padahal yang selain Allah itu, apa jua pun adanya: adalah sesuatu yang sedikit pun tidak memberi manfaat bagi kamu dan tidak pula membahayakan kamu? (ujung ayat 66). Kamu sendiri tidak percaya bahawa berhala besar mustahil dapat mencincang berhala kecil, kerana dia tidak dapat bergerak dari tempatnya, dan berhala kecil mustahil dapat menjawab jika ditanya, sebab dia adalah benda mati, mengapa kamu sembah semuanya itu?

Nistalah bagi kamu! ertinya amat buruk, amat tercela kamu dengan perbuatan itu; Dan bagi yang kamu sembah selain Allah itu. (pangkal ayat 67). Yang kamu sembah itu pun barang-barang nista sebagaimana nistanya perbuatan kamu terhadapnya. Nista kerana kebodohan, kerana sempit akal, kerana buntu fikiranmu. Apa tidaklah kamu pergunakan akal? (ujung ayat 67). Yakni mengapa kamu tidak menggunakan akal untuk memikirkan perkara ini. Kiranya kamu memakai akal untuk memikirkan seelok-eloknya dengan jujur dan dada terbuka, nescaya kamu akan sampai kepada kebenarannya.

Mereka berkata: Iaitu pihak kaumnya yang berkuasa dalam negeri itu; Bakarlah dia, dan belalah tuhantuhan kamu. (pangkal ayat 68). Itulah keputusan yang diambil oleh penguasa itu, iaitu keluarlah perintah agar Ibrahim dihukum kerana salahnya mencincang berhala itu. Alasan pembakaran sudah terang, iaitu untuk membela tuhan-tuhan itu. Tuhan mereka teraniaya, dia tidak dapat mempertahankan diri sebab itu maka para pemujalah yang wajib segera membela. Kalau tidak diadakan pembelaan, dengan segera membakar orang yang mencincangnya, takut fikiran orang itu akan menjalar pula kepada orang lain.

Begitulah yang semestinya: Jika kamu adalah hendak berbuat. (ujung ayat 68). Ertinya jikalau kamu masih tetap hendak mempertahankan adat lama pusaka nenek moyang memuja dan menyembah berhala-berhala, Ibrahim ini mesti segera disingkirkan dari dunia, dibakar. Ibrahim sendiri sejak semula tentu sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan. Apabila kita perbandingkan tindakan Ibrahim mencincang berhala, nyatalah bahawa beliau telah melakukan perbuatan yang benar. Dan bahawa pemerintah yang berkuasa, akan menghukumnya dengan hukuman yang paling berat, menurut peraturan atau undang-undang yang berlaku di negeri itu ketika itu, itu pun sudah wajar.

Kerana pengalaman-pengalaman di dunia di segala zaman kerapkali menunjukkan bahawa yang benar menurut jiwa ajaran agama yang sejati belum tentu disetujui oleh penguasa duniawi. Maka Nabi Ibrahim, demi keyakinan yang dianutinya, bersedia menjadi korban kerana melaksanakan sepanjang keyakinannya. Kalau tidak ada semangat sebagai semangat Nabi Ibrahim itu, tidaklah ada perubahan kepada yang lebih baik di dunia ini. Itu sebabnya maka orang yang berjihad pada jalan Allah, lalu tewas kerana keyakinannya diberi kehormatan tertinggi dengan diberi kemuliaan syahid.

Ibrahim telah bersedia menerima hukuman.


Menurut riwayat Ibnu Ishaq, digali dengan perintah Raja Namrudz itu sebuah lubang dan ditimbunkan kayu api berpikul-pikul ke dalamnya. Lalu Ibrahim diikat dan diletakkan pada sebuah manjaniq (pelanting besar). Tersebut dalam riwayat al-Hafizh Abu Yala yang diterimanya dengan sanadnya dari Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w. berkata, setelah Ibrahim akan dilemparkan ke dalam api yang telah berkobar-kobar itu, dia bermunajat kepada Allah:

Ya Tuhan! Sesungguhnya Engkau Maha Esa di langit dan aku pun esa pula yang menyembah Engkau di bumi. Dan menurut riwayat lain, munajat beliau ketika akan dimasukkan ke dalam pembakaran itu ialah: Tidak ada Tuhan melainkan Engkau! Maha Suci Engkau. Untuk Engkau segala puji-pujian dan bagi Engkau segala kekuasaan, tidak ada sekutu bagi Engkau.
Dan riwayat lain pula: Engkau sendiri dan aku pun sendiri di bumi. Tidak seorang pun menyembah Engkau selain aku. Penjaminku ialah Allah dan Dialah semulia-mulia tempat menyerah.

Diriwayatkan oleh Ubbayyu bin Kaab, Nabi s.a.w. menceritakan, bahawa seketika dia akan dilantingkan dengan manjaniq (pelanting besar) itu tiba-tiba datanglah Malaikat Jibril bertanya: Apakah engkau ada sesuatu keinginan? Ibrahim menjawab: Adapun kepada engkau tidak ada. Lalu berkata Jibril: Mohonlah kepada Tuhanmu. Ibrahim menjawab: Bagiku cukuplah pengetahuan Tuhan tentang keadaanku ini daripada memohonkan apa-apa kepadaNya.

Maka datanglah ketentuan Tuhan: Kami katakan: Hai api! Jadilah kau dingin dan sejahtera atas Ibrahim. (ayat 69). Atas kehendak Tuhan, setelah Ibrahim dilemparkan ke dalamnya, api itu menjadi dingin, walaupun masih tetap menyala. Dinginya bukan dingin yang membahayakan, melainkan dingin yang membawa sejahtera.
Berkata Abi Aliyah: Kalau bukanlah Tuhan menitahkan dingin dan sejahtera nescaya dinginnya akan lebih bahaya daripada panasnya. Dan kalau Tuhan tidak bersabda atas Ibrahim, nescayalah api itu akan dingin buat selamanya.

Tafsir dari Ali bin Abu Thalib dan Ibnu Abbas: Kalau bukanlah Tuhan menitahkan dingin dan sejahtera nescaya matilah Ibrahim, kedinginan. Dan kalau Tuhan tidak mengatakan atas Ibrahim nescaya dinginlah segala api yang ada ketika itu, kerana menyangka bahawa dia akan dituju.
Kaab dan Qatadah berkata : Tidak ada yang terbakar dari tubuh Ibrahim ketika itu kecuali tali-tali pengikatnya.

Menurut riwayat, Raja Namrudz dan orang besarbesarnya menonton dengan penuh kehairanan. Seketika api telah mulai padam kerana kayu-kayu apinya telah habis jadi bara dan abu, jelas kelihatan Ibrahim sembahyang menyembah mensyukuri Allah. Maka akhirnya raja memerintahkan menghentikan pembakaran itu dan membebaskan Ibrahim. Setelah bebas pernah Ibrahim berkata: Dalam pengalamanku tidak ada hari-hariku yang penuh nikmat melebihi apa yang aku rasai selama di dalam api itu.
Menurut riwayat dari Syuaib an-Nimani usia Ibrahim ketika dimasukkan ke dalam api itu baru 16 tahun. Menurut Ibnu Jurajj, Ibrahim dilemparkan ke dalam api itu di dalam usia 25 tahun.

Berkata Imam Fahruddin ar-Razi di dalam Tafsirnya: Terjadi api dingin adalah tiga pendapat ahli-ahli tafsir: Tuhan menghilangkan panasnya dan membakarnya yang tinggal nyala dan cahayanya. Tuhan Maha Kuasa berbuat sekehendaknya. Tuhan jadikan pad tubuh Ibrahim penangkal panas, sebagai yang dijadikan Tuhan pada malaikat-malaikat penjaga neraka, atau sebagai susunan tubuh burung unta, tidak rosak lidahnya menelan besi panas. Atau seperti cicak salamandar yang sanggup hidup di darat dan di laut dan tahan kena api. Allah menciptakan sesuatu yang menghalang di antara dirinya dengan api, sehingga api tidak dapat sampai kepadanya.

1)

2)

3)

Dan mereka menghendaki tipu daya kepadanya. (pangkal ayat 70). Mereka menghendaki melakukan tipu daya kepada Ibrahim, iaitu dengan kekuatan titah raja demi menjaga ketenteraman umum Ibrahim disalahkan merosak adat kebiasaan yang telah berlaku turun-temurun, sehingga kebenaran perjuangannya tidak ditanggapi sama sekali. Tetapi Kami jadikanlah mereka itu yang sangat rugi. (ujung ayat 70). Kerugian yang sangat bagi mereka, kerana gagalnya usaha membakar Ibrahim dengan disaksikan orang banyak. Kejadian yang sangat luar biasa ini menyebabkan tuah kebesaran berhala telah habis. Dengan demikian maka wibawa pemerintah pun habis pula. Rakyat mulai mengerti bahawa apa yang diagung-agungkan selama ini palsu belaka adanya.

Dan kami selamatkan dia. (pangkal ayat 71). Iaitu setelah gagal percubaan membunuh Ibrahim dengan jalan membakarnya itu, dia pun diselamatkan oleh Tuhan, dengan jalan mengeluarkannya dari negerinya itu; dan Luth. kerana Luth itu adalah putera dari saudara beliau. Sebab itu Nabi Ibrahim adalah Paman (ammi) dari Nabi Luth. Beliau keduanya sama-sama diselamatkan Tuhan: Ke bumi yang telah kami beri berkat padanya. menurut tafsir yang terbanyak, bumi yang diberi berkat oleh Tuhan itu ialah tanah Syam. Untuk seluruh alam. (ujung ayat 71)

Oleh kerana tidak tersebut di dalam ayat daerah mana yang dimaksudkan Tuhan dengan bumi yang berkat itu, maka ada yang menyatakan yang dimaksudkan ialah tanah Iraq yang diberkati oleh mengalirnya dua sungai besar Furat dan Dajlah (Tigris).
Ada pula yang menyatakan tanah Mesir yang diberkati dengan mengalirnya sungai Nil. Kebanyakan ahli tafsir menyebut negeri Syam, iaitu yang disebut juga Mesopotamia. Pada zaman sekarang daerah Syam menjadi negara-negara Suriah yang berpusat di Damaskus, Libanon yang berpusat di Beirut, Jordania yang berpusat di Omman dan seluruh Palestina. Sampai kepada masa kekuasaan Turki Osmani semuanya itu masih bernama wilayah Syam, yang diperintah oleh seorang wali Negeri (Gubernur) .

Dan kami kurniakan untuknya Ishak dan Yakub sebagai tambahan. (pangkal ayat 72).

Keterangan: sebagaimana tersebut di dalam Surat 11 Hud dari ayat 69 sampai 73, malaikat datang memberi khabar gembira kepada Ibrahim bahawa permohonannya ingin dapat putera soleh lagi, (Surat 37 ash- Shaffat, ayat 100), sekarang permohonannya itu dikabulkan: Dan kami kurniakan untuknya Ishak.

Lama sebelum kelahiran Ishak, Tuhan telah memberinya anak sulung yang bernama Ismail dari isterinya yang muda, Hajar. Tetapi jarak di antara kelahiran kedua anaknya itu amat jauh. Kata riwayat sekitar 12 tahun. Tetapi sebagai bangsa-bangsa yang menyandarkan kekuatan dan kemegahan kepada keturunan. Ibrahim masih mengharap diberi anak lakilaki lagi. Agar keturunannya jangan punah. Maka dipohonnyalah Ishak ini. Di surat Hud ayat 69 sampai 73 itu diterangkan bahawa malaikat datang membawa berita gembira itu, sehingga isteri yang tua itu, Sarah yang belum pernah beranak tersebut tertawa mendengar berita itu, sebab merasa lucu, kerana selama ini dia sendiri mandul dan sekarang suaminya telah tua pula baru sekarang dia akan beranak! Ajaib! Di ayat 73 malaikat menegur Sarah: apakah engkau merasa hairan dengan kehendak Allah?

Maka anak itu pun lahirlah; iaitu Ishak. Tetapi ada lagi suatu yang terasa dalam lubuk jiwa Ibrahim. Anak laki-laki berdua sudah ada. Ismail dan Ishak. Moga-moga anak-anak inilah yang akan menyambung turunan kemudian hari. Semasa Ibrahim yang panjang umurnya itu Ishak telah dapat beliau kahwinkan. Dan belum lama Ishak kahwin dia pun dikurniakan Tuhan seorang putera laki-laki pula. Itulah Yakub! Di sinilah dapat difahamkan maksud ayat: Dan semua mereka itu Kami jadikan orangorang yang shalih. (ujung ayat 72)

Untuk mengetahui latar belakang ayat-ayat ini, dapatlah kita tilik keinginan Nabi Ibrahim sebagai seorang kekasih Allah yang amat halus perasaannya. Di dalam surat al-Baqarah ayat 124 ada dilukiskan pengharapan yang sangat besar dari Nabi Ibrahim, iaitu Tuhan telah menyampaikan kehendakNya kepadanya bahawa dia telah diangkat menjadi imam dari seluruh manusia, supaya ada pula dari kalangan anak cucu keturunan beliau yang dikurniai pula jabatan tertinggi itu. Pengharapan demikian adalah wajar bagi seorang manusia yang mengharap keturunan.

Tuhan tidaklah menolak semata-mata permohonan Ibrahim. Tuhan Cuma memberi ingat, jika Tuhan berjanji mengabulkan permohonan Ibrahim, yang masuk dalam janji itu hanyalah anak-anak keturunan Ibrahim yang taat setia kepada tuhan jua, yang menurut langkah nenek moyang jua. Adapun kalau ada keturunan Ibrahim yang zalim, yang aniaya, yang tidak menurut jalan yang benar, maka Tuhan tidaklah memasukkan orang semacam itu di dalam janjiNya.
Oleh sebab itu maka dapatlah kita fahamkan apa maksud doa Ibrahim di Surat 27 ash-Shaffat, ayat 100: Ya Tuhanku, kurnikanlah kiranya engkau kepadaku keturunan-keturunan dari orang-orang shalih.

Permohonan ini diucapkan setelah dia diselamatkan Tuhan dari negerinya tempat dia nyaris dibakar itu. Dan permohonannya itu segera dikabulkan Tuhan. Di ayat 101 disebutkan bahawa dia dikurniai putera yang sangat sabar. Itulah Ismail. Kemudian di ayat 113 dan 37 itu juga diterangkan kegembiraan keduanya dengan lahirnya Ishak. Maka ayat 72 Surat al-Anbiya yang tengah kita tafsirkan ini dijelaskan lagi bahawa Allah memberikan anugerah tambahan baginya. Dalam kata-kata orang sekarang ialah anugerah yang tidak disangka-sangka, mengejut, sebab sangat menggembirakan.

Iaitu: nenek dapat cucu!


Si nenek yang telah tua masih dapat melihat cucu yang akan menyambung tugasnya. Inilah tambahan yang menggembirakan. Dalam surat 11 Hud ayat 71 tersebut ayat yang sejalan dengan ini: Maka Kami beri berita gembira isteri Ibrahim itu dengan Ishak, dan di belakang Ishak itu nanti, Yakub pula Tegasnya: Ismail anak pertama, Ishak anak kedua, dan Yakub anak Ishak sebagi kurnia yang tidak disangka-sangka, sebagai penggembira nenek tua, semuanya itu adalah orang soleh.

Di ayat 85 dan 86 kelak tersebut nama Ismail bersama Idris dan Zulkifli. Dijelaskan bahawa semuanya orang soleh. Di ayat 112 dari Surat 37 ash-Shaffat, dijelaskan bahawa Ishak itu orang soleh Maka sesuai dengan janji Allah bahawa keturunan-keturunan Ibrahim yang soleh akan mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah, yang di dalam surat 38, Shaad, ayat 45, 46, 47 dan 48 di jelaskan bahawa semua adalah orang-orang terpilih dan orang-orang baik-baik dan semua nama-nama orang mulia itu; Ismail, Ishak Yakub, sampai kepada puteranya Yusuf, semua menjadi Nabi dan Rasul.

Dan Kami jadikan mereka imam-imam yang memimpin dengan perintah Kami. (pangkal ayat 73). Allah jadikan mereka imam-imam, untuk diikuti oleh orang banyak. Sesuai dengan keinginan Ibrahim sendiri ketika dia mula diangkat menjadi imam, sebagai tersebut di Surat al-Baqarah ayat 124 itu. Permohonan Ibrahim dikabulkan kerana anak cucunya itu tidak ada yang zalim. Mereka memimpin ummah sesuai dengan yang diperintah Allah, tidak dicampuri dengan kepentingan peribadi. Dan kami wahyukan kepada mereka itu perbuatanperbuatan yang baik, yang akan ditiru, diteladan, dicontohi oleh ummat yang mempercayai pimpinan mereka.

Dan mendirikan sembahyang, untuk memperkuatkan perhubungan dengan Allah dan mempertebalkan iman. Menjadi percumalah suatu agama, atau bukanlah agama, kalau di samping menanam kepercayaan kepada adanya Allah Yang Maha Kuasa tidak disertai dengan upacara sembahyang menyembah Allah. Dan mengeluarkan zakat, di samping bersembahyang menyembah Allah , Nabi-nabi pun memimpin manusia agar membersihkan (zakat) hatinya daripada penyakit bakhil dan mengisinya dengan perhiasan dermawan kepada sesama manusia. Itu sebabnya maka selalu sejalan di antara solat dan zakat, di antara mengabdikan diri kepada Allah dengan berkhidmat dalam masyarakat. Dan adalah mereka itu orang-orang yang mengabdi kepada Kami. (ujung ayat 73)

Mereka itu di sini ialah Nabi-nabi tadi. Sebab tiap-tiap apa-apa saja yang mereka anjurkan, baik amal soleh di dalam hidup atau ibadah kepada Allah, bukanlah mereka hanya sematamata memerintahkan, melainkan mengimami, berjalan di muka sekali, bertanggungjawab dan berani menderita berbagai halangan atau akibat kebencian dari kaum mereka. Lantaran itu mereka capailah apa yang menjadi cita-cita hidup dari tiap-tiap orang yang percaya kepada Tuhan iaitu diakui Allah sebagai hambaNya. Dikatakan: Orang-orang yang mengabdikan kepada Kami.

HAMKA .Prof.Dr, (1990). Tafsir Al-Azhar. Singapura: PustakaNasional PTE LTD (Jilid 7)