Anda di halaman 1dari 10

Membina peta cerita mengenai kepekaan deria

Dengar

Sentuhan
Kepekaan Deria

Lihat

Hidu

Rasa

Sentuhan
Biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan aspek perkembangan psikomotor yang mulamula diperolehi oleh kanak-kanak. Sebelum kanak-kanak itu mula untuk berbahasa.

Melalui sentuhan pelajar akan dapat untuk membuat pelbagai aktiviti contoh dalam aktiviti seni visual, pelajar akan menggunakan jarinya untuk melukis gambar di atas kertas, atau kanvas. Melalui sentuhan ibu kanak-kanak itu akan berhenti menangis dan melalui sentuhan juga kanak-kanak akan berasa selamat.

Dengar
Melibatkan deria telinga. Untuk aktiviti yang dijalankan pada deria ini lebih menumpukan kepada persoalan apa yang mereka dengar? Contoh dalam aktiviti muzik, mereka akan cuba mencipta bunyi tentang apa yang didengarnya.

Lihat
menggunakan deria mata yang mengakibatkan pengamatan dan pemerhatian. Berdasarkan maklumat yang datang melalui deria mata itu seseorang akan dapat mengalami pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui ciri-cirinya dan seterusnya tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan seni visual.

Rasa
Merupakan gerak hati atau kata hati pelajar. Membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh derianya. Seterusnya apabila maklumat itu dirasakan penting individu akan membuat konsep daripadanya.

Di dalam seni visual pelajar akan dapat meluahkan perasaan melalui pengalaman yang telah diperolehinya apabila membuat sesuatu aktiviti seni. Apabila mendengar muzik, secara tidak langsung kakinya akan bergoyang ini adalah disebabkan oleh rangsangan daripada jenis mud muzik tersebut.

Hidu
Dalam pendidikan, ia lebih menekankan kepada aspek penanggapan. Contohnya, murid membuat penanggapan apakah konsep yang akan diajar oleh guru. Penanggapan tidak berlaku secara semulajadi. Guru harus membina strategi supaya murid dapat membuat sesuatu penanggapan terhadap pelajarannya.

Di antaranya ialah pendekatan inkuiri penemuan iaitu guru hanya bertindak sebagai fasilitator. Contohnya, guru menyediakan tajuk Seni Batik, maka murid-murid akan mencari sebanyak mana maklumat untuk menghasilkan corak yang terbaik. Selain itu, terdapat pendekatan yang lain seperti resepsi dan deduktif.