Anda di halaman 1dari 5

PERSAMAAN MODEL ADDIE DAN ASSURE

Model ASSURE dan ADDIE merupakan model reka


bentuk pengajaran yang biasa digunakan dalam proses pemilihan dan penghasilan media.

Pemilihan

model-model

ini

amat

penting

bagi

menentukan keberkesanan perisian yang akan dibina bagi mencapai objektif yang dikehendaki.

Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk

menghasilkan
membolehkan

pengajaran
pelajar

yang

berkesan

bagi

memperoleh

kemahiran,

pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari

oleh pelajar.

Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membina

disiplin yang positif.

Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran

dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa


dan sistematik.

Antara kepentingan dan peranan reka bentuk pengajaran


adalah seperti : meningkatkan pencapaian pelajar, menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur,

memungkinkan objektif pengajaran dan pembelajaran


dan hasil pembelajaran mudah tercapai,

membantu dalam proses membuat keputusan, menjadikan penyampaian pengajaran dan

pembelajaran standard atau selaras bagi kumpulan


yang pelbagai, menjimatkan masa dan peruntukan yang besar,

khusus bagi sesuatu program yang besar dan luas.


Contohnya, pendidikan jarak jauh.

Anda mungkin juga menyukai