Anda di halaman 1dari 28

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM SEbelum MERDEKA

KUMPULAN SATU

AHLI KUMPULAN
MOHAMAD HANAFIAH BIN RAPLIS MUHAMAD FADZLI BIN YASIN MUHAMMAD FAIZ ABD RAZAK MUHD FAIZ JAMALUDIN

PERINGKAT PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM


Zaman Rasulullah Zaman Kesultanan Melayu Melaka Zaman Kedatangan British Ke Arah Penubuhan Sekolah Melayu

Zaman Rasulullah
Seiring dengan kedatangaan Islam Sebelum penubuhan lembaga Pendidikan formal, seperti madrasah dan kuttab, Pendidikan berlangsung dirumah sahabat, ulama dan masjid. Pusat pengajian pertama ialah rumah Arqam bin Abi Al-Arqam.

Baginda mengajarkan dasar-dasar agama Islam dan al-Quran. Pendidikan disampaikan dengan cara Usrah dan Halaqah. Pendidikan dilakukan secara tertutup dan tersembunyi. Di sebarkan dikalangan ahli keluarga sahaja. Isteri baginda, Saidatina Khadijah adalah keluarga pertama menerima Islam.

Setelah bilangan mereka yang memeluk Islam mencapai 30 orang, Allah memerintahkan Rasululah menyampaikan dakwah secara terang-terangan. Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu(wahai muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu (Al-Hijr :94)

Kejayaan Dakwah Islam di Madinah mengajak kepada penubuhan institusiinstitusi pendidikan Pendidikan Islam diajar dengan meluas tanpa sekatan.

Zaman Kesultanan Melayu Melaka


Dikaitkan dengan kedatangan Islam di Nusantara Kedudukan Tanah Melayu yang strategik lokasinya berada di persimpangan jalan laut yang menjadi jalan utama pedagangpedagang. Berlaku pada kurun ke-13

Istana, surau dijadikan pusat pengajian ilmu agama Sultan pada ketika itu memainkan peranan penting dalam dakwah Islamiyah Pendidikan Islam diberi penekanan Anak-anak diajar membaca al-Quran dan menulis jawi.

Sultan Mansur Syah (1456-1477) amat menyanjung tinggi kitab-kitab agama dan begitu teliti. Baginda juga teliti dengan sesuatu persoalan agama. Contohnya Tun Bija Wangsa dihantar ke Pasai bagi mendapatkan penjelasan daripada ulama pasai tentang ahli syurga dan neraka sama ada kekal atau tidak.

Struktur pendidikan dan kurikulum didapati hampir serupa dengan zaman silam yang lebih menekankanpembacaan, penulisan dan pengajian al-Quran Selain itu ilmu-ilmu seperti ilmu Fiqh, Tauhid, Tasawuf dan sejarah Islam turut diajarkan.

Melaka pada ketika itu menjadi terkenal sebagai pusat pengajian dan pendidikan Islam. Agama, Ilmu pengetahuan, dan pendidikan Islam bukan sahaja mendapat tempat di seluruh Melaka, bahkan di negeri-negeri seperti Johor, Pahang, Jambi, Kampar, Bentan dan gugusan gugusan Kepulauan Melayu semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah (14591477)

Zaman Penjajahan Barat


Kejatuhan Melaka pada 1511 menjadikan bangsa Melayu mula menempah zaman gelapsama ada dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan, agama mahupun pendidikan Namun pegangan orang Melayu pada ketika itu sukar di kikis kerana telah di bentuk dengan konsep agama yang dipelajari.

Pentadbiran orang portugis di Melaka jelas sekali tidak mengambil berat tentang pelajaran rakyat kerana keseluruhan pelajaran dan pendidikan orang Melayu berteraskan pendidikan Islam.

Kedatangan Belanda pada tahun 1641M dan Inggeris pada 1795M mempunyai motif yang serupa. Di samping tujuan politik dan ekonomi, tujuan agama merupakan cita-cita utama mereka.

Pada zaman awal penjajahan Inggeris di Melaka 1795M- ilmu pengetahuan dan pendidikan agama Islam berjalan dan beroperasi seperti biasa. Institusinya masih berpusat dirumahrumah, masjid surau dan pendidikan masih berlaku secara tidak formal.

Kesedaran mengubah sistem pendidikan ekpada bentuk formal sudah terbayang pada zaman awal penjajahan Inggeris. Rafles yang melawat Melaka pada tahun 1810M mendapati anak-anak Melayu mempelajari al- Quran dan menulis di papan batu tanpa memahami sesuatu.

Beliau mencadangkan supaya mengadakan tempat belajar. Cadangan beliau sukar diberi perhatian lebihlebih lagi diimplementasikan kerana ia bertentangan dengan motif dan konsep penjajahan mereka Orang Melayu takut mereka campur tangan secara tidak jujur dan memusnahkan Institusi Pendidikan untuk mempelajari pendidikan Islam.

Bagi mewarisi kesucian agama dan pendidikan agama Islam, ulama memainkan peranan secara silih berganti tanpa had. Kegiatan bersendirian ini mengundang pelbagai masalah dan cabaran terutama masalah kewangan dan pentadbiran. Namun, institusi berkenaan masih wujud dan berwibawasehingga mencapai kejayaan menjadi benteng mempertahankan agama Islam dari campur tangan penjajah.

Bagi memastikan rakyat yang di jajah berilmu dan tidak mendatangkan kerugian kepada negara Rafles mengambil langkah untuk mengadakan satu sistem pendidikan untuk anak-anak Melayu.

Ke Arah Penubuhan Sekolah Melayu.


Pada awal abad ke-19M sistem pendidikan barat berbentuk formal telah diperkenalkan di Tanah Melayu terutama di negeri-negeri selat. Antara sekolah-sekolah yang dibuka ialah: 1) Penang Free School (1816) 2) Singapore Free School(1823) 3) Melaka Free School(1826)

Atas sambutan dingin orang Melayu penubuhan sekolah-sekolah Inggeris menghadapi kegagalan dan terpaksa di tutup pada tahun 1853. Orang Melayu masih mengekalkan adat dan tradisi pendidikan mereka dengan mengadakan pengajian di surau-surau dan di rumah.

Anak-anak dihantar ke luar negeri seperti di Pattani, Makkah, dan Mesir untuk melanjutkan pelajaran dan menambah ilmu pengetahuan. Apabila mereka sampai ke tanahair mereka mengajar ilmu-ilmu mereka dengan membuka Institusi pendidikan yang dinamakan pondok.

Institusi pondok memberi penekanan kepada mata pelajaran Pendidikan Islam menerusi kitab-kitab arab, kitab-kitab jawi terjemahan Patani, Aceh, Palembang dan lain-lain Institusi berkenaan bukan sahaja berjaya melahirkan ulama dan cendikiawan Islam bahkan menyedarkan masyarakat bagi membanteras kejahilan.

Usaha kedua pihak Inggeris menubuhkan sekolah Inggeris. Mewujudkan matapelajaran jawi, kira-kira, kesihatan dan lukisan serta Quran untuk menarik minat orang Melayu. Namun corak pentadbirannya bertukar kepada menjadikan sekolah Melayu pada seisi pagi dan sekolah Quran pada seisi petang.

Guru sekolah Melayu pula di biayai oleh kerajaan manakala guru sekolah Quran dibiayai oleh ibubapa pelajar. Situasi ini seolah-olah ingin melemahkan sekolah Quran dan ingin menghapuskannya.

Kesimpulan
Kesannya ilmu agama dipisahkan dengan ilmu bukan agama. Pengenalan kepada sekolah Melayu merupakan titik tolak kemasukan sekolah barat dalam masyarakat kita. Pendidikan Islam pendidikan menyeluruh.

Sekian dan Terima Kasih