Anda di halaman 1dari 12

Kelebihan Orang Beriman

DISEDIAKAN OLEH :

RAJA FARAH NATASHA BINTI RAJA FAIZAL & ANIS SYAZANA BINTI AZEMAN SELAMAT MEMBACA DAN

Sebab Nuzul Ayat


Menurut pendapat Malik bin Dinar yang mengambil riwayat daripada Anas Bin Malik bahawa ayat ke-16 Surah AsSajadah diturunkan kepada sekumpulan sahabat Rasulullah SAW yang terdiri daripada kalangan Ansar yang menunaikan solat Maghrib dan tidak pulang ke rumah masing masing hingga selesai Solat Isyak. Menurut pendapat Mujahid pula ayat ini diturunkan kepada sekumpulan sahabat yang melakukan Solat Tahajjud dan amalan Qiamullail yang lain.

Intisari Ayat
Orang beriman sentiasa patuh kepada ajaran Al-Quran, sementara orang fasik sentiasa memberi banyak alasan untuk tidak mengamalkannya. Orang mukmin akan mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah dengan ganjaran syurga dan orang fasik akan menerima balasan neraka.

IMAN : Membenarkan dengan hati, ikrar dengan lidah dan beramal dengan anggota.

MAKSUD IMAN DAN FASIK

FASIK : Orang islam yang berdosa ( Asi ) kerana berterusan melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhannya.

CIRI-CIRI ORANG BERIMAN


Sentiasa sujud dan tunduk kepada Allah Patuh dan taat kepada perintah Allah dan Rasul dengan sepenuh hati Sanggup menginfakkan harta pada jalan Allah Lebih mencintai Allah dan Rasul dariapada perkara perkara lain Mempunyai akhlak yang terpuji

CIRI-CIRI ORANG FASIK


Sentiasa menderhaka kepada Allah Sering mengabaikan perintah Allah dan Rasul

Kedekut untuk mengeluarkan harta pada jalan Allah Lebih mencintai hal hal keduniaan
Mempunyai akhlak yang buruk

Ganjaran Orang Beriman & Balasan Orang Fasik


Orang beriman :
Mendapat ganjaran syurga dan nikmat yang besar didunia dan di akhirat Orang Fasik :

Dibalas dengan neraka. Mereka sentiasa keluh kesah dan hatinya tidak tenteram semasa didunia (Azabul Adna)

CARA MENJAUHI PERBUATAN FASIK


Menjauhkan diri daripada sifat mazmumah yang boleh mendorong kepada perbuatan fasik
Meningkatkan keimanan dengan menambahkan amal soleh dengan ikhlas kerana Allah Menambahkan ilmu pengetahuan dengan mendalami tuntutan islam yang sebenar

Nasihat menasihati bagi menjauhi perbuatan fasik


Sentiasa berdoa supaya Allah memantapkan iman

Keburukan Orang Fasik


Memandang remeh dosa-dosa kecil Suka menyebarkan fitnah / khabar angin
Suka mengadu domba

Cara pencegahan perbuatan fasik


Segera bertaubat apabila terlanjur melakukan dosa

Tidak mudah mempercayai sesuatu berita sehingga dibuktikan kebenarannya


Berbaik sangka sesama masyarakat

PENGAJARAN AYAT
Allah menegaskan bahawa orang mukmin tidak sama dengan orang fasik
Orang mukmin mendapat balasan baik sementara orang fasik menerima balasan buruk daripada Allah Umat islam diingatkan supaya berwaspada dengan orang fasik Sifat terpuji hendaklah menjadi amalan bagi setiap mukmin