Anda di halaman 1dari 11

SEBAB NUZUL AYAT

(SURAH AT-TAUBAH AYAT 23-24)

Menurut pendapat ALKALIBI ayat ini berkaitan dengan arahan rasulullah supay berhijrah ke Madinah. Setelah itu,para sahabat telah berbincang dan memaklumkan kepada keluarga masing-masing. Sebahagian daripada sahabat segera menyahut arahan untuk berhijrah manakala sebahagian yang lain teragak-agak untuk menyahutnya kerana enggan meninggalkan isteri,anak-anak dan keluarga. Maka turunlah ayat ini untuk menegur dan mencela sikap mereka yang mengutamakan kepentingan peribadi melebihi kepentingan rasul dan agama.

INTISARI AYAT
Allah tidak menyekat kebebasan manusia untuk mendapatkan kekayaan seperti harta benda, rumah kediaman, dan perniagaan. Allah juga tidak melarang manusia mengasihi ibu bapa , keluarga, anak isteri dan kaum kerabat. Walau bagaimanapun kecintaan kepada Allah dan Rasul serta berjihad di jalan Allah hendaklah diutamakan daripada yang lain.

CONTOH AMALAN YANG MENGUTAMAKAN ALLAH DAN RASUL

i.

Pengorbanan Saidatina Khadijah mengorbankan kekayaan demi kepentingan rasul dan perjuangannya. ii. Semasa peperangan Tabuk Saidina Abu Bakar sanggup menginfakkan semua hartanya untuk kepentingan agama dan rasul tercinta. iii. Semasa peristiwa hijrah, ketika bersama Rasulullah di dalam Gua Thur, Abu Bakar sanggup bergadai nyawa mempertahankan Rasulullah daripada binatang berbisa dengan menutup lubang dengan tapak kakinya.

PERKARA YANG MENJADI KECINTAAN MANUSIA

KONSEP KEPIMPINAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN

Setiap orang adalah pemimpin.Setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpin.Tanggungjawab sebagai pemimpin merupakan amanah yang perlu ditunaikan dengan sebaik-baiknya kerana ia akan dipersoalkan oleh Allah pada hari akhirat kelak. Pemimpin merangkumi sebagai pemimpin negara, masyarakat, keluarga, organisasi dan pemimpin kepada diri sendiri.

CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BAIK

Berorientasikan kebajikan dan perkhidmatan.

Bersikap positif , berhikmah dan terbuka

Mengutamakan keadilan dalam setiap tindakan

Mempunyai kesempurnaan fizikal dan mental

Beramanah dalam setiap tanggungjawab

Mengutamakan kepentingan orang yang dipimpin lebih daripada kepentingan peribadi.

AKIBAT MEMILIH ORANG FASIK SEBAGAI PEMIMPIN

Orang fasik ialah orang Islam yang a`si (melakukan dosa) dan mereka jelas menunjukkan penderhakaan terhadap ALLAH dan tidak melaksanakan tuntutan Islam dengan sewajarnya. Orang fasik juga cenderung kepada kekufuran dengan mengabaikan ketauhidan terhadap Allah. Antara akibat-akibatnya ialah memporak-perandakan masyarakat menjadikan masyarakat hidup dalam keadaan tidak tenteram. Budaya fitnah-memfitnah akan berleluasa Rakyat dan orang bawahan tidak lagi mempercayai pemimpin. Kemajuan dan pembangunan tidak akan dapat dijalankan dengan berkesan Masyarakat luar akan memandang sinis kepada negara tersebut.

KONSEP PERSAUDARAAN DALAM ISLAM

Persaudaraan Islam ialah persaudaraan yang berasakan kepada ikatan akidah Islamiah. Ia tidak membezakan bangsa, keturunan, warna kulit, darjat, pangkat, kekayaan, dan sempadan geografi. Persaudaraan Islam menekankan sikap tolong-menolong , hormat-menghormati dan berkasih-sayang antara satu dengan yang lain.

PENGAJARAN AYAT

1)
2) 3) 4)

Allah memberi peringatan kepada orang Islam supaya tidak melantik orang fasik menjadi pemimpin. Tuntutan dan kepentingan Allah dan rasul serta jihad hendaklah lebih diutamakan daripada kepentingan yang lain. Peminpin yang berkualiti amat diperlukan dalam sesebuah negara. Umat Islam perlu melakukan jihad secara berterusan walaupun ada pelbagai halangan.

Anda mungkin juga menyukai