Anda di halaman 1dari 17

Konsep Bahasa Melayu Moden

- Perkembangan bahasa Melayu Moden bermula pada abad ke19 dengan bermulanya karya-karya Abdullah Munsyi. - Selepas mencapai kemerdekaan bahasa Melayu mengalami perkembangan yang pesat dan termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malysia yang mengiktiraf bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

- Sebagai bahasa kebangsaan bahasa Melayu memikul tugas sebagai bahasa rasmi, pentadbiran,perhubungan,penghantar dan bahasa ilmiah di sekolah dan universiti.
- Untuk mencapai matlamat di atas, satu perancangan bahasa bagi meningkatkan status bahasa Melayu moden telah dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Perkembangan bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu Moden memperlihatkan beberapa perbezaan.Antaranya termasuklah:

Bahasa Melayu klasik


Tiada perancangan bahasa Banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab Menggunakan laras bahasa sastera lama Banyak menggunakan ayat pasif dan ayat songsang

Bahasa Melayu moden


Melalui proses perancangan bahasa yang pesat Banyak menerima pengaruh bahasa Inggeris Menggunakan laras bahasa yang pelbagai Banyak menggunakan ayat aktif

Banyak memanfaatkan bahasa Banyak memanfaatkan kosa istana/bahasa dalam kata bahasa moden

Tahap-tahap Perkembangan Bahasa Melayu Moden


Secara umumnya,tahap perkembagan bahasa Melayu moden dapat dibahagikan kepada dua zaman/era iaitu:

Zaman/era bahasa Melayu moden pramerdeka

Zaman/era bahasa Melayu moden pascamerdeka

Perkembangan Bahasa Melayu Moden Era Pramerdeka


- Pada peringkat awal pemerintahan Inggeris, kedudukan bahasa Melayu tidak tergugat. Bahasa Melayu tetap digunakan dalam urusan rasmi kerajaan British, maka lahirlah sarjana bahasa berbangsa barat seperti:R.O Winsted,R.J Wilkinson,C.C Brown, W.E Maxwell,W. Marsden,O.T Dusek,W.G Shellabear,J. Crawford, A.M Skinner. - Kedudukan bahasa Melayu mula tergugat selepas Perang Dunia ke-2 apabila kerajaan Inggeris mula menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dan bahasa rasmi. -Walau bagaimanapun,perjuangan dan pengembangan bahasa Melayu terus dipelopori oleh para cendekiawan yang berpendidikan Melayu dan Arab.Mereka ini terdiri daripada wartawan,sasterawan,budayawan,guru-guru,dan ahli-ahli politik Melayu. Pertumbuhan-pertumbuhan bahasa Melayu juga ditubuhkan untuk memperjuangkan dan mengembangkan bahasa Melayu.Antaranya termasuklah Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa,Pejabat Karang Mengarang,PASPAM,dan ASAS 50.

Sumbangan Tokoh-tokoh Asing terhadap Perkembangan Bahasa Melayu Moden Era Pramerdeka
William Marsden (1754-1836) -Dilahirkan pada November 1754 di Verval,Ireland,dan meninggal dunia pada 6 Oktober 1836. -Menghantar surat yang mengandungi daftardaftar kata Melayu,Aceh,Batak,Lampung,Jawa,Makasar,Saw u dan Tahiti kepada Ketua Royal Society. -Beliau merupakan sarjana Inggeris yang banyak melakukan penyelidikan terhadap bahasa.Karya-karya beliau yang berteraskan penyelidikan ini memberikan sumbangan yang sangat bernilai dalam proses pembakuan bahasa Melayu seterusnya,sama ada daripada segi tatabahasa,ejaan Jawi dan Rumi,atau perkamusan.

R.J.Wilkinson (1867-1941)

-Nama penuhnya,Richard James Wilkinson,merupakan anak Konsul British di Greece.Beliau dilahirkan di negara itu,iaitu di Salonika pada tahun 1867.
-R.J.Wilkinson dianggap sebagai ahli pengajian Melayu yang tinggi pencapaiannya.Beliau merupakan pentadbir penjajah Inggeris yang banyak memberikan sumbangan kepada bidang pendidikan,bahasa,dan kesusasteraan Melayu di negara ini.

R.O.Winstedt (1878-1966) -Nama penuhnya,Richard Olaf Winstedt,dilahirkan pada Oxford pada 2 Ogos 1878 dan meninggal dunia pada 2 Jun 1966 di London.Beliau mendapat pendidikan di Magdalen College School and New College,Oxford dan memperoleh Master of Arts di situ.Pada tahun 1920,beliau menerima Doctor of Letters. -Winstedt pada mulanya berkhidmat sebagai Presiden pertama Kolej Raffles, Singapura, 1921-1931. Semasa menjawat sebagai Presiden, dia turut bertindak sebagai Setiausaha kepada High Commissioner, 1923; Pengarah Pendidikan, Negeri-negeri Selat dan Persekutuan Tanah Melayu (FMS), dan ahli kepada Majlis Legislatif,Negeri-negeri Selat, 1924-1931; ahli kepada Majlis Kebangsaan FMS, 19271931. -Selepas sepenggal sebagai Penasihat Umum kepada Johor, 1931-1935, Winstedt bersara dari Perkhidmatan Kerajaan Malaysia dan dilantik sebagai pensyarah, dan kemudiannya felo kehormat,dalam bidang Melayu di School of Oriental and African Studies, di mana dia turut berkhidmat sebagai ahli Badan Penyelia, 1939-1959.Semasa Perang Dunia Kedua,dia membuat siaran dalam bahasa Melayu ke Malaya yang diperintah Jepun. Dia bersara dari pendidikan aktif pada 1946.

O.T.Dussek (1886-1965) -O.T.Dussek sebenarnya berketurunan Jerman.Nama beliau yang sepenuhnya ialah Oman Theodore Dussek.Beliau dilahirkan di Surrey,England pada 16 November 1886.Sebaikbaik sahaja beliau menamatkan pengajiannya di Eastbourne College,University of London,beliau ditugaskan sebagai guru di Sekolah Tinggi Melaka pada tahun 1912. Antara buku yang dihasilkan oleh O.T.Dussek termasuklah Kitab Pelita Mengarang(1923) yang dituliskan bersama-sama dengan Muhammad Hashim Haji Talib,Kitab Pedoman Guru Penggal 1 dan 2(1926),Practical Modern Malay:An Introduction to The Colloquial Language Graduated Malay Reader (1946),dan Hujungan Kitab Hisab II (1952).

Sumbangan Tokoh-tokoh Tempatan terhadap Perkembangan Bahasa Melayu Moden Era Pramerdeka

Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (1796-1854) - Dilahirkan di Melaka dan mendapat gelaran Munsyi yang bermaksud pendidik @ guru kerana telah mengajar agama Islam kepada askar Melayu di Melaka. - Antara karya beliau yang terkenal ialah (Syair Singapura Terbakar, Kisah Pelayaran Abdullah 1, Kisah Pelayaran Abdullah 11, Hikayat Abdullah.

Raja Ali Haji (1809-1870)

- Dilahirkan di Pulau Penyengat, Riau berpendidikan Arab dan merupakan tokoh bahasa yang sangat penting.
- Beliau merupakan penulis Melayu pertama yang menghasilkan kamus dan buku tatabahasa melalui bukunya Kitab Pengetahyan Bahasa. - Antara karya beliau ialah (Bustanul Katibin, Tuhfat alNahfit, Kitab Salasilah Melayu dan Bugis)

Mohd. Said bin Haji Sulaiman ( 1876 1955)


- Dilahirkan di Teluk Belanga Singapura dan menjadi penunjang kepada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (Pakatan). - Antara karya beliau ialah ( Buku Katan PBmPB, Jalan Bahasa Melayu,Pohon Agama, Sopan Santun Dalam Islam)

Zainal Abidin Ahmad (Zaba) (1895-1973) - Dilahirkan di Batu Kikir, Jempol Negeri Sembilan. Nama lain beliau ialah Zaba, Melayu Jati, Patriot dan Zai Penjelmaan. - Beliau merupakan tokoh bahasa dan antara karya yang terkenal ialah Pelita Bahasa Penggal 1,11,dan 111. - Karya beliau yang lain ialah Kitab Ilmu Bahasa Melayu, Kitab Rahsia Ejaan Jawi, Ilmu Mengarang Melayu. - Beliau pernah memegang jawatan Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka dan dianugerahkan gelaran Pendeta dan darjah Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri.

Sumbangan Pertumbuhan dan Institusi terhadap Perkembangan Bahasa Melayu Moden Era Pramerdeka
Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB) - Ditubuhkan pada tahun 1888 dan diasaskan oleh Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Datuk Muhammad Ibrahim Munsyi. - Matlamat utama PBmPB ditubuhkan untuk memelihara, memperlengkap dan mempermodenkan bahasa Melayu dari segi ejaan, mencipta perkataan baru dan memelihara ejaan jawi.

- Sepanjang penubuhannya PBmPB telah menghasilkan 34 buah buku berkaitan dengan sejarah, kebudayaan, riwayat perjalanan dan maklumat PBmPB.

Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)

-Ditubuhkan pada tahun 1934 telah menyebarkan semangat persaudaraan di kalangan pencinta bahasa Melayu. -Tujuan penubuhannya untuk mengeratkan hubungan persaudaraan serta menggalakkan penerbitan dan pembacaan penulisan bahasa Melayu.

Pejabat Karang Mengarang

- Ditubuhkan pada tahun 1924 di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan pengasasnya ialah O.T Dussek dan Zaba.
- Matlamat penubuhannya untuk mengatasi masalah kekurangan bahan bacaan bahasa Melayu di sekolah Melayu selain menggalakkan penulis menghasilkan karya dalam bahasa Melayu.

Sultan Idris Training College (SITC) -Sultan Idris Training College (SITC) atau Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) merupakan sebuah maktab terkenal yang ditubuhkan pada tahun 1922.Tujuan penubuhan maktab ini adalah untuk mengatasi masalah kekurangan guru di sekolahsekolah Melayu pada masa itu.

Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)

- Merupakan pertubuhan yang paling besar sumbangannya kepada perancangan dan perkembangan bahasa Melayu yang dibentuk oleh angkatan penulis muda (Tongkat Warrant, Keris Mas, A. Samad Said) - Antara tujuan penubuhannya ialah mengembangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu dan menjaga kepentingan dan kebajikan penulis Melayu.
- Asas 50 juga telah mendesak kerajaan untuk melaksanakan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Penghantar di sekolah.