Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1. Pelajar akan mudah belajar perkara yang ingin dipelajari dan perkara yang ingin diketahui oleh mereka. 2. Mengetahui cara belajar adalah lebih penting daripada memiliki banyak pengetahuan. 3. Penilaian kendiri hasil kerja pelajar merupakan penilaian yang lebih bermakna, namun pelajar perli mencapai tahap pencapaian yang ditetapkan. 4. Perasaan adalah sama penting dengan fakta. 5. Pelajar belajar lebih baik dalam persekitaran yang tidak mengancam seperti selamat secara fizikal, emosional, psikologikal serta nyaman.
III.
IV.
V.
Dalam pembelajaran, Rogers memberi penekanan kepada hubungan personal antara guru sebagai fasilitator dengan pelajar. Oleh itu teori humanistik mengutamakan pembelajaran berpusatkan pelajar.
Pembelajaran pengalaman melibatkan aplikasi pengetahuan. Pembelajaran jenis ini mengambil kira keperluan dan kehendak pelajar. Oleh itu pembelajaran pengalaman melibatkan perkembangan diri, motivasi, daya usaha, penilaian kendiri dan mempunyai kesan jangka panjang.
Keperluan Perkembangan
Keperluan Keselamatan
Keperluan Fisiologi
Peringkat seterusnya bagi memenuhi aras keempat iaitu keperluan penghargaan diri di mana seseorang itu berusaha bagi mendapatkan pengiktirafan orang lain yang dimanifestasi dalam bentuk penerimaan, prestij, status, kompetensi, keyakinan diri dan sebagainya. Peringkat akhir adalah keperluan penyempurnaan kendiri yang melibatkan keinginan berterusan untuk memaksimumkan potensi diri, umpamanya cuba merealisasikan bakat dan kebolehan agar menjadi individu yang menyeluruh dan sempurna.
Keseluruhannya menurut Maslow keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, belajar perkara baru, memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik.
5. Sentiasa melibatkan pelajar dalam aktivit kumpulan, seperti pembelajaran koperatif. Ini dapat membina hubungan sosial dan kemahiran emosi. 6. Guru sebagai fasilitator bagi aktiviti kumpulan. 7. Untuk memupuk sikap, kepercayaan dan tabiat yang baik kepada pelajar, guru hendaklah menjadi dirinya teladan. 8. Sentiasa memberi ganjaran kepada gerak balas pelajar.
9. Isi pelajaran yang disampaikan hendaklah disesuaikan dengan aras pemikiran, gaya pembelajaran dan keperluan pelajar. 10. Aktiviti pembelajaran dan bahan yang ingin dipelajari hendaklah ditentukan oleh pelajar. Ini bagi meningkatkan motivasi pelajar. 11. Perancangan pengajaran perlu mengambil kira minat, kecenderungan, kesediaan belajar dan perbezaan individu. 12. Aktiviti/ program pemulihan dapat membentuk konsep kendiri yang positif bagi pelajar yang lemah. 13. Perasaan dan amalan saling hormat-menghormati dapat membantu pembelajaran berkesan. 14. Percaya bahawa semu pelajar boleh belajar jika tempoh masa mempelajarinya mencukupi.