Anda di halaman 1dari 25

ALAM SEKITAR MANUSIA

2.5 IMPAK KEGIATAN MANUSIA


Nama Pensyarah: Encik RhozishamAbd Rashid

KEGIATAN PERTANIAN

Perubahan landskap fizikal. Pendedahan permukaan bumi secara terus. Perubahan suhu mikro atau pemanasan setempat. Mengganggu kestabilan kitar hidrologi. Pencemaran udara dan jerebu. Pencemaran air sungai. Kemusnahan ekosistem dan kepelbagaian biologi (biodiversiti).

Perubahan Landskap Fizikal


o Perubahan landskap fizikal seperti hutan semula jadi bertukar kepada hutan tanaman ,hutan primer bertukar kepada hutan sekunder,permukaan tanah menjadu tergondol. o Proses penyahhutanan bagi tujuan mewujudkan kawasan pertanian ladang atau penyahhutanan oleh sistem pertanian pindah adalah amat relevan. o Contohnya,Negara Malaysia misalnya aktiviti penyahhutanan untuk perladangan getah dan kelapa sawit amat ketara berlaku pada tahun 1970-an.

o Akibatnya kawasan hutan dibersihkan secara besar-besaran..Kawasan bukit digondolkan sebelum ditanam dengan tanaman kelapa sawit dan getah.Dalam tempoh empat atau lima tahun landskap yang tergondol tadi bertukar kepada hutan tanaman yang dipenuhi dengan pokok kelapa sawit dan getah.
o Pertanian pindah pula perubahan landskap yang ketara ialah dari hutan primer bertuakar kepada hutan sekunder.Kawasan hutan primer yang sudah ditebang dan dibakar akan digunakan sebagai tapak pertanian. o Setelah tapak tani itu menjadi tidak subur,petani pindah akan meninggalkannya untuk mencari tapak pertanian yang baru.Kawasan tersebut terus terbiar dan akan dipenuhi oleh lalang,semak samun,dan belukar yang merupakan ciri-ciri dalam hutan sekunder.

Pendedahan Permukaan Bumi Secara Terus


o Pendedahan permukaan bumi secara terus kepada pelbagai proses geomorfologi seperti luluhawa dalaman,hakisan tanah,dan tanah runtuh. Permukaan bumi kehilangan pelindung,kehilangan daya pengikat,dan cengkaman akar terhadap butiran tanah yang menyebabkan cerun-cerun menjadi tidak stabil. Dalam konteks geomorfologi pelbagai proses akan berlaku apabila permukaan tanah dibajak,digembur,diteres,dan diratakan untuk kegiatan pertanian khususnya di kawasan lereng-lereng bukit yang bercerun curam. Permukaan cerun yang terdedah akan mengalami luluhawa kimia atau luluhawa dalaman yang menyebabkan struktur batuan diuraikan menerusi proses larutan,pengkarbonan,hidrasi,pengoksidaan,dan hidrasi,pengoksidaan dan hidrolisis yang menghasilkan regolit yang longgar dan tidak stabil. Tindakan air larian permukaan pula akan menghakis dan mengangkut regolit dari atas cerun ke bawah cerun.Kesannya permukaan lereng-lereng bukit akan mengalami hakisan yang ketara seperti wujudnya gegalur dan tanah tergondol. Dalam jangka masa panjang pelbagai jenis gerakan jisim boleh berlaku seperti kesotan tanah,gelangsaran tanah,dan tanah runtuh terutama di kawasan yang bercerun curam. o

Perubahan Suhu Mikro Atau Pemanasan Setempat


o Hutan semula jadi sebenarnya berfungsi untuk menyederhanakan suhu dengan cara mengekalkan peratus kelembapan udara. Apabila hutan dimusnahkan untuk tujuan pertanian maka gangguan terhadap proses sejat peluhan pokok-pokok akan terjadi.

Daun dan kanopi tumbuhan tidak boleh lagi membebaskan wap-wap air ke udara.Kesanya peratus kelembapan udara akan menurun,udara menjadi lebih kering,dan persekitaran fizikal terdedah kepada bahangan matahari secara langsung tanpa ditapis dan diserap oleh kanopi tumbuhan.
Keadaan ini akan menyebabkan indeks suhu sekitar meningkat menjadi lebih panas berbanding dengan sebelumnya. Fenomena ini dinamakan sebagai pemanasan setempat.

Menganggu Kestabilan Kitar Hidrologi


o o o o Penyahhutanan untuk dijadikan tapak pertanian biasanya melibatkan kawasan hutan primer atau hutan dara seperti dalam sistem pertanian pindah dan perladangan . Kawasan hutan primer merupakan kawasan tadahan air yang penting dalam sistem hidrologi khususnya sungai. Apabila hutan-hutan dimusnahkan,fungsinya sebagai kawasan tadahan air akan turut terjejas atau hilang. Terdapat beberapa sebab yang boleh dikaitkan dengan gangguan ke atas kestabilan kitar hidrologi.Antaranya seperti berikut; a).mengurangkan proses transpirasi tumbuhan untuk membebaskan wapwap air ke udara sebagai penyumbang kepada sejatpeluhan bagi membentuk awan. b).menyebabkan kelembapan kelembapan udara menurun (pembentukan udara kering). c).mengurangkan kadar susupan, storan, dan edaran air tanah (gangguan kepada sistem akuifer) yang seterusnya boleh menjejaskan sumber dan bekalan air kepada sungai, paya, tasik, dan kolam.

Kemusnahan Ekosistem Dan Kepelbagaian Biologi (Biodiversiti)


o Kemusnahan ekosistem dan kepelbagaian biologi (biodiversiti) menyebabkan spesies flora dan fauna yang diancam kepupusan. Termasuklah juga kemusnahan ekosistem seperti rantaian makanan dan habitat khususnya hutan yang telah dijadikan tapak pertanian. Kepelbagaian biologi akibat pemusnahan hutan untuk akitiviti pertanian pindah dan pertanian perladangan akan menyebabkan kesan kesan negatif berikut; a).Pelbagai spesies fauna dan flora diancam kepupusan dan kemusanahan akibat kehilangan sumber sumber makanan. b).Hidupan lain yang bergantung kepada tumbuhan seperti herbivor (kancil dan rusa) akan kehilangan sumber sumber makanan. c).Proses penyahutanan memusnakan habitat haiwan. Ketiadaan habitat menyebabkan haiwan haiwan berhijrah ke hutan atau habitat yang lain untuk mencari perlindungan atau tempat baru. d).Di tempat baru ini mereka terpaksa bersaing dengan koloni lain. Persaingan intra dan interspesies akan berlaku dan bagi spesies yang lemah akan musnah dan pupus.

e).Kerosakan ekosistem seperti kemusnahan rantaian makanan, kita tenaga, komponen biotik, dan abiotik, akan menggangu keseimbangan ekologi setempat. Gangguan ekologi secara menyeluruh akan berlaku apabila hutan hutan dimusnahkan secara lebih meluas.
f).Ketidakseimbangan ekologi mikro dan makro akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap unsur unsur lain seperti cuaca, hakisan, banjir, dan sebagainya.

Pencemaran Air Sungai


o Larian air permukaan akan membawa regolit dari atas cerun ke bawah cerun dan seterusnya masuk ke sistem sungai yang ada di kawasan pertanian.Kadar ini akan meningkatkan kadar pencemaran sungai,sistem menjadi keruh,berkelodak dan berlumpur,serta kadar enapan tinggi telah mencetakkan dasar sungai sehingga memudahkan kejadian banjir. Kualiti air sungai juga terjejas akibat penggunaan baja kimia dan racun serangga.Racun serangga seperti DDT dan pelbagai jenis baja kimia yang digunakan ke atas tanaman akan larut resap ke dalam tanah atau di bawa bersama oleh larian air permukaan.

Jika larut resap berlaku maka sebatian kimia dari baja dan racun serangga tadi akan dibawa oleh aliran air bawah tanah (sistem akuifer) menuju ke sungai,tasik,kolam,paya.Begitu juga dengan pergerakan larian air permukaan akan membawa bersama sebatian kimia ke sistemsistem perairan yang ada di permukaan.
Kesan yang berlaku ke atas sumber-sumber air tersebut seperti pencemaran bahan kimia yang tinggi akan memberikan impak negatif terhadap ekosistem akuatik.Contohnya pencemaran air yang berlaku di Tasik Ringlet di Tanah Tinggi Cameron.

Pencemaran Udara Dan Jerebu


o Kaedah yang paling mudah,murah,dan cepat yang sering diamalkan dalam sistem pertanian bagi membersihkan tapak ladang atau tani menerusi tebang dan bakar.Sistem pertanian yang paling banyak menggunakan kaedah ini ialah pertanian pindah dan sara diri giat. Akibatnya kualiti udara tercemar sehingga menyebabkan fenomena jerebu.Apabila hutan atau tapak pertanian dibakar,partikel-partikel terampai dalam udara seperti debu,habuk,asap,jelaga,dan sebagainya akan dibebaskan. Partikel-partikel yang terampai ini akan terapung-apung dalam udara yang kering.Jika kadar kepekatan dalam udara adalah tinggi,jarak penglihatan individu semakin berkurangan. Berdasarkan bukti dari gambar satelit menunjukkan bahawa jerebu yang di Malaysia pada tahun 1997 dan Jun 2004 adalah berpunca daripada aktiviti pembakaran yang dijalankan oleh petani tradisional di Kalimantan dan Sumatera,Indonesia. Pencemaran udara juga berpunca daripada penggunaan atau penyemburan racun serangga secara besar-besaran menggunakan kapal terbang kecil atau ringan dalam sistem perladangan kelapa sawit.Racun yang disembur menyebabkan komposisi udara tercemar.

oKesan negatif ke atas semua sistem alam sekitar fizikal sama ada sistem

geomorfologi,sistem atmosfera,sistem hidrologi dan sistem ekologi


khususnya pada skala mikro atau skala tempatan.

oAktiviti penyahhutanan untuk pembukaan kawasan pertanian baru

khususnya oleh petani pindah atau oleh sektor perladangan yang melibatkan
pemusnahan hutan secara besar-besaran.

oKaedah tebang dan bakar, kawasan hutan rimba dimusnahkan dan

dibersihkan secara serta merta.Kesannya kawasan hutan berkenaan akan


bertukar menjadi landskap tergondol,memusnahkan ekologi dan biodiversiti setempat,meningkatkan kadar hakisan tanih,peningkatan suhu mikro(pemanasan setempat),pencemaran air dan pemendapan

sungai,penurunan peratus kelembapan udara.

oAmalan pembakaran terbuka merupakan kaedah untuk membersihkan tapak pertanian bagi memulakan musim penanaman yang baru setelah hasilnya

dituai.

Misalnya,pembakaran jerami padi dalam sistem sawah,pembakaran sisa pokok kelapa sawit dan tebu dalam sistem perladangan atau pembakaran hutan yang telah dibersihkan oleh petani pindah. Akibat pembakaran terbuka ini maka asap dan debu akan terbebas ke udara yang akan menyebabkan fenomena pencemaran udara dan jerebu. Penggunaan racun serangga dan baja kimia secara berlebihan menjejaskan alam sekitar.Amalan ini dilakukan dalam sistem perladangan yang menggunakan kapal terbang ringan untuk menyembur racun serangga dan juga menabur baja kimia.Amalan ini akan menyebabakan berlakunya pencemaran udara dan pencemaran sumber air seperti sungai,tasik,kolam,paya dan sebagainya. Amalan penebusgunaan kawasan tanah lembap seperti kawasan paya untuk dijadikan tapak pertanian atau kolam ternakan akuakultur. Penebusgunaaan kawasan paya ini akan memusnahkan hidupan akuatik,ekosistem,dan kawasan takungan atau simpanan air permukaan. Amalan pertanian tanpa tanaman tutup bumi terutama dalam sistem pertanian pindah sering kali membiarkan permukaan bumi terdedah kepada agen-agen hakisan khususnya air mengalir dan angin. Akibatnya,lapisan atas tanih yang subur akan hilang di bawa oleh larian air permukaan ke bawah tanpa tanaman tutup permukaan bumi mengalami kadar hakisan yang tinggi di samping membekalkan nutrien tanah (nitrogen).

Amalan pertanian tunggal tanpa nenggilirkan tanaman atau tanpa merehatkan tanah.Sistem pertanain padi sawah amat ketara menjalankan monokultur tanpa merehatkan tanah. Secara semula jadi amalan pertanian ini akan menyebabkan ketidakseimbangan nutrien tanah.Satu atau dua jenis nutrien tanah akan berkurangan dengan ketara manakala nutrien lain berlebihan. Amalan pertanian tanpa teres terutama di kawasan bercerun iaitu tanah-tanah dilereng bukit dibajak tanpa mengikut kontor. Kesannya tanah-tanah yang gembur menjadi longgar dan ini memudahkan berlakunya hakisan tanah,gerakan jisim seperti gelongsoran tanah dan tanah runtuh serta kehilangan lapisan atas tanah yang subur dengan lebih cepat. Amalan ragutan berlebihan dalam sektor penternakan sering binatang ternakan seperti lembu dan biri-biri dibiarkan meragut di kawasan yang sama dalam tempoh yang panjang dan juga dalam jumlah yang banyak. Kesan ragutan berlebihan dan pijakan binatang ternakan ini akan menyebabkan struktur tanah di kawasan padang ragut menjadi longgar dan memungkinkan berlakunya hakisan tanih dengan kadar yang cepat.

KEGIATAN PERIKANAN

Kepupusan sumber perikanan. Kemusnahan habitat atau kawasan pembiakan. Pencemaran. Kemusnahan ekosistem paya bakau.

Kepupusan Sumber Perikanan


Kepupusan sumber perikanan berlaku disebabkan oleh kadar tangkapan ikan secara berterusan melebihi had dan kaedah tangkapan yang memusnahkan habitat. Kaedah tangkapan seperti penggunaan pukat harimau dan pukat tunda menyebabkan kepupusan kerana kaedah ini mengambil semua saiz dan jenis ikan. Habitat akuatik turut musnah disebabkan oleh penggunaan pukat tunda di kawasan pesisir pantai yang menjadi lokasi pembiakan ikan.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan kemusnahan kawasan hutan bakau yang juga merupakan tempat pembiakan.
Kepupusan sumber-sumber perikanan yang berlaku di kawasan perikanan air tawar disebabkan aktiviti menuuba (menggunakan racun) dan penggunaan kuasa eletrik untuk menangkap ikan di kawasan ikan di kawasan paya,kolam,tasik dan sungai.Kaedah ini menyebabkan banyak ikan yang masih kecil mati.

Kemusnahan Habitat Atau Kawasan Pembiakan


Kemusnahan habitat atau kawasan pembiakan ikan seperti kawasan terumbu karang khususnya di kawasan berpulau.
Penggunaan pukat tunda,pukat harimau dan pukat apollo bukan sahaja mengambil semua spesis ikan malahan turut mengaut dan memusnahkan kawasan terumbu karang yang menjadi habitat ikan ,udang,sotong dan ketam. Pemusnahan habitat ini akan merosakkan rantaian makanan marin dan kawasan pembiakan. Keadaan ini akan menyebabkan penghijrahan spesis ikan ke habitat lain atau ke kawasan lautan lain.

Pencemaran
Pencemaran air laut di sekitar pelabuahn perikanan disebabkan oleh pembuangan sisa-

sisa ikanyang tidak diperlukan,air pembersihan bot,sisa domestik dari penempatan


Bot-bot yang sudah rosak dan tidak digunakan dibiarkan tersadai danreput di tepi pelabuahn atau muara sungai. Keadaan ini akan menyebabkan fizikal pencemaran dan kualiti air laut.

Kemusnahan ekosistem Paya Bakau


Pembinaan kolam-kolam akuakultul akan melibatkan kerja-kerja penebangan dan pembersihan hutan bakau serta nipah yang berada di zon pinggir pantai. Penyahhutanan bakau dan nipah ini akan menjejaskan ekosistem kawasan tersebut. Habitat pelbagai jenis hidupan seperti ketam nipah dan ikan tebakul lokan,kerang ,pelbagai spesis burung,harimau primat turut musnah. Rantaian makanan yang terganggu akan menjejaskan hidupan darat dan air (ekosistem muara).

Keadaan ini sekaligus mengurangkan kadar populasi asal hutan bakau berkenaan.

KEGIATAN PERHUTANAN
Kekurangan sumber makanan berlaku khususnya kepada masyarakat orang asli yang bergantung sepenuhnya kepada hasil-hasil hutan. Hal ini kerana sumber utama makanan mereka iaitu hasl-hasil hutan musnah akibat aktiviti penyahhutanan. Kegiatan ekonomi yang berteraskan kepada pembalakan seperti industri kayu,perabut dan kraf tangan, dan lain-lain akan terjejas apabila pokok-pokok balak yang berharga seperti cengal,meranti,seraya,keruing musnah dalam aktiviti penyahhutanan. Secara tak langsung turut mejejaskan pendapatan perkapita penduduk dan pendapatan negara. Rantaian makanan yang musnah akan mengurangkan bekalan bahan organik untuk proses pereputan oleh penguraian oleh organisma pereput dan pengurai. Penghasilan humus yang berkurangan akan menyebabkan tanah tidak subur. Tanah yang menjadi kering,kontang,tandus,dan gersang akan menjejaskan aktiviti pertanian penduduk seperti pertanian perladangan. Aktiviti penyahhutanan trut menyebabkan bekalan oksigen kepada penduduk berkurangan . Sebaliknya penyahhutanan akan meningkatkan lagi kandungan gas karbon dioksida dalam udara. Keadaan ini akan menyebabkan fenomena kesan rumah hijau berlaku. Akibatnya manusia berada dalam keadaan tidak selesa kerana kepanasan dan terjejasnya produktiiti pertanian makanan seperti padi sawah. Aktiviti penyahhutanan ini juga mengakibatkan bekalan air kepada penduduk terjejas. Hal ini demikian kerana apabila hutan ditebang,simpanan air dalam tanah akan berkurangan untuk dibekalkan kepada sistem sungai dan enapan bagi keginaan penduduk.

KEGIATAN PERLOMBONGANDAN PERDAGANGAN


a). Tinggalan kawasan-kawasan perlombongan membentuk lekukan, kolam, atau tasik yang dikenali sebagai tasik lombong terutama di kawasan perlombongan biji timah yang menggunakan kaedah kapal korek. b). Pandang darat cerun cerun bukit yang musnah akibat kesan kesan pemotongan, penarahan, dan perletupan bukit, tinggalan ketulan ketulan bantuan akibat akitiviti perlombongan kuari, dan marmar atau keadah pam hidraulik dalam perlombongan biji timah. c). Pandang darat kemusnahan berlaku akibat aktiviti mencari gali sesuatu jenis sumber mineral.

d). Kehilangan tanah penutup,dan gangguan ke atas profil,struktur dan tekstur tanih. - Kecenderungan berlakunya tanah runtuh dan tanah mendap serta kehilangan kesuburan tanah menyebabkan pembentukan belukar.
e). Kawasan tinggalan lombong biasanya menjadi kawasan amang yang tandus dan gersang.Kawasan ini perlu dipulihara atau disuburkan kembali untuk membolehkan

Perlombongan menggalakkan kejadian hakisan tanih dan proses pemendapan di dasar sungai.Keadaan ini menyebabkan sungai menjadi sungai menjadi cetek atau tohor akibat pemendapan sisa lombong dan puin tanah tanah sehingga boleh mengakibatkan kejadian banjir sungai. - Larian air permukaan membawa masuk lumpur dan bahan enapan ke dalam sungai dari

cerun-cerun bukit yang diruntuhkan oleh kegiatan perlombongan sehingga menyebabkan


sungai tercemar, keruh, dan berlumpur. Kerja-kerja perlombongan dengan menggunakan kapal korek didapati membuang sisa perlombongan di sekitar kawasan sungai yang berdekatan.Ini menyebabkan sungai menjadi keruh dan berkelodak. Kerosakan cerun bukit juga berlaku akibat penggunaan kaedah melombong secara pam hidraulik khususnya untuk perlombongan bijih timah telerang dan emas.

- Pancutan air yang kuat ke atas cerun-cerun bukit meninggalkan kesan-kesan runtuhan,
kelaran, dan retakan yang ketara. Cerun-cerun bukit juga musnah akibat perlombongan kuari.Aktiviti perlombongan kuari masa kini menjadi pemusnah terbesar kepada cerun-cerun bukit di Malaysia.

Pecemaran udara berlaku kesan daripada pembebasan habuk dan debu dari kawasan

lombong khususnya lombong kuari dan pecah batu.


- Kawasan perlombongan ini kebiasanya membebaskan banyak partikel-partikel terampai dalam udara.Antara contoh partikel terampai yang mencemari kawasan ini adalah seperti debu dan habuk batu.Apabila kepekatan partikel terampai dalam udara menjadi tinggi maka fenomena pencemaran udara akan bertukar menjadi jerebu. Bahan-bahan pencemar udara ini bertindak sebagai nukleus kondensasi yang menyerap wap- wap air lalu menurunkan hujan asid. Perlombongan sumber mineral mengakibatkan kejadian tumpahan minyak yang mencemarkan air laut kemungkinan berlaku di tiga lokasi penting yang terlibat dengan akitiviti perlombongan petroleum iaitu:-

(a). Sekitar pelantar cari gali.


(b). Sepanjang laluan kapal pengangkut khususnya jika berlaku perlanggaran. (c). Sekitar terminal atau pelabuhan yang melibatkan kerja-kerja pemunggahan petroleum mentah.

Apabila berlaku tumpahan minyak ke permukaaan laut, proses pembauran akan bertindak sehingga menyebabkan ketulan-ketulan minyak terbentuk memenuhi permukaan air laut. Ketulan ketulan minyak ini menghalang kemasukan cahaya matahari ke bawah air.Keadaan ini menjejaskan pelbagai jenis hidupan maritim dan keseluruhan ekosistem maritim berkenaan. Hal ini dikaitkan dengan kemasukan cahaya matahari ke bawah permukaaan laut yang semakin berkurangan telah menyebabkan plankton dan terumbu karang mati atau

tidak boleh membiak.Kesannya pengeluar makanan utama dan habitat kepada hidupan
laut musnah. Apabila pencemaran air laut berlaku, keseimbangan ekosistem marin ini akan terjejas. Kemusnahan habitat dan tempat pembiakan menyebabkan penghijrahan spesies berlaku dan kesannya sumber-sumber perikanan kepada nelayan semakin berkurangan.Keadaan ini boleh menjejaskan pendapatan nelayan khususnya di

kawasan pinggir pantai.

KEGIATAN PERINDUSTRIAN

Kesan aktiviti perindustrian terhadap alam sekitar:1) Pencemaran udara dan jerebu. 2) Hujan asid. 3) Pencemaran air.

4) Kemusnahan hidupan akuatik.


5) Pemanasan setempat atau pulau haba bandar.

I.

Pelbagai kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal terladi akibat perkembangan pesat sektor perindustrian,Antaranya ialah:-

II.

Meningkatkan hadar pencemaran udara dan jerebu melalui pelbagai bahan pencemar seperti karbon dioksida,karbon monoksida,sulfur oksida dan partikelpartikel terampai dalam atmosfera.

III.

Meningkatkan kejadian hujan asid disebabkan kualiti air hujan terjejas melalui tndakbalas antara bahan pencemar dengan wap-wap air dalam udara.Air hujan asid yang turun akan disusupkan ke dalam tanah dan ini akan menjejaskan kualiti sumber air tanah.

IV.

Pencemaran sumber air permukaan seperti air sungai.tasik,kolam,paya,muara,dan laut melalui pembuangan pelbagai bahan enap cemap atau sisa industri ke dalam sumber-sumber air tersebut. -Sisa-sisa industri yang dibuang dari kilang memproses akan menyebabkan kandungan BOD dalam sungai meningkat,air menjadi keruh,air berubah warna,berbau busuk,beracun,dan bertoksid.

V.

VI.

iv. Meningkatkan kejadian pulau haba atau pemanasan setempat.Indeks suhu sebagai satu komponen sumber udara akan meningkat akibat daripada kepekatan karbon yang tinggi di atmosfera yang dilepaskan oleh pelbagai punca industri.Haba yang terperangkap membolehkan mekanisme kesan rumah hijau berlaku sehingga menyebabkan persekitaran khususnya di bandar-bandar industri akan lebih panas.

Kesan terhadap alam sekitar manusia

KESAN NEGATIF
Gangguan kesihatan penduduk akibat fenomena pencemaran udara dan jerebu,pencemaran air,pencemaran bunyi,hujan asid,dan sebagainya. -kawasan tumpuan industri perkilangan akan membebaskan dengan banyak bahan-bahan

pencemar seperti karbon monoksida,gas kloroflorokarbon,dan lain-lain yang boleh


memudaratkan kesihatan penduduk seperti penyakit gatal.barah kulit,penyakit asma.brokontis,dan lain-lain. Kesesakan lalu lintas akan berlaku apabila pekerja kilang bertambah.Kesesakan berlaku apabila jumlah kenderaan yang digunakan oleh pekerja untuk berulanh-alik ke tempat kerja bertambah. - Kesanya masalah aliran trafik akan berlaku yang boleh melambatkan perjalanan dan meningkatkan lagi risiko kemalangan kepada penduduk sekitar termasuk pekerja kilang

itu sendiri.
Pertambahan tenaga buruh menyebabkan sesuatu kawasan seperti di bandar menjadi padat dan sesak. -Keadaan ini biasanya boleh menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti penyakit berjangkit,masalah jenayah,penyalahgunaan dadah ,dan sebagainya.

KEGIATAN PERKHIDMATAN
Perkembangan pengangkutan boleh mengglaklan kejadian hakisan dan tanah runtuh di lereng-lereng bukit akibat proses pemotongan,penarahanmpenerasan dan penebukan bukit untuk membina lebuh raya,terowong,jambatan,dan sebagainya.
Pemotongan kaki bukit khususnya dalam keadaan cerun curam akan menganggu kestabilan cerun. Cerun bukit yang tidak stabil ini cenderung untuk tergelongsor atau runtuh ke bawah terutamanya ketika berlakunya hujan lebat. Kemajuan dalam sistem pengangkutan juga,memungkinkan berlakunya tanah mendap akibat penimbusan kawasan lembah seperti tanah paya untuk dibina jaringan pengangkutan. Kawasan paya terpaksa ditimbus untuk dijadikan laluan lebuh raya atau landasan kapal terbang.Keadaan ini boleh menimbulkan risiko tanah mendap sekiranya berlaku hujan lebat yang berterusan. Pembangunan jaringan pengangkutan turut merosakkan kawasan tadahan air akibat daripada pemusnahan hutan semula jadi dan kawasan tanah tinggi atau bukit untuk dibina laluan lebuh raya. Pembinaan lebuh raya juga bolrh mencemarkan sumber-sumber air di sekitar khususnya di peringkat awal kerja-kerja pembinaan dilakukan. Pada masa yang sama kerosakan ekosistem hutan dan paya serta habitat akibat aktiviti penebangan hutan untuk dibina lebuh raya dan lapangan terbang juga berlaku. Sesetengah spsies kehilangan tempat tinggal dan berhijrah ke tempat lain.

Anda mungkin juga menyukai