Anda di halaman 1dari 50

BAB 3 : ISLAM DAN TAMADUN MELAYU

Oleh : Pn. Siti Aisyah Binti Mohd Nor

Kandungan Topik:
Konsep Tamadun Melayu Kedatangan Islam ke Alam Melayu * pengenalan *tahap perkembangan *Teori kedatangan Islam Pusat Perkembangan Kepercayaan & Kebudayaan Bahasa & Kesusasteraan Melayu Cabaran Kolonialisme & Sekularisme Gerakan Islah

KONSEP TAMADUN MELAYU:


Dibentuk oleh sekelompok manusia yg digolongkan secara luas sbg kumpulan orang-orang Melayu & bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yg dikenali sbg Gugusan Kepulauan Melayu @ Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia @ Nusantara @ Tanah Jawi. Elemen-elemen yg menentukan wilayah berkenaan sbg wilayah Melayu ialah: - bahasa Melayu ( yg menjadi lingua franca @ bahasa perhubungan). - Agama Islam yg dianuti oleh majoriti penduduknya memandangkan Islam disampaikan dlm bahasa Melayu & kitab ditulis dlm tulisan jawi.

KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU


Kedatangan Islam ke Alam Melayu byk dipengaruhi oleh kedudukan geografi iaitu berada di pertengahan jalan perdagangan antara Timur & Barat. Pedagang Arab tlh sampai ke Alam Melayu sjk abad ke 5 M lagi. Mrk singgah di pelabuhan2 rantau Melayu ini dlm perjalanan misi perdagangan mrk ke negeri China & India. Hal ini diakui oleh sarjana sejarah Islam sendiri seperti AtTabari, Hamzah Isfahani dll dan juga sarjana Barat seperti DGE Hall. Mereka jg menyebut nama tpt yg disinggah oleh pedagang Arab sprt Mul Jawa (Jawa), Sribuza (Sri Wijaya), Kalah (kedah) dsbg.

Samb
Banyak pendapat yg dikemukakan oleh sarjana sejarah ttg tempat terawal yg menerima Agama Islam. Setengah pendapat menyatakan bhw Perlak sbg kerajaan terawal menerima Islam berdasarkan bukti yg ditemui. Menurut pendapat Marco Polo, Perlak merupakan kerajaan Islam yg pertama ditubuhkan pd thn 840 masihi. Raja Perlak yg pertama ialah Sultan Syed Maulana Abdul Aziz Syah.

Samb
Tahap Perkembangan : Perkembangan Islam melalui 2 tahap iaitu : i- Dr abad ke 7-13m yg disebarkan oleh mubaligh Arab. -ketika ini, penyebaran Islam byk dilakukan oleh mubaligh Arab yg menjalankan kegiatan perdagangan di pelabuhan Canton hinggalah ke Tanah Arab. -ini terbukti dgn seorang pengembara Cina bernama IChing yg menyatakan bhw dia tlh belayar dgn sebuah kapal yg dipercayai kepunyaan peniaga Arab dr Canton ke Sumatera. Menurut I-Ching jg pd ketika itu tdpt bbrp buah perkampungan org Arab di pantai Sumatera Barat.

Samb
-abad ke 8m & 9m, saudagar Arab, Parsi & India bertumpu ke gugusan kepulauan Melayu utk melakukan lawatan& perniagaan di negeri Sri Wijaya yg berada di puncak kebesaran dan kegemilangan pd ketika itu. -catatan sej jg menunjukkan bhw alam Melayu tlh mengenal agama Islam sjk kurun permulaan Hijrah lagi iaitu merupakan peringkat pengenalan ke arah satu proses penyebaran agama Islam. Sebuah batu nisan diukir dgn huruf Arab yg bertarikh pd thn 1082m & 1102m tlh dijumpai di Gerisek Jawa. Ini merupakan bukti yg jelas menunjukkan bhw waktu itu tlh ada org Islam di kawasan tersebut.

Samb
2-Dr abad ke 13m-15m yg disebarkan oleh mubaligh Arab, India & tempatan (Alam Melayu): -pada abad ini, peranan menyebarkan ajaran Islam dimainkan oleh mubaligh-mubaligh yg berasal dr Arab, India & juga masy. tempatan sendiri. Cth:Melaka mula menerima agama Islam pd thn 1414m stlh raja Melaka yg pertama iaitu Parameswara memeluk agama Islam slps berkahwin dgn Puteri Pasai yg tlh lama beragama Islam & menukar nama kpd Megat Iskandar Shah. -zmn pemerintahan Sultan Mansur Syah, agama Islam tlh bertapak kukuh dirantau Alam Melayu. -Keadaan ini berlaku krn pd masa itu Melaka tlh menjdi sebuah pusat pemerintahan kerajaan Melayu yg terbesar di Asia Tenggara & jg menjadi pusat penyebaran Islam yg terkenal diasia tenggara.

Samb
-Melaka tlh menjadi sebuah pelabuhan entreport yg

terbesar di Asia Tanggara shg dpt menawan kerajaan Majapahit yg merupakan sebuah kerajaan yg kuat di wilayah Nusantara. Teori Kedatangan : i- teori dari India : -Seorang sarjana Belanda iaitu Pijnappeltelah mengemukakan teori ini dengan menyatakan Islam datang ke Alam Melayu melalui Gujerat berdasarkan kepada bukti yang ditemuinya. -Teori ini disokong oleh Snouck Hurgronje dan J.P. Moquette. -Antara bukti yang ditemui ialah wujudnya persamaan batu nesan yang ditemui di Pasai.

Samb
-Batu nesan tersebut adalah kepunyaan Sultan Malik alSaleh bertarikh tahun 1297 yang ditemui di Gujerat India mempunyai persamaan dengan batu nesan Maulana Malik Ibrahim di Grisek, Jawa. -Pendapat ini diperkukuhkan lagi dengan wujudnya hubungan perdagangan di antara India dengan rantau Melayu sejak zaman pra-Islam lagi. -Apabila agama Islam bertapak kukuh di India, para pedagang India yang telah memeluk agama Islam, datang berdagang ke Asia tenggara dengan membawa Islam bersama-sama mereka dan menyebarkannya.

Samb
ii-teori dr Arab-Parsi : -Teori ini telah dikemukakan oleh seorang sarjana iaitu John Crawford berdasarkan kepada bukti-bukti yang telah ditemui olehnya. -Pendapat beliau telah disokong oleh Nieman dan de Hollander serta Prof. S.M. Naquib al- Attas. -Antara bukti yang menyokong teori beliau adalah berdasarkan kepada wujudnya hubungan perdagangan antara orang Arab dengan masyarakat Melayu, yang berlaku sejak zaman sebelum munculnya Islam di Semenanjung Tanah Arab.

Samb

-Bukti ini dikukuhkan lagi dengan wujudnya beberapa buah perkampungan atau koloni orang Islam berketurunan Arab di kawasan pantai Timur dan Barat Sumatera seperti yang tercatat dalam dokumen kerajaan China. -Kandungan persuratan Melayu Islam dengan konsep dan istilah serta sistem tulisan jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya.

Samb
iii-teori dr China : -Teori ini telah dikemukakan oleh seorang penulis Sepanyol,Emanuel Gadinho Eredia menyatakan bahawa Islam datang ke Alam Melayu melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9. -Antara bukti beliau ialah penemuan batu bersurat di Champa bertarikh 1039, di Brunei (1048), di Laren Jawa (1082) dan di Terengganu (1303). -Semua bukti ini mencatatkan adanya masyarakat Islam dan mencadangkan arah kedatangan Islam ke rantau ini melalui negara China. -Bukti tersebut diperkukuhkan lagi dengan hujah wujudnya hubungan perdagangan di antara Tanah Arab dengan negara China yang membawa kepada kemasukan agama Islam ke China. -Dari China, Islam telah dibawa ke Alam Melayu.

PUSAT PERKEMBANGAN :
Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa perubahan yang cukup besar dlm sejarah & tamadun rantau ini, yang membawa kepada munculnya pusat-pusat Islam yang penting seperti Pasai, Melaka, Patani, Acheh, Kelantan, Brunei dan banyak lagi. Ia menjadi pusat bagi tradisi alim ulama, intelektual dan keilmuan Islam yang tinggi, malah sebagai pusat bagi sebuah tradisi besar dalam kebudayaan Melayu Islam.

Samb
i- Samudera-Pasai : -Kerajaan Samudera-Pasai didirikan pada abad ke 11m, dimana sultan yg pertama ialah Sultan Al-Malik Ibrahim Ibnu Makhdum. -W/bagimanapun, kerajaan ini mencapai kegemilangan dizaman pemerintahan Sultan Malik Al-Salih (1027-1053). -Kekuatan ini disebabkan oleh perkembangan aktiviti perdagangan yg dijalankan. -Kekuatan kerajaan ini terbukti dgn kejayaan mematahkan serangan kerajaan Majapahit pd thn 1339m. -Bukti kekuatan ini dicatat oleh Ibnu Batutah dr Tunisia yg menjadi utusan Sultan Muhammad Tughluq dr India yg melawat Pasai dlm thn 1345m. -Ketinggian peribadi sultan-sultan yg memerintah serta ketokohan mrk menjadi kekuatan kerajaan ini.

Samb
-Disamping itu jg, kekuatan kerajaan ini bergantung kpd hub. Diplomatik yg dijalinkan dgn negara-negara Islam seluruh dunia terutamanya Mekah, Mesir, Delhi, Perlak, Melaka dll. ii-Melaka : -menjadi sebuah pusat perdagangan yg terpenting serta sbg sebuah pusat perkembangan ajaran Islam yg terkemuka selepas kerajaan Pasai. -antara faktor yg membawa kegemilangan kpd kerajaan Melaka ialah kedudukan strategik, kestabilan politik, kecekapan & keadilan dlm pemerintahan serta mempunyai jaringan perhubungan yg sgt baik dgn negara luar. -menjadi pusat kegiatan mubaligh Islam dgn lahirnya ramai tokohtokoh agama sayyid Abdul Aziz, Syeikh Abdul Kadir Jailani dll.

Samb
iii-Acheh : -acheh mengambil alih peranan Melaka sbg pusat penyebaran Islam di Alam Melayu, stlh Melaka ditawan oleh Portugis. -Sultan Acheh yg pertama ialah Sultan Ali Mughayat Syah (1507-1522). -mengamalkan dasar buka pintu & mengenakan cukai yg rendah kpd pedagang menjadi faktor kpd pedagangpedagang Islam dtg utk berniaga disana. -Mempunyai kedudukan yg strategik & juga hasil bumi yg byk seperti lada hitam. -Meluaskan kws jajahan takluk di Perak, Kedah, Pahang dll mempercepatkan lagi proses penyebaran Islam yg dimainkan oleh Acheh.

Samb
-mempunyai hub. Diplomatik dgn negara-negara Islam sprt Istanbul, Moghal di India dsbg. -menjadi tumpuan mubaligh-mubaligh Islam dr tanah Arab & India. Menghasilkan byk kitab-kitab agama meliputiilmu kalam, fiqah, tasauf, falsafah dll. -lahir ramai ulamasastera sprt Hamzah Fansuri, Syamsudin Al-Sumatrani Syeikh Nuruddin AlRaniri dll.

KEPERCAYAAN & KEBUDAYAAN


Kepercayaan Animisme : Merupakan kepercayaan & keyakinan bhw stp objek & tempat tertentu mempunyai roh, jiwa & semangatnya yg tersendiri. Lahirlah pantang larang dlm kehidupan masyarakat, yg diamalkan dlm kehidupan seharian serta dlm perhubungan dgn masyarakat luar. Menyamai konsep mana (kepercayaan dinamisme). mana bermaksud kekuatan ghaib yg ada pd sesuatu benda seperti tengkorak, azimat dsb, yg boleh membantu seseorang mendapat keuntungan.

Samb
Di Malaysia, istilah ini dipanggil sbg semangat. Masy. Melayu mempercayai tentang kewujudan kuasa yg tidak mempunyai peribadi. Semangat merupakan kekuatan yg ada pd benda, ttp diri manusia juga mempunyai semangat tsbt terutama sekali anggota badan. R.O. Winstedt menyatakan bhw masya. Melayu percaya kepada kewujudan semangat yg ada pd setiap anggota badan manusia dan binatang seperti rambut, kuku, peluh, bekas tapak kaki dsb.

Samb
Jika semangat hilang, maka kesusahan akan menimpa diri manusia. Oleh itu upacara pemulihan perlu dilakukan oleh pawang utk mengelakkan semangat itu merajuk. Cth: upacara pemujaan semangat padi akan dilakukan ketika padi menguning. Jika tidak dilakukan upacara tsb. Ditakuti semangat padi itu akan merajuk & padi tidak akan menjadi pada tahun itu. Masy. Melayu juga percaya kpd sakti ( kuasa ghaib)

Samb
Pantang Larang (taboo): Terbit hasil daripada kepercayaan kpd pelbagai kekkuatan ghaib dikalangan masy. Melayu sblm Islam. Dipercayai akan menimpa sama ada pd individu itu sendiri @ masy. keseluruhannya. Taboo berasal drp perkataan Polinesia yg bermaksud pantang larang. Pantang larang yg tdpt dlm masy Melayu mempunyai persamaan dgn masy Polinesia. Cth : tidak blh mkn makanan tertentu, tidak blh menyebut perkataan tertentu dsb.

Samb
Cth pantang larang yang berkaitan dgn smgt. Padi: a.pantang larang berkaitan dgn semangat padi bermula sejak mula menanam padi sprt tidak blh memberi mkn padi kpd ayam @ itik oleh keluarga petani. Padi dilarang diproses @ dikisar krn dipercayai semangat padi akan lari. b.tempurung kelapa tdk blh dibakar ktk padi sdg bunting, krn ditakuti padi dimkn tikus. c.serunai tdk blh ditiup-menyebabkan padi hampa (tidak berisi) d.pembawa nyiru dilarang menghampiri tempayang yg berisi beras krn dikhuatiri semangat padi akan hilang. e.nasi tdk blh diselerakkan ktk mkn. f.padi tidak blh diambil dr tpt simpanannya & tidak blh diperniagakan kira-kira 40 hari sblm dituai. Apb padi baru dituai barulah padi lama diasingkan krn ia sudah tdk terikat dgn pantang larang.

Samb
Cth pantang larang berkaitan dgn individu: a.tali pusat bayi yg baru lahir perlu dijaga dgn sempurna. Jika dibuang hub persaudaraan menjadi renggang. b. bayi perlu dikecap dgn madu lebah bertujuan agar tutur katanya manis didengar apb dewasa kelak. c. bayi tdk blh dibiarkan tidur bersendirian didlm buaian utk mengelakkan dr diganggu oleh hantu @ syaitan. d. seseorang bayi itu mungkin terkena penyakit sawan jika dipayungkan dgn payung hitam.

Samb
Cth pantang larang berkaitan dgn individu perempuan: a. apb remaja ia dilarang drp menyanyi di dapur ktk memasak krn dikhuatiri akan berkahwin dgn orang tua. b. jika suka duduk di tgh pintu, dikhuatiri lambat dipinang orang. c. jika mkn nasi didalm kuali apb bersanding, muka menjadi lebam. d. suami tdk blh menyembelih binatang krn dipercayai akan terkena badi binatang tsbt. e. jika suka duduk dipermukaan pintu, dipercayai akan sukar melahirkan anak. f. wanita mengandung jg dilarang duduk diatas tanah krn dikhuatiri urinya akan melekat ktk bersalin.

Samb
g. ibu yg baru bersalin mestilah dicucukkan paku pd rambutnya bg mengelakkan dr gangguan hantu & syaitan. Cth pantang larang bg lelaki: a. apb mahu berjalan jauh mestilah melangkah kaki kanan terlebih dahulu utk mengelakkan berlakunya kecelakaan. b. hendaklah membatalkan perjalanan jika dilintasi biawak. c. tidak blh menoleh ke belakang stlh keluar rumah jika berbuat demikian akan diserang musuh. d. tidak blh minum air dlm kelapa utk mengelakkan seseorang itu dibenci.

Samb
Cth pantang larang bagi masyarakat: a. tidak blh duduk diatas bantal kerana dikatakan akan terkena bisul dipunggung. b. tidak blh menunjuk pelangi dgn menggunakan jari, jika tidak jari akan kudung. c. seseorang itu dilarang memukul orang dgn penyapu kerana ia blh membawa sial. Kedatangan Islam tlh berjaya mencabut akar umbi kepercayaan ini. Semua ini dikategorikan sebagai khurafat @ tahyul yg mana ianya bertentangan dengan akidah.

Samb
Upacara Transisi : Merupakan amalan masyarakat alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Mula diperkenalkan oleh Arnold Van Gennep dlm thn 1909 di dlm bukunya Rites De Passage. Amalan ini diadakan pd stp awal peringkt peralihan hidup seseorang. Ini kerana waktu peralihan merupakan waktu yg penting & upacara juga diadakan di tahap permulaan perubahan masyarakat. Ia bermula sejak bayi didalam kandungan ibunya lagi, masy. Melayu sblm Islam tlh mengadakan upacara iaitu adat melenggang perut yg dilakukan oleh bidan.

Samb
Ia dilakukan dgn menggunakan bhn2 seperti beras kunyit, kelapa dsbg.Pada ketika itu kedudukan bayi diperbetulkan. Stlh lahir, upacara membelah mulut pula dilakukan dgn menggunakan emas yg dicelup ke dlm air pinang, manisan lebah & kurma. Bacaan mentera jg diadakan ktk upacara ini. Slps itu upacara menanggal tali pusat dilakukan pd hari ketujuh slps kelahiran seseorang bayi. Seterusnya diadakan upacara naik buai diadakan yg menggunakan nasi kunyit, seekor ayam hidup, lauk pauk,asam & garam. Ibu bayi dimandikan terlebih dahulu sebelum upacara tersebut dijalankan. Mak bidan akan membaca mentera & pd ketika itu juga bayi tersebut diberi nama.

Samb
Pd hari ke-44, semasa ibunya lepas berpantang, upacara bercukur pula akan diadakan ke atas bayi tersebut. Air sintuk limau digunakan utk memandikan bayi tersebut. Selepas jampi dibaca & bayi itu ditepung tawar utk menghalau hantu, pada masa itu beras kunyit & bertih ditabur di dalam rumah. Rambut bayi dipotong sbyk enam hg tujuh helai, kepala bayi akan direnjiskan dgn tepung tawar. Rambut itu kemudiannya dimasukkan ke dlm air kelapa yg disediakan oleh mudim di atas talam. Ia dilakukan oleh bebrapa orang dan akhirnya rambut bayi itu dicukur. Kedatangan Islam memperkukuhkan lagi upacara ini dgn istiadat berzanji dan marhaban.

Samb
Upacara memijak tanah jg harus dilalui oleh seseorang bayi utk mengelakkan dr disampuk hantu. Kemudian adat bertindik pula dilakukan bg kanak-kanak perempuan bertujuan utk mengelakkan drp gangguan hantu polong. Tukang tindik akan menggunakan jarum & benang hitam serta kunyit yg tlh diserapah jampi. Perkahwinan adalah antara saat yg paling penting dlm kehidupan seseorang, oleh sebab itulah upacara lebih besar diadakan. Begitu juga adat selepas berlakunya kematian.

Hinduisme Sblm kdtgn Islam, msyrkt melayu berpegang kpd kpercayaan animisme. Hinduisme memperkayakn lagi kepercayaan msyrkt mlayu, iaitu animisme tetap kekal di smping Hinduisme. Sehinggalah blaku sinkretisme antr kedua2 unsur tadi. Kedtgn islam telah berjaya mencabut akar umbi kepercayaan ini krn semuanya dikategorikan sbgai khurafat atau tahyul yg bertentangan dgn akidah dan ditolak oleh agama Islam.

Bahasa dan Kesusasteraan Melayu:


Tamadun Melayu pra Islam meninggalkan khazanah kesusasteraan yang tinggi nilainya. 1.Sastera Rakyat: Sastera rakyat & lisan bgt berkembang dlm masyarakat Melayu pra Islam yg buta huruf. Terbahagi kpd 2 bhg iaitu: a. bukan naratif, iaitu peribahasa ( simpulan bhs, perumpamaan, pepatah, bidalan, kiasan & perbilangan), teka teki serta puisi rakyat ( pantun, mentera, serapah & jampi)

Samb
b. Naratif : mitos, lagenda ( lagenda tempatan & lagenda menjelajah), cerita rakyat (cerita penglipur lara, cerita bintang, cerita jenaka & cerita pengalaman). 2.Sastera Pengaruh Hindu : Pengaruh agama Hindu sgt besar & meluas dizaman pra Islam. dpt dilihat dlm hikayat Seri Rama, hikayat Pandawa Lima & hikayat Sang Boma.

Samb
3.Sastera Panji : Sastera panji begitu berkembang & berpengaruh sekali dlm masyarakat Indonesia pra Islam. Cth : Hikayat Panji semerang, hikayat cekel Waneng Pati dan sbg. 4.Pengaruh sastera Islam: Memainkan peranan yang sangat besar dlm kesusasteraan Melayu. Bertanggungjawab melahirkan pelbagai genre baru Pengaruh sastera Islam blh dilihat dlm hikayat Iskandar Zulkarnain, hiakyat Amir Hamzah dan lain-lain.

Cabaran Kolonialisme & Sekularisme :


Dasar perluasan kuasa oleh sesebuah negara keatas negara yg lain melalui pelbagai cara. Kolonialisme Eropah ke atas Asia & Afrika khususnya keatas negara-negara Islam bermula thn 1870 hinggalah thn 1940. Sebab-sebab Kolonialisme: a. Berlakunya persaingan hebat antara kuasa-kuasa Eropah utk meluaskan tanah jajahan msg2 terutama di antar Inggeris, Belanda & Sepanyol. b. Keperluan kpd bhn mentah & pemasaran barangan merupakan sebab penting berlakunya kolonialisme di Alam Melayu.

Samb
c. Mubaligh Kristian bercita-cita utk mengkristiankan Alam Melayu. d. Simbol kekuatan sesebuah negara. e. bercita-cita utk memajukan alam Melayu, Asia & Afrika sehingga sanggup mengorbankan kesenangan. f. Penciptaan kapal wap dlm abad ke-19 mempercepatkan lagi kolonialisme Alam Melayu. g. Pembukaan terusan suez thn 1869. h. Pertambahan penduduk Eropah mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran & kekurangan tanah utk pertanian. Proses penghijrahan merupakan satu alternatif utk mengatasi masalah tersebut. i. Mendapat galakan daripada raja-raja Eropah.

Kuasa-Kuasa Penakluk:
1.Belanda : Berjaya mengalahkan Portugis & telah berjaya menjadi kuasa penakluk yg besar di Alam Melayu khususnya di Indonesia pada abad ke-17. Peringkat penjajahan Belanda bermula dengan penguasaan ke atas kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera. Telah mengadakan hub. Diplomatik dgn kerajaan Islam Bantam & Mataram. 1667, telah berjaya menakluk Maluku & Makasar. Berjaya menakluk Palembang, Jambi, Lampong, Lombok, Sulawesi, Banjar Masin, Pontianak dll secara beransuransur. Menjelang 1910, hampir seluruh wilayah di Indonesia telah berjaya dikuasai oleh Belanda.

Samb
2.Inggeris : Permulaan telah membuat petempatan di Bangka Hulu, Pulau Pinang & Singapura. 1774, bermulanya kempen campurtangan di neg. Melayu. Cth: perak, selangor, neg. Sembilan & Pahang. 1891, negeri Melayu Bersekutu telah berjaya dibentuk oleh Inggeris.

Cabaran :
Antara cabaran kolonialisme & sekularisme yg terpaksa dihadapi oleh Barat adlh seperti : a. Menumbangkan kerajaan Islam di Indonesia oleh belanda & membataskan kuasa-kuasa Raja-raja Melayu di Malaysia oleh Inggeris. b. Memperkenalkan pendidikan sekular sama ada di Indonesia oleh Belanda & di Malaysia oleh Inggeris.

GERAKAN ISLAH
Islah : dalam bahasa arab Antara makna Islah : i- penyucian ii- pemulihan iii-pembetulan iv-pembetulan semula v- menghidupkn dan menghayati semula vi- pembaharuan vii- penambahbaikan viii-pengukuhan ix- penyatupaduan

Pengenalan Dinamakan juga gerakan Islam atau reformasi. Gerakan ini dipelopori oleh tokoh Asia Barat spt Muhamad bin Abdul Wahab di Arab Saudi, Jamaludin Al Afghani, Muhamad Abduh, Rasyid Ridha dan lain2 Mereka mengenal pasti punca kemunduran umat Islam yang berpunca dr 2 unsur utama iaitu luaran dan dalaman. Luaran : penjajahan barat dan sekularisme Dalaman : pengaruh pra Islam yg menghasilkan amalan khurafat,tahyul dan bidah.

Gerakan Islah di Alam Melayu


Dipelopori oleh ulama Indonesia spt : i)Syeikh Ahmad Khatib yg menentang adat Minangkabau. Beliau mendpt pendidikan di Mekah dan pernah menjadi imam di Masjid Al Haram. ii)Syeikh Tahir Jalaludin : seorg ulama Sumatera yg aktif dlm gerakan islah di Malaysia dan Sumatera. Mendapat pendidikan di Universiti Al Azhar dan bersahabat dgn golongan Islah di Mesir spt Rasyid Ridha. Telah menyampaikan dakwah gerakannya didlm majalah Al Imam.

Samb.
iii) Sayid Syeikh Al Hadi Seorg pujangga terkenal dari Riau. Membantu Syeikh tahir Jalaludin mengembangkan pemikiran gerakan ini melalui majalah Al Imam. Cth : menggalakkan umat Islam mengutamakan pendidikan dgn mendirikan sek2 dan menggalakkan mereka mempelajari dan mendalami ilmu sains dan teknologi barat. Beberapa sek telah didirikan di Singapura,Muar, Teluk Intan,K.trg dn P.Pinang. Terbitkan majalah lain spt Majalah Al Ikhwan ,Neraca dan Tunas Melayu. Karya ilmiahnya spt Tarikh Al Islam, Tafsir Muhamad Abduh,Agama Islam dan Akal.

Samb
Penyebaran Idea Gerakan Islah: Idea pembaharuan kaum muda disebarkan melalui majalah al-imam (pemimpin) yg diterbitkan di Singapura tahun 1906. Tujuan : mengingatkan mereka yang lalai dan menjagakan mereka yang tidur dan menunjukkan mereka yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebaikan Majalah ini memberikan kesan yang besar dlm perkembangan pemikiran orang Melayu. Orang Melayu mula sedar akan kepentingan pendidikan dan ekonomi mereka.

Samb
Antara kandungan majalah al-Imam : 1. Menyeru orang Melayu berpegang kpd Al-Quran dan Hadis. 2. tekankan pentingnya ilmu pengetahuan utk mencapai kejayaan. 3. menitikberatkan pengetahuan sejarah krn byk iktibar yg blh dipelajari. 4. menasihati ibu bapa supaya memberikan pendidikan sempurna kdp anak-anak. 5. menggesa kaum wanita diberi peluang mendapatkan pendidikan. 6. mengetepikan adat resam & kepercayaan karut yg boleh menghalang kemajuan.

Samb
Majalah Al-Imam tlh dihentikan penerbitannya pd thn 1908. Majalah ini tlh diganti dgn penerbitan majalah lain seperti Neracha, Al-Ikhwan, Pengasuh & Saudara. Kaum Muda tlh menubuhkan bbrp buah madrasah/sekolah di Singapura & diikuti oleh sekolah-sekolah lain di Muar, Teluk Intan, Kuala Terengganu & Pulau Pinang. Penubuhan sekolah ini bertujuan utk menyebarkan idea dgn lebih berkesan.

Samb
Kesan-kesan gerakan Islah : 1. Lahirnya ramai tokoh-tokoh intelektual lulusan universiti Asia Barat. 2. Kesinambungan usaha utk memajukan umat Islam di Alam Melayu melalui gerakan penentangan terhadap Belanda di Indonesia & Inggeris di Tanah Melayu. 3. Peningkatan semangat Nasionalisme utk menentang penjajahan Barat. 4. Menjadi perintis kepada penubuhan persatuan berbau politik seperti Lembaga Kesatuan Melayu Johor yg bangkit menentang Malayan Union.

Samb
5. Berjaya membuka mata orang-orang Melayu spy bangkit mementang penjajahan. 6. Berjaya menyatu padukan umat Islam utk menjaga kepentingan masa depan mereka.

Sekian Terima Kasih