Anda di halaman 1dari 16

PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

DISEDIAKAN OLEH : NORHASIMAH BINTI ROSLI NURASYURA BINTI A. MOKTAR

Pendemokrasian

Pendidikan merupakan suatu proses mendemokrasikan pendidikan supaya setiap individu diberikan peluang dan hak yang sama untuk mendapat pendidikan serta kemudahan yang disediakan. Dengan kata lain, di bawah proses mendemokrasikan pendidikan , setiap individu diberi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan dan hak memilih jenis sekolah untuk belajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum , agama atau latar belakangnya.

TUMPUAN DALAM PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

KEPENTINGAN
1.

2.

Membasmi masalah buta huruf dalam kalangan penduduk dalam negara-negara kurang maju, keadaan ini dibuktikan dengan pelaksanaan sistem pendidikan melalui pendemokrasian yang memberi pendidikan kepada semua masyarakat di luar bandar. Merapatkan jurang pencapaian akademik kerana ketidaksamaan peluang dalam pendidikan. - Jurang pencapaian akademik dipengaruhi oleh perbezaan kelas sosial, perbezaan sosialisasi bahasa dan perbezaan lokasi dan luar bandar.

3.

4.

Seterusnya, pendemokrasian pendidikan turut memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan pendidikan untuk masa depan diri serta kepentingannya dalam menentukan kelangsungan atau kesinambungan kegemilangan negara. Kepentingan dasar pendemokrasian pendidikan sebagai asas dalam membasmi pengwujudan kelas sosial di sekolah. - Di dalam satu ruang bilik darjah, bolah menempatkan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kelas sosial yang berbeza. Kelas sosial pelajar selalunya dikaitkan dengan latar belakang status ekonomi keluarga pelajar tersebut.

Mengikut kajian Pierre Bourdieu (1930), ahli sosiologi pendidikan dari Perancis, pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkait rapat dengan latar belakang kebudayaan ibu bapanya, dan tahap pendidikan ibu bapa adalah lebih banyak mempengaruhi pencapaian persekolahan anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat. Isu ini juga dapat meningkatkan keprihatinan masyarakat terhadap pendidikan serta perkembangan terkini dan seterusnya menimbulkan minat mereka terhadap pendidikan secara amnya dan khususnya terhadap pendidikan anak-anak mereka.

Slogan Satu Malaysia mempunyai kesinambungan dengan pendemokrasian pendidikan ini. Satu Malaysia mendahulukan rakyat dalam segala aspek tidak mengira kaum dan bangsa terutamanya dalam pendidikan. Sistem pendidikan selama ini tidak pernah mengabaikan mana-mana golongan masyarakat sama ada golongan buta, cacat pendengaran dan bisu serta kanak-kanak down syndrome juga mendapat pendidikan dalam negara.

Oleh sebab itu, kewujudan institusi pendidikan swasta dan pelbagai jenis sekolah iaitu SK, SKJ(C), SKJ(T) dan sebagainya merupakan sebahagian daripada agenda pendemokrasian pendidikan. Tidak cukup dengan itu, langkah sokongan untuk memantapkan lagi pelaksanaan agenda pendemokrasian pendidikan dalam aspek ini iaitu bantuan buku-buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pemberian biasiswa oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain agensi bagi mereka yang layak bertujuan agar kemiskinan tidak dijadikan alasan seseorang itu tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya.

STRATEGI PELABURAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN


Pendidikan asas perlu disediakan kepada semua kanakkanak dan orang dewasa sesuai dengan sumber yang ada. Dalam jangka masa panjang sistem pendidikan formal dan tidak formal perlu dibangunkan pada setiap peringkat pendidikan. Untuk meningkatkan produktiviti dan memperluaskan ekuiti sosial, peluang pendidikan perlu disediakan tanpa mengira perbezaan jantina, latar belakang etnik dan status sosioekonomi.

Sistem pendidikan perlu cuba meningkatkan kecekapan dalaman dalam pengurusan. Pengagihan dan penggunaan sumber sedia ada untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan. Pendidikan patut mempunyai kaitan dengan kerja dan persekitaran dalam usaha untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan, pengetahuan dan kemahiran perlu untuk perkembangan ekonomi, sosial dan lain-lain.

CABARAN DALAM PELAKSANAKAN DASAR PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN


Pertamanya, diteliti dari sudut cabaran kewangan dan kemudahan pengendalian dalam melaksakan pendemokrasian terhadap pelajar luar bandar dan bandar tanpa mengira dari aspek geografi untuk mengelakkan wujudnya jurang pendidikan yang terlalu tinggi. Seperti yang diketahui bahawa kos dalam penyelanggaran untuk mewujudkan kemudahan dan prasarana di sekolah bandar adalah memerlukan kos yang lebih murah berbanding dengan sekolah luar bandar.

Kos

penyelenggaraan yang tinggi ini juga disebabkan oleh kekangan faktor geografi. Kawasan pedalaman yang mempunyai masalah pengangkutan seperti masih menggunakan jalan air sebagai perhubungan, jalan raya yang belum siap sepenuhnya mmembawa kepada kesukaran untuk mengangkut peralatan untuk pembianaan infrsruktur serta kemudahan yang mencukupi kepada pelajar.

Selain

daripada itu, faktor geografi juga menyumbang kepada kurangnya kemasukan tenaga pengajar yang mahir ke kawasan pedalaman terutamanya guru wanita. Cabaran yang seterusnya dalam perlakasanaan pendemokrasian pendidikan ialah tahap kesedaran ibu bapa pelajar sendiri terhadap pendidikan. Kebanyakannya, pelajar yang lahir daripada keluarga yang berteraf sosial tinggi mempunyai pengetahuan serta kesedaran yang lebih tinggi terhadap pelajaran berbanding ibu bapa yang mempunyai taraf sosial yang rendah.

Sistem kuota juga menjadi batu penghalang dalam melaksanakan dasar pendemokrasian pendidikan. Di negara Malaysia kebiasaanya akan meletakkan kuota dalam menyekat peratus kemasukan samada kuota kemasukan ke IPTA atau pemilihan kemasukan ke dalam Sektor Perkhidamatan Awam. Pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan menjadi penghalang daripada memberi pendidikan yang induksif kepada pelajar istimewa. Jika dilihat kepada sistem pendidikan yang terlalu menekankan aspek kecermelangan dalam peperiksaan awam menjadikan nilai pendidikan sebenar seperti yang termaktub dalam falsafah pendidikan kebangsaan sukar untuk dicapai.

RUMUSAN
Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah untuk membangunkan pendidikan dalam kalangan rakyat supaya tidak ada lagi golongan yang hilang dalam arus pendidikan terutamanya generasi yang akan menjadi peneraju pucuk pimpinan kelak. Oleh sebab itu, pendekatan, pelaksanaan dan amalan pendemokrasian pendidikan haruslah dinilai dengan membuat perbandingan dengan negara-negara yang lebih maju agar hasrat kerajaan untuk membentuk sistem pendidikan bertaraf dunia akan terlaksana.

RUJUKAN
http://numieseducation.blogspot.com/2012/07/tajuk-112-pendemokrasian-pendidikan.html http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/pengantartema-2-tajuk-1pendemokrasian.html http://safawatisaupi.blogspot.com/2011/09/pendemokr asian-pendidikan.html

Anda mungkin juga menyukai