Anda di halaman 1dari 64

TAHALUF SIYASISYARI DARI SUDUT PENGERTIAN DAN HUKUM

Tahaluf siyasi kerjasama politik.


Asas hubungan confront dan damai. Kita lihat aspek confront. Kita adaptasi dari hubungan antara negera dengan negara. Guna dalam parti.

Ulama memecahkan maksud tahaluf kepada dua komponen iaitu; 1 : meminta bantuan dari orang kafir

2 : orang Islam membantu orang kafir.

Tahaluf adalah kelakuan imbal balas antara dua pihak, orang Islam minta bantuan dengan orang kafir dan orang Islam memberi bantuan kepada orang kafir, berlaku di sana realiti tolong menolong. Satu segi kita minta tolong dan satu segi lagi kita menolong.

Menurut Ahmad Rasyid (313), al-hilfu adalah tindakan imbal balas antara dua pihak. Satu pihak kita meminta tolong dari orang lain dan pada satu pihak yang lain kita menolong orang lain berdasarkan keperluan kita dan keperluan sekutu kita.

HUKUM TAHALUF SIYASI


Para ulama haraki khususnya berbeza pandangan mengenai hukum melakukan kerjasama dengan gerakan yang tidak bermatlamatkan perjuangan Islam.

Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah HARAM
Dr Yusuf al-Qaradhawi , Dr Mustoffa al-Tohhan , alSyeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid , Doktor Solah alShowi dan Doktor Munir Ghahdban - HARUS

DALIL-DALIL YANG DIPEGANG OLEH ULAMA YANG MENGHARAMKAN TAHALUF SIYASI IALAH SEPERTI BERIKUT :
1. Firman Allah SWT :

Yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpinpemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka.

HUJAH :
Kerjasama gerakan Islam dengan orang-orang kafir di atas dasar politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis wala kepada ahli kitab yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan dengan akidah Islam.

2. Firman Allah SWT :

Yang bermaksud : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya

HUJAH :
Ayat di atas berkenaan dengan pengharaman arak dan judi. Namun jika dilihat dari sudut tahaluf siyasi, kerjasama dengan musuh mungkin mendatang manfaat dari beberapa sudut, bagaimanapun dari sudut yang lebih jauh iaitu ke arah menegakkan hakimiah Allah SWT, ia tidak akan dapat dicapai. Lantas, kerjasama akan menyebabkan terbantutnya usaha gerakan Islam untuk menegakkan daulah Islamiah. Oleh yang demikian, kerjasama ini adalah haram kerana lebih banyak mendatangkan mudharat daripada manfaat.

3. Pertimbangan logik bahawa gerakan yang tidak berhasrat untuk menegakkan Islam ini pastinya hanyalah menjadikan gerakan Islam sebagai jambatan untuk mereka mendapatkan kuasa. Mereka sekali-kali tidak membiarkan gerakan Islam ini berkembang sehingga mengatasi diri mereka. Dan ini sekali lagi akan menghalang kepada tertegaknya daulah Islamiah seperti yang diperjuangan oleh Harakah Islamiah.

MANAKALA BAGI GOLONGAN ULAMA HARAKI YANG MENGATAKAN TAHALUF SIYASI SEBAGAI SESUATU YANG DIHARUSKAN, MEREKA BERPEGANG DENGAN HUJAH-HUJAH BERIKUT :

1. Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliyyah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis baginda yang menyatakan : Yang bermaksud : Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna manamana perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.

HUJAH :

Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliyyah, tetapi kerana Nabi telah memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang baik. Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian itu orang-orang yang berakidah salah, ia tetap dianggap perjanjian yang baik selagi mana tujuannya adalah baik.

2. Perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara mereka berdua berlaku dalam beberapa peringkat :
2.1 Ketika Abu Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad SAW bertegas untuk melaksanakan dakwah sekalipun terpaksa mati untuk Islam, Abu Talib lantas menyatakan : Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang kamu kehendaki. Demi Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa selama-lamanya Katakata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana pernah beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.

2.2 Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.

HUJAH :
Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menjadi satu keharusan jamaah Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan perjuangannya.

3. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Mutim bin Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah di Thaif. Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang musyrik yang bernama Mutim bin Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mutim sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi perang Badar, Sekiranya Mutim bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya..

HUJAH :
Mutim di dalam peristiwa ini sekalipun tidaklah memberikan kebebasan dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi melakukan sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu menjaga tubuh badan Nabi Muhammad SAW. Mutim tidak pernah berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian ini jelas ketika ia menjawab soalan dari Abu Jahal . Ini menunjukkan keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam dan umatnya.

4. Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah Madinah ini merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujjah keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak. Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah, Kaum muslimin mempunyai haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada Allah dan Muhammad Rasulullah SAW

HUJAH :

Inilah sebesar-sebar hujah keharusan melakukan hubungan dengan non-muslim di dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah menjadi dasar Islam mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti kehidupan.

5. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khazaah. Ia berlaku apabila baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota Makkah untuk mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani Khazaah yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy. Bani Khazaah sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan Bani Hasyim semenjak zaman jahiliyyah dan mereka meneruskan hubungan baik mereka dengan Bani Hasyim sekalipun berbeza akidah. Rasulullah SAW mengiktiraf hubungan ini dengan memberikan syarat iaitu pertolongan tidak akan diberikan kepada golongan yang zalim.

6. Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa ditindas di Mekkah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga kemaslahan umat Islam.

JAWAPAN TERHADAP GOLONGAN YANG MENGHARAMKAN TAHALUF SIYASI


1. Ayat yang digunakan iaitu dari surah al-Maidah, ayat 51-52 bukanlah merujuk kepada tahaluf siyasi tetapi merujuk kepada orang-orang munafik yang terus meletakkan kepatuhan kepada orang-orang Yahudi di Madinah. Ianya turun kepada ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak untuk menyokong kabilahnya Yahudi Bani Qainuqa di dalam berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan bahawa ayat ini tiada kena mengena dengan tahaluf siyasi tetapi berkenaan dengan orang yang keluar langsung dari Harakah Islam untuk bekerjasama dengan musuh bagi melawan Islam.

2. Ayat 219 dari surah al-Baqarah pula bukan sahaja tidak menjadi hujah mengharamkan tahaluf siyasi bahkan menjadi peneguh kepada keharusannya. Ini kerana daripada tahaluf siyasi yang dilaksanakan di beberapa buah negara seperti Mesir, Sudan dan Yaman, manfaat yang besar banyak diperolehi oleh kaum muslimin. Oleh yang demikian, di dalam masalah manfaat dan mudharat ini, pertimbangan berdasarkan senario semasa perlu diambil kira. Tahaluf Siyasi sebelum diputuskan hendaklah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pakar politik dan ahliahli strategi.

Tahaluf siyasi perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam mendapat keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT

Terdapat percanggahan antara zahir hadis-hadis di atas, sebahagian hadis memberi makna haram dan sebahagian hadis memberi makna harus. Ini menyebabkan ulama telah berselisih pendapat kepada dua golongan :
Pendapat yang mengharamkan tahaluf secara mutlak Pihak yang mengharuskan secara bersyarat dan menganggap ia adalah termasuk dalam tindak-tanduk

imam berdasarkan maslahah.

Pendapat yang pertama Pendapat kebanyakan ulama, mereka berhujah dengan hadis-hadis sahih yang menyebut : Aku tidak minta tolong daripada orang kafir.

Pendapat yang kedua Pendapat dari Mazhab Hanafi yang mengatakan bahawa tahaluf adalah termasuk dalam urusan pemerintah.

Namun telah mengetatkan syarat tahaluf antaranya:


Islam yang dominan kuasa Islam kuat/parti kuat - (Syarbini) Orang kafir boleh dipercayai (al-Hazimi) Mereka tidak berada di saf hadapan tidak lantang - mengikut (Maliki) Mereka adalah golongan yang minoriti (al-Hazimi) Orang kafir ada manfaat khusus turut serta dlm perjuangan.

Al-Rashid menfatwakan bahawa tidak harus tahaluf dengan orang kafir dalam bab qital (peperangan) tetapi harus tahaluf siasi dengan syarat-syarat yang disebutkan. Haram berada dalam saf kafir serang Islam, tambah kekuatan dalam saf kafir.

Tahaluf siasi dan ijtihad maslahi

Tahaluf siasi atau kerjasama politik adalah sebahagian dari tidak tanduk imam atau pemerintah Islam. Tahaluf adalah sebahagian dari dasar hubungan luar yang wujud dalam Islam

Selain dari tahaluf, kaedah lain yang sering digunakan ialah hudnah iaitu gencatan senjata dan juga kaedah musolahah / muwadaah yakni perdamaian

Pemerintah secara asas boleh menggunakan salah satu kaedah ini sesuai dengan keadaan dan maslahah untuk umat Islam mengikut syaratsyarat yang ditetapkan oleh ulama

Pertama mengharamkan tahaluf secara mutlak dan yang kedua mengharuskannya dengan meletakkannya di bawah urusan pemerintah atau pemimpin. Persoalan ini terangkum dalam ijtihad maslahi.
Termasuk dalam tasarruf imam atau pemerintah Kaedah yang sama harus dipakai oleh gerakan Islam dalam menjalin hubungan mereka dengan individu dan organisasi bukan Islam. Ahmad al-Rashid yang berpendapat hukumnya harus dengan syarat-syarat tertentu bagi kategori tahaluf siyasi dan bukan peperangan.

Kita boleh mengambil kaedah ijtihad maslahi yang dipegang oleh para ulama untuk mengukur sejauh mana amalan tahaluf yang diamalkan oleh parti umat Islam di Malaysia bertepatan dengan ijtihad maslahi.

Berdasarkan perbincangan , berikut beberapa syarat yang dinyatakan oleh pada ulama yang dapat disimpulkan. Syarat-syarat ijtihad maslahi (bab dhorurah) ditambah oleh Al-Ghazali seperti berikut:

Hendaklah wujud maslahah rajihah (berat, mustahak) Tidak melebihi kadar yang diperlukan (musafir sembelih khinzir dan makan yg perlu saja)

Maslahah yang pasti (qatiyyah) Maslahah bersifat kulliyah menyentuh aspek keseluruhan

Ditambah dengan syarat-syarat tahaluf yang lain:


Hendaklah hukum Islam yang dominan (Syarbini) Orang kafir boleh dipercayai (al-Hazimi) Mereka tidak berada di saf hadapan (Maliki)

Mereka adalah golongan yang minoriti (al-Hazimi)


Ada manfaat khusus yang boleh diambil daripada orang kafir

APA YANG DAPAT MENGHARUSKAN TAHALUF

SEJAUH MANAKAH TAHALUF YANG DIAMALKAN OLEH PARTI-PARTI MELAYU MEMBAWA KEMASLAHATAN KEPADA UMAT ISLAM SECARA KESELURUHANNYA, BUKAN MASLAHAH PARTI-PARTI.

Pada dasarnya kita sewajarnya bergantung harap hanya kepada kekuatan orang Islam. Bekerjasama dengan orang kafir adalah satu pengecualian atas sebab dhorurah atau hajat yang rajihah.

Hari ini kuasa politik orang Melayu ternyata lemah oleh sebab perpecahan mereka kepada beberapa puak. Dalam konteks BN, UMNO dilihat begitu tercabar dan begitu juga dalam konteks PR, PAS tidak dominan bahkan sering dilihat kalah. Di pihak yang lain parti-parti bukan Islam semuanya bersatu memperjuangkan kaum mereka.

Ternyata parti-parti bukan Islam tidak boleh dipercayai dan mempunyai agenda.
Dalam konteks PR, pemimpin DAP ternyata lebih menonjol berbanding PAS dan dengan nyata menentang negara Islam dan membawa agenda yang bercanggah dengan kepentingan orang Islam. Saya tidak lihat tahaluf dua pihak pada hari ini dengan parti bukan Islam boleh membawa apaapa kemaslahatan atau keadaan yang lebih baik kepada umat Islam.

Kekuasaan Islam adalah salah satu antara syarat untuk mengharuskan tahaluf. Cuma satu pemerhatian kecil dominasi UMNO dalam konteks BN lebih kuat berbanding dengan dominasi PAS dalam PR.

Apakah maslahah yang rajih dalam konteks percaturan politik hari ini? Maslahah terbesar ialah menjaga dominasi kekuasaan orang Islam. Parti-parti umat Islam dalam BN (UMNO) dan dalam PR (PAS) secara berasingan tidak akan dapat merealisasikan maslahah ini.

Sebab itu saya mencadangkan wujud pemuafakatan di kalangan umat Islam dan secara khusus antara dua parti ini.

Walau bagaimanapun wujud kemusykilankemusykilan yang menghalang usaha ke arah itu:

KEMUSYKILAN 1 MUWAZANAH ANTARA DUA KEMUDHARATAN


PAS mungkin mendakwa bahawa menjatuhkan UMNO lebih maslahah. Secara dakwaan PR akan membawa keadilan dan mengamalkan sebuah kerajaan berdasarkan prinsip good governance. UMNO adalah parti nasionalis sekular yang dianggap korup / rasuah dan melakukan banyak salah guna kuasa, dan PR membawa agenda sosialis liberal demokratik yang berkonsepkan multiracial. Dalam kes ini mujtahid kena mengimbangkan antara maslahah jatuhkan BN/UMNO yang korup dengan menaikkan PR yang menegakkan arus liberal. Situasi manakah yang lebih menjaga maslahah umat Islam, iaitu dominasi kuasa berada di tangan orang Islam.

KEMUSYKILAN 2 KEWAJIPAN MENEGAKKAN SYARIAT


Ada tanggapan bahawa jika PR menang pilihan raya, ia adalah perubah untuk melaksanakan Islam atau menegakkan negara Islam. Dokumen bertulis PR dengan nyata mengatakan bahawa menubuhkan negara Islam bukan agendanya. Oleh itu pilihan antara BN dan PR bukan pilihan antara negara syariah dengan negara sekular tetapi alternatif untuk negara yang lebih telus dan demokratik sebagaimana didakwa. Walaupun PAS mungkin cuba untuk mendefinisikan manifesto PR bertepatan dengan semangat syariat, saya berpendapat itu takwil yang agak jauh.

KEMUSYKILAN 3 DAP LEBIH ISLAM DARI UMNO


PAS juga menganggap kerjasama dengan UMNO sebagai haram kerana ia parti nasionalis sekular. Hujah yang sama juga wujud pada kerjasama dengan DAP. Bahkan DAP pada pandangan saya lebih buruk daripada UMNO kerana dari segi ideologi dan juga memusuhi Islam. Penolakan UMNO boleh ditakwil atas sebab ketidakmampuan bukan kerana ingkar. UMNO boleh dikategorikan sebagai nasionalis sekular tetapi ia tidak menentang Islam sebagai agama.

Menurut Ahmad Rasyid (2004), mendapatkan bantuan dari orang fasik adalah harus. Mereka boleh ambil alih tempat orang kafir. Termasuk dalam neraca parti-parti ini. Banyak parti yang pemikirannya tidak sampai kafir dan ia tidak memusuhi Islam, tetapi ia terikut-ikut dengan arus dan tenggelam, lalu tidak beriltizam dengan syariat, tanpa memusuhi syariat sebaliknya ia didorong oleh fahaman nasionalis, kebebasan dan hak asasi manusia.

KEMUSYKILAN 4 SEJAUH MANAKAH UMNO BOLEH DIPERCAYAI?


UMNO dikatakan telah menolak PAS keluar dari pakatan pada 1978. UMNO tidak boleh dipercayai. Secara teori orang beriman lebih boleh dipercayai daripada orang kafir. Saya kira perlu ada pendedahan yang lebih objektif tentang kenapa perkara itu berlaku. Bagi saya politik memang begitu ia berasaskan maslahah. Sebagai parti yang berpengalaman PAS harus boleh menguruskan urusan parti politik dengan baik.

KEMUSYKILAN 5 PERPADUAN MELAYU ADALAH TAKTIK UMNO UNTUK PECAHKAN PR

Perpaduan Melayu adalah taktik UMNO untuk pecahkan PR, dan apabila PR kalah UMNO akan kembali kepada tabiat asal. Bagi saya secara politik alasan ini agak releven. Saya mencadangkan sepatutnya ada jaminan dan ada fasa menguji niat antara dua pihak.

BUKTI PENDEDAHAN TAHALUF SIYASI YANG DISELEWENGKAN PAS

TAHALUF bermakna perjanjian samada bertulis atau secara lisan. SIYASI bermakna SIASAH yakni politik dan pemerintahan. TAHALUF SIYASI dalam konteks SIASAH ialah PERJANJIAN PERSEFAHAMAN KERJASAMA ANTARA HARAKAH ISLAM DENGAN MANA-MANA PIHAK YANG BUKAN ISLAM BAGI MENGHADAPI MUSUH YANG LEBIH BESAR DALAM KONTEK POLITIK/PEMERINTAHAN . Takrifannya hampir sama seperti KONTRAK SOSIAL.
TAHALUF SIYASI ada 2 jenis : (1) Yang diterima oleh Allah swt dan Rasullullah s.a.w. (2) Yang tidak diterima oleh Allah swt dan Rasullullah s.a.w.

SEKARANG KITA LIHAT APA YANG DI TULIS OLEH KETUA PENERANGAN DPP PASIR MAS DI DALAM KERTAS KERJANYA MENGENAI PENGERTIAN TAHALUF SIYASI PADA 16 JUN 2008: Pengertian Tahaluf Siyasi Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.

KEPERLUAN KEPADA KEFAHAMAN TAHALUF SIYASI


Hari ini, kedudukan PAS sangat berbeza dengan senario 1970-an, 1990 dan 1999. Buat pertama kali dalam sejarah politik Malaysia, PAS berdepan dengan cabaran sebenar sebagai kerajaan dalam penantian. PAS berdepan dengan realiti sebagai anggota kerajaan campuran. Kerajaan Selangor, Perak mahu pun Kedah bukan kerajaan PAS, namun kerajaan pakatan. Setiap gerak PAS pastinya akan seringkali berada di persimpangan antara agenda Islam dan hasrat rakan-rakan.

KEPERLUAN KEPADA KEFAHAMAN TAHALUF SIYASI


Penyertaan PAS di dalam Pakatan Rakyat bersama-sama PKR dan DAP yang sama sekali tidak berhasrat untuk memperjuangkan agenda Islam menuntut PAS untuk menyatakan dalil syarie yang jelas yang membolehkan PAS bersama-sama mereka memerintah tanpa menjadikan Islam sebagai asas negara dan negeri-negeri. Penjelasan serta gambaran yang jelas seperti perlu segera dibuat oleh PAS memandangkan masih ramai yang menyokong dan mendokong PAS kerana dasar Islamnya. Adalah dibimbangi dalam keadaan isu-isu yang sering timbul ditambah dengan permainan media massa milik kerajaan UMNO/BN, hasrat PAS untuk melangkah lebih jauh bersama Pakatan Rakyat tidak akan kesampaian.

KEPERLUAN KEPADA KEFAHAMAN TAHALUF SIYASI


Sejak 2008 lagi, PAS sudah mengambil dua ketetapan muktamad siasah bahawa pertama, ianya adalah 'sebuah kerajaan dalam penantian' dan kedua akan memerintah bersama-sama DAP dan PKR tanpa menjadikan ISLAM sebagai asas negara dan negeri-negeri. Bagi mencapai kedua ketetapan siasah tersebut, PAS di tuntut untuk menyatakan dalil syarie yang membolehkannya berbuat begitu. Bermakna, PAS akan memperalatkan dalil syarie (AlQuran, Hadis, Ijma' dan Qias) untuk mencapai matlamat untuk BERKUASA dan bukan untuk MENEGAKKAN ISLAM. PAS sanggup melakukan apa yang di sebut sebagai MENGHALALKAN CARA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT. PAS mengubah haluannya dari NEGARA ISLAM kepada NEGARA KEBAJIKAN. Paling menyedihkan ialah ketetapan siasah yang di buat PAS menetapkan UMNO dan BARISAN NASIONAL sebagai MUSUH BESAR mereka.

KEPERLUAN KEPADA KEFAHAMAN TAHALUF SIYASI


PAS juga amat bimbang jika kedua ketetapan siasah tersebut akan terhalang dan untuk memastikan kedua ketetapan siasah itu tercapai, PAS akan terus menerus melakukan dakyah propaganda secara bertali arus.

PAS juga amat bimbang jika kedua ketetapan siasah tersebut akan terhalang dan untuk memastikan kedua ketetapan siasah itu tercapai, PAS akan terus menerus adalah tidak mustahil DAP juga mengetahuinya. Oleh itu, DAP telah memanipulasikan sentimen kedua ketetapan siasah PAS tersebut demi kepentingan politik sosialisma cauvinis rasis komunis DAP.

KEPERLUAN KEPADA KEFAHAMAN TAHALUF SIYASI


PAS berhasrat agar dapat memperalatkan TAHALUF SIYASI untuk mendapatkan keuntungan maksimum untuk mengambil kesempatan yang ada dalam usaha menegakkan agama ALLAH SWT, nampaknya apa yang berlaku adalah sebaliknya yakni DAP lah yang dapat KEUNTUNGAN MAKSIMUM daripada TAHALUF SIYASI untuk merobohkan agama ALLAH SWT.

KEPERLUAN KEPADA KEFAHAMAN TAHALUF SIYASI


Adakah PAS mampu hendak merempuh TIRAI BESI SOSIALISMA ? Kerana di awal kertas kerja PAS hendak memerintah tanpa menjadikan ISLAM sebagai asas negara dan negeri-negeri tapi di dalam penutup PAS mendakwa mahu menegakkan agama ALLAH SWT? Betapa kelirunya pemikiran PAS ini sehingga tunggang terbalik TAHALUF SIYASI.

FOKUS UMAT ISLAM (MELAYU)


Membina kekuatan umat Mesti mulakan dengan mengwujudkan power yang tidak boleh dicabar

Kuasa tawar menawar yang tak boleh dicabar.


Jika ini boleh direalisasikan maka siasah syariah dapat dilaksanakan sepenuhnya.