Anda di halaman 1dari 30

CERPEN

KONSEP CERPEN KANAK-KANAK


Cerpen adalah singkatan daripada perkataan `Cerita dan `Pendek.
Cerpen bersifat fiksyen Cerpen adalah penceritaan
**CONTOH CERPEN

PENGENALAN
Cerpen Melayu dikatakan pada mulanya adalah cerita yang disampaikan secara lisan atau bercerita oleh golongan tua masyarakat Melayu. Selain daripada tradisi lisan, terdapat juga tradisi tulisan dalam perkembangan cerpen. Ianya muncul apabila masyarakat Melayu sudah mengenali aksara dan mahir akannya.

Dinikmati oleh bukan sahaja kanakkanak tetapi juga oleh orang dewasa. Kerapkali dikaitkan dengan sastera yang ditujukan untuk dua kelompok sekaligus iaitu kanak- kanak dan remaja. Digunakan secara umum untuk membawa maksud karya- karya penulisan dan penerbitan untuk kanakkanak dan remaja.

CIRI-CIRI CERPEN
Cerita rekaan pendek yang lazimnya dikaitkan dengan pembacaan yang singkat. Muka surat : 5 10 halaman Sesuai dengan usia, tahap berfikir dan pencapaian bahasa kanak-kanak.

Penggunaan bahasa dalam cerpen kanakkanak haruslah sesuai dengan tahap pencapaian mereka
Contoh: Bentuk, isi dan tujuannya perlulah segera dapat menarik minat membaca dalam kalangan kanak-kanak

Perlu memaparkan gambar dan ilustrasi berdasarkan fungsi yang sebenar.


Contoh: Bahan bacaan yang banyak gambar dan berwarna-warni ilustrasinya. Buku bergambar haruslah mempunyai nilai sastera di samping ilustrasi yang memancarkan mutu seninya

Bentuk fizikal karya kanak-kanak perlu mengambil pertimbangan didaktis-psikologi Contoh: Aspek-aspek fizikal tersebut termasuklah kertas, saiz buku, besar kecilnya huruf, jarak antara huruf, jarak antara perkataan, saiz dan penempatan gambar atau ilustrasi dan lainlain.

Kesesuaian cerpen untuk kanak-kanak

Contoh: Penulis perlu memastikan cerita atau karyanya dapat memberikan perlindungan material, perlindungan emosi, perlindungan intelektual dan perlindungan spiritual kepada kanakkanak.

STRUKTUR BINAAN CERPEN


SINOPSIS LATAR
WATAK & PERWATAKAN PLOT TEMA & PERSOALAN

TEKNIK PENCERITAAN MESEJ NILAI GAYA BAHASA SUDUT PANDANGAN

SINOPSIS
Merujuk kepada keseluruhan cerita secara kasar. Ringkasan yang memberikan gambaran secara umum tentang sesuatu cerita

LATAR
Latar tempat
(tempat ---> peristiwa)

Latar masa Latar masyarakat


(merangkumi aspek kategori masyarakat, pekerjaan, golongan, bangsa dan agama serta corak hidup)

WATAK & PERWATAKAN


Watak merangkumi Watak Utama dan Watak Sampingan. Dipengaruhi oleh Antagonis ( jahat ) dan Protagonis ( baik )

Watak
Bermaksud nama, asal usul, umur dan latar belakang/sejarah hidup.

Perwatakan
Bermakud sikap, perangai atau tingkahlaku samada baik atau jahat. ** Jumlah watak tidak ramai. Memadai satu atau dua watak sahaja.

PLOT
Bersifat Kronologi (peristiwa disusun mengikut urutan waktu ) Teknik Imbas Kembali juga ada digunakan

BAHAGIAN PLOT:
Permulaan Perkembangan Perumitan Puncak Peleraian Akhir Cerita

TEKNIK PLOT:

Mempunyai dua bahagian iaitu Saspens dan Konflik.

TEMA & PERSOALAN


TEMA

Perkara yang menjadi dasar kepada sesuatu cerita atau apa yang hendak disampaikan. PERSOALAN
Sesuatu yang dipersoalkan atau menimbulkan masalah.
** Umumnya pemusatan cerita tertumpu pada
satu tema dan persoalan sahaja.

SUDUT PANDANGAN
Terdiri daripada tiga aspek iaitu:
Sudut Pandangan Orang Pertama Sudut Pandangan Orang Ketiga Serba Tahu Sudut Pandangan Orang Ketiga Terbatas Orang Pertama = Saya, Aku, Orang Kedua = Engkau, awak, kamu Orang Ketiga = Mereka, dia,

Teknik Penceritaan
Berbentuk Dialog, Imbas Kembali dan Pemerian.

Bahasa yang digunakan haruslah terjamin kesopanan dan mutunya di samping mudah difahami oleh kanak- kanak; mempunyai tanda bacaan yang betul dan teratur, ayat-ayat yang pendek dan perkataan yang tegas.

Gaya Bahasa

GAYA BAHASA
Gaya bahasa ialah cara penulis menggunakan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu tema atau persoalan melalui karya mereka.

DIksI
Bermaksud pemilihan kata Penulis akan menggunakan dan memilih katakata yang sesuai dengan tema dan persoalan, latar, watak dan mesej yang ada dalam karya mereka Diksi Pemilihan kata-kata yang digunakan untuk menggambarkan peristiwa tersebut amat jelas, tepat dan berkesan. Contohnya Eh! Mak dah sudah makan ? Sikit sangat mak makan hari ini, tegur Ramli.

Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat dalam karyanya Ayat-ayat yang digunakan mudah difahami kerana menggunaakan kata-kata yang digunakan sehari-hari. Ayat yang digunakan sama ada ayat panjang atau ayat pendek mengikut kesesuaian karya yang diolahnya.

AYAT

PERSONIFIKASI
Dikenali juga perorangan yang bermaksud memberikan sifat manusia kepada bendabenda lain. Sifat manusia itu meliputi perwatakan, perasaan, tindak-tanduk dan perlakuan Antara contoh-contoh personafokasi yang pernah digunakan ialah daun nyuir melambailambai dan rumput menari-nari ditiup angin

SIMILE
Perbandingan setara yang digunakan oleh penulis bagai menyatakan sesuatu perkara. Kata-kata yang biasa digunakan seperti, umpama, bak, bagai, ibarat dan sebagainya. Contoh penggunaan simile: seperti anjing dengan kucing, kurus macam lidi dan bagai aur dengan tebing

METAFORA
Perbandingan setara secara terus atau langsung yang digunakan oleh penulis Contoh penggunaan metafora: samudera hampa dan lautan fikiran

HIPERBOLA
Merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan oleh penulis untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud sebenar Contoh penggunaan hiperbola: lautan api sanggup kurenangi

SINKOPE
Bermaksud penyingkatan kata Contoh penggunaan sinkope: "Apa dah jadi ni?"

SUMBER RUJUKAN
http://acil89.blogspot.com/2010/08/pengenal an-cerpen.html http://menuliscerpen-menuliscerpen.blogspot.com/2008/10/konsepdasar.html http://ceritakanak2.blogspot.com/ http://ceritakanak2.blogspot.com/2007/07/pi nocchio.html

http://nurul-farehah.blogspot.com/2012/02/ciri-ciricerpen.html