Anda di halaman 1dari 10

TERJEMAHAN BAHAN AUTENTIK

BIDANG BAHASA
Melibatkan penterjemahan yang berkaitan bahan autentik yang menggunakan laras bahasa (Bahasa Melayu). Contoh perkataan; 1) Morfologi 2) Semantik 3) Sintaksis 4) Tatabahasa

BIDANG BAHASA
Contoh petikan laras bahasa Bahasa Melayu; Morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.
(Kamarudin Hj.Husin dan rakan-rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83)

BIDANG BAHASA
Terjemahan petikan;
Teks tersebut memberikan definisi morfologi iaitu disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk tersebut merujuk kepada bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.

BIDANG AGAMA
Melibatkan penterjemahan yang berkaitan laras bahasa agama. Contoh perkataan; 1) Tuhan 2) Ibadah 3) Dosa 4) Pahala

BIDANG AGAMA
Contoh petikan laras bahasa agama;
Janganlah kamu mendekati perbuatan zalim yang dimurkai oleh Tuhan kamu. Jika tidak kamu akan dimurkai dan mendapat dosa. kata Ustaz Mansor kepada anak-anak muridnya.

BIDANG AGAMA
Terjemahan petikan;
Ustaz Mansor memberi nasihat kepada murid-muridnya agar tidak mendekati perbuatan yang zalim (jahat) yang boleh dimurkai oleh Tuhan (yang maha kuasa) agar tidak memperoleh dosa (kesalahan yang mendapat balasan buruk).

BIDANG PENDIDIKAN JASMANI


Melibatkan penterjemahan yang berkaitan laras bahasa Pendidikan Jasmani. Contoh perkataan; 1) Psikomotor 2) Lokomotor 3) Olahraga

BIDANG PENDIDIKAN JASMANI


Contoh petikan laras bahasa agama;

Guru Pendidikan Jasmani mementingkan aspek kemahiran dari segi psikomotor untuk menentukan tahap kecergasan muridmuridnya.

BIDANG PENDIDIKAN JASMANI


Terjemahan petikan;
Petikan tersebut menerangkan bahawa guru Pendidikan Jasmani mementingkan aspek psikomotor (pergerakan anggota badan) untuk menentukan tahap kecergasan muridmuridnya.

Anda mungkin juga menyukai