Anda di halaman 1dari 21

Isu-Isu Alam Sekitar

Aktiviti Perindustrian &


Pembangunan
Perkembangan ekonomi Malaysia banyak
bergantung kepada industri pembuatan,
terutamanya elektronik, kimia dan juga getah.
Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat ini
telah menyebabkan penambahan kepada
pelepasan pencemaran gas organik dan bukan
organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai
jenis industri ini akan menghasilkan bahan cemar
yang berbeza.
Sebagai contoh:
 Industri Kimia

 Industri kimia melepaskan


pencemar yang
mengandungi pelbagai
kompaun yang
berasaskan nitrogen dan
sulfur dan ini akan
mengakibatkan
pencemaran kepada air
dan udara
 Industri Perkilangan,
Pembuatan dan Lain-lain

 Kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi


sulfur dioksida dan hidrokarbon.
 Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau
zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan
mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak
pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang ini juga adalah
antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang
tinggi.
 Kilang-kilang yang didirikan boleh menghasilkan sisa toksik
(beracun) seperti bahan buangan radioaktif dan merkuri.
 Industri Pertanian

 Penggunaan racun yang berleluasa boleh


mengancam keselamatan alam sekitar.
Insektisid(racun serangga) seperti DDT boleh
masuk ke rantai makanan dan memusnahkan
rantai makanan tersebut.
 Sumber makanan seperti daging dan ikan
mengandungi DDT yang seterusnya akan di
makan oleh manusia.
Kenderaan Motor
Masyarakat moden amat bergantung kepada
pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan
keretapi.
Setiap pergerakan kenderaan motor
menggunakan tenaga yang banyak dan hampir
kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan
api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi
bising yang membawa kesan buruk kepada
keadaan setempat.
Kualiti udara persekitaran amat
bergantung kepada jenis sistem
pengangkutan yang digunakan, jenis
sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan
juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di
dalam sektor pengangkutan, kenderaan
motor adalah penyumbang
utama kepada pencemaran
udara.
Penjanaan Kuasa
Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan
dengan membakar bahan api fosil seperti gas
asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa
jenis ini mempunyai tahap kecekapan antara 35
dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya
bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia
menjana 86 peratus keperluan tenaga
elektriknya melalui loji janakuasa konvensional
manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen
janakuasa hidro.
 Stesen janakuasa elektrik merupakan suatu
sumber pencemaran yang besar, di mana
pengeluaran pencemaran sulfur dioksida
daripada tenaga arang batu merangkumi 59%
dan 18% nitrogen oxides.
 Stesen-stesen janakuasa elektrik arang batu
juga merupakan pencemar terbesar dalam
menghasilkan pencemaran toksik merkuri,
udara yang berbahaya dan beracun, dan
menghasilkan 50% pencemaran debu.
 Selain daripada itu, stesen-stesen janakuasa
elektrik juga menghasilkan lebih daripada 40%
daripada keseluruhan penghasilan karbon
dioksida di Amerika Syarikat, dan ia merupakan
faktor utama pemanasan global.
Penggunaan CFC
 Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan
dikenali dengan nama am freon. Permusnahan lapisan
ozon adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan
aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah
tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai
mangkin dalam proses itu.
 Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa
dingin dan lain-lain sebagai bahan rejan (propellant),
pembentukan buih, dan alat pemadam api. Didapati satu
molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon.
 Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk
menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan
hidrokloroflorokarbon (HCFC) .
Aktiviti Harian
 Isi rumah menyumbang kepada
pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk
mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk.
 Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja
menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini
juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk
yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban
(CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan
ozon.
 Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang
mengandungi CFC juga adalah punca
pencemaran udara.
Contoh Bahan-Bahan
CFC
Bahan
Punca Kesan kepada Manusia
Pencemar
Pencemaran dan Alam Sekitar
Utama
Pembuangan Bahan toksik Mengancam kesihatan:
bahan seperti logam Merkuri: kecacatan fetus dan
sisa industri seperti berat (merkuri, ganggu sistem saraf, menyebabkan
bahan toksik, asap, penyakit Minamata
nikel dan
bahan radioaktif Plumbum: meninggikan tekanan
kadmium)
darah, menjejaskan pertumbuhan
dan haba dalam
dan merosakkan sistem saraf
perindustrian
Kadmium: menyebabkan
penyakit dan masalah kepada
organ pembiakan
Nikel: menyebabkan kanser dan
penyakit kulit
Bahan
Punca Pencemar Kesan kepada Manusia dan
Pencemaran Alam Sekitar
Utama
Bahan sisa Menghasilkan gas berbau busuk
Kelapa sawit (ammonia dan hidrogen sulfida)
dan getah yang - Jika dibuang ke dalam sungati
mereput atau kolam, bakteria penguraiakan
menguraikannya dan menggunakan
 oksigen daripada air. Kekurangan
oksigen dalam air menyebabkan
hidupan akuatik mati

Mengeluarkan sinaran radioaktif


Bahan radioaktif yang berbahaya seperti sinar alfa,
sinar beta dan sinar gama :
- Dos tinggi menyebabkan loya,
kanser, kecacatan fetus,
Bahan
Punca Kesan kepada Manusia
Pencemar
Pencemaran dan Alam Sekitar
Utama
Asap Mengandungi gas berasid
 seperti sulfur dioksida dan
Nitrogen dioksida yang
menghasil hujan asid yang :
Mengakis bangunan
Merendahkan pH air
Tanah tidak subur
Kurang hasil pertanian

Menaikkan suhu udara


Terma(haba)
Menaikkan suhu air sungai dan
kolam.
Mengurangkan oksigen terlarut
dalam air. Hidupan akuatik mati
Bahan
Punca Kesan kepada Manusia
Pencemar
Pencemaran dan Alam Sekitar
Utama
Penggunaan bahan Baja kimia Nitrat dan fosfat menyebabkan
kimia dan pestisid fenomena eutrofikasi:
dalam bidang  Nitrat dan fosfat larut dalam
pertanian air kolam atau tasik
menyebabkan blum alga
 Apabila alga mati dan
mereput, ia menggunakan dari
air dan menghasilkan gas yang
Berbau busuk. Hidupan air akan
terbunuh akibat kekurangan
oksigen.
Bahan
Punca Kesan kepada Manusia
Pencemar
Pencemaran dan Alam Sekitar
Utama
Pestisid Digunakan untuk membunuh
serangga, kulat dan lalang boleh
mencemarkan udara dan tanah
Ia akhirnya akan larut dalam air
dan mengalir ke dalam sungai
atau kolam
Ini mencemarkan air dan
menyebabkan hidupan akuatik
terbunuh.
Pestisid akan memasuki badan
manusia sekiranya manusia
termakan tumbuhan atau haiwan
tercemar.
Bahan
Punca Kesan kepada Manusia dan
Pencemar
Pencemaran Alam Sekitar
Utama
Kenderaan dan Bunyi Merosakkan gegendang telinga
jentera Meninggikan denyutan
Jantung dan tekanan darah,
Mengganggu keselesaan hidup

Mengotorkan udara
Jelaga /
serbuk Menghitamkan bangunan
karbon Menyumbat salur pernafasan
dan mengganggu pernafasan
Menghasilkan jerebu
Kadar fotosintesis kurang: Hasil
tanaman merosot