Anda di halaman 1dari 17

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

GCI 1022 CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA

ENCIK ROSLI BIN HARUN

AHLI KUMPULAN
FATIN FARHANI BINTI ZULKIFLI NAZIHAH SHAFIQAH BINTI JAINAL NURHIKMAH SYAKIRAH BINTI SELAMAT NURUL HUDA KHAIRIAH BINTI AB BASIR NUR ROHATEQAH BINTI ROSLAN SARAH SYAHIRAH BINTI ZAMERI

PEMBERSIHAN ETNIK DI BOSNIA

Peristiwa berdarah yang berlaku selepas proses pemisahan Republik BosniaHerzegovina dari Yugoslavia. Antara April 1992 sehingga November 1995. Memperlihatkan konflik bersenjata antara puak Serbia Bosnia dengan puak Muslim Bosnia dan Croatia Bosnia. Perang ini berlaku berikutan situasi politik yang tegang antara pemimpin ketiga-tiga puak. Namun ketegangan antara Serbia Bosnia dengan puak Muslim Bosnia sampai ke kemuncak apabila berlakunya satu tragedi.

RENTETAN PERISTIWA

Pada 30 Mac 1992, berlaku satu pembunuhan terhadap seorang etnik Serbia yang sedang menikahkan anak lelakinya di kota Sarajevo. Setelah upacara perkahwinan selesai, satu das tembakan dilepaskan ke arah bapa pengantin lelaki ketika menuju ke tempat letak kereta di hadapan gereja di mana upacara tersebut berlangsung. Bapa pengantin tersebut mati sementara paderi yang menikahkan pasangan pengantin tersebut tercedera.

Dalam kejadian tersebut juga, bendera yang dibawa oleh rombongan pengantin dirampas dan dikoyak-koyak oleh si penyerang yang akhirnya berjaya melarikan diri. Pada hari berikutnya, penyerangpenyerang tersebut berjaya ditangkap dan dikenalpasti berasal dari etnik Muslim Bosnia.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KONFLIK


Pengisytiharan kemerdekaan oleh Croatia dan Bosnia daripada Serbia. Pengiktirafan Eropah ke atas Croatia dan Bosnia. Perang Croatia-Serbia yang walaupun singkat tetapi bersifat kejam dan ganas. Sikap golongan Serbia yang mahu menguasai semua etnik di Yugoslavia dengan memaksa etnik di Yugoslavia menggunakan bahasa Serbs dan menganut

Ketua golongan Serbs iaitu Slobodan Milosevic bercita-cita tinggi mahu mewujudkan Negara Serbia Raya (Greater Serbia), iaitu satu wawasan politik yang menggabungkan semua wilayah tradisi Serbia, bukan sahaja di Serbia malah di Croatia dan BosniaHerzegovina. Gembar-gembur yang mengatakan orang Serbia akan menjadi mangsa penindasan Pope, umat Islam, keturunan Croat dan Albania serta mengatakan orang Bosnia mahu menubuhkan sebuah negara Islam

PERANG CROATIA-SERBIA
Keganasan telah meletus pada April 1992 apabila kaum Bosnian Serbs bertindak ekoran daripada undian Bosnia untuk mencapai kemerdekaan. Mereka ini bertindak dengan menyerang Sarajevo dan kawasan lain yang kebanyakannya terdiri daripada bandar bermajoriti kaum muslim.

Pihak Serbs menuntut supaya Bosnia digabungkan bersama Serbia. Peperangan secara pantas meletus dan mengambil tindakan yang bersifat etnisiti dengan membabitkan kaum Muslim. Serbs dan Croats berkonflik sesama mereka untuk menakluki wilayah Bosnia tersebut. Rentetan daripada peristiwa tersebut, beribu-ribu penduduk Muslim lelaki dikeluarkan secara paksaan dan kemudiannya dibunuh.

Selepas itu pasukan pertahanan PBB UNPROFOR (UNITED NATIONS PROTECTION FORCE) yang telah pun ditubuhkan di Croatia bertujuan untuk mengekalkan keamanan dan mencari jalan penyelesaian bagi mengakhiri perang Serbia-Croatia sebelum ini telah diperbesarkan dan ditugaskan ke Bosnia dengan tujuan mencegah keganasan lebih lanjut pihak Serbs.

KESAN DARIPADA PEPERANGAN


Kira-kira 200,000 sehingga 400,000 umat Islam terkorban. Dianggarkan seramai 20,000 ke 50,000 wanita Islam dirogol oleh tentera Serbia Bosnia dalam kempen psikologi yang terancang. Kira-kira 2 juta Muslim Bosnia dihalau dari rumah mereka. Mereka yang dihantar ke kem-kem tahanan Serb dikenakan penderaan dan berpuluhpuluh ribu daripada mereka lumpuh.

Cuba kita selami keadaan yang berlaku pada waktu pembersihan etnik tersebut: ..berdasarkan kepada keterangan Sulejman Besic yang berusia 46 tahun, seorang Chetnik yang dipanggil Dusan Tadic telah pergi menemui seorang wanita Islam dan menjerit kepadanya untuk memberitahu di mana suaminya berada. Dia kemudian mengarahkan wanita tersebut supaya menanggalkan pakaiannya, dan mengancam akan membunuhnya jika dia enggan berbuat demikian. Dalam menangis, dia mula membuka pakaiannya di hadapan mata pistol. Namun demikian tidak kurang seminit selepas itu, Tadic menembaknya di kepala. Kemudian dia membawa anak lelaki wanita tersebut yang mana selama adegan ngeri ini berlaku, dia terbaring tidak berapa jauh dalam keadaan tangannya diikat. Anak lelaki itu kemudian disuruh merogol ibunya yang sudah mati. Di kemudian menangis dengan sekuat-kuatnya, dan akhirnya dengan segera ditembak mati oleh Dusan Tadic. dipetik daripada Harun Yahya.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai