Anda di halaman 1dari 14

Pemeriksaan dan Pengujian

Di sediakan oleh :
Muhammad Faridz Bin Baharudin ( Kolej Vokasional Seri Iskandar )

Pengenalan
Sesuatu pemasangan elektrik yang telah siap perlu menjalani proses pengujian sebelum diberikan bekalan . Pengujian ini adalah bertujuan untuk mempastikan pemasangan itu betul-betul selamat dan mematuhi peraturan IEE . Di samping itu pengujian tersebut dapat menjamin keselamatan pengguna dan juga peralatan yang bakal digunakan . Walaupun pengujian ke atas pemasangan elektrik tidaklah menjamin pemasangan tersebut selamat untuk selama-lamanya tetapi perlulah dibuat pengujianpengujian yang berulang dalam tempoh yang sesuai .

Tujuan Pemeriksaan dan Pengujian


Tujuan pemeriksaan dan pengujian dijalankan ke atas pemasangan pengguna atau alatalat elektrik adalah untuk memastikan keselamatan sesuatu pemasangan telah terlaksana mengikut peraturan IEE, LLN atau JKR dan berfungsi dengan betul serta selamat digunakan . Pemeriksaan dan Pengujian perlu dijalankan keatas perkara perkara tersebut .
Pemasangan baru Diuji terlebih dahulu sebelum digunakan bagi mempastikan pemasangan selamat untuk digunakan dan memenuhi piawaian peraturan IEE Pemasangan penambahan atau pengubahsuaian Diuji sama ada sesuai ataupun tidak sesuai Pemasangan elektrik yang sedia ada Ujian untuk mengesan kerosakan kabel

Pemeriksaan Pemasangan
Pemeriksaan Penglihatan Tujuan Pemeriksaan Penglihatan dijalankan kerana Untuk memastikan bahan bahan dan alat alat yang dipasang mengikut piawaian British ( BS = British Standard ) atau dengan kelulusan SIRIM. Untuk memastikan pemasangan tersebut dijalankan mengikut peraturan IEE , LLN , dan JKR.

Untuk memastikan kerosakan yang nyata (boleh dilihat) keatas pemasangan atau kelengkapan elektrik .

Senarai Pemeriksaan Penglihatan Sambungan pengalir pengalir kabel Tanda pengenalan kabel Pemilihan pengalir kabel bagi kapasiti membawa arus dan susutan voltan Sambungan kutub tunggal ke pengalir fasa sahaja Sambungan yang betul ke atas soket alur keluar dan pemegang lampu Wujudnya penahan api dan perlindungan daripada kesan haba Kaedah perlindungan kaedah daripada sentuhan terus Perlindungan dengan penebatan keatas bahagian bahagian hidup Perlindungan penahan dan penutup Perlindungan dengan halangan Perlindungan dengan jangkauan Perlindungan dengan bahan bukan pengalir

Pengujian Pemasangan
Ujian Keterusan Litar Gelang Ujian ini dijalankan adalah bertujuan untuk memastikan setiap pengalir mempunyai keterusan di sepanjang litar gelang . Terdapat dua kaedah ujian keterusan litar gelang yang dijalankan . Alat alat pengujian digunakan adalah jangka ohm .

Mengikut peraturan langkah pengujian

Pastikan alat penguji boleh digunakan Ujian keterusan litar gelang seperti berikut Buka Sambungan kabel fasa neutral Sambung satu kabel fasa dan satu kabel neutral dan ukur rintangan meretas kabel yang terbuka di bahagian hujung Sambungan kabel terbuka dan surat rintangan pada setiap soket keluaran di antara punya fasa dan neutral Jika semua bacaannya sama ( Rekod Bacaannya ) . Jika bacaannya tidak sama sambungan semula fasa dan neutal dan uji semula . Jika terdapat perbezaan bacaan, lakukan pemeriksaan keseluruhan litar

Ujian Penebatan Ujian ini adalah untuk memastikan tidak terdapat litar pintas di dalam pemasangan . Peraturan IEE mencadangkan bahawa 2 jenis rintangan penebatan patut dijalankan iaitu
Ujian 1 Ujian diantara pengalir hidup Bagi sistem 1 fasa - diantara fasa dan neutral

Bagi sistem 3 fasa - diantara pengalir fasa , pengalir fasa dan neutral
Ujian 2 diantara punya bumi dan semua pengalir yang membawa arus

Pengujian kabel - kabel lain bagi memastikan tidak terdapat sebarang kerosakan ke bumi yang boleh menyebabkan tripping pada peranti sistem perlindungan . Alat pengujian yang digunakan ialah

Dalam peraturan langkah pengujian Periksa terlebih dahulu alat uji yang hendak digunakan Pilih samada hendak menguji litar individu atau pada kotak agihan Semua beban hendaklah ditanggalkan Suis pada sambungan kabel fasa hendaklah di on kan Suis utama dibuka Aksesori pendawaian dari jenis elektronik seperti kawalan pemalap hendaklah ditinggalkan Bacaan penguji meggar hendaklah tidak kurang daripada satu Megaohm /M dan rekodkan bacaan

Pengujian di Kotak Agihan Utaman

Ujian Kekutuban Tujuan ujian kekutuban ialah untuk menentukan supaya keperluan-keperluan berikut memuaskan. Semua suis dan alat kawalan kutub tunggal dipasangkan pada pengalir fasa sahaja . Sesentuh luar pemegang lampu jenis Edison skru disambungkan pada pengalir neutral . Sambungan pada soket alur keluar bagi setiap pengalir fasa, neutral dan bumi disambungkan pada punca yang betul. Ujian kekutuban boleh dijalankan secara litar mati atau litar hidup. Alat penguji yang digunakan pada ujian kekutuban secara litar mati ialah jangka ohm atau loceng penguji. Manakala bagi secara litar hidup lampu penguji atau jangka volt digunakan. Dalam peraturan langkah ujian secara litar mati adalah Pilih alat uji yang sesuai untuk tujuan pemeriksaan kekutuban . Periksa alat uji dan pastikan dalam keadaan boleh digunakan . Suis utama hendaklah di off kan . Semua beban hendaklah ditanggalkan dari litar . Sambungkan dawai uji mengikut rajah ujian .

Ujian Kekutuban Suis dan Pemasangan Lampu

Ujian Galangan Gelung Rosak Ke Bumi


Tujuan utama galangan gelung bumi untuk mengetahui nilai galangan gelung bumi dalam pemasangan bagi menentukan jenis perlindungan kebocoran ke bumi yang sesuai digunakan .Terdapat dua jenis ujian gelung impeden bumi . Ujian gelung talian - bumi. Ujian gelung neutral bumi Perlu dirujuk kembali gelung rosak ke bumi ( TN-S ) ujian dan pengukuran galangan biasanya didalam keadaan atau situasi persekitaran suhu embien dan tidak ketika berlakunya rosak ke bumi, kerana ketika ini biasanya suhu kabel akan meningkat. Peningkatan perlu diambil kira jika merekodkan bacaan pengukuran ketika berlakunya rosak ke bumi .

Ujian Galangan Gelung Rosak ke Bumi