Anda di halaman 1dari 81

Pembentang : Ong Pei SI Michelle Yong Suek Jun Chong Win Wei Knee Shin Ni Tan Shi Ting

Sejarah Agama Buddha

SIDDHARTA GAUTAMA

Peringkat 2: Kelahiran

Masa 10 bulan lalu dengan cepat. Pada


suatu hari, ratu meminta untuk berjalan-jalan di Taman Lumbini. Selepas itu ratu akan balik ke rumah ibunya untuk melahirkan anaknya. Semasa di tengah-tengah perjalanan dalam Taman Lumbini.

Ratu Maha Maya telah melahirkan anak puteranya, Siddharta Gautama (623 M pada saat ratu berdiri memegang dahan pohon sal. Semasa melahirkan anak putera, ratu tidak mengalami sebarang kesakitan atau kesulitan.

Pada masa kelahiran anak putera, perkara pelik telah pun berlaku. Sebaik saja anak putera dilahirkan, anak putera telah berjalan sebanyak 7 langkah, dan setiap langkah itu telah mengembangkan sekuntum bunga teratai.

Mata anak putera pula melihat ke 4 arah dari sekelilingnya dan berkata: Ini merupakan kelahiran saya yang terakhir di dunia ini. Saya dilahirkan supaya menjadi Buddha. Sayalah orang yang paling mulia dan akan membawa ilmu dan ajaran untuk menyelamatkan semua insan di dunia ini. Selepas kata-kata itu, 2 jenis air turun dari langit telah memandikan anak putera. Selain itu, banyak dewa-dewi telah tiba untuk mengalu-alukan kelahiran bakal Buddha ini.

Anak putera tidur di sebelah ibundanya. Tiba-tiba sehelai baju telah jatuh dari langit ke atas badan anak putera. Pada masa itu, segala yang buruk di atas dunia ini berubah menjadi baik secara tiba-tibanya. Raja berasa amat gembira tetapi kerisauan turut menimbul kerana kemunculan semua perkara pelik ini.

Selepas Siddharta Gautama dilahirkan, satu zahid telah meramalkan bahawa Siddharta Gautama bukanlah orang biasa. Sama ada bakal seorang raja yang berkaliber ataupun seorang penyelamat dunia yang mulia.

Pada hari ketujuh selepas kelahiran anak putera, ibundanya Ratu Maha Maya telah meninggal dunia. Selepas itu, Siddharta dijaga oleh adik kembar Ratu Maha Maya. Putera Siddharta hidup dalam istana dan telah diberikan pendidikan yang paling bagus. Semasa Siddharta berumur 7 hingga 12 tahun, Siddharta telah mempelajari segala ilmu yang diajar. Selain itu, Siddharta juga telah mahir dalam ilmu pertahanan. Raja amat takut anak puteranya akan menjadi Buddha kelak. Oleh itu, Raja telah melakukan apa yang sedaya upaya untuk melarang anak putera daripada memikirkan ketidakseimbangan dunia ini. Raja telah mengaturkan perkahwinan Siddharta dengan Puteri Yasodhara. Raja menganggap bahawa perkahwinan ini akan dapat mengikat anaknya daripada menjadi Buddha, tetapi semua usaha Raja tersia-sia.

Putera Siddharta minta kebenaran untuk berjalan-jalan di luar istana.


Siddharta ternampak segala keadaan yang amat memilukan hatinya. Orang sakit, mayat, orang miskin yang sedang bersusah payah untuk hidup, dan juga pengemis yang bertahan lapar. Banyak soalan telah bertimbunan dalam otak fikiran Siddharta, tetapi tiada sesiapa yang boleh menjawabnya. Akhirnya, Putera Siddharta membuat keputusannya

Peringkat 3: Menjadi Zahid/sami Pada usia 20 tahun, Siddharta telah meninggalkan kehidupan di istana dan juga anak isterinya, bertekad untuk menjadi seorang zahid/sami.

Sudah bertahun-tahun Siddharta berusaha untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan dalam hatinya. Siddharta menyesuaikan dirinya makan sebiji bijiran sehari tetapi semua usaha ini tidak berguna. Siddharta kian menjadi kurus dan tidak bermaya.

Pada suatu hari, Siddharta terdengar sesuatu yang dikatakan oleh pemain muzik lalu sedar tentang kepentingannya keseimbangan. Siddharta tersedar.
Bermula dari saat kesedaran Siddharta itu, Siddharta telah menerima susu yang diberikan oleh seorang gadis yang baik hati. Selepas itu, Siddharta telah berjalan sampai ke bawah sepohon pokok yang bernama Bodhi dan memberi sumpahnya bahawa jika tidak dapat menemui kebenaran dan jawapan untuk semua soalan itu, dia tidak akan meninggalkan tempat itu.

Peringkat 4: Mengusirkan kekuatan jahat Raja syaitan hendak menghalang Siddharta daripada mencapai kefahaman itu. Raja syaitan cuba mencederakan Siddharta, binatang atau syaitan yang ganas juga diperintah keluar untuk menyerang Siddharta.

Selain itu, 3 anak perempuan raja syaitan juga cuba untuk mengoda Siddharta bagi menggagalkan usahanya untuk menemukan kebenaran mulia itu. Walau bagaimanapun, Siddharta masih bertenang seperti air. Siddharta langsung tidak mempedulikan perbuatan-perbuatan Raja Syaitan ini.

Peringkat 5: Menjadi Buddha Selepas berjaya mengusirkan Raja Syaitan, pada usia 35 tahun, Siddharta telah berjaya mencapai Makrifat. Pada saat itu, Siddharta Gautama telah menukar gelarannya sebagai Gautama Buddha.

Peringkat 6: Penyebaran ajarannya Buddha memulakan perjalanannya ke merata-rata tempat untuk menyebarkan ilmu dan kebenaran mulia. Tanpa mengira kaum atau lapisan masyarakat, Buddha mengajar dengan penuh kesabaran dan menjawab segala persoalan orang ramai dengan bersungguhsungguh.

Pengikut-pengikut Buddha kian bertambah.

Buddha dengan segera memegang tangan ayahnya. Ayahnya berkata bahawa dia tidak menyesal tentang peninggalan Siddharta, kerana sekarang Siddharta telah pun menjadi Buddha yang dihormati oleh setiap insan di dunia ini. Selepas kata-kata itu, Raja telah mangkat. Setiap orang di istana menangis teresak-esak kecuali Buddha yang melihat ayahnya dengan tenang.

Selepas Buddha muncul di istana, banyak saudara-mara dan kaum kerabat diraja mengambil keputusan untuk mengikut Buddha. Buddha tidak menolak tetapi menerima mereka dengan hati yang ikhlas.

Gautama Buddha telah menyebarkan ajarannya selama 49 tahun tanpa berhenti di merata-rata tempat.

Peringkat 7: Kematian Buddha Pada masa Buddha menjangkau usia 80 tahunnya, Buddha telah meramalkan kematiannya. Pada jangka masa menunggu masa kematiannya, Buddha masih lagi mengajar pengikut-pengikutnya. Pada bulan 2 hari ke-15, di tengah malam yang pancaran cahaya bulan yang terang dan bulat itu, Buddha telah melelapkan matanya buat selama-lamanya.

Kesemua ajaran-ajaran agama Buddha mengenai soal hidup mati dan juga kebenaran-kebenaran mulia yang diajar oleh Buddha telah pun dicatatkan. Dan pada masa kini, agama Buddha telah menjadi salah satu daripada 3 agama utama di dunia ini. Yang 2 lagi agama utama itu ialah agama Islam dan agama Kristian. Keusahaan dan kepayahan Gautama Buddha untuk mencari jawapan kepada semua soalansoalan itu telah membawa kejayaannya yang agung. Dan kejayaannya telah membawa manfaat kepada orang ramai.

Buddha merupakan manusia, bukannya dewa.

Buddha adalah benar sama rata kepada semua.

Buddha tidak mengakui kemunculan dewa yang membentuk dunia

Ciri-ciri Agama Buddha


Agama Buddha tidak mengabaikan agama lain atau mengutuk agama lain sebagai agama jahat Agama Buddha mengakui semua jenis agama di dunia ini dan membezakan semua agama dengan kefahamannya yang susah atau senang, bukannya dibezakan dengan mengatakan cirinya baik atau buruk

Buddhisme adalah demokrasi dan kebebasan. Dalam ajaran agama Buddha, kenyataan dan ilmu yang diajar bukannya perintah yang mestinya dituruti. Sesiapa yang tidak faham boleh mengemukakan soalannya dan soalan ini akan dijelaskan sehingga mencapai kefahamannya. Buddha pernah berkata: Keraguan yang besar akan mendapat lebih banyak pengajaran, keraguan yang sedikit akan mendapat pengajaran yang sedikit, manakala jika tiada keraguan, maka tiada pengajaran yang boleh dicapai.

Bendera Agama Buddha


6 jenis warna telah digunakan untuk membentuk bendera Buddha 6 jenis warna ini merupakan warna kecahayaan yang terpancar daripada tubuh badan Buddha semasa beliau cheng dao

1. Biru Tua - Bhakti / Pengabdian 2. Kuning Emas - Kebijaksanaan 3. Merah Tua - Kasih Sayang 4. Putih - Suci

5. Jingga - Giat
6. Campuran 5 warna - Kombinasi 5 sifat

Bunga Lambang Agama Buddha Bunga Teratai


Semasa Buddha-Siddhartha Gautama dilahirkan, beliau telah berjalan sebanyak 7 langkah ke hadapan dan tiap-tiap langkah itu telah mengembangkan sekuntum bunga teratai. Oleh itu, bunga teratai diperkenalkan sebagai lambangan kelahiran

Buddha.
Selain itu, penganut-penganut agama Buddha percaya bahawa keikhlasan dan kecekalan seseorang penganut Buddha semasa menimba ilmu ajaran agama Buddha, dapat dilihatkan melalui perkembangan bunga teratai. Yang rajin, maka bunga mengembang dengan cantik. Yang malas, maka bunga menjadi layu.

Perayaan Hari Wesak


Perayaan Hari Wesak merupakan satu perayaan yang paling penting dalam agama Buddha Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan Hari ini merupakan hari peringatan kepada 3 peristiwa yang penting mengenai Buddha, iaitu kelahiran Buddha, penjadian Buddha dan kemangkatan Buddha. Pada Hari ini, penganut-penganut agama Buddha akan mengunjungi kuil Buddha untuk pemberian penghormatan kepada Buddha dan juga pembacaan kitab-kitab.

Pada hari ini juga, penganut-penganut agama Buddha akan melepaskan burung merpati, memberi makanan kepada orang miskin dan juga kepada sami-sami.
Pada malam pula, perarakan kereta berhias akan diadakan.

Pemandian Buddha

Pembacaan Kitab

Kereta Berhias

Kitab Suci Buddhisme


Kitab Suci Tripitaka

Kitab Suci Buddhisme


Kitab suci Tripitaka yang dikenal sebagai Kanon Pali (Pali Canon) adalah kitab suci yang dipergunakan dalam agam Buddha. Kitab suci Tripitaka adalah kitab suci yang paling tua dan tertulis dalam Bahasa Pali / Magadhi Kuno. Dibahagikan kepada tiga kelompok besar iaitu : Vinaya Pitaka, Sutta Pitaka dan Abhidhamma Pitaka (Tripitaka)

VINAYA PITAKA
Berisi hal-hal yang berkenaan dengan peraturan-peraturan bagi para bhikkhu dan bhikkhuni
Bahagian Sutta Vibhanga Hal-hal yang berkenaan Berisi peraturan-peraturan bagi para bhikkhu dan bhikkhuni Bhikkhu-vibanga berisi 227 peraturan yang mencakup delapan jenis pelanggaran, di antaranya terdapat empat pelanggaran yang menyebabkan dikeluarkannya seorang bhikkhu dari Sangha dan tidak dapat menjadi bhikkhu lagi seumur hidup. Keempat pelanggaran itu adalah : berhubungan kelamin, mencuri, membunuh atau menganjurkan orang lain bunuh diri, dan membanggakan diri secara tidak benar tentang tingkat-tingkat kesucian atau kekuatan-kekuatan batin luar biasa yang dicapai. untuk ketujuh jenis pelanggaran yang lain ditetapkan hukuman dan pembersihan yang sesuai dengan berat ringannya pelanggaran yang bersangkutan.

VINAYA PITAKA
Khandhaka (terbahagikan kepada kitab Mahavagga dan Cullavagga)
Mahavagga : berisi peraturan-peraturan dan uraian tentang upacara penahbisan bhikkhu, upacara Uposatha pada saat bulan purnama dan bulan baru di mana dibacakan Ptimokkha (peraturan disiplin bagi para bhikkhu), peraturan tentang tempat tinggal selama musim hujan (vassa), upacara pada akhir vassa (pavran), peraturan-peraturan mengenai jubah Kathina setiap tahun, peraturan-peraturan bagi bhikkhu yang sakit, peraturan tentang tidur, tentang bahan jubah, tata cara melaksanakan sanghakamma (upacara sangha), dan tata cara dalam hal terjadi perpecahan. Cullavagga : berisi peraturan-peraturan untuk menangani pelanggaranpelanggaran, tata cara untuk menangani masalah-masalah yang timbul, berbagai peraturan yang mengatur cara mandi, mengenakan jubah, menggunakan tempat tinggal, kewajiban-kewajiban guru (cariy) dan calon bhikkhu (smanera), pengucilan dari upacara pembacaan Ptimokkha, penahbisan dan bimbingan bagi bhikkhuni,

Parivara

Memuat ringkasan dan pengelompokan peraturan-peraturan Vinaya, yang disusun dalam bentuk tanya jawab untuk dipergunakan dalam pengajaran dan ujian.

SUTTA PITAKA
Terdiri daripada lima kumpulan (nikaya) atau buku
Lima kumpulan Digha Nikaya Hal-hal yang berkenaan Merupakan buku pertama dari Sutta Pitaka yang terdiri atas 34 Sutta panjang Beberapa di antara sutta-sutta yang terkenal ialah : Brahmajla Sutta (yang memuat 62 macam pandangan salah) Samannaphala Sutta (menguraikan buah kehidupan seorang petapa) Siglovda Sutta (memuat patokan-patokan yang penting bagi kehidupan sehari-sehari umat berumah tangga) Mahsatipatthna Sutta (memuat secara lengkap tuntunan untuk meditasi Pandangan Terang, Vipassan) Mahparinibbna Sutta (kisah mengenai hari-hari terakhir Sang Buddha Gotama).

SUTTA PITAKA
Lima kumpulan Hal-hal yang berkenaan Majjhima Nikaya Merupakan buku kedua dari Sutta Pitaka yang memuat kotbahkotbah menengah. Buku ini seluruhnya berjumlah 152 sutta. Antaranya terdapat : Ratthapla Sutta, Vsettha Sutta, Angulimla Sutta, npnasati Sutta, Kyagatasati Sutta dan sebagainya. Anguttara Nikaya Merupakan buku ketiga dari Sutta Pitaka, yang terbagi atas sebelas nipta (bagian) dan meliputi 9.557 sutta. Sutta-sutta disusun menurut urutan bernomor, untuk memudahkan pengingatan. Samyutta Nikaya Merupakan buku keempat dari Sutta Pitaka yang terdiri atas 7.762 sutta. Buku ini dibagi menjadi lima vagga utama dan 56 bagian yang disebut Samyutta.

SUTTA PITAKA
Lima kumpulan Hal-hal yang berkenaan
Khuddaka Nikaya
merupakan buku kelima dari Sutta Pitaka yang terdiri atas kumpulan lima belas kitab, iaitu : a. Khuddakaptha, berisi empat teks : Saranattya, Dasasikkhapda, Dvattimsakra, Kumrapaha, dan lima sutta : Mangala, Ratana, Tirokudda, Nidhikanda dan Metta Sutta. b. Dhammapada, terdiri atas 423 syair yang dibagi menjadi dua puluh enam vagga. Kitab ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia. c. Udna, merupakan kumpulan delapan puluh sutta, yang terbagi menjadi delapan vagga. Kitab ini memuat ucapan-ucapan Sang Buddha yang disabdakan pada berbagai kesempatan.

d. Itivuttaka, berisi 110 sutta, yang masing-masing dimulai dengan kata-kata : vuttam hetam bhagav (demikianlah sabda Sang Bhagav).
e. Sutta Nipta, terdiri atas lima vagga : Uraga, Cla, Mah, Atthaka dan Pryana Vagga. Empat vagga pertama terdiri atas 54 prosa berirama, sedang vagga kelima terdiri atas enam belas sutta.

SUTTA PITAKA
Lima kumpulan Khuddaka Nikaya Hal-hal yang berkenaan
f. Vimnavatthu, menerangkan keagungan dari bermacam-macam alam deva, yang diperoleh melalui perbuatan-perbuatan berjasa. g. Petavatthu, merupakan kumpulan cerita mengenai orang-orang yang lahir di alam Peta akibat dari perbuatan-perbuatan tidak baik. h. Theragth, kumpulan syair-syair, yang disusun oleh para Thera semasa hidup Sang Buddha. Beberapa syair berisi riwayat hidup para Thera, sedang lainnya berisi pujian yang diucapkan oleh para Thera atas Pembebasan yang telah dicapai. i. Therigth, buku yang serupa dengan Theragth yang merupakan kumpulan dari ucapan para Theri semasa hidup Sang Buddha. j. Jtaka, berisi cerita-cerita mengenai kehidupan-kehidupan Sang Buddha yang terdahulu.

SUTTA PITAKA
Lima kumpulan Khuddaka Nikaya Hal-hal yang berkenaan
k. Niddesa, terbagi menjadi dua buku : Culla-Niddesa dan Mah-Niddesa. Culla-Niddesa berisi komentar atas Khaggavisna Sutta yang terdapat dalam Pryana Vagga dari Sutta Nipta; sedang Mah-Niddesa menguraikan enam belas sutta yang terdapat dalam Atthaka Vagga dari Sutta Nipta. l. Patisambhidmagga, berisi uraian skolastik tentang jalan untuk mencapai pengetahuan suci. Buku ini terdiri atas tiga vagga : Mahvagga, Yuganaddhavagga dan Pavagga, tiap-tiap vagga berisi sepuluh topik (kath). m. Apadna, berisi riwayat hidup dari 547 bhikkhu, dan riwayat hidup dari 40 bhikkhuni, yang semuanya hidup pada masa Sang Buddha.

n. Buddhavamsa, terdiri atas syair-syair yang menceritakan kehidupan dari dua puluh lima Buddha, dan Buddha Gotama adalah yang paling akhir.

SUTTA PITAKA
Lima kumpulan Khuddaka Nikaya Hal-hal yang berkenaan
o. Cariypitaka, berisi cerita-cerita mengenai kehidupan-kehidupan Sang Buddha yang terdahulu dalam bentuk syair, terutama menerangkan tentang 10 pram yang dijalankan oleh Beliau sebelum mencapai Penerangan Sempurna, dan tiaptiap cerita disebut Cariy.

ABHIDHAMMA PITAKA
Berisi uraian filsafat Buddha Dhamma yang disusun secara analitis dan mencakup berbagai bidang seperti : ilmu jiwa, logika, etika dan metafisika. Kitab ini terdiri atas 7 buah buku (pakaran)
Tujuh buah buku Dhammasangani Vibhanga Dhatukatha Puggalapannatti kathavatthu Hal-hal yang berkenaan terutama menguraikan etika dilihat dari sudut pandangan ilmu jiwa. menguraikan apa yang terdapat dalam buku Dhammasangani dengan metode yang berbeda. terutama membicarakan mengenai unsur-unsur batin. menguraikan mengenai jenis-jenis watak manusia (puggala) tentang hal-hal yang berhubungan dengan theologi dan metafisika.

ABHIDHAMMA PITAKA
Tujuh buah buku Yamaka Hal-hal yang berkenaan Terbagi menjadi sepuluh bab (yang disebut Yamaka) : Mla, Khandha, yatana, Dhtu, Sacca, Sankhr, Anusaya, Citta, Dhamma dan Indriya. menerangkan mengenai "sebab-sebab" yang berkenaan dengan dua puluh empat Paccaya (hubungan-hubungan antara batin dan jasmani).

Patthana

4 KEBENARAN YANG MULIA


Ditemukan oleh Pertapa Siddhartha yang bermeditasi di bawah Pokok Bodhi hingga memperoleh Penerangan Sempurna dan menjadi Buddha. Diajar oleh Buddha Gautama kepada umat manusia di bumi ini. Kebenaran ini tetap ada dan berlaku secara universal.

Empat kebenaran mulia merupakan perumusannya pemahamannya tentang: 1. Sifat penderitaan 2. Punca asas untuk semua penderitaan 3. Cara mengelakkannya 4. Jenis usaha yang diperlukan untuk mencapai kebahagiaan
1. 2. 3. 4. Kehidupan penuh kepahitan Kepahitan dan kesengsaraan disebabkan oleh tuntutan nafsu Untuk mengatasi kepahitan hidup mesti mengatasi nafsu Cara menamatkan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah cara Jalan Lapan Lapis.

Punca Dukkha

Pemberhentian Dukkha

Sifat Dukkha

Cara yang menuju ke Arah Pemberhentian Dukkha

1. Dukkha
Kebenaran mulia tentang Dukkha: kelahiran, penuaan, sakit, kematian, penyatuan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, tidak dapat memperoleh apa yang dikehendaki, mendapat apa yang tidak dikehendaki. Penderitaan dapat dirangkumi kepada 3 iaitu, penderitaan biasa, penderitaan perubahan dan penderitaan memiliki badan jasmani.

Penderitaan biasa (Dukkha-Dukkha)

Sakit perut Sakit gigi

Penderitaan Perubahan(Viparinama Dukkha)

Berpisah dengan orang dicintai Berkumpul dengan yg benci Tidak tercapai apa yang diinginkan Sedih, putus asa

Penderitaan memiliki badan jasmani

Penderitaan sebab kita lahir sebagai manusia sehingga boleh mengalami sakit flu, sakit gigi, deman dan sebagainya.

2. Punca Dukkha(Samudaya)
Keinginan ialah punca kelahiran semula, diiringi oleh keseronokan dan nafsu, mencaricarikan keseronokan di sana sini; iaitu keinginan untuk kepuasan sensual, keinginan untuk kewujudan, serta keinginan untuk penghapusan.

3. Pemberhentian Dukkha (Nirodha)


Penghilangan beransur-ansur dan pemberhentian sama sekali keinginan tersebut, penyerahan dan peninggalannya, kebebasan daripadanya, serta ketidakbergantungan kepadanya. Kebahagiaan akan dicapai apabila ia terbebas dari penderitaan itu. Kebahagiaan yang dapat dicapai BUKAN setelah meninggal dunia saja, tetapi juga ketika masih hidup di dunia ini.

Seseorang dengan sekuat tenaganya sendiri berusaha mengikis habis sifat-sifat jahat, ego dan nafsu yang ada dalam dirinya, dan menjadikan dirinya sendiri sebagai Orang Suci serta masih bergaul dengan banyak orang di masyarakat luas.

4. Cara Yang Menuju ke Pemberhentian Dukkha (Magga):


Cara melenyapkan Dukkha adalah dengan memiliki 8 unsur berikut (disebut juga Jalan Mulia Berunsur Delapan):
Pengertian benar Fikiran benar

Kebijaksaan

Kemoralan

Ucapan Benar Perbuatan Benar Pencaharian Benar Daya-upaya Benar Perhatian Benar Konsentrasi Benar

Konsentrasi

Ia adalah Jalan Lapan Lapis Mulia, iaitu (1) pandangan yang betul, (2) niat yang betul, (3) pertuturan yang betul, (4) tindakan yang betul, (5) mata pencarian yang betul, (6) usaha yang betul, (7) kesedaran yang betul, (8) penumpuan yang betul.

Jalan Lapan Lapis Mulia ini boleh dispesifikasikan kepada tiga aspek , iaitu Panna ( kebijaksanaan ) , Sila (moral) , dan Samdhi (disiplin mental ) :
Panna (kebijaksanaan) Pandangan yang betul Fikiran yang betul Pertuturan yang betul Perbuatan yang betul Pekerjaan yang betul

Sila (moral)

Samdhi (Disiplin mental)

Usaha yang betul Kesedaran yang betul Tumpuan yang betul

PANDANGAN YANG BETUL


Pandangan yang betul boleh diterangkan sebagai : a. Pandangan yang Betul terhadap Empat Kebenaran Mulia - Ini boleh diterangkan sebagai mempunyai pengetahuan yang betul tentang Empat Kebenaran Mulia . b. Pandangan yang Betul Tentang Konsep Karma - Karma juga dikenali sebagai hukum sebab dan akibat. C. Pandangan yang Betul Terhadap Tiga Ciri Universal i . Anicca - Setiap benda di dunia ini adalah tidak kekal . ii. Dukkha - Kesengsaraan ialah satu hakikat dalam hidup dan boleh diatasi mengikuti ajaran Buddha . iii. Anatta - Tidak terdapat satu roh yang kekal .

FIKIRAN YANG BETUL


Fikiran yang betul merangkumi : a. minda yang tidak terlalu terangsang dengan godaan kebendaan . b. niat yang baik , murah hati , dan fikiran simpati yang suci c. Tidak cuba mencederakan makhluk lain .

PERTUTURAN YANG BETUL


Merangkumi empat elemen iaitu : a. Elakkan bercakap bohong - setiasa bercakap benar b. Elakkan menfitnah , menyebarkan khabar anginmengeluarkan kata-kata yang membawa kepada persahabatan dan keharmonian c. Tidak boleh bercakap kasar , memaki hamun, menghina Mengeluarkan kata-kata yang sopan dan mesra . d. membuang masa dengan bercakap kosong atau gosip bercakap tentang sesuatu yang penting dan bermakna .

PERBUATAN YANG BETUL


Perbuatan yang betul ialah perbuatan yang selari dengan konsep Fikiran yang Betul . - tidak mencuri, tidak berbohong, tidak berzina, tidak ambil minuman alcohol, tidak membunuh.

PEKERJAAN YANG BETUL


Pekerjaan yang betul bermaksud mencari nafkah tanpa mendatangkan keburukan kepada makhluk yang lain . Buddha telah menyatakan lima jenis pekerjaan yang tidak harus dilakukan iaitu : a. Memperdagangkan senjata b. Menyembelih bintang c. Menjual hamba abdi d. Menjual minuman keras .

Usaha yang betul


Usaha yang betul termasuk konsep jalan tengah yang diamalkan oleh pengikut agama Buddha , iaitu tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit . Dalam teks Buddha terdapat beberapa aspek dalam memperkatakan usaha yang betul , iaitu

a. Menghalang timbulnya fikiran yang tidak suci seperti kebencian , dan tamak . b. Menghapuskan fikiran tidak suci yang telah timbul. c. Memupuk fikiran suci yang belum timbul.

KESEDARAN YANG BETUL


Kesedaran yang betul bermaksud sentiasa sedar akan segala yang kita lakukan pada setiap masa , sama ada daripada segi kelakuan , pertuturan ataupun fikiran . Kesedaran yang betul boleh dikembangkan dengan sentiasa memberi perhatian kepada empat aspek berikut :

a. Kesedaran ke atas jasad kita ( misalnya pernafasan , gaya dan pergerakan badan ) - Bertujuan menambah dan memupuk kuasa tumpuan kita dan memperoleh ketenteraman jasad dan minda . b. Kesedaran ke atas perasaan - Latihan kesedaran mental ini menolong seseorang mengalami pelbagai jenis perassan yang timbul tanpa berpaut padanya atau menjadi hamba kepadanya .

c. Kesedaran ke atas pemikirn kita - Kesedaran ini

juga menyebabkian kita belakar cara-cara untuk


mengawal minda kita and bukan tergoda dengannya . d. Kesedaran ke atas objek-objek mental Kesedaran ini membolehkan kita memahami

benda-benda yang timbul dalam minda kita .

TUMPUAN YANG BETUL


Tumpuan yang betul memerlukan proses melatih fikiran kita melalui meditasi yang dapat mendisiplinkan minda seseorang agar sentiasa

tenteram dan tertumpu . Apabila minda kita tenang , kita bukan sahaja
dapat memahami sesuatu dengan lebih jelas , kita juga mampu mengawal diri kita daripada pengaruh negatif di sekeliling kita .

Keseimbangan antara ketiga-tiga aspek itu adalah penting untuk


mencapai Pencerahan . Contohnya , jika seseorang hanya mengutamakan kebijaksanaan dan

konsentrasi tetapi mengabaikan moraliti , dia mungkin menjadi tamak


atau menggunakan kuasanya untuk menindas orang lain ( Schmidt , 2005) .

Karma

Kamma (Bahasa Pali) atau Karma (Bahasa Sanskrit)

bermaksud perbuatan.
Setiap perbuatan pasti akan ada hasilnya sama ada kecil atau besar, sengaja atau tidak sengaja. Dengan adanya ini, terjadilah itu. Dengan timbulnya ini, timbulah itu. Dengan tidak adanya ini, maka tidak ada itu.

Dengan lenyapnya ini, maka lenyaplah itu.


(Khuddhaka Nikaya, Udana 40)

Ajaran karma Buddhis adalah hukum moral yang menitikberatkan pada perbuatan-perbuatan manusia yang dilakukan melalui perbuatan, percakapan dan pemikiran. Perbuatan-perbuatan ini diklasifikasikan sebagai karma apabila sesuatu perbuatan dilakukan kerana nafsu / kehendak (cetana). Suatu perbuatan tidak dapat disebut sebagai karma kerana

perbuatan tersebut tidak akan menghasilkan akibat moral bagi


pelakunya.

Menurut hukum karma ini, seseorang adalah hasil perbuatannya sendiri dan ia berkaitan dengan kelahiran semula. Buddha tidak menafikan karma melangkaui kehidupan terdahulu. Tetapi baginda tidak mahu penganutnya berfokus kepada perkara tersebut kerana tiada siapa tahu sama ada kita pernah lahir pada kehidupan dahulu atau tidak.

Hukum karma ialah hukum berangkai. Karma dalam aspek


moral mencakupi nilai-nilai etika tentang baik dan buruk. Setiap karma ada hasilnya sama ada hasilnya PUTIH (baik), HITAM (buruk), TAK PUTIH DAN TAK HITAM (tak baik, tak buruk) dan PUTIH DAN HITAM (baik dan buruk bercampur aduk). Sang Buddha berkata:
Tidak di angkasa, di tengah lautan ataupun di dalam gua-gua gunung, tidak dimanapun seseorang dapat menyembunyikan dirinya dari akibat perbuatan-perbuatan jahatnya. (Dhammapada 127)

Konsep Karma dalam agama Buddha menekankan PHASSA


(contact / sense-impression). Karma terjadi sewaktu berlaku PHASSA iaitu pertembungan antara deria dengan objek luaran. Ini akan melahirkan satu perasaan yang dipanggil Vedana. Dari Vedana, akan terjadi pula tanha (kemahuan), upadana (kebergantungan), kelahiran, tua, mati dan segala kesengsaraan.

Hasil Karma
Karma Putih

Karma Tak Hitam dan Tak Putih

Karma Hitam

Karma Putih dan Hitam

Karma Putih
Karma putih ada balasan putih. Seseorang yang melakukan perbuatan, percakapan atau pemikiran dengan niat baik akan memasuki dunia baik.

Melakukan PHASSA yang baik, tentulah akan mengalami


VEDANA yang baik.

Hasil: Kita memperolehi kebaikan atau kebahagiaan (syurga).

Karma Hitam
Bila kita membiarkan perbuatan, percakapan atau pemikiran dengan niat jahat, kita memasuki dunia kejahatan, melakukan PHASSA yang ada kejahatan, tentulah akan mengalami VEDANA yang dipenuhi kejahatan.

Hasil: Kita memperolehi kejahatan (neraka).

Karma Putih dan Hitam


Balasan putih dan hitam.

Bila kita melakukan perbuatan, percakapan atau pemikiran


dengan niat yang baik dan jahat bercampur aduk, kita akan memasuki dunia yang ada kebaikan dan kejahatan, melakukan PHASSA yang baik dan jahat bercampur-campur. Hasil: Kita memperolehi kebaikan dan kejahatan sekali gus.

Karma Tak Hitam, Tak Putih


Mendapat balasan tak hitam dan tak putih.

Seseorang dengan sengaja meninggalkan karma putih, dengan


sengaja meninggalkan karma hitam, dengan sengaja meninggalkan karma putih dan hitam. Hasil: Karma jenis ini bakal membawa kita kepada tahap kehabisan karma (Nirvana).

Anda ada apa-apa kemusykilan? Inilah peluangnya Sesi Soal Jawab.