Anda di halaman 1dari 18

KAEDAH & TEKNIK DALAM MATEMATIK (PENYIASATAN & PENEMUAN)

Mohd Zuhri Bin Daud Flora Yap Zhi Ying Sue Ernest Richard

MENU

PENYIASATAN

PENEMUAN

Penyiasatan?
Asas kepada bidang Matematik. Asas untuk faham bagaimana Matematik digunakan untuk mengembangkan pengetahuan dan menyelesaikan masalah.

Salah satu langkah dalam kaedah penemuan.


Murid akan cuba faham masalah, susun langkah dan selesaikan masalah. Perbincangan penting terhadap hasil siasatan dan proses yang terlibat.

Dalam kaedah penyiasatan murid diberi peluang untuk berkongsi idea dan pengalaman serta berinteraksi antara murid dengan guru atau antara murid dengan murid. Penyiasatan merupakan suatu penerokaan. Penerokaan melibatkan cara murid belajar menghadapi soalan-soalan tak berstruktur yang bersifat terbuka, menilai dan membuat hujah sesuatu pernyataan dan hujah secara logik serta menggunakan contoh secara konstruktif.

Penerokaan bukan sahaja melibatkan seseorang itu sedang mencuba untuk menyelesaikan sesuatu masalah tertentu tetapi juga mempertingkatkan kefahaman tentang sesuatu situasi tertentu.

Kegunaan Penyiasatan
Memainkan peranan yang penting dalam menentukan kurikulum matematik. Memberi peluang kepada guru sendiri dalam memberi penerangan yang baik. Dapat mengadakan perbincangan antara guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar.

Membina kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran penyelesaian masalah. Memberi peluang kepada pelajar membina penemuan sendiri dan mengaplikasikan matematik dalam semua situasi dengan menunjukkan proses secara matematikal strategi penyelesaian masalah tersebut. Membina perlakuan positif dan berfikiran secara terbuka.

Langkah Penyiasatan:
Kenali masalah asas
Guru akan cuba menanam minat/ motivasi pelajar dengan mewujudkan situasi yang menarik dan relevan.

Mentafsir masalah
Soalan dibina daripada masalah yang diberikan untuk mencari kata-kata kunci di dalam masalah yang diberi.

Merancang penyiasatan
Guru membimbing pelajar memilih kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Melaksanakan penyiasatan
Murid membuat hipotesis dan generalisasi. Manakala guru membimbing pelajar dengan bertanyakan beberapa soalan.

Membuat kesimpulan
Murid akan menerangkan bagaimana hasil dan penyiasatan kenapa dan menerangkan mereka

menggunakan sesuatu teori tersebut. Di samping itu, soalan-soalan yang dikemukakan oleh murid yang lain dapat membantu mencapai penghasilan penyiasatan yang

baik.

Kelebihan
Menggabungkan murid daripada pelbagai kebolehan. Menggalakkan pemikiran kreatif. Memberi kepuasan intrinsik kepada murid.

Kelemahan
Perlukan banyak bantuan daripada guru Sukar untuk disesuaikan dengan silibus lama Mengambil masa yang lama.

Kaedah Penemuan
Kaedah penemuan merupakan kaedah saintifik. Ia menganjurkan penyiasatan dalam keadaan atau fenomena sebenar. Ianya perlu melalui beberapa fasa. Setiap fasa mempunyai satu siri tugas yang akan melengkapkannya kepada fasa yang seterusnya atau ke arah kesimpulan kepada penyiasatan.

Proses ini meliputi strategi inkuiri yang menggunakan soalan dan mencari jawapan (merancang, menyiasat, menganalisa dan menemui).
Biasanya guru akan memberi satu situasi. Murid yang perlu tentukan konsep yang terlibat.

Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciriciri yang sama untuk membuat generalisasi. Kaedah penemuan boleh dilakukan dalam dua bentuk iaitu, penemuan kreatif atau penemuan terpimpin (Sobel & Maletsky, 1972).

Dalam matematik banyak konsep, rumus dan hukum boleh dipelajari dengan menggunakan kaedah penemuan. Contohnya , murid-murid boleh menemui teorem Pythagoras, rumus luas segitiga, pemfaktoran ungkapan kuadratik dan sebagainya. Penggunaan kad imbasan dengan sedikit pembayang (bahan manipulatif) amat membantu.

KEBAIKAN
Galakkan kerjasama Galakkan perasaan ingin tahu Bina pengetahuan dan kefahaman asas murid Galakkan sikap berdikari dan autonomi Murid bertanggungjawab terhadap masalah dan keputusan yang terhasil Memberi motivasi

KELEMAHAN
Menyebabkan kekecewaan, hilang fokus Mengambil masa yang lama Perlukan kemahiran tinggi guru
Bagaimana untuk menyusun dan mempersembahkan data Tahu pengetahuan sedia ada murid-murid

Contoh aktiviti penemuan dan penyiasatan


Aktiviti hands-on Aktiviti minds-on Mencari maklumat daripada sumber rujukan (media cetak, media eletronik, guru)