Anda di halaman 1dari 30

PERTUMBUHAN PENDUDUK

Faktor-faktor Mempengaruhi Kepesatan Pertumbuhan Penduduk Dunia


Kepesatan pertumbuhan penduduk dunia dipengaruhi oleh faktor utama iaitu peningkatan kadar kelahiran dan penurunan kadar kematian. Peningkatan kadar kelahiran dan penurunan kadar kematian dipengaruhi oleh faktor berikut:

Demografi Penduduk
Merujuk kepada kumpulan umur subur yang ramai. (15-45 tahun) Lebih produktif melahirkan anak. Nisbah jantina yang hampir seimbang antara lelaki dengan perempuan dalam kumpulan subur.

Perkhidmatan Kesihatan
Mutu perkhidmatan kesihatan bertambah baik. Penambahan bilangan doktor dan nisbah pesakit. Teknik perubatan moden Pertambahan hospital, klinik dan pusat-pusat kesihatan.

Amalan Pemakanan Seimbang


Sumber makanan berzat dan amalan pemakanan seimbang kalangan penduduk. Amalan ini membolehkan kesihatan penduduk bertambah baik, kadar kematian berkurang dan jangka hayat meningkat.

Penemuan Kaedah Rawatan Moden


Kaedah rawatan kardiologi untuk sakit jantung. Pembedahan atau pemindahan jantung dan buah pinggang. Rawatan kimoterapi untuk barah. Kaedah rawatan mengurangkan kadar kematian golongan dewasa dan tua serta meningkatkan jangka hayat penduduk.

Amalan Perkahwinan Usia Muda


Meningkatkan kadar kelahiran berikutan kadar kesuburan tinggi pada usia muda (wanita). Perkahwinan usia muda cenderung peroleh saiz keluarga besar. Hal ini banyak berlaku di negara yang taraf pendidikan penduduk rendah seperti INDIA, BANGLADESH, INDONESIA dan FILIPINA.

Kegagalan Program Kawalan Penduduk dan Perancangan Keluarga


Terutama di negara sedang membangun seperti Indonesia, Filipina dan Indo-China. Disebabkan oleh taraf pendidikan rendah, halangan agama dan adat, status quo oleh masyarakat desa. Contoh: galakan meramaikan umat (Islam) dan anak lelaki sebagai pewaris (adat Cina)

Tenaga Buruh dari Kalangan Ahli Keluarga


Dalam sektor pertanian. Anak ramai menjimatkan kos tenaga buruh (upah)

Kestabilan Politik
Tamatnya Perang Dunia Kedua (1939-1945), menurunkan kadar kematian secara besarbesaran. Membolehkan polisi kependudukan dan sosioekonomi negara diubah dan meningkatkan penduduk dan memajukan ekonomi. Kestabilan jangka panjang membolehkan ekonomi dan sosial negara terus dimajukan dan meningkatkan jumlah penduduk.

Dasar Governan
Penting dalam mempengaruhi pertumbuhan penduduk. Contoh: galakan kadar kelahiran melalui skim pengecualian cukai dan pemberian bonus kepada pasangan yang melahirkan anak ramai.

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Penduduk di Negara Asia Pasifik

Faktor Kadar Kelahiran dan Kadar Kematian


Faktor semula jadi. KKL tinggi dan KKM rendah dipengaruhi taraf kesihatan semakin baik. Kemudahan kesihatan cukup dan moden mengurangkan risiko kematian neo-natal. Amalan perkahwinan muda. Amalan pemakanan seimbang kaum ibu jamin kesihatan janin.

Faktor Governan dan Dasar kerajaan


Pelaksanaan dasar kerajaan mempengaruhi pertumbuhan penduduk. Contoh: Dasar 70 juta penduduk (Malaysia), Dasar 1 Keluarga 1 Anak (China) dan Dasar 1 Keluarga 2 Anak (Singapura). Pelaksanaan dasar menggalakan kelahiran dengan pemberian insentif seperti cuti bersalin 60 hari, kemudahan rawatan percuma, rebat cukai pendapatan

Sambungan
China pula mengenakan langkah yang ketat seperti cukai dan denda yang tinggi, menarik balik kemudahan kerajaan. Pelaksanaan dasar 1keluarga 1 anak terpaksa dilakukan bagi mengelak krisis makanan dan tenaga pada abad ke 21. Kejayaan: kadar kelahiran 31.4% (1970), 21.6% (1980), 12.6% (kini)

Sambungan
Dasar 1 keluarga 2 anak di Singapura dilaksanakan pada 1970an. Pada masa kini Singapura mengalami masalah kekurangan penduduk kesan dari dasar ini. Kini, Singapura mengubah dasar ini ke arah menggalakkan perkahwinan dan kelahiran.

Program Perancangan Keluarga


Merupakan kaedah untuk mencegah, mengurang dan menjarakkan kelahiran. Tujuan untuk mengelak pertumbuhan penduduk yang terlalu pesat sehingga tidak dapat di tampung oleh sumber alam. Dilaksanakan melalui kempen pencegahan dan penjarakan kelahiran, penggunaan kongom dan teknik AUD.

Sambungan
Negara yang melaksanakan program ini seperti Filipina, Indonesia dan Thailand. Namun gagal: tahap pendidikan yang rendah, kongkongan adat dan agama serta keperluan tenaga buruh dari ahli keluarga.

Faktor Sosial
Faktor Taraf pendidikan rendah di luar bandar (pedalaman) dan pendidikan tinggi di bandar. Amalan adat dan status quo kaum batak dan Cina. Faktor agama - Islam

Faktor Perkahwinan di Usia Muda


Meningkatkan pertumbuhan penduduk kerana pengaruh kadar kesuburan tinggi. Kadar kesuburan wanita antara umur 16-45 tahun. Contoh: usia perkahwinan di Filipina awal 20an manakala Singapura lewat 30an. Kesan: pertumbuhan penduduk Filipina (1.68) dan Singapura (1.1).

Faktor Bencana Alam dan Peperangan


Mengurangkan pertumbuhan penduduk. Gempa bumi, letusan gunung berapi dan tsunami akan meragut nyawa besar2an. Contoh: Tsunami landa Aceh (dis 2004) meragut lebih 100k nyawa. Peperangan: Vietnam dan Kemboja (70an) mengorbankan lebih sejuta orang.

Faktor Kestabilan Politik


Membolehkan kerajaan merancang dasar kependudukan tanpa bimbang akan halangan dan perubahan dasar yang berlaku secara begitu cepat. Contoh: dasar kependudukan Malaysia 70juta tahun 2100.

Faktor Migrasi
Kadar migrasi bersih turut mempengaruhi pertumbuhan penduduk di negara2 Asia Pasifik. Kesan kadar kelahiran bertambah dan pertumbuhan penduduk meningkat apabila penduduk tempatan berkahwin dengan rakyat asing tersebut.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR PERTUMBUHAN PENDUDUK MALAYSIA

Faktor Semula Jadi


KKL 18.8(2010),KKM 4.9(2010)-kadar pertumbuhan penduduk 1.3%. KKL dan KKM dipengaruhi oleh tahap kesihatan meningkat, prasarana kesihatan mencukupi dan sistem perubatan moden dan terkini mengurangkan kematian neo-natal serta perkahwinan usia muda.

Dasar Kerajaan (governan)


Pelaksanaan 70 juta penduduk 2100. Menjadi pemangkin untuk mempercepatkan pertumbuhan penduduk di Malaysia. Melalui dasar ini kerajaan memberikan insentif kepada penduduk untuk menggalakkan kelahiran seperti rebat cukai pendapat, kemudahan cuti bersalin dan kemudahan rawatan percuma untuk ibu2 mengandung.

Kemajuan Ekonomi
Perkembangan ekonomi-pendapatan perkapita penduduk bertambah = saiz keluarga besar mampu dimiliki. Hal ini akan menggalakkan setiap keluarga di Malaysia memiliki jumlah anak yang ramai. Secara tak langsung turut mempengaruhi pertumbuhan penduduk di Malaysia.

Faktor Agama dan Adat Tradisi


Islam konsep keramaian umat dan larangan amalan perancangan keluarga. Cina anak lelaki pewaris nama keluarga. Ini menyebabkan kadar kelahiran terus bertambah.

Kestabilan Politik
Suasana tentaram dan aman dalam jangka panjang mempengaruhi pertumbuhan penduduk. Hal ini membolehkan Dasar 70 juta penduduk digubal bagi meningkatkan jumlah penduduk dalam jangka panjang. Keadaan aman, galak kemasukan migran. Kehadiran migran secara tak langsung mempengaruhi pertumbuhan penduduk Malaysia.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai