Anda di halaman 1dari 24

PRA 3108PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

PENSYARAH EN. SAIFUL BAHRI B. HUSIN

TAJUK TUGASAN : Soalan 4 Konsep Perkembangan Moral dalam Bentuk Peta Minda
Peniruan Model

Kesedaran tentang apa yang baik dan buruk, apa yang betul dan salah

Perolehan tentang apa yang betul dan salah berdasarkan kod-kod etika masyarakat setempat.

Afektif

Unsur-unsur perasaan

KOMPONEN MORAL

Pemikiran @ Kognitif konsep betul dan salah Bagaimana bertingkah laku

Tingkah Laku

Aliran/Jenis Pemikiran Moral

Guna akal untuk berfikir secara rasional Naturalis daripada pengalaman.


T/laku mengikut emosi, sikap dan perasaan lebih subjektif kerana t/balas drp emosi dalam situasi sama adalah Emotivis berlainan. T/laku baik / tidak baik mengikut naluri.

Intuisionis (ilham)

Rasionalis

T/laku berdasarkan sebab munasabah (rasional ) dlm membuat keputusan

MORAL BERDASARKAN TEORI MODELING ALBERT BANDURA


Lahir pada 4 Disember 1925 di Bandura Mundare, Northern Alberta, Canada

Stressed how children learn by observation and imitation. Believed that children gradually become more selective in what they imitate.

SEJARAH HIDUP

Ijazah pertama dalam psikologi di Universiti of Columbia pada tahun 1949

Dapat PHD dalam psikologi klinikal pada 1952.

Bandura (1997), kanak-kanak dan remaja banyak belajar melalui peniruan.

Menurutnya, tingkah laku remaja terhasil akibat daripada pengalaman pengasuhan kanak-kanak.
Oleh itu, kebanyakan tingkahlaku remaja adalah mengikut kehendak ibu bapa dan masyarakat. Tingkahlaku yang menyeleweng pula adalah akibat pengasuhan dan proses sosialisasi yang kurang sempurna. Perubahan-perubahan dalam masyarakat seterusnya menghasilkan perubahan dalam persepsi terhadap masyarakat.

Proses meniru model dan menghasilkan tingkah laku hampir menyerupai tingkah laku model tersebut. Boleh berlaku melalui pengamatan sahaja ataupun melalui pengamatan dan disertai dengan peneguhan.

Gabungan
Melalui Huraian Bahasa

Sekat Lakuan

Secara Tidak Langsung

Bentuk Peniruan

Tidak Sekat Lakuan

Secara Langsung (direct)

Elistasi

Peniruan Secara Langsung (direct)

Meniru tingkah laku model yang dilihat. Contoh; Ali meniru Abu menconteng meja di dalam kelas.

Peniruan secara tidak langsung

Peniruan tingkah laku yang hampir sama dengan watakwatak lain yang ditonton, dilihat dalam majalah, buku, filem dsb. Contoh ; Siti berpakaian seperti bintang filem Inggeris zaman 60-an.

Peniruan Melalui Huraian Bahasa

Meniru atau bercakap menggunakan bahasa yang dituturkan oleh individu lain dalam masyarakatnya. Contoh ; Lee Hong bertutur dalam bahasa Melayu kerana rakanrakan sekelasnya bertutur dalam bahasa tersebut

Peniruan Gabungan

Menggabungkan tingkah laku yang dilakukan oleh orang lain . Contoh ; Zaiton lihat Siti padam papan tulis. Dia juga lihat Rozi berdiri di atas kerusi. Zaitun tiru perlakuan itu dengan berdiri di atas kerusi dan padam papan tulis di dalam kelas.

Peniruan Sekat Lakuan Peniruan Tak Sekat Lakuan

Peniruan mengikut kesesuaian situasi. Contoh ; pelajar bebas buang sampah di luar kawasan sekolah tetapi tidak boleh membuang sampah di meratarata tempat dalam kawasan sekolah

Tingkah laku yang boleh ditiru dan dilakukan dalam semua situasi. Contoh; Individu bebas membaca di mana sahaja.

Peniruan Elistasi

Melakukan sesuatu yang telah diketahui apabila melihat orang lain melakukannya. Contoh; Ana lihat pelajar lain baca buku dalam kelas, Ana pun mengeluarkan buku dan membacanya

Individu yang dirujuk atau ditiru serta mempunyai pengaruh mengubah tingkah laku pemerhati. Kanak-kanak meniru model yang ditonton .

Contoh Model : Ibu bapa, ahli keluarga yang lain, rakan sebaya, Individu terkenal atau berjaya seperti guru, artis, pemimpin dsb.

Guru sebagai model

Guru sebagai role model hendaklah mempunyai tingkah laku dan berperwatakan positif supaya pelajar dapat menirunya. Contoh teladan yang baik ialah bersopan santun dan berkomunikasi dengan bahasa/perkataan yang sopan. Sekiranya guru ingin mengubah tingkah laku murid yang negatif kepada yang positif, guru hendaklah menunjukkan dahulu kepada murid contoh yang baik.

Ibubapa sebagai model


Sejak masih kecil, model utama bagi seorang kanak-kanak ialah ibubapa. Bagi sesetengah kanak-kanak perempuan, perbuatan meniru kerja-kerja harian yang dilakukan oleh ibu mereka adalah bertujuan mengambil alih tugas seorang ibu pada masa akan datang. Contoh perbuatan yang sering ditiru ialah memasak, mengemas rumah, menjaga adik dan sebagainya.

Rakan sebagai model

Pelajar cemerlang menjadi model kepada pelajar lain. Aktiviti kumpulan campuran pelajar pintar dan pelajar lemah dapat memberikan hasil yang positif. Sebagai contoh guru boleh memilih pelajar yang cemerlang dari segi hasil kerja dan tunjukkan kepada pelajar lain sebagai peniruan serta panduan idea-idea yang berkualiti di dalam sesuatu hasil kerja.

Media Massa sebagai model

Oleh kerana pengaruh media massa seperti televisyen dan internet begitu luas terhadap pelajar, sebagai guru atau ibubapa perlu menasihati dan memantau tentang program yang sesuai ditonton mengikut tahap umur dan perkembangan pelajar. Peniruan yang positif atau negatif boleh berlaku melalui pengaruh media massa.

Menurut Albert Bandura, kebanyakan daripada perilaku seseorang adalah kesan daripada pengaruh model. Ini terjadi melalui apa yang disebut role-model atau model peranan. Individu itu mempelajari dan mengamalkan suatu sikap, tabiat dan tingkah laku dengan memerhatikan sikap, tabiat dan tingkah laku orang lain di sekelilingnya.

Menurut Kohlberg Perkembangan moral tidak dipelajari melalui imitasi atau penguatkuasaan atau dipengaruhi oleh budaya dan undangundang tertentu. Sebaliknya,perkembangan moral adalah berdasarkan pada prinsip yang universal yang dikembangkan melalui variasi peringkat yang tidak bergantung pada budaya mana-mana individu itu dibesarkan (Richard dan Carol 2000).

Selain pengalaman pembelajaran, proses pembentukan akhlak manusia juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran di mana seseorang itu menjalani kehidupan.

Piaget Moral kanak-kanak lebih berkembang berdasarkan interaksi kanak-kanak dengan rakan-rakan mereka berbanding interaksi dengan ibu bapa mereka.

Ibu bapa lebih kepada level yang kurang matang kerana hubungan ibu bapa dan anak-anak lebih kepada cara hadiah dan hukuman atau untuk mempromosikan kepercayaan bahawa penilaian moral itu bergantung kepada kuasa orang dewasa.
Manakala rakan-rakan pula lebih mengutamakan pertukaran (reciprocity) dan hak kesamarataan antara mereka untuk mempertahankan perhubungan sosial mereka.

RUJUKAN : Jas Laile Suzana Jaafar,( 1996). Psikologi Perkembangan : Psikologi Kanakkanak & Remaja. Selangor. : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka http://eprints.utm.my/6035/1/aziziyahmoral.pdf dimuat turun pada 9 Mac 2013

http://www.ukm.my/jhadhari/makalah/khas2012/JD005862%20155-172.pdf dimuat turun pada 9 Mac 2013


http://www.slideshare.net/azirahjeerah/teori-albert-bandura-14352155 dimuat turun pada 9 Mac 2013 http://jpimkampusrajang.blogspot.com/2011/07/p40-jenis-jenis-pemikiranmoral.html dimuat turun pada 9 Mac 2013

AHLI KUMPULAN :

Hayati Haslinda bt Mohd Yusof PPG-PRA B/004/06/11


Marliana bt Abdullah PPG-PRA B/006/06/11 Suwarni bt Abdul Talib PPG-PRA B/025/06/11