Anda di halaman 1dari 16

KUMPULAN 7 BAB 3

NORSEHA HERMAN & NOOR ADAWIYAH

KEGIATAN EKONOMI FEUDALISME & KAPITALISME DI JERMAN


PERTANIAN
Pertanian merupakan sumber ekonomi yang utama di Jerman pada abad

ke-16. Pertanian di Jerman masih mengamalkan sistem tiga bidang pertanian . Petani-petani Jerman dibebankan dengan cukai tanah dan tidak bebas melakukan pekerjaan lain . Penentuan hukuman ke atas petani ditentukan oleh sistem keadilan . -Dianggotai oleh Paderi atau golongan kelas pertengahan dan golongan atasan yang mahir undang-2 . Kesan ; ramai petani Jerman menjadi hamba / serf kerana tidak dapat mengusahakan pertanian & bergantung kepada tuan tanah . Pemberontakan petani di kawasan tengah dan selatan Jerman (1524-1525) -Akibat daripada penindasan yang dilakukan oleh tuan-2 tanah , golongan paderi & bangsawan . - Petani-2 mengadakan Bundschuh & Armer Konrad untuk menentang golongan bangsawan & menuntut kebebasan serta hak-2 lain .

Petani menuntut pembaharuan atau perubahan dilakukan dalam kehidupan mereka .


-Menuntut kehidupan yang bebas khususnya memburu & membenarkan binatang ternakan meragut rumput dalam kawasan pertanian. - Menghapuskan amalan penghambaan - Membolehkan mereka memasuki hutan dan menyusuri sungai - Mendapatkan semula tanah-2 awam untuk diusahakan oleh petani . Pemberontakan tersebut gagal memenuhi keinginan para petani &

menyebabkan 100 000 orang petani terkorban . -Namun , apa yang diperjuangkan oleh petani ini mendapat perhatian daripada golongan pemerintah Jerman untuk mengadakan pembaharuan bagi meningkatkan ekonomi Jerman .

Era pertanian Jerman menyaksikan perubahan selepas Perang 30 tahun (1618-1648) . a) Pada era pemerintahan Raja Frederick William (1640-1688) , beliau telah membina Terusan Frederick William yang menghubungkan Sungai Oder dengan Sungai Elbe . b) Pemerintah Bavaria (1762) mengecualikan cukai kepada petani selama 10 tahun & petani menanam tanaman hijau di tanah-2 pertanian mereka . c) Putera-2 Diraja Rhineland Jerman menggalakkan penternakan lembu susu . d) Pada tahun 1768 , Pemerintah Maria Theresa dari Austria mengarahkan pembahagian tanah pertanian di Habsburg & menggalakkan pertanian . e) Raja Joseph II (1780-1790) pemerintah Habsburg telah menggalakkan penanaman semanggi . f) Raja Frederick II , pemerintah Prusia telah menggalakkan migrasi penduduk dengan menawarkan kos perpindahan , pengecualian cukai dan penghapusan buruh serf bagi menggalakkan pembukaan tanah-2 pertanian . g) Pada akhir abad ke 18 , penggabunggan tanah-2 pertanian di Brandenburg bagi menggalakkan pertanian .

Penduduk luar bandar pada abad ke-18 lebih menjurus kepada pengkhususan

pekerjaan & keadaan satu kawasan dengan kawasan lain adalah berbeza . Disebalik pertambahan bilangan penduduk ,perpindahan penduduk ke luar bandar & galakan pemerintah terhadap bidang pertanian , masih banyak penduduk Jerman di luar bandar menjadi petani yang terikat dengan tuan-2 tanah Penghapusan sistem serf di Jerman berlaku di Pomerania pada tahun 1763 oleh Raja Frederick II seterusnya di Habsburg pada tahun 1781 apabila Raja Joseph II menghapuskan perkhidmatan buruh di Bohemia . 4 tahun kemudia petani dibebaskan sepenuhnya . Diikuti oleh savoy & Baden , Jerman .
INDUSTRI
Industri tekstil diusahakan secara besar-besaran pada abad ke-16 . -Untuk pasaran dalaman dan untuk dieksport

Selepas Perang 30 tahun (1618-1648), Industri tekstil berkembang di desa dan mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu & linen . Masyarakat bandar pula menggunakan mesin untuk mewarnakan & memutihkan kain .

Tumpuan perdagangan ; Bandar-2 Luberk , Hamburg & Bremen / Ikatan Hanseatic . Perkembangan perdagangan ini membawa kepada perkembangan bandar perdagangan di Jerman utara . Kekayaan bandar ini datang daripada ; -Perdagangan bijiran dari Baltic - Tuan tanah Polish - Kawasan dari Hungary & Bohemia Pada tahun 1740 bandar-2 di Jerman barat mengalami pertumbuhan pesat , menjadi pusat pemasaran lembu & bijirin , pusat pentadbiran serta petempatan pedagang & tukang-2 /

Perdagangan antara Eropah semakin bertambah pada abad ke-16 hingga ke-18 .
Ekonomi perindustrian yang semakin berkembang pada abad ke-18 menyebabkan pertambahan tenaga kerja . Perkembangan industri juga disebabkan kerjasama yang wujud antara pihak kerajaan dgn pihak swasta / syarikat persendirian .

industri kraf tangan juga berkembang di kawasan pedalaman Jerman ,


Perkembangan ekonomi perdagangan antarabangsa , perniagaan & perusahaan pada abad ke-16 hingga ke-18 telah mengukuhkan kedudukan golongan saudagar / borjois di Jerman .

Perkembangan perdagangan turut menyebabkan organisasi perniagaan menyebabkan organisasi perniagaan tradisional seperti kesatuan tukang & saudagar / guild tidak lagi memainkan peranan dlm mengendalikan kegiataan perniagan & perusahaan . Golongan saudagar juga memegang jawatan dalam pentadbiran & mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang ekonomi .

INSTITUSI KEWANGAN
Bank-2 Jerman banyak menyumbangkan bantuan kewangan / modal

perdagangan kepada perdagangan Jerman untuk menjalankan urusan perdagangan dengan Sepanyol . Kekayaan bank di Jerman dapat dibuktikan dengan kekayaan modal keluarga Fuggers Augsburg sebanyak 200 000 gulden dan dianggap ahli bank yang terkaya di Eropah . Pada abad-18 bandar Frankfurt mempunyai populasi sebanyak 32 000 orang & ekonomi utama tertumpu kepada perdagangan & perbankan .

KEGIATAN EKONOMI FEUDALISME DI PERANCIS


Pada abad ke-16M, Perancis juga mengamalkan sistem ekonomi feudalisme

yang hampir sama denganJerman. Masyarakat Perancis juga masih terikat dengan sistem feudal iaitu penguasaan golongan bangsawan dan tuan tanah ke atas golongan petani. Ekonomi feudalisme di Perancis boleh dilihat dalam 4 bidang iaitu pertanian, perdagangan, perindustrian dan institusi kewangan. PERTANIAN 1. Pada abad ke-16M, Perancis juga masih bergantung kepada bidang pertanian yang diusahakan oleh masyarakat yang tinggal di desa. Petani masih terikat dengan tuan-tuan tanah dan perlu berkhidmat kepada mereka di bawah sistem manor. Mengikut sistem ini, petani akan tinggal di tanah milik tuan tanah, mengusahakan tanah tuan tanah, membekalkan kayu api, membina jalan dan membayar cukai kepada tuan tanah.

2. Kegiatan pertanian di Perancis menggunakan kaedah tanah lapang iaitu tanah-tanah ini dibahagi kepada 3 bahagian atau pusingan penanaman. Pusingan pertama akan ditanam dengan tanaman bijirin seperti oat dan barli pada musim bunga, kemudian ditanam dengan gandum pada musim luruh dan pusingan yang terakhir tanah tersebut dibiarkan kosong. Ketika ini binatang ternakan seperti kuda dan lembu akan dilepaskan untuk meragut rumput yang tumbuh.
3. Walau bagaimanapun, berlaku perubahan secara perlahan dalam bidang pertanian di selatan Perancis apabila golongan bangsawan telah mula memajak dan menyewakan tanah mereka kepada petani untuk mendapatkan keuntungan. Petani tidak lagi menjadi hamba atau serf tetapi telah menjadi penyewa tanah yang bebas.

4. Petani telah digelar sebagai metayers di mana mereka bukan sahaja bertani tetapi telah melakukan pekerjaan lain seperti menternak lembu daging dan lembu susu kemudian dijual di pasar-pasar.

5. Bagi memajukan bidang pertanian, Raja Henry IV telah mengarahkan menterinya Duke Sullymemajukan bidang pertanian di Perancis. Beliau telah memperkenalkan beberapa pembaharuan seperti menghapuskan cara lama yang dilakukan oleh petani, membekalkan biji benih percuma, membiayai kegiatan penternakan, larangan memusnahkan hutan dan mengeringkan paya dikeluar, dan membangunkan kemudahan pengangkutan jalan raya, jambatan dan terusan. 6. Pembaharuan ini telah menjadikan Perancis sebagai pengeluaran bijirin dan anggur merah dan hasil ini telah menjadi bahan dagangan utama Perancis ke Eropah seperti Belanda. Tanaman malberi dan penternakan ulat sutera juga telah diusahakan di Perancis. Ini telah mendorong berlakunya peningkatan pendapatan petani dan membawa perkembangan bandar Paris, Lyons dan Marseilles.

7. Semasa pemerintahan Raja Louis XIV, pembaharuan dalam bidang pertanian juga turut dilaksanakan oleh menteri Jean-Baptiste Colbert. Antara pembaharuan yang dilaksanakan ialah peralatan pertanian petani tidak dibenarkan dirampas akibat hutang, menggalakkan aktiviti penternakan lembu dan kuda, membaiki jalan raya, membina terusan dan menyelaraskan cukai antara wilayah. 8. Walaupun kegiatan ekonomi pertanian berkembang pesat tetapi petani kekal miskin dan ditindas oleh golongan tuan tanah. Golongan petani masih lagi dibebani dengan pembayaran cukai langsung dan cukai tidak langsung. Cukai langsung seperti cukai pendapatan, cukai keluarga dan cukai harta manakala cukai tidak langsung pula cukai garam dan cukai seigneur.

9. Kehidupan petani bertambah sukar bila berlaku kemeleseten ekonomi pada tahun 1787-1789, tanaman tidak menjadi, kenaikan harga gandum, kekurangan makanan dan pelbagai tekanan lain. Akhirnya golongan petani telah bangkit menentang dan berjaya menumbangkan rejim feudal pada tahun 1789. SEKTOR PERDAGANGAN 1. Kekayaan Portugal dan Sepanyol dalam penjelajahan dan perdagangan luar mendorong Perancis meluaskan tanah jajahan dan meluaskan perdagangan di seberang laut. Perancis memulakan penjelajahan dan membuka pusat perdagangan di India dan Amerika Utara. Ini telah membolehkan Perancis memonopoli perdagangan bulu dan membuka petempatan di Amerika.

2. Pada tahun 1620-an, Perancis telah membuka petempatan di Hindia Barat, pangkalan di Chandernagore timur India dan pada tahun 1642 pula membuka bandar Montreal. Perkembangan perdagangan turut berlaku dalam negara iaitu bandar-bandar perdagangan telah muncul seperti bandar Champagne, Lyon dan Beaucaire. 3. Untuk menggalakkan lagi perdagangan di Perancis, beberapa pembaharuan telah dilaksanakan olehJean-Baptiste Colbert seperti membina gudang senjata di Toulan dan pelabuhan, membina kapal di Rochefort, Calaeis, Brest dan Havre, melengkapkan pasukan tentera laut, menggalakkan pembukaan petempatan baru, menggalakkan migrasi golongan profesional dari luar Perancis, dan meyakinkan raja untuk berperang bagi meningkatkan perdagangan.

4. Perdagangan di Perancis juga dapat berkembang kerana bantuan Raja Louis XIV seperti mengenakan tarif cukai yang tinggi kepada barangan asing dan kapal asing yang menggunakan pelabuhan Perancis serta memberi bantuan kewangan kepada industri perkapalan.

5. Pembaharuan dan dasar yang dilaksanakan ini telah mendorong berkembangnya beberapa industrikraf tangan berdasarkan daerah di Perancis seperti industri gelas di Paris; industri sutera di Lyon; industri kain bulu; pembukaan ladang tebu di San Domingo, Martinique dan Guadeloupe serta menjadi pembekal gula ke Eropah; perdagangan Perancis dengan Sepanyol meningkat; dan Levant menjadi pusat perdagangan utama. BIDANG PERINDUSTRIAN 1. Pada abad ke-16M, industri tekstil iusahakan secara besar-besaran untuk pasaran dalam negeri dan dieksport. Kain dan teknik pengeluaran sutera dari China dibawa masuk oleh pedagang Arab ke Eropah dan ini membolehkan Perancis mengeluarkan sendiri kain seperti di Tuscany.

2. Industri kain telah berkembang di desa dan mereka berjaya mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen. Manakala masyarakat bandar pula menggunakan mesin untuk mewarnakan dan memutihkan kain sebelum dipasarkan. 3. Di Perancis industri pertukangan juga berkembang iaitu tukang yang berkelayakan akan bekerja tanpa menerima upah selama beberapa tahun di rumah guru atau ahli pertukangan sebelum membuka pusat pertukangan sendiri apabila mereka kembali ke tempat asalnya. Mereka akhirnya menubuhkan kesatuan tukang untuk menjaga hasil pertukangan mereka. Barangan pertukangan Perancis seperti perabut telah mendapat tempat di pasaran pada tahun 1770.

4. Perkembangan perdagangan dan galakan daripada kerajaan telah mengukuhkan kedudukan golongan saudagar @ borjois sehingga menyaingi kedudukan golongan aristokrat dalam bidang politik.

INSTITUSI KEWANGAN
1. Perkembangan perdagangan adalah didorong oleh perkembangan institusi kewangan di Perancis. Menjelang tahun 1500, pedagang tidak perlu membawa wang dengan banyak untuk urusan perdagangan. Penubuhan institusi kewangan ini banyak memudahkan urusan perdagangan dan kutipan cukai di Perancis. 2. Sistem perbankan di Perancis berkembang pesat pada abad ke-18 dengan penubuhan institusi kewangan dan perbankan sepeti Paris Bourse (1724), Caisse Escompte (1776), Loterie Royale (1783).