Anda di halaman 1dari 28

Jenis Prosa Tradisional (Mitos & Lagenda)

Oleh : Nur Syahirah binti Abu Bakar Noor Arinah binti Sanip Mohamad Faiz bin Abdol Samad

Cerita Mitos

Definisi:
Cerita mitos merupakan sekumpulan cerita yang benarbenar berlaku pada zaman silam. Biasanya memperkatakan kisah dewa dewi dan manusia agung berhubung dengan asal usul raja, tempat, kedatangan Islam yang dianggap aneh dan menakjubkan. Cerita mitos merupakan kepercayaan kerana ianya dianggap benar-benar berlaku kerana mempunyai hubungan dengan kepercayaan sesuatu agama, misalnya cerita tentang Tuhan, dewa dan Nabi.

Menggambarkan dan memuliakan golongan raja. Golongan raja dianggap memiliki kuasa yang luar biasa serta sama taraf dengan dewa dewi. Contohnya, asal usul raja, pengislaman raja serta pembukaan negara kota dikaitkan dengan watak dan peristiwa luar biasa. Dalam teks Sulalatus Salatin, kemasukan Islam dapat dilihat melalui peristiwa Raja Kecil Besar dislamkan oleh Nabi Muhammad melalui mimpinya.

Kritikan sosial. Ia menyindir sikap golongan raja yang zalim dan buruk tingkah lakunya. Contoh, mitos alegori singapura di langgar todak menyindir kezaliman Raja Singapura membunuh Tuan Jana Khatib yang menilik pohon pinang sehingga terbelah di depan permaisuri. Ekoran itu, Singapura mendapat bala diserang todak

Menunjukkan kekuatan dan kehebatan sesebuah negeri.Pembukaan sesebuah negeri dikaitkan dengan peristiwa aneh yang berlaku di tempat tersebut. Contoh, pembukaan Melaka kerana Raja Iskandar menyaksikan peristiwa pelanduk putih menendang anjing perburuan baginda. Pelanduk merupakan binatang kecil yang selalunya takutkan anjing. Peristiwa ini menjadi lambang bahawa negeri yang kecil pada suatu hari nanti akan muncul sebagai negeri besar dan dapat mengalahkan kuasa lain

Cerita mitos dianggap sebagai cerita rekaan tetapi masyarakat tradisional mempercayai yang cerita metos itu benar-benar berlaku. Cerita mitos dari segi isi dan tema, adalah dihubungkan dengan asal usul bermulanya sesuatu kejadian, benda, binatang, manusia, asal usul nama tempat, asal usul keturunan raja dan lain-lain lagi. Setiap asal usul itu dikaitkan dengan pelbagai peristiwa dengan keadaan yang luar biasa tetapi dipercayai benar-benar berlaku.

Bagi masyarakat Melayu tradisional, cerita mitos adalah suci dan mulia serta berlawanan kepada sifat duniawi. Cerita mitos adalah certa tentang dewa dewi dari kayangan dan dipercayai ada kaitan dengan unsur keagamaan, bersifat suci dan kudus. Banyak pantang larang dikenakan dalam hal mematuhi cerita mitos. Kalau dipatuhi pantang larang itu mendapat kebaikan dan kekurniaan. Jikalau dilanggar maka mala petaka akan menimpa.

Latar masa cerita mitos adalah pada zaman pra-sejarah iaitu zaman animisme. Semua masyarakat Melayu lama percaya pada kepercayaan animisme.

Latar tempat cerita mitos berlaku di dunia luar, di dunia kayangan dan di dasar laut. Latar trmpat sejarah juga terdapat dalam cerita mitos. Misalnya, mitos asal usul negeri Melaka sebagaiman yang digambarkan dalam Sejarah Melayu mengambil latar tempat sejarah. Latar tempat di dasar laut pula melalui mitos dinasti seperti yang digambar dalam sejarah Melayu iaitu seorang daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain memasuki dan melawat negeri bawah laut bernama Dika. Beliau berkahwin dan mendapat tiga orang anak di negeri bawah laut itu. Anak-anak bagindalah kemudiannya menjadi raja di Palembang, Singapura dan akhirnya menjadi raja negeri Melaka.

Watak-watak dalam cerita mitos pula terdiri daripada Tuhan dan dewa-dewi sebagai watak-watak bukan manusia. Dalam cerita metos juga terdapat watak manusia dan binatang. Beberapa contoh dapat dilihat di dalam teks Sejarah Melayu. Umpamanya nama Samudera-Pasai berasal daripada semut besar. Nama ini diperoleh daripada peritiwa seekor anjing bernama Si Pasai yang menyalak bukit kerana nampak semut sebesar kucing. Sempena dengan peristiwa yang luar biasa ini maka Sultan Malikul Salleh membuka sebuah negeri baru yang dinamakannya Samudera-Pasai. Melalui metos nama tempat ini, watak-watak yang terlibat melibatkan watak manusia dan bukan manusia iaitu watak Malikul Salleh, anjing dan semut besar.

Cerita mitos asal usul benda, binatang, kejadian alam dan manusia.
Contohnya, asal usul kejadian tiga buah gunung di Perak yang berasal daripada manusia menjadi batu kerana disumpah oleh Sang Gedembai. Cerita Mitos Asal-usul Isi Dunia adalah mitos yang dipengaruhi oleh unsur Islam. Cerita ada kaitan dengan Allah s.w.t. dan watak para nabi iaitu Nabi Adam a.s. dan Zulkarnain, anaknya yang bongsu. Zulkarnain telah diangkat ke langit dan menyebabkan kekaguman kepada bidadari di dalam Syurga. Keistimewaan anak-anak Iskandar Zulkarnain ini menyebabkan mereka diangkat menjadi raja di Benua Rom, Benua Cina dan di Tanah Jawi (Melayu).

Cerita mitos asal usul nama tempat dan negeri.


Contohnya, pembukaan Singapura diambil sempena nama seekor singa yang tangkas, pantas dan dapat mengghaibkan diri yang dijumpai oleh Sang Nila Utama sewaktu berburu di Temasik. Singa itu digambarkan dengan hebat iatu sebesar kambing randuk, berkepala hitam, berdada putih dan berbadan merah.

Cerita mitos dinasti.


Cerita tentang tokoh-tokoh tertentu. Contoh, dikatakan rajaraja Melaka berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain yang merupakan tokoh terkemuka dunia. Dalam teks Sulalatus Salatin juga terdapat banyak unsur mitos terutama yang berkaitan dengan Iskandar Zulkarnain. Beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Nabi Khidir. Iskandar dikatakan mempunyai dua tanduk yang luarbiasa. Tanduk yang menimbulkan kegerunan kepada manusia lain itu telah dikerat dan terhasillah 6 perkara daripadanya iaitu Mahkota sanggohani, lembing lembuara, gemala sati, tudung saji, pinang pasir dan sirih udang. Raja Suran pula dikaitkan dengan Nabi Sulaiman. Dia telah meminta Raja jin Asmaghiah Peri mendapatkan 3 mahkota dari perbendaharaan Nabi Sulaiman untuk diberi kepada anak-anaknya. Raja Merah Silu dan Raja Kecil Besar pula dikaitkan dengan Nabi Muhammad s.a.w. Kedua-dua mereka telah bermimpi menerima Islam dari Nabi Muhammad s.a.w.

Cerita mitos kedatangan Islam.

Kedatangan islam digambarkan dengan penuh ketakjuban. Contohnya, Raja Kecil Besar bermimpi Nabi Muhammad mengislamkannya, pada esoknya, didapati badannya berbau wangi dan telah dikhatankan. Ini adalah untuk menunjukkan Islam datang ke Melaka terus daripada Rasulullah tanpa perantaraan dan melambangkan orang-orang mulia sahaja berupaya menemui Rasulullah dalam mimpi

Cerita mitos alegori atau simbolik.

Ia merupakan peristiwa yang luar biasa sifatnya bertujuan menyindir golongan raja

Cerita Legenda

Konsep Cerita Legenda


Cerita legenda adalah hasil kesusasteraan rakyat yang berbentuk naratif lisan. Disifatkan sebagai satu penulisan sejarah tempatan dalam masyarakat lama. Cerita mengenai kebesaran atau keluarbiasaan seseorang tokoh. Cerita juga dianggap sebagai suatu kejadian yang sungguh-sungguh terjadi .

Ciri-ciri legenda
Oleh yang empunya cerita dianggap sebagai suatu kejadian yang benar-benar pernah terjadi. Bersifat sekuler (keduniawian), terjadinya pada masa yang belum begitu lampau, dan bertempat di dunia seperti yang kita kenal sekarang. Tokoh utama dalam legenda adalah manusia. Sejarah kolektif, maksudnya sejarah yang banyak mengalami distorsi kerana seringkali jauh berbeza dengan kisah aslinya.

Bersifat

migration/dapat berpindahpindah, sehingga dikenal luas di daerah-daerah yang berbeda. Bersifat siklus, iaitu sekelompok cerita yang berkisar pada suatu tokoh atau kejadian tertentu, misalnya di Jawa legenda-legenda mengenai Panji.

Jenis-jenis cerita legenda


1. Legenda Tokoh (pemimpin / pahlawan) merupakan cerita mengenai tokoh-tokoh tertentu yang dianggap benar-benar terjadi. Contoh, tokoh-tokoh yang disanjung oleh masyarakat tempatan, contohnya watak Hang Tuah di Melaka, Mahsuri di Langkawi dan Puteri Sadong di Kelantan. Hang Tuah disanjung kerana kepahlawanannya. Mahsuri dan Puteri Sadong kerana kecantikannya.

2. Legenda Nama Tempat


menceritakan tempat yang mendapat nama daripada tokoh legenda.
Contoh, Kampung tok Pasai diberi nama sempena dengan seorang Pasai yang dapat membuat ramalan tentang apa yang akan terjadi di tempat itu.

3. Legenda keagamaan (keramat)


meliputi cerita-cerita tentang kekeramatan, pusara, atau pokok yang dipercayai berpuaka @ memiliki roh orang terkenal di tempat itu. Contoh, pusara Mahsuri di Langkawi dan perigi Hang Tuah di Melaka yang dikatakan tidak pernah kering airnya

4. Legenda Tempatan
mengisahkan tokoh-tokoh legenda di sesuatu tempat @ negeri, tetapi kadangkadang ia berkembang menjadi legenda kebangsaan. Contoh, Puteri Saadong dan Tok Janggut di Kelantan serta cerita Mahsuri di Kedah

Gaya Bahasa
HIPERBOLA: Pernyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan dalam usaha menekankan sesuatu pandangan, idea atau peristiwa. Fungsi : Untuk memukau pembaca Contoh : cakap-cakap gunung. Isinya lembah sampah

ONOMATOPOEIA: Pembentukan kata yang meniru bunyi asal sesuatu atau perbuatan. Fungsi : menimbulkan irama untuk mengindahkan pendengaran Contoh : angin menderu ru ru ru

INVERSI: Pembalikan kata / ayat / rangkaikata Fungsi : Untuk menimbulkan kelainan penyebutan / pengucapan bunyi Contoh : gelisah hidupku (sepatutnya: hidupku gelisah) , samar waktu (sepatutnya: waktu samar)

SIMILE: Membandingkan sesuatu keadaan, suasana atau benda lain. Setiap benda perbandingannya diikuti oleh kata-kata: seperti, bak, bagai, laksana, umpama. Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama Contoh : kurun serigala menerkam mangsa seperti di Sahara Afrika, bulan yang kupandangi bagai ketuaan ditelan waktu.

Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai