Anda di halaman 1dari 6

ANJAKAN MAKNA

Perubahan makna ialah perubahan makna sebuah kata dan makna asalnya.

Anjakan
Istilah yang diperkenalkan oleh Catford (1965) yang bermaksud perubahan bentuk padanan secara formal dalam proses terjemahan teks sumber ke dalam teks sasaran. Anjakan atau perubahan ini perlu dibuat dengan menyusun semula perkataan kerana terdapat ketidakserasian leksikal teks sumber dan teks sasaran.

Anjakan ini tidak dapat dielakkan oleh penterjemah jika bentuk asal itu ingin dikekalkan seboleh mungkin. Terdapat beberapa jenis anjakan dan semuan berteraskan linguistik. Antaranya ialah anjakan kategori, anjakan kelas, anjakan sistem intra, anjakan peringkat, anjakan unit dan anjakan struktur.

Anjakan Makna
Anjakan makna ialah perubahan menyeluruh suatu makna dari makna asalnya. Memang ada kemungkinan makna yang dimiliki sekarang masih ada sangkut pautnya dengan makna asal tapi keterkaitannya ini tampaknya sudah jauh sekali. Sebagai contoh perkataan seni yang mulanya bermakna air seni atau kencing sekarang digunakan sebagai istilah untuk sebuah karya atau ciptaan yang bernilai halus seperti seni lukis, seni tari, seni suara.

Anjakan berlaku apabila berlakunya perubahan unsur-unsur dalam ayat. Terjadi ketika kelas kata yang dihasilkan dalam bahasa sumber (BT) berubah dari kelas kata bahasa sasaran (BS). Terjadi perubahan makna secara keseluruhan. Misalnya kata pandai dan pintar. Kini menjadi kata cerdas. Kata sigap dan rajin kini menjadi terampil.

Berlakunya anjakan makna apabila..


Terjadi disebabkan oleh satu perkataan memiliki makna primer dan makna sekunder. Contoh: The deer runs rusa itu berlari The river runs sungai itu mengalir My nose runs saya sejuk