Anda di halaman 1dari 32

TEKNOLOGI PEMBIAKAN IKAN HIASAN

Noraisha bt Jasmil Norshidah bt Tambi Chik

CARA IKAN MEMBIAK

BERTELUR

BERANAK

Bertelur
sukar dan rumit untuk dibiakkan. memerlukan penjagaan rapi terutamanya di peringkat yolksac sehingga berumur 3-5 hari dimana rega ikan lemah (yolksac - Yolk adalah kantung membran yang dilampirkan kepada embrio, menyediakan khasiat awal dalam bentuk kekuningan)

Yolk sac

sensitif terhadap penyakit dan perubahan sekitaran. Ia hanya bergantung kepada kuning telur untuk tumbesarannya.

Ikan jenis bertelur dibiakkan secara meluas di Negara.

Jenis keluarga ikan bertelur : Cyprinidae ikan Emas, Barb, Rasbora, Danio, Minnow dan Labeo.
BARB RASBORA DANIO

MINNOW

LABEO

Characidae ikan Tetra dan ikan Characis

TETRA

CHARACIS

Anabantidae jenis-jenis penafas udara.

Cichlidae ikan cichlid.

Beranak
Ikan jenis ini tidak sukar untuk membiakkannya. Hal ini kerana anak-anak yang dihasilkan boleh hidup tanpa penjagaan yang rumit.

Jenis ikan yang membiak secara beranak:


MOLLY

GUPPY

PLATY

SWORDTAIL

KEPERLUAN PERALATAN PEMBIAKAN IKAN HIASAN


TANGKI PEMBIAKAN
Tangki berukuran 12x10x10 adalah memadai.Tangki diisi air separuh penuh dengan air paip&air hujan yang telah diheningkan. Letakkan satu keratan paip PVC 6 untuk induk betina bersembunyi ketika induk jantan sedang aggresif.

Digunakan bagi pembiakan ikan pelaga

Tangki pembiakan

SANGKAR JARING NETLON Saiz jaring 0.75cm Suhu air 27 0C Digunakan bagi pembiakan ikan Cichilidae SUNTIKAN HORMON Suntikan pada abdomen (intramuscularly injection) untuk membolehkan proses ovulasi berlaku

KUALITI AIR Keperluan kualiti air berbeza antara species. Ikan Anabantid memerlukan air yang asidik iaitu pH 5.5-6.5 sementara ikan Cichlid memerlukan air alkali iaitu pH > 7.0 CAHAYA Ikan perlu mendapatkan cahaya optimum untuk pembiakannya. Sesetengah jenis ikan memerlukan sekitaran yang gelap untuk membiak seperti ikan Neon Tetra. Kebanyakkan ikan tidak terlalu dipengaruhi keamatan cahaya untuk merangsang penbiakan.

RUANG HIDUP Ikan dapat membiak di dalam tangki yang kecil. Oleh kerana itu saiz ruang yang optimum adalah diperlukan untuk ikan tertentu bertelur atau beranak.

PERLINDUNGAN Ikan Cichlid memerlukan batu-batu atau gua kecil sebagai tempat untuk melekatkan telurnya.

TUMBUHAN AIR

Sesetengah ikan membuat sarang buih seperti jenis ikan sepat dan ikan pelaga sian (Betta splendens). Ikan kaloi (Osphronemus gouramy) pula menggunakan cebisan tumbuhan akuatik untuk mengukuhkan sarangnya. Ikan Angel dan Rasbora melekatkan telurnya pada tumbuhan air yang berdaun seperti Cryptocoryne sp. atau "Amazon Sword plant". Ikan Barb melekatkan telurnya pada tumbuhan berdaun halus seperti Hydrilla sp.

PENGURUSAN INDUK IKAN HIASAN


Harta terpenting untuk satu satu pusat pembenihan ialah induk berkualiti. Penyediaan induk adalah antara kerja kerja yang penting dan rumit kerana tanpa pengurusan induk yang baik, agak sukar untuk mengeluarkan benih berkualiti.

Induk boleh di dapati dari punca liar atau punca ikan yang di ternak. Bagi ikan tempatan, benih liar boleh di cari, tetapi untuk ikan mendatang seperti keli afrika/rusia, tilapia, dan patin, induk datang dari kolam.

Anak ikan

Untuk menjadi induk, ikan mesti di pilih dengan baik dan di beri makan makanan yang sesuai. Ini termasuk vitamin dan sebagainya. Pemilihan ikan yang sesuai untuk di jadikan induk adalah berdasarkan pengalaman dan ini selalunya dilakukan secara percubaan dan kesilapan (trial and error).

Ciri-ciri induk betina yg sesuai utk pembiakan :

- Berumur

melebihi 4 bulan. - Saiz antara 250 500 gram. - Perut yg besar & lembang ke kiri & kanan abdomen. - Abdomennya lembut bila diurut. - Kloakanya berwarna kemerah-merahan. - Keluar telur yg bercerai apabila abdomennya dipicit perlahan-lahan.

Induk jantan. Ciri-ciri induk jantan yang sesuai. -Berumur melebihi 4 bulan. -Saiz : 300 600 gram. -Mempunyai bintil pembiakan yg panjang & berwarna kemerah-merahan pd hujungnya. -Keluar sperma apabila abdomennya diurut perlahan-lahan.

Kadar perlepasan. -Kadar perlepasan yg biasa digunakan ialah 1 : 3 -Satu ekor induk jantan dilepaskan bersama 3 ekor induk betina bagi setiap 1 meter persegi. -Ada juga yg mengamalkan nisbah 1 : 4

Melepaskan induk untuk pembiakan


-Induk jantan & betina dilepaskan ke dalam tempat pembiakan pada waktu pagi atau lewat petang. -Induk betina dilepaskan terlebih dahulu iaitu 3 hari sebelum induk jantan dilepaskan. -Tujuannya untuk memberi peluang kepada induk betina menyesuaikan diri dengan tempat pembiakan.

-Kemudian induk jantan dilepaskan.


-Induk jantan akan memeriksa induk betina & jika terdapat induk betina yang sedia untuk mengawan maka induk jantan akan mengiringi induk betina ke satu sudut yg sesuai utk mengawan.

-Induk jantan & betina bekerjasama membersihkan dasar kolam & membuat lubang sarang di permukaan dasar air. -Saiznya adalah bergantung kpd saiz induk ikan. -Proses mengawan bermula dengan induk betina melepaskan telur sedikir demi sedikit manakala induk jantan mengeluarkan sperma untuk mensenyawakan ke semua telur berkenaan.

-Selepas semua telur telah disenyawakan, induk betina akan mengutip telur untuk diramkan di dalam mulutnya. -Induk betina akan menggerakkan telur-telur itu supaya tidak mendap di mulut. -Tanpa pergerakan ini telur akan menjadi sambang dan kadar penetasan adalah rendah.

-Telur-telur tersebut akan menetas selepas 48 72 jam diramkan & bergantung kpd suhu air. -Semasa menetas rega akan berada di dalam mulut ibunya. -Induk betina akan mengasuh rega sehingga mampu berdikari & menjaga diri dari pemangsa.

-Selepas berumur 5 hari rega mula mencari makanan sendiri dengan pengawasan ibunya. -Apabila ada ancaman dari musuh, induk betina akan membuka mulut & menyedut rega masuk ke dalam mulutnya. -Selepas keadaan aman, induk betina akan membuka mulut & melepaskan rega. -Proses ini akan berulang sehinggalah rega mampu berdikari iaitu selepas rega berumur 10 hari.

PENGURUSAN ANAK-ANAK IKAN


Mengenal dan memilih makanan ikan hiasan : Makanan pelet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan hiasan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan swordtail, Guppy atau Angle. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke bawah seperti ikan orydoras atau Loach.

Makanan ikan hiasan di dalam akuarium


-Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan yang pelihara.

-Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga perlu disediakan disediakan berdasarkan sifat ikan yang di pelihara. Kebanyakan ikan yang di pelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh persekitaranya.

-Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan lebihlebih lagi apabila ikan sedang kelaparan.

1) Makanan hidup Makanan hidup adalah seperti plankton (organism halus yang terdapat di dalam air), cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik dan lipas.

monia, daging atau hati yang dibekukan

2) Makanan basah Makanan basah juga boleh diberikan kepada ikan hiasan: jenis makanan ini kurang digunakan kerana ianya cepat mengotorkan air. Contoh makanan basah adalah seperti isi kerang, hati lembu dan sayuran (salad atau bayam).

bloody worm

3) Makanan rumusan Makanan rumusan adalah seperti pelet, emping, stik yang telah tersedia diproses oleh kilang membuat makanan haiwan.

emping dan pelet

Anda mungkin juga menyukai