Anda di halaman 1dari 6

Keharmonian dan Pembuktian

Koheren dalam Pembuktian

TEORI PEMBUKTIAN

Keharmonian dan Pembuktian


disebut sebagai harmoni logikal (logical harmony) yang bermaksud keharmonian yang logik pada makna. Ahli logik Gerhard Gentzen menyebut bahawa penghubung logik digunakan untuk membuatkan sesuatu wacana (discourse) lebih bermakna dan mengharmonikan pernyataanpernyataan yang berbeza maksudnya.

Gentzen menyatakan bahawa sekiranya orang percaya yang langit itu biru dan dia juga percaya bahawa rumput itu hijau, penghubung dan patut diletakkan lalu menjadi ayat berikut:
Langit itu biru dan rumput itu hijau.

Idea Gentzen ialah aturan penambahan sebegini memberi makna pada kata-kata atau sekurangkurangnya pada kata-kata tertentu.Contoh lain: Maria pandai. Mariana tidak pandai. Kedua-dua pernyataan di kedengarannya tidak selaras. (kerana tiada penghubung logik) Untuk mengharmonikan kedua-dua pernyataan di atas, kata manakala ditambahkan. Maria pandai manakala Mariana tidak pandai. Penambahan sedemikian akan memberi pernyataan yang lebih harmonis dan bermakna bahawa Maria dan Mariana memiliki pencapaian yang berbeza.

Koheren Dalam Pembuktian


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.(2010). koheren boleh didefinisikan sebagai berhubungan, bersangkut paut atau mempunyai kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dengan ayat yang lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami.
Menurut teori koherensi, suatu pernyataan dianggap benar apabila pernyataan itu bersifat koheren atau konsisten dengan pernyataanpernyataan sebelumnya yang dianggap benar.

Teori koherensi menjadi dasar dalam pengembangan ilmu deduktif atau matematik.

Nama ilmu deduktif diberikan kerana penyelesaian sesuatu masalah atau pembuktian suatu kebenaran yang tidak didasarkan pada pengalaman atau hal-hal yangbersifat faktual melainkan didasarkan pada deduksi-deduksi yang menjadi bukti.