Anda di halaman 1dari 20

AHLI KUMPULAN :

PSV3111
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

NUR AIN ISMAIL NUR ZAWANI RASHID NURFATIHAH NAZIR

PISMP PSV SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2011

PENGENALAN
Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Pendidikan Seni Visual secara khususnya, iaitu pemerhatian, lisan dan interaksi, dan penulisan. Kaedah pemerhatian melibatkan pemerhatian proses dan pemerhatian hasil kerja. Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid membuat kerja adalah dikenali sebagai pemerhatian proses berguna kerana guru dapat menilai penguasan kemahiran amali dan perkembangan bakat murid.

PENILAIAN HASIL KERJA SENI


Menurut Eisner(1985), hasil daripada suatu penilaian, boleh dijadikan sebagai : Petunjuk untuk membuat diagnosis Panduan memperbaiki kurikulum Berfungsi untuk menilai keseluruhan kandungan program

Untuk mengukur pencapaian pelajar


Mengukur tahap-tahap perkembangan kemahiran psikomotor, afektif dan kognitif

KEFAHAMAN ASPEK SENI DAN REKAAN


Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat. Menggunakan kemudahan penghasilan seni visual. teknologi dalam kegiatan

Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

AKTIVITI
Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

EKSPLORASI KONSEP BAHASA VISUAL


Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah.

Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.

AKTIVITI
Pemilihan dan penentuan aktiviti seni visual hendaklah yang terdekat dengan murid dari segi pengalaman, imaginasi, alat dan bahan. Sesuatu projek yang diperkenalkan perlu selaras dengan kesediaan, kemampuan, kebolehan, penumpuan, pengalaman dan pemerhatian murid. Kegiatan yang menarik minat seperti kegiatan yang mencetus idea melalui aktiviti penerokaan amatlah digalakkan sama ada secara manual atau berbantukan komputer. Pembelajaran boleh dirangsang dengan kegiatan yang menyeronokkan seperti lisan, simulasi, lakonan, muzik, nyanyian, karangan, puisi, lawatan dan kegiatan ini juga boleh dilakukan secara bersepadu.

PERSEMBAHAN
Proses penghasilan karya dan peningkatan pembelajaran yang berterusan perlu diberi penekanan dan penilaian. Hasil kerja murid hendaklah dipamerkan sebagai penghargaan. Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerjanya sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Rekod ini juga akan membolehkan guru membantu dan menilai perkembangan pembelajaran murid.

AKTIVITI
Kaedah lisan dan interaksi menolong guru menilai

penguasan murid terhadap aspek seni melalui aktiviti


yang dijalankan seperti soal jawab, kuiz, perbincangan, sumbangsaran, puisi, temubual, bercerita, lakonan dan nyanyian.

TEORI TOKOH PENDIDIKAN SENI VISUAL

Mengikut Barnes (1987), untuk pelajar sekolah rendah terdapat lima katogeri perlu dinilai. Setiap kategori itu mempunyai kriterianya : 1. Proses kerja 2. Pengendalian bahan

3. Penggunaan media
4. Kemahiran kritikal

5. Peringkat-peringkat perkembangan peribadi.

Proses kerja

Proses menghasilkan kerja-kerja seni terkandung


di dalamnya aspek-aspek penting dalam perkembangan artistik ketika menghasilkan kerjakerja seni seperti perkembangan idea,mengubahubah rekaan, menokok-tambah dan membaiki

sesuatu dalam proses penghasilan kerja atau


produk akhir seni.

Pengendalian bahan - Tahu samada pelajar telah menunjukkan perkembangan dalam pengurusan kepelbagaian bahan ketika menghasilkan seseuatu produk seni. -Tahu setakat mana pelajar berupaya mengurus bahan untuk aktiviti catan umpamanya atau bagaimana keupayaan pelajar menggunakan gunting untuk menggunting satu motif. -Guru dpt merapatkan hubungan antara keinginan pelajar menghasilkan sesuatu bentuk seni dengan kemahirannya mengguna alat dan bahan. Dengan ini dapat menghilangkan rasa kecewa atau sukar ketika mereka melalui proses kerja seni tersebut.

Penggunaan media - Mengenalpasti sejauh manakah pelajarnya telah memahami dan menguasai media yang mereka gunakan. - Sebagai contoh bolehkah pelajar membancuh warna untuk menghasilkan bentuk dan bayang. - Bolehkah mereka mengguna tanah liat untuk membuat design sesuatu model. - Bolehkah mereka menggunakan warna untuk menghasilkan corak, jalinan, dan sebagainya.

Kemahiran mengkritik: Kategori ini berkaitan dengan kemahiran pelajar mendiskriminasi apabila berhadapan dan menganalisis sesuatu bentuk seni.

Pelajar bukan sahaja menghasilkan bentuk seni tetapi mereka memperkembangkan keupayaan untuk membuat diskriminasi antara satu bentuk dengan satu bentuk seni yang lain , antara satu warna dengan satu warna yang lain.

- Melihat persamaan dan perbezaan di antara unsur-unsur seni dan pengolahannya, serta gaya yang digunakan oleh para seniman. - Pelajar juga akan memperlihatkan keupayaannya menganalisis persekitaran secara kritikal.
- Kemahiran mengkritik secara kritikal ini termasuk juga penilaian-kendiri (self-assessment).

Peringkat perkembangan peribadi pelajar:

- Perlu mengambil kira dan mengetahui tahaptahap perkembangan peribadi pelajarnya berdasarkan umur. - Eisner (1972) menyatakan tahap-tahap perkembangan ini adalah sebagai indikator kepada guru supaya apa yang pelajar lalui itu sesuai dengan alat dan bahan yang disediakan atau sebaliknya. - Indikator itu tidaklah digunakan secara rigid. - Apa yang diutamakan ialah guru dapat melihat sejauh manakah ciri-ciri perkembangan telahberlaku pada pelajarnya melalui aktiviti seni yang disediakan berbanding dengan tahap perkembangan yang sepatutnya.

Penilaian kerja-kerja studio dan hasil kerja seni


Michael (1998),

ada mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai apabila iaitu meliputi: komunikasi/ ekspresi keyakinan diri/self-esteem perkembangan persepsi ketekalan organisasi estetika pengetahuan seni kreativiti kemahiran kepuasan / keseronokan.

TAMAT