Anda di halaman 1dari 47

5.

Peningka tan P r ofesio nalism e


Gu r u
 Peningkatan Kendiri
* Penyelidikan Tindakan
* Muhasbah/Refleksi
* Budaya Ilmu
* e-pembelajaran
 Latihan Dalam Perkhidmatan
 Kolaborasi
Peningkatan Profesionalisme Guru

 salah satu usaha utama ialah meningkatkan teknik


pengajaran dalam bilik darjah
 dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah asas
seperti menjalankan kajian atas keberkesanan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik
darjah, menggunakan teknik refleksi dengan kemahiran
penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Peningkatan kendiri

 Penyelidikan  Konsep Penyelidikan


tindakan Tindakan
Mengikut Kurt Lewin (1952),
* Bidang soal selidik seorang ahli psikologis sosial,
dan kajian berbentuk proses penyelidikan tindakan
refleksi kendiri yang ditinjau sebagai sesuatu
dijalankan oleh kitaran tindakan kajian
sekumpulan penyelidik berlingkaran yang merangkumi
atau individu. empat peringkat : merancang,
* Bertujuan untuk bertindak, memerhati dan
mengesan keadaan membuat refleksi,
dan masalah dalam sebagaimana yang ditunjukkan
amalan-amalan dalam rajah di bawah:-
pendidikan atau sosial
Rancangan Rancangan 3

Refleksi Tindakan Tindakan


1 Refleksi 2

Pemerhatian
Pemerhatian

Rajah: Kitaran Penyelidikan Tindakan Berlingkaran Tradisi


Sa mb.
 Mengikut Bogdan dan Biklen (1982),
penyelidikan tindakan merupakan sesuatu
inkuiri yang mengumpul maklumat secara
sistematik dengan tujuan mengubah ataupun
membaiki persekitaran sosial.
 Manakala Kemmis (1982) berpendapat
penyelidikan tindakan merupakan inkuiri refleksi
kendiri dengan tujuan memperoleh kefahaman
dan mengetahui rasionalnya situasi tindakan itu
dilakukan.
Kolb (1984) mengembangkan konsep penyelidikan tindakan Kurt
Lewin dengan membentuk suatu model pembelajaran
sebagaimana yang ditunjukkan dalam rajah berikut:-

Pengalaman konkrit

Menguji implikasi konsep dan


generalisasi dalam situasi baru Pemerhatian dan
refleksi

Pembentukan konsep
abstrak dan generalisasi
Carr dan Kemmis (1986) mengenal pasti tiga jenis

penyelidikan tindakan iaitu:

Jenis Penyelidikan Tujuan Peranan Fasilitator Perhubungan


Tindakan fasilitator dengan
peserta-peserta

Technical • Keberkesanan/ke Pakar luar Perlantikan(cooption)seb


cekapan amalan agai ahli dalam
pendidikan kajian
• Peningkatan
profesionalisme
Practical Seperti (1) diatas Peranan sokratik, Kooperatif(kerjasama)dal
menggalakan am proses
penyertaan dan perundingan
refleksi kendiri
Emancipatory Seperti (1) diatas Proses moderator Kolaborasi
(orang tengah).
Tanggungjawab di
bahagikan secara
sama dengan
peserta-peserta
Carr da n Kemmis ber pen dapa t pen yel idik an
tin da ka n meru pa kan sesua tu pen dek atan a lt ern atif
un tuk k ajia n sa in s sos ial t radisi. M aka
pen yelidik an t in da kan in i mer angkumi bebera pa
un sur ber ik ut :
 Praktikal: Dapatan dan kilasan yang diperolehi daripada kajian bukan
sahaja mempunyai kepentingan teoretikal terhadap kemajuan keilmuan,
tetapi juga membawa kemajuan praktikal semasa dan selepas proses
penyelidikan dijalankan.
 Penyertaan dan kolaborasi: Di dalam proses penyelidikan, penyelidik
bukan memainkan peranan sebagai pakar luar, tetapi sebagai peserta
yang bekerja bersama dengan peserta-peserta yang melibatkan diri
dalam masalah praktikal dan berharap mencapai kemajuan sebenar.
 Emancipitory: Pendekatan bukan berhirarki, iaitu kedudukan peserta-
peserta semuanya mempunyai tanggungjawab yang sama iaitu sama-
sama memberi sumbangan kepada projek penyelidikan tindakan yang
diusahakan.
 Interpretatif: Penyelesaian inkuiri sosial adalah berdasarkan
pandangan dan interpretasi peserta-peserta.
 Kritikal: Peserta-peserta memainkan peranan sebagai agen kritik dan
kritik kendiri, mengubah situasi dan juga sendiri dalam proses kajian.
Definisi Penyelidikan Tindakan
Pa da b ul an M ac, 1 989, peserta be rb incang d an
ber ja ya m enghasil kan d efini si Pen yel idikan
Tin dakan, d i d alam S imposiu m A nt araban gsa
yan g d iad akan di Br isbane , A ust ral ia s eper ti
ber iku t:
Penyelidikan Tindakan wujud dalam situasi yang mana
 Orang membuat refleksi dan memajukan kerja mereka dalam situasi
sendiri
 Dengan menghubungkait refleksi dan tindakan mereka secara erat-erat,
dan
 Juga mengumumkan pengalaman mereka secara terbuka bukan sahaja
kepada perserta lain, tetapi juga kepada orang lain yang berminat serta
memberi perhatian terhadap kerja dan situasi, iaitu teori, amalan kerja
dan situasi mereka.
Apabila sesuatu situasi didapati bertambahnya
 Pengumpulan data oleh peserta sendiri (atau dengan bantuan orang
lain) yang berkaitan dengan soalan
 Penyertaan (dalam mengemukakan soalan dan menjawab soalan)
dalam membuat keputusan
 Berkongsi kuasa dan mengelakkan amalan hireraki dalam kerja ke arah
memupuk amalan demokrasi
 Kolaborasi di antara ahli-ahli kumpulan sebagai komuniti kritikal
 Refleksi kendiri, penilaian sendiri dan pengurusan sendiri oleh orang
dan kumpulan yang bertanggungjawab dan mempunyai autonomi
 Belajar secara prograsif (dan terbuka) melalui kesilapan sesuatu
lingkaran refleksi kendiri daripada perancangan, tindakan,
pemerhatian, refleksi, perancangan semula, dan sebagainya
 Refleksi yang menyokong idea daripada pengamal reflektif (diri)
Ciri-Ciri Penyelidikan Tindakan
 dijalankan secara kumpulan dan secara usahasama
menekankan perhubungan teori dengan amalan
 bertujuan untuk membentuk sikap komuniti supaya bersifat
kritis terhadap keadaan persekitaran dan diri sendiri, dan
membaiki kerja kumpulan autau diri sendiri, dan seterusnya
untuk kebaikan orang lain
 berbentuk lingkaran renungan kendiri yang merangkumi
empat peringkat, iaitu tinjauan, perancangan, pelaksanaan
dan pemerhatian, dan refleksi
 proses penyelidikan tindakan tidak terhad atau berhenti
dalam kajian satu tahap sahaja. Ia boleh dijanakan kepada
beberapa tahap kitaran jika difikir perlu, sehingga hasil itu
mencapai peringkat optimum
 segala proses penyelidikan meliputi penggunaan dan
penyimpanan data dan rekod secara sistematik
 penyelidikan adalah tertumpu kepada penyelesaian masalah
dalam bilik darjah
 tidak mempunyai objektif untuk membukti hipotesis atau
memberi sumbangan kedapa sains. Hasil kajian adalah
digunakan untuk mempertingkatkan perestasi pengajaran
dam pembelajaran dalam bilik darjah
Tujuan-Tujuan Penyelidikan Tindakan

 menggalakan guru dan pendidik membuat refleksi terhadap


masalah-masalah pendidikan yang dijumpai semasa menjalankan
aktiviti pengajaran, mengesan dan memperbaiki kelemahan dan
kekurangannya

 oleh kerana penyelidikan tindakan mengutamakan amalan


pendidikan di dalam bilik darjah , maka ia dapat merapatkan jurang
di antara teori dengan praktis dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, dan dengan ini, guru dapat membina kemahiran
mengajar dengan lebih berguna serta berkesan

 hasil kajian yang didapati melalui penyolidikan tindakan bukan


sahaja akan membolehkan guru meningkatkan kemahirannya
dalam aktiviti pengajaran, tetapi juga membolehkan guru
berpeluang mengubah kaedah dan teknik mengajarnya, supaya
mecuba sesuatu kaedah mengajar baru yang lebih sesuai

 melalui penyelidikan tindakan, guru dapat meneliti aktiviti


pengajarannya secara terperinci dengan aktiviti pengajaran pada
masa depan
Sa mb.

 penyelidikan tindakan memberi peluang kepada guru menguji


ramalan pencapaian dan keberkesanan pengajarannya di dalam
bilik darjah

 dengan menjalankan penyelidikan tindakan,guru dapat dilatih


untuk meningkatan kemahiran-kemahiran perancangan,
pemerhatian, mengumpul data, menganalisis, menilai,
menginterprestasi, membuat refleksi serta merumus, demi
meningkatkan tahap ilmu pengatahuan dan imejnya dalam
profesion keguruan

 hasil dapatan diperolehi melalui penyelidikan tindakan dan


didokumentasikan dalam bentuk tulisan merupakan bahan
rujukan yang penting bukan sahaja bagi guru sendiri, tetapi juga
sebagai sumbangan idea baru untuk dirujuk oleh rakan sejawat
dan guru-guru di sekolah lain
Prinsip-Prinsip Penyelidikan Tindakan
 Inkuiri kritikal dalam penyelidikan tindakan adalah ditumpukan
kepada kefahaman guru sebagai penyelidik dan orang-orang
yang berkaitan terhadap masalah pendidikan yang timbul.

 Di dalam proses penyelidikan tindakan, penggunaan


pemikiran kritis dan reflektif adalah unsur utama untuk
penilaian kendiri serta masalah pendidikan dalam kajian.

 Prinsip kolaboratif harus dititik beratkan agar dapat sama-


sama mencari cara penye lesaian untuk masalah pendidikan
yang dihadapi bersama-sama oleh guru-guru di sekolah.

 Penyelidikan tindakan harus dijalankan dimana tempat yang


berlakunya masalahpendidikan dan diusahakan oleh guru
yang menghadapi masalah pendidikan tersebut sebagai
fasilitator utama.
Sa mb.

 Didalam proses penyelidikan tindakan, guru-guru yang terlibat


harus bertukar-tukar pendapat dan berkongsi hasil dapatan
supaya mencapai kesefahaman dalam perbincangan serta
penetapan keputusan muktamad.

 Kedudukan penyelidik dan orang-orang yang terlibat dalam kajian


adalah sama. Amalan berkongsi kuasa dan prinsip demokrasi
adalah diutamakan dalam segala proseskajian dan tindakan kerja.
Peranan-peranan peserta dalam
penyelidikan tindakan
 mengenalpasti dan menganalisis masalah yang terdapat dalam kurikulum
ataupun aktiviti pengajaran di bilik darjah

 merancang dan membentuk strategi untuk penyelesaian masalah


pengajaran dan pembelajaran

 melaksanakan dan menguji strategi untuk digunakan

 menilai keberkesanannya

 membuat refleksi terhadap dapatan kajian secara berpasukan

 membuat kesimpulan dan mengenalpasti masalah-masalah baru

 mengulang kitaran kedua (kadangkala) sehingga kemajuan amalan telah


mencapai tahap yang dianggap memuaskan

 melapor hasil yang diperolehi, dan jika perlu, menyediakan kertas kajian
berdasarkan hasil perbincangan supaya diterbitkan dalam jurnal
pendidikan dengan tujuan berkongsi pengalaman dan hasil dapatan
secara terbuka dengan pendidik-pendidik yang berminat.
Perlaksanaan penyelidikan tindakan
 salah satu usaha dalam peningkatan profesionalisme
keguruan ialah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik
darjah.

 guru harus sentiasa berusaha membawa perubahan dan


penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran demi
meningkatkan prestasinya dan memberi perkhidmatan yang
bermutu tinggi dalam bidang profesion mereka.

 beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian terhadap


keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka
di dalam bilik darjah, menggunakan teknik refleksi dan
menguasai kemahiran penilaian kendiri untuk membuat
pengubahsuaian atau membaiki kelemahannya, demi
mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah.
Contoh-contoh Masalah Pendidikan
untuk kajian
 penggunaan bahan-bahan pelajaran
 penggunaan strategi, kaedah dan teknik
mengajar
 pengurusan aktiviti kumpulan
 perancangan aktiviti pemulihan dan
pengayaan
 penyediaan lembaran kerja dan penilaian
 pengurusan bilik darjah atau
 masalah displin
Kriteria-kriteria perlaksanaan
penyelidikan tindakan
 Topik kajian hendaklah berkaitan dengan masalah pengajaran yang
sebenar ditunjukkan dalam bilik darjah.

 Masalah pengajaran ini perlu diselesaikan dengan secepat mungkin.


Ini bermakna penyelidikan tindakan harus dirancang dan
dilaksanakan setelah masalah pengajaran berlaku.

 Matlamat kajian hendak ditentukan dengan memastikan ia bukan


sahaja dapat mengatasi masalah tetapi juga dapat meningkatkan
kemahiran dan kecekapan pengajaran.

 Penggunaan bahasa dan prosedur kajian hendaklah mudah supaya


proses kajian dapat dilaksanakan dengan licin, di samping dapat
menarik pengkaji lain menyertai diri mereka dalam kajian itu.

 Skop kajian hendaklah spesifik dan berfokus kepada satu kes


sahaja. Ini bermakna populasi kajian hanya meliputi sampelan rawak
yang kecil.
Sa mb.
 Sungguhpun tiada kawalan dikenakan dalam pembolehubah kajian, seelok-eloknya
pembolehubah independen (pokok kajian yang tidak berubah dalam apa jua situasi)
dan pembolehubah dependen (ciri atau nilainya tidak tetap) dihadkan kepada satu
dengan satu. Misalnya kajian masalah displin (pembolehubah dependen) dalam
kelas pemulihan.

 Hubungkait teori pendidikan dengan amalan pengajaran.

 Pastikan tema kajian tidak pernah diselidiki oleh orang lain dalam masa lampau.

 Libatkan diri secara aktif dalam proses kajian; disamping mendapat kerjasama dan
sokongan daripada rakan-rakan sejawat serta pihak sekolah.

 Gunakan kemahiran pemikiran reflektif dalam setiap langkah penyelidikan tindakan.

 Laksanakan proses penyelidikan tindakan secara saintifik.

 Rekod semua maklumat dan dapatan yang diperolehi daripada pemerhatian dan
refleksi.
Pelaksanakan proses penyelidiakan tindakan
 Sebagaimana yang telah dihuraikan, proses
penyelidikan tindakan, secara amnya,
mengandungi empat peringkat utama, iaitu
tinjauan, perancangan, tindakan dan
pemerhatian, dan refleksi.
 Setiap peringkat merangkumi empat aspek,
iaitu:

Ungkapan dan Aktiviti dan Perhubungan Hasil dapatan


penghuraian amalan sosial dan
organisasi
Prosedur Penyelidikan
 Mengenalpasti keperluan untuk menjalankan
penyelidikan.
 Mengkaji, mengesan dan menentukan tema, objektif
dan hipotesis penyelidikan.
 Menyediakan dan merancang penyelidikan, iaitu:
 Menentukan calon-calon untuk dikaji.
 Memilih pembantu untuk menjalankan kajian.
 Menentukan kaedah penyelidikan.
 Menentukan cara perlaksanakan penyelidikan.
 Menyediakan soalan-soalan dan alat kajian untuk
digunakan dalam temu bual atau soalselidik.
 Menentukan kaedah pentafsiran.
 Menyediakan jadual pelaksanakan.
 Melaksanakan penyelidikan berdasarkan jadual
pelaksanakan disediakan.
 Mengumpul data dan membuat tafsiran serta
kesimpulan.
 Menyediakan laporan.
Kaedah dan cara mengumpul data
 Kaedah-kaedah penyelidikan utama yang
biasanya digunakan ialah soal selidik dan
kajian kes.
 Kedua-dua kaedah ini berhubung rapat dengan
cara mengumpul data.
 Misalnya, cara mengumpul data dengan
kaedah soal selidik adalah berdasarkan satu
set soalan yang dirancangkan mengikut tema
kajian penyelidikan boleh mengemukan senarai
soalan ini kepada calon dalam kajian secara
lisan atau bertulis.
 Bagi kajian kes, mengumpil data boleh
dijalankan dengan memeriksa rekod dan yang
berkaitan, menemubual calon dan memerhati
aktiviti dijalankan.
Garis panduan penyediakan format
soal selidik
 Arahan-arahan dalam soal selidik hendaklah jelas supaya responden
dapat mengikutnya dengan tepat.
 Item-item dalam soal selidik hendaklah disusun daripada yang mudah
kepada yang kompleks.
 Perkataan yang digunakan hendaklah mudah difahami dan setimpal
dengan taraf pendidikan responden.
 Untuk memudahkan responden menjawab, berikanupaya contoh cara
menjawab item tersebut.
 Soalan yang dikemukakan hendaklah boleh dijawab dengan secara
ringkas supaya responden dapat menjawabnya dengan senang.
 Untuk memudahkan rujukan dan pentafsiran, halaman dan setiap
item hendaklah dinomborkan mengikut sesuatu susunan yang sesuai.
 Soalan yang dikemukan hendaklah berdasarkan objektif soal selidik.
Ini akan memastikan bahawa jawapan responden yang diberikan
kemudian boleh di proses dan ditafsirkan mengikut tujuannya.
 Bayangan jawapan atau item negatif hendaklah dielakkan demi
memastikan jawapan diberikan tidak menimbulkan prasangka,
penyelewengan atau bias.
 Bentuk soal selidik, termasuk penggunaan kulit dan kertas, hendaklah
menarik untuk menimbulkan minat responden menjawab.
Cara-cara membuat Analisis,
Interpretasi dan Kesimpulan
 Proses menganalisis, menginterpretasi dan membuat
kesimpulan hanya boleh dilakukan selepas data telah
dikumpulkan daripada aktiviti soal selidik, pemerhatian
atau temu bual.
 Data yang dikumpul dengan cara ini akan dinyatakan
dalam suatu bentuk statistik sesperti jadual atau
perwakilan data, misalnya: histogram, graf garisan, carta
palang dan sebagainya. Pentafsiran akan dibuat dengan
merujuk kepada jadual atau perwakilan data itu.
Kemudian kesimpulan akan dirumuskan bedasarkan
pentafsiran data.

Membuat Menginterpretasi Menganalisis data Menyatakan data


kesimpulan dan mentafsir data daripada jadual atau dalam bentuk
dan cadangan perwakilan data statistik
Penyediaan laporan
Laporan penyelidikan ini biasanya mengandungi perkara seperti
berikut:

 Pengenalan topik kajian (Pernyataan masalah)


 Penghuraian tema/topik yang dikenal pasti
 Objektif dan tujuan penyelidikan
 Hipotesis kajian
 Kaedah penyelidikan yang digunakan
 Cara mengumpul data
 Data yang digumpulkan, disertakan bersama dengan rekod,
dokumen dan borang soal selidik yang digunakan untuk
menjalankan penyelidikan
 Laporan atas analisis, interpretasi dan kesimpulan kajian
 Cadangan dan tindakan susulan berdasarkan pentafsiran,
interpretasi dan kesimpulan
Kesimpulan
 Kelebihan penyelidikan tindakan ini ialah:
 Mudah dijalankan di dalam tempat guru mengajar
 Tidak perlu menggunakan banyak masa dalam proses
perancangan dan pelaksanaan
 Boleh memperolehi dapatan atau penyelesaian dengan
cepat serta dalam tempoh yang singkat
 Praktikal dan dapat mengatasi masalah pengajaran dengan
segera
 Boleh melibatkan rakan sejawat berusahasama secara
kolaborasi
 Sesuai dengan perkembangan profesionalisme keguruan
 Menyelesaikan masalah mikrodalam masalah yang
kompleks, demi membolehkan guru membina serta
kemahiran mengajar mengikut masa sendiri, melalui
beberapa tahap dalam penyelidikan tindakan berlingkaran
Guru sebagai Pengamal
Reflektif
 Amalan refleksi amat penting untuk
peningkatan profesionalisme keguruan.

 Guru dapat menggunakan teori pengajaran dan


pembelajaran untuk menilai kebaikan dan
kelemahan pengajaran serta pembelajaran
muridnya, lalu membaiki dan mengubahsuai
rancangan, kaedah dan teknik mengajar kearah
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.
Konsep refleksi

 Dibawah konteks pendidikan, refleksi


ialah sesuatu proses seseorang yang
berusaha untuk mengingat dan
merenung kembali aktiviti pendidikan
yang telah difikirkan atau dialaminya,
menganalisis dan menilai kesannya,
termasuk memikirkan cara membaiki dan
merancang dengan mengubahsuainya
untuk digunakan dengan lebih berkesan
pada masa hadapan.
Proses Refleksi Pedagogi

Kefahaman
Mengenalpasti dan menjelaskan isu, fenomena atau
masalah pedagogi

Kefahaman baru Transformasi


Membuat atau merancang pengubahsuaian, Merancang tindakan pedagogi
peningkatan atau tindakan susulan

Refleksi
Refleksi terhadap tindakan yang diambil Pelaksanaan
Melaksanakan, menguji atau mengkaji
tindakan yang dirancang

Penilaian
Menilai tindakan yang diambil
Pemikiran Reflektif
 Menurut Birchall(1992), pemikiran reflektif memerlukan penggunaan
pengalaman sedia ada untuk menimbang segala kemungkinan tindakan
alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta
menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.
 Seseorang yang dikatakan berfikiran reflektif boleh dilihat daripada tindakan
seperti berikut:
 Mengaitkan sesuatu idea dengan pengalaman yang sedia ada
 Mengemukakan soalan kendiri
 Mengusulkan hipotesis dan andaian
 Mengemukakan pelbagai kemugkinan penyelesaian yang wajar
 Menilai kemungkinan penyelesaian secara kritis dan kreatif
 PenyelesaianPemikiran kritis dan kreatifRenungan kembali refleksi
(Pemikiran Metakognitif)Pemikiran ReflektifPerkaitan dengan pengalaman
sedia ada
Berikut men unju kk an
kom po ne n d an pro ses
pem ik ira n r ef lekt if:

Pemikiran Reflektif

Pemikiran Renungan kembali


kritis dan refleksi (Pemikiran
kreatif Perkaitan dengan Metakognitif)
pengalaman sedia
ada

Penyelesaian
Peringkat-Peringkat Pemikiran Reflektif

Proses pemikiran reflektif bermula


Masalah

Membaca dan Memahami masalahmelalui pemikiran kognitif


mentafsir maklumat

Menentu dan Memproses dan menganalisis data dengan


menyusun maklumat pemikiran secara kritis

Mencari hubungan Mengingat kembali perhubungan pengalaman


yang sedia ada dengan masalah

Mencadang hipotesis Penggunaan pemikiran kritis dan kreatif

Mencari pelbagai kemungkinan penyelesaian


Membukti hipotesis

Menilai penyelesaian Penggunaan pemikiran refleksi (metakognisi)


untuk membuat keputusan atau menetap
tindakan
Cara-cara Meningkatkan Pemikiran Reflektif

 Memperkenal masalah-masalah terbuka


 Melatih pelajar supaya cekap menggunakan teknik
penyelesaian masalah
 Membimbing pelajar menggunakan pemikiran kritis,
teknik menganalisis dan mentafsir maklumat daripada
data
 Membimbing pelajar menggunakan pemikiran kreatif
untukmembentuk pelbagai hipotesis serta
menghasilkan pelbagai kemungkinan penyelesaian
yang wajar
 Membimbing pelajar menggunakan pemikiran
metakognisi dan teknik refleksi untuk menilai
kemungkinan penyelesaian
 Di dalam segala proses pemikiran reflektif yang
digunakan untuk menyelesaikan masalah, guru harus
menggunakan teknik penyoalan supaya daya
pemikiran reflektif pelajar dapat di pertingkat
Jurnal Reflektif

 Ia adalah catatan tentang sesuatu peristiwa, masalah yang dihadapi, peringkat


pencapaian sesuatu bidang dan sebagainya.

 Catatan ini bertujuan menbolehkan pelajar dan guru sendiri untuk membuat
refleksi, menilai serta menggunakannya sebagai rujukan untuk mengambil
tindakan susulan yang wajar dan berkesan.

 Portfolio Reflektif merupakan salah satu jenis jurnal yang biasanya digunakan
didalam latihan perguruan.

 Misalnya, semasa mengikuti kursus perguruan, guru pelatih dikehendaki


melaksanakan tugasan yang di kenali sebagai Kerja Khusus Berfolio(KKB) bagi
matapelajaran pengkhususan dan ilmu pendidikan.

 Ia adalah sebagai bukti pengalaman pembelajaran yang dapat mencerminkan


perkembangan pemikiran dan pembelajaran.
Ciri-ciri portfolio reflektif
 Terdiri daripada bahan-bahan yang terpilih sahaja
 Menunjukan sejarah perkembangan pembelajaran guru pelatih
dalam satu jangka masa yang diberikan
 Berstruktur dan tersusun mengikut cara atau aturan tertentu
 Terdapat bukti yang guru pelatih telah menerima bimbingan
daripada pensyarah sepanjang tempoh pembelajarandan
latihannya
 Terdapat bukti kobolarasi antara guru pelatih dengan rakan,
guru, pakar dalam bidang tertentu dan pihak lain
 Mengandungi banyak penulisan, catatan dan komen reflektif
yang tercetus daripada pemikiran yang serius dan mendalam
 Mengandungi bukti atau hasilan kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif
Pembelajaran Seumur Hidup: Budaya
Ilmu
 Budaya ini boleh dioperasikan dalam enam jenis bidang, iaitu:
 Budaya membaca: iaitu sentiasa memperolehi minat dan rajin membaca
dengan tujuan menambah ilmu pengetahuan serta mengembangkan daya
fikir sendiri.
 Budaya berfikir: iaitu sentiasa berusaha meningkatkan dan
memperkayakan pemikiran sendiri melalui proses analisis, sintesis dan
kritis.
 Budaya belajar: iaitu sentiasa berusaha menambah dan mengembangkan
ilmu pengetauan dan kemahiran melalui berbagai proses pembelajaran.
 Budaya berkarya: iaitu sentiasa berusaha menyebarkan ilmu pengetahuan
atau kemahiran dengan lisan ataupun secara bertulis sebagai sumbangan
untuk dimanfaatkan oleh ahli-ahli masyarakatnya.
 Bermusyawarah: iaitu pengurusan dan proses membuat keputusan
tentang hal pendidikan dijalankan secara muafakat atau musyawarah
dalam semangat berpasukan.
 Refleksi: iaitu proses penilaian kendiri, menimbangkan hasil dapatan
daripada kajian kes pendidikan dengan tujuan menyedari dan memahami
kekuatan dan kelemahannya, dan mencari ikhtiar untuk mengatasi bidang
kelemahan tersebut.
E – Pembelajaran
 Sejak dekad 70-an, oleh kerana perkembangan sains
dan teknologi dengan pesat serta canggih, khasnya
penciptaan alat media elektronik dan komputer, pelbagai
jenis pendidikan telah diikhtiar dan diperkenalkan untuk
kegunaan di institusi pendidikan demi menangani
tuntutan semasa serta cabaran masa depan.

 Diantara jenis pendidikan baru diperkenalkan ialah


Pendidikan Jarak Jauh, Pendidikan Komputer,
Pendidikan Terbuka, pendidikan Radio dan Televisyen,
On-Line Tutorial dan sebagainya.
Internet
 Internet adalah singkatan internetwork dalam Bahasa
Inggeris. Ia berfungsi senagai jaringan perantaraan, iaitu
sejenis sistem komunikasi yang membolehkan pengguna
komputer berkomunikasi secara global dengan
pengguna lain, membekal dan pertukaran maklumat,
membekalkan gambar atau filem dan sebagainya.

Kegunaan Internet
Ia dikenal pasti dalam empat kategori yang utama:

Kegunaan Pendidikan
Kegunaan Am
•Carian penerimaan maklumat •Urusan maklumat pendidikan, penyelidikan,
•Menerbit dan membekal maklumat pembelajaran interaktif.
•Menulis dan menjawab •Menerbit hasil kajian, berkongsi dapatan
•Kolaboratif penyelidikan
•Mengemukakan soalan, menjawab soal selidik.
•Pembelajaran kolaboratif, penyelesaian masalah
pendidikan secara usahasama.
Pendidikan Jarak Jauh

 Ia dikenali sebagai Pendidikan Melalui Media,


Pendidikan Komunikasi atau Pendidikan Melalui Siaran.
 Pendidikan Jarak jauh ini biasanya dikendalikan dengan
dua cara, iaitu:
 Dengan penggunaan pelbagai jenis alat penghantaran
seperti radio, televisyen tempatan atau televisyen satelit,
guru dapat menyampaikan pelajaran tanpa bersemuka
dengan pelajarnya.
 Pengedaran bahan pelajaran dalam bentuk bercetak,
rakaman pita, rakaman video atau menyediakan program
dalam disket komputer ke pusat sumber untuk dipinjam
oleh pelajar. Dengan perkembangan kegunaan komputer
yang semakin canggih, pelajar pun boleh dilatih melalui
program CAL (Computer Assisted Learning) di
rumahnya.
Pendidikan Terbuka

 Radio merupakan alat bantu mengajar yang berkesan untuk


aktiviti pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam bidang
penguasaan kemahiran bahasa.
 Berbanding dengan radio, televisyen merupakan alat bantu
mengajar yang lebih berkesan dalam peranan penyampaian
pelajaran.
 Selain melatih murid mendengar, mereka juga boleh
menggunakan deria penglihatan mereka untuk mengikuti
pelajaran yang khusus. Murid dapat menggunakan kedua-dua
pancaindera yang penting, iaitu deria penglihatan dan
pendengaran, untuk mengikuti program pendidikan dengan
cara yang lebih berkesan.
 Justeru itu, penggunaan televisyen bukan terhad untuk
pengajaran bahasa tetapi juga meliputi semua matapelajaran
yang lain.
 Program pendidikan melalui radio dan televisyen dikendalikan
oleh Bahagian Teknologi Pendidikan di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Penggunaan Komputer dalam
Pendidikan
 Di bawah konteks pendidikan, penggunaan komputer boleh dibahagikan
kepada beberapa bidang, seperti:

 Komputer membantu pendidikan (computer aided education CAE)


 Iaitu menggunakan teknologi dan sistem komputer untuk menjalankan
tugas mengajar serta mencapai objektif pengajarannya. Di samping itu,
teknologi dan sistem komputer yang canggih pula diaplikasikan dalam
banyak bidang pengurusan pengajaran – pembelajaran. Budaya komputer
akan menjadi sama penting seperti penguasaan kemahiran membaca,
menulis dan mengira masa kini. Bagi generasi masa depan yang tidak ada
budaya komputer akan dianggap sebagai buta huruf dalam masyarakat
mereka.
Sa mb.

 Komputer membantu pengajaran (computer assisted


instruction, CAI)
 Ia adalah penggunaan teknologi dan sistem komputer dalam
proses pengajaran. Teknologi dan sistem komputer adalah
digunakan oleh pelajar untuk mengikuti pelajaran terancang
secara sendiri tanpa kehadiran guru. Tugas utama guru disini
hanya mereka bentuk program, pelajar menggunakan komputer
belajar program itu, dan komputer merupakan alat perantaraan di
antara guru dengan pelajar. Modul-modul adalah dirancang dalam
bentuk pelajaran formal, latihan terkawal, pengajaran secara
individu, permainan dan penyelesaian masalah.
Sa mb.

 Oleh kerana modul pengajaran adalah digunakan oleh pelajar


untuk mempelajarinya, maka komputer membantu pengajaran pula
dikenali sebagai komputer membantu pembelajaran (computer
aided learning, CAL).

 Komputer Mengurus Pembelajaran(computer manage


instruction, CMI)
 Teknologi dan sistem komputer boleh digunakan untuk mengumpul
data dan menbuat analisis serta nilai keberkesanan pengajaran,
penggunaan bahan pelajaran, situasi pengajaran –pembelajaran
dan interaksi murid dalam bilik darjah. Dapatan kajian ini akan
digunakan untuk mengubahsuai rancangan pelajaran dan
membaiki kelemahan yang terdapat dalam akiviti pengajaran –
pembelajaran di dalam bilik darjah.
Sa mb.

 Komputer membantu pengujian (computer assisted testing,


CAT)
 Terknologi dan sistem komputer juga boleh digunakan untuk
menguji keberkesanan pembelajaran. Pengujian ini biasanya
dikendalikan dengan dua cara, iaitu:
 Murid menjawab soalan dengan memberi jawapan dalam
borang komputer. Jawapan murid kemudian diperiksa dan
diberi markah oleh komputer.
 Komputer digunakan untuk memilih soalan dari item bank dan
menayangkan soalan demi soalan dalam monitor komputer.
Murid menggunakan komputer menjawab soalan tersebut,
kemudian diperiksa dan di beri markah oleh komputer.
Dengan cara ini, keputusan pelajar dapat dikesan dalam masa
singkat.
Kursus Peningkatan
Profesionalisme Keguruan
Kursus Dalam perkhidmatan dan Kursus Dalaman
 Perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan
menjadikan tugas guru semakin mencabar dan berbeza.
Penguasaan ICT serta memiliki sifat-sifat yang berakhlak mulia
dan berani akan meningkatkan lagi tahap profesionalisme
seorang guru. Jadi, kursus-kursus yang dianjurkan oleh
Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pendidikan Negeri
haruslah dihadiri oleh guru.
 Contohnya ialah Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus
Peningkatan Profesionalime Keguruan. Kursus seperti ini
sudah tentunya akan membantu guru meningkatkan prestasi
dalam tugasan yang semakin canggih dan mencabar. Secara
tidak langsung juga, peningkatan kmahiran itu akan bertambah
lagi apabila guru berkenaan berkongsi pengalaman dengan
rakan-rakan yang tidak berkesempatan dan berpeluang
menghadiri kursus seperti ini.
Kerjasama Profesional:
Kolaborasi
 Peningkatan Kendiri seseorang guru dapat dibuat melalui
usaha kerjasama dengan guru-guru lain yang memiliki
kelayakan akademik serta latihan ikhtisas yang sama.
 Kerjasama ialah sikap saling membantu atau tolong-
menolong.
 Jadi, kolaborasi berbentuk profesional yang dibuat
mestilah mencapai matlamat-matlamat pendidikan yang
ditetapkan oleh pihak sekolah.
 Dalam pentadbiran itu juga, ciri-ciri seperti kolaboratif,
koperatif dan kesejawatan mestilah dimiliki oleh guru
untuk kemajuan sekolah.
SEK IA N
TER IMA K ASI H