DISEDIAKAN OLEH : MOHD FIRDAUS BIN SALAMAT MUHAMMAD HAFIZ BIN MANSOR
DEFINISI
Bahasa adalah satu bentuk komunikasi sama ada verbal atau non verbal. Bahasa mengandungi perkataan-perkataan yang digunakan oleh sesebuah komuniti dengan peraturan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang tertentu.
Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia
Kamus Dewan Edisi Ketiga Bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia. Di sebalik ciri fizikal ini terdapat makna. Asmah Omar
Bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi
Bahasa sebagai pemangkin perkembangan kanak-kanak. Semasa mereka berinteraksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya, mereka membina kefahaman dan idea-idea tentang perkara-perkara yang berlaku di persekitaran mereka.
Perkembangan bahasa memudahkan proses pengajaran dan ia berkait rapat dengan kemahiran membaca dan menulis. Dengan meningkatkan bahasa, ia akan memudahkan pelajar mempelajari konsep-konsep abstrak. Kemahiran bahasa menjadi alat kepada perkembangan kendiri dan sosial.
Teori Behavioris (Skinner) Teori Kognitif (Lev Vygotsky) Teori Nativis (Noam Chomsky) Teori Interaksionalis (Haliday)
Mengikut mazhab behavioris, peneguhan penting dalam perkembangan bahasa. Menurut Skinner (1957), ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menyediakan perbendaharaan kata yang betul kepada anak-anak. Ibu bapa atau penjaga boleh membantu perkembangan bahasa kanak-kanak dengan memberi peneguhan yang sesuai setiap kali kanak-kanak menyebut perkataan atau ayat dengan betul dan mudah difahami.
Sebagai contoh. Anak berkata kepada ibu nak mamam . Ibu perlu meneguhkan apa yang dikatakan iaitu Ani nak makan ya ? lalu memberi makanan kepada anak. Kemudian secara berperingkat ibu bapa lebih meneguhkan perkataan yang disebut dengan betul oleh kanak-kanak sehingga dapat menyebutnya dengan baik.
Selain itu, setiap gerak balas atau tingkah laku yang menggunakan bahasa diteguhkan. Apabila anak bercakap untuk meminta sesuatu, ibu bapa bertindak balas dengan apa yang diinginkan oleh anak. Tindak balas ibu hasil daripada perkataan anaknya memberi maklum balas kepada anak bahawa bahasa yang digunakan adalah betul. Jadi, kanak-kanak akan lebih gemar bercakap apabila ibu bapanya seringkali memuji dan meneguhkan percakapan beliau. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan menggunakan laras bahasa yang betul.
Teori kognitif oleh Vygotsky ini menekankan tentang peranan pemodelan. Contohnya kanak-kanak meniru percakapan, maklumbalas dan gaya bahasa orang dewasa. kanak-kanak mempelajari beberapa aspek dalam kemahiran bahasa apabila melihat dan mendengar percakapan orang lain. Mereka akan meniru dan mengulangi apa yang diteguhkan.
Vygotosky (1896), memandang bahasa sebagai alat utama untuk interaksi sosial, pemindahan budaya dan menjana pemikiran individu. Kanakkanak mempelajari bahasa secara interaksi setiap hari dengan orang-orang di sekeliling. Orangorang dewasa akan mengubahsuai pertuturan mereka agar sesuai dengan kefahaman kanakkanak. Percakapan seperti bayi dan kanak-kanak kecil dengan ayat-ayat mudah dan pendek disertai dengan intonasi yang pelbagai memberi bantuan kepada kanak-kanak untuk mempelajari bahasa.
Kanak-kanak menggunakan bahasa untuk meluahkan kehendak keperluan. Orang dewasa perlu menggunakan bahasa yang sesuai dengan kebolehan kanak-kanak dan tahapnya akan semakin meningkat daripada yang susah kepada yang kompleks. Guru dan orang dewasa boleh meluaskan penggunaan dan kemahiran berbahasa di kalangan kanak-kanak melalui interaksi dan maklumbalas yang membantu mereka membetulkan, mencantum dan meluaskan penggunaan bahasa tersebut.
Perspektif Nativis berdasarkan kepada perkembangan otak yang lebih cenderung melihat perkembangan bahasa berlaku secara dalaman dan diwarisi. Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky yang menyatakan proses perkembangan bahasa seseorang individu lebih kompleks daripada peneguhan kepada gerak balas yang betul oleh Perspektif Behavioris atau mempelajari daripada orang dewasa melalui peniruan oleh Perspektif Kognitif.
Beliau mencadangkan perkembangan bahasa individu adalah merupakan proses dalaman dan dipengaruhi oleh individu itu sendiri. Maksudnya, individu dilahirkan dengan keupayaan berbahasa yang tersendiri yang dilabelkan sebagai Tatabahasa Universal . Ini adalah asas kepada semua bahasa yang ada. Kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan menggunakan tatabahasa universal ini.
Mereka akan memerhati dan memadan cara-cara penyusunan ayat dengan bahasa yang digunakan di persekitaran mereka. Kemudian mereka akan menyesuaikan pembentukan ayat tadi dengan gaya bahasa yang terdapat di persekitaran mereka. Kemahiran ini tidak dipelajari secara langsung daripada orang-orang dewasa di sekitar kanak-kanak tetapi dikuasai secara tidak langsung . Kemahiran ini disifatkan oleh Chomsky sebagai satu alat pembelajaran bahasa yang ada pada setiap individu semenjak dilahirkan. Ia bersifat semula jadi dan diwarisi. Alat ini dikenali sebagai Alat Penguasaan Bahasa ( Language Acquisition device ).
1. Peringkat bayi
Pada mulanya bayi memperoleh bahasa melalui tangisan dan sebutan yang ringkas seperti ma, da, bah, pa, dan sebagainya. Kanak -kanak di peringkat awal usianya memperoleh bahasa ibundanya dengan memanjangkan makna tertentu yang mungkin boleh difahami ataupun tidak.
0 1 bulan Bayi menangis pada awal kelahiran menunjukkan ketidakselesaan , lapar dan sakit
1 2 bulan Bayi mengeluarkan bunyi oo , coo, goo untuk berinteraksi dengan orang sekeliling
8 12 bulan Bayi mula menunjukkan interaksi babbling dan isyarat seperti anggukan kepala , menunding jari dan melambai tangan
13 18 bulan Bayi mula mengingati perkataan perkataan penting dan menyebutnya menggunakan satu perkataan dalam komunikasi harian Contoh : Makan. Perkataan makan disini boleh membawa maksud saya nak makan atau saya sudah kenyang dan tidak mahu makan
18 24 bulan Bayi mula berinteraksi dengan menggunakan dua perkataan Contoh : Itu kucing , Mama jalan
2. Peringkat kanak kanak Awal Kanak Kanak (2 6 Tahun) Kanak kanak mula menutur menggunakan perkataannya sendiri tanpa menghiraukan kesalahan tatabahasa kerana bersifat egosentrik.
2 Tahun Ayat yang dituturkan oleh kanak kanak hanya terdiri daripada dua perkataan sahaja. Ini akan berlipat ganda sebanyak dua kali ketika mencapai umur 3 tahun.
3 Tahun Berupaya menyusun suku kata yang ringkas iaitu berdasarkan keperluan diri mereka atau yang biasa didengar.
4 Tahun Perbendaharaan kata semakin meningkat iaitu lebih daripada 1000 perkataan. Kanak-kanak TADIKA atau Pra-sekolah biasanya berupaya mendengar dengan teliti apa yang diajar oleh guru dan boleh menceritakan semula jika disuruh.
5 Hingga 6 Tahun Ketika ini kanak kanak sudah boleh menyusun kata-kata dengan betul apabila bersama-sama dengan kumpulan rakan sebayanya. Mereka akan bermain bersama-sama, bercerita, berjenaka dan bergurau dengan rakan sebaya mereka.
9 Tahun Kanak-kanak sekurang-kurangnya telah memperoleh sebanyak 30000 perbendaharaan kata. Perbendaharaan kata ini akan bertambah melalui pembacaan, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan juga pergaulan harian iaitu termasuk di rumah dan juga di sekolah.
10 12 Tahun Kanak-kanak tidak lagi menumpukan pada diri sendiri ketika menceritakan sesuatu. Sebaliknya, mereka mula mengambil tahu tentang hal orang lain dan menceritakannya. Mereka sudah boleh berkomunikasi dengan baik dan seterusnya dapat membuat satu karangan pendek apabila diminta oleh guru.
14 Tahun Pada peringkat ini , kefahaman membaca seseorang meningkat dan dapat memahami pembacaan yang kompleks malah dapat berbincang secara analitikal tentang sastera , ekonomi dan politik.
3. Peringkat remaja
Awal Remaja (12-15 Tahun) Perkembangan bahasa pra-remaja peringkat ini pada mulanya mencapai tahap yang baik iaitu mereka dapat menguasai gaya dan berbagai-bagai struktur ayat. Penguasaan ini disebabkan mereka banyak membaca berbagai-bagai bahan bacaan termasuk akhbar, majalah, buku-buku cerita dan juga buku-buku pelajaran
(15-20 Tahun) Remaja berkembang menjadi seorang yang mempunyai kematangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Remaja mampu memanipulasi bahasa kepada bentuk yang kompleks seperti puisi , laporan dan cerpen. Kemahiran bahasa berkembang kepada kemahiran penulisan. Remaja mampu membuat refleksi dan menganalisis maklumat dan menjalinkan hubungan sosial dengan masyarakat melalui penciptaan dialek yang melambangkan identiti individu tersebut.
Berbual dengan bayi melalui rangsangan bunyi. Sewaktu peringkat bayi , mereka dapat memahami apa yang ditutur sekiranya ibu bapa dan penjaga menggunakan bahasa yang ringkas tetapi jelas dan betul gaya bahasa. Contohnya mimik muka dan emosi yang sesuai dengan situasi. Bayi tidak akan mengalami kesukaran memahami pertuturan yang diujarkan setelah mereka mencapai tahap kematangan sedikit demi sedikit.
Meniti tahap perkembangan kanak kanak sekitar 2 14 tahun ibu bapa dapat merangsang kanak kanak dengan meneruskan aktiviti perbualan untuk membentuk perbendaharaan kata dan pengalaman berbahasa kanak kanak tersebut. Selain itu , luangkan masa untuk mendengar percakapan dan idea kanak kanak dengan memberi rangsangan positif agar diri mereka rasa dihargai dalam perbualan harian. Ibu bapa perlu menggunakan bahasa yang mudah dan senang difahami selain memandu kanak kanak menggunakan sistem bahasa yang tepat dan betul. Akhir sekali , ibu bapa hendaklah mengelakkan daripada membanding banding kanak kanak ini dengan kanak kanak lain agar tidak menghilangkan keyakinan diri mereka untuk berinteraksi dengan masyarakat di sekeliling.
1. BIOLOGI
2. PERSEKITARAN
MASALAH PERKEMBANGAN BAHASA Masih ada kanak-kanak yang belum mampu untuk menguasai bahasa disebabkan oleh kekangan yang dihadapi kanak-kanak tersebut. Antaranya adalah mungkin disebabkan kanak-kanak menghidap autisme atau pervasive developmental disorders (PDD) iaitu kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri dan mengasingkan diri daripada dunia luar
Masalah perkembangan bahasa kanak-kanak yang lewat bercakap. Dianggarkan lima hingga 10 peratus kanak-kanak mengalami gangguan perkembangan yang menyebabkan proses penguasaan bahasa dan percakapan menjadi lambat. Perkembangan bahasa kanak-kanak ini tidak hanya merujuk kepada percakapan tetapi juga bentuk komunikasi lain seperti bahasa isyarat, tulisan dan kemahiran visual. Kebanyakan kanak-kanak yang lewat bercakap juga mengalami gangguan perkembangan bahasa (DLD) dengan kelewatan ekspresif tetapi perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali ibu bapa dan objek, bertindak balas terhadap ekspresi muka, mematuhi arahan yang disertakan gerak badan atau tangan yang memberitahu anda mahukan sesuatu atau menuding jari ke arah objek diinginkan) yang normal seperti kanak-kanak lain.
2.
1. Seseorang guru dapat mengaitkan kemahiran berbahasa dengan pengalaman yang konkrit. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti, kita boleh meminta mereka menceritakan bagaimana mereka melakukan aktiviti tersebut. Semasa sesi membaca, guru haruslah memberi tumpuan kepada perkataan yang susah dan menerangkan makna perkataan dengan ayat yang mudah difahami.
Seseorang guru dapat menggunakan strategi pengajaran yang pelbagai seperti strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan murid, ataupun strategi berpusatkan masalah bagi memperkembangkan bahasa dalam kalangan murid semasa P&P yang dikendalikan. Dalam pengajaran bahasa kedua contohnya, guru boleh memasangkan kanakkanak dengan rakan sebaya yang lebih mahir dalam keduadua bahasa (bahasa ibunda dan bahasa kedua) kemudian menggunakan kaedah bercerita, teknik simulasi, teknik sumbang saran dan pendekatan pembelajaran koperatif yang menonjolkan kemahiran berbahasa dalam sesi P&P tersebut.
2.
Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan bahasa. Contohnya dalam aktiviti koperatif, setiap ahli diberi peluang untuk menceritakan hasil kerja masing-masing. Kita perlu menggalakkan pembentangan di dalam kelas dan memberi peluang kepada mereka untuk memberi maklum balas terhadap aktiviti yang dilakukan. Semua aktiviti ini mampu menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan bahasa mereka.
3.