Anda di halaman 1dari 30

KEPEMIMPINAN SEKOLAH DAN GURU

Kepemimpinan Sekolah
Pemimpin: individu memberi pengaruh kepada individu lain di dalam suatu pertubuhan. (Wikipedia Bahasa Melayu)
Kepimpinan: aktiviti kompleks, didefinisikan pelbagai cara, bentuk interaksi antara pemimpin dan orang yang dipimpin

Amir Hasan Dawi (2006: 217).

Kepimpinan sekolah- proses guru besar mendapatkan kerjasama mereka yang bertugas di bawah arahannya dalam menuju ke arah penyempurnaan matlamat.
(Omardin Ashaari 1996)

Guru besar merupakan tonggak kepimpinan di sekolah. Kepemimpinan yang cekap memainkan peranan penting dalam kepimpinan pendidikan. Sekolah yang berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum adalah bergantung kepada kepimpinan dan kebolehan guru besar.

Aspek-aspek Kepimpinan Guru Besar

PERANCANGAN

PENGELOLAAN

PENGARAHAN

PENGAWALAN

Perancangan
Guru besar lazimnya menentukan matlamat jangka panjang dan pendek dan kaedah-kaedah untuk mencapaimya.

Pengelolaan
Guru besar perlu memilih gaya kepimpinan yang sesuai untuk mengelola, menyelaraskan sumber-sumber manusia dan bahan. Pengelolaan yang berkesan akan meningkatkan penyempurnaan perancangan dan membantu mencapai matlamat organisasi sekolah.

Pengarahan
Bagaimana seseorang pentadbir dan pengurus sekolah itu memberikan tugas dan mempengaruhi kakitangan bawahannya dan mendapatkan kerjasama mereka bagi melaksanakan tugas mereka.

Pengawalan
Suatu proses untuk menentu dan menjamin agar kegiatan pekerja terarah kepada pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Guru besar mengawal prestasi guru supaya berada dalam landasan yang betul.

Kepimpinan Guru
Pengaruh guru tidak terbatas dalam bilik darjah sahaja. Antara peranan-paranan guru dalam kepimpinan pendidikan :
Juru latih utama mata pelajaran Ketua bidang Guru kanan Pengubal dan penyemak kurikulum Guru mentor Guru dalam kajian tindakan

Pemimpin Guru guru biasa tetapi mampu membimbing/mendorong guru lain dalam meningkatkan pencapaian murid Guru Cemerlang guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang P&P.

Peranan Dan Tanggungjawab Guru Cemerlang


Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata pelajaran kepakaran dan pembentukan serta pembangunan diri pelajarmengikut tahap tertinggi

Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran

Menjadi pakar rujuk, memberikan khidmat nasihat dan membimbing guru lain dalam mata pelajaran kepakaran/ bidang pengkhususan
Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah dan penyelidikan, meneroka inovasidan penemuan baharu dalam mata pelajaran kepakaran/ bidang pengkhususan dan membentangkan hasilnya

Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengarah Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kepimpinan guru diwujudkan apabila terdapat peluang dan suasana untuk guru-guru belajar dan bekerja bersama-sama menyumbang kepada perkembangan pendidikan ke arah mencapai matlamat bersama (shared goals).

Cabaran Kepemimpinan
WAWASAN PENDIDIKA NEGARA

P&P SAINS & MATEMATIK DALAM BAHASA IBUNDA PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)

TRANSFORMASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

Perkhidmatan penyayang untuk merapatkan hubungan & keakraban serta melahirkan warga pendidik yang prihatin Empowerment/ pengupayaan di mana penurunan kuasa dari pusat ke pinggiran, daripada kawalan kepada perkongsian kuasa dan daripada technical rationality kepada reflective rationality.

Budaya ilmu melalui budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir, budaya berwacana, budaya menulis dan budaya berkarya.

Wawasan Pendidikan Negara


7 aspek Wawasan Pendidikan Negara :
Perpaduan dalam semua lapisan organisasi & masyarakat Stail pengurusan & kepimpinan yang berkualiti mencapai tahap tiada kecacatan

Sekolah penyayang yang memupuk harga diri pelajar supaya komitmen dan perasaan cintakan sekolah dapat diwujudkan. Budaya cemerlang, mempunyai sikap berusaha ke arah kecemerlangan.

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ibunda


Mula diperkenalkan pada tahun 2003 Dasar ini dimansuhkan sepenuhnya pada 8 Julai 2009 oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Hakikatnya, cabaran-cabaran ini tidak diserahkan kepada pemimpin sekolah sahaja untuk bertindak. Pengurusan perubahan dalam wawasan pendidikan harus melibatkan pelbagai pihak iaitu, guru, pelajar, ibu bapa dan masyarakat.

PPSMI ini sebenarnya telah menimbulkan banyak konfik kepada sistem pendidikan negara kita.
Menurut Kajian Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) membantutkan tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.

Sekiranya murid diajar dalam bahasa yang mereka yang tidak faham maka ini akan menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai subjek tersebut dan sebab itulah ia akan membantutkan tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.
Dasar PPSMI ini juga berat sebelah kepada anak-anak keluarga bandar yang berpendapatan tinggi sambil meluaskan lagi jurang antara yang kaya dan miskin

Pelaksanaan PPSMI yang dibuat sertamerta menyebabkan guru-guru sains dan matematik yang tidak menguasai Bahasa Inggeris dipaksa mengajar di dalam bahasa tersebut, sekaligus menjejaskan mutu pengajaran mereka. Tan Sri Muhyiddin Yassin melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Transformasi Kurikulum Sekolah Rendah


Transformasi kurikulum proses perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada Mulai tahun 2010, KBSR telah digantika dengan KSSR bagi pelajar Tahun 1 manakala KSPK bagi pelajar prasekolah.

Kepimpinan pihak atasan memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan perlaksanaan KSSR.
Visi dan matlamat perlu diperjelaskan kepada semua pihak yang terlibat Untuk menghadapi cabaran perubahan kurikulum, amalan kepimpina transformasi dan transaksi perlu diberi pertimbangan yang wajar tanpa mengabaikan nilai & etika dlaam kepimpinan moral.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)


PIPP 2006-2010 dilancarkan oleh Y.A.B Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi pada 16/1/2007
Tujuan : membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia & menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua

Anatara cabaran kepimpinan adalah :


Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelis (JERI) Meningkatkan kretiviti, inovasi & budaya ilmu pelajar. Membudayakan sains & teknologi & pembelajaran sepanjang hayat. Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan & bertaraf dunia.

Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.

Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa.

Rumusan
Pemimpin masa kini harus bersikap responsif kepada arus-arus perubahan yang dibawa oleh ledakan maklumat & teknologi agar dapat menguruskan perubahan & inovasi yang berlaku dengan menggunakan kemahiran-kemahiran abad ke-21.