Anda di halaman 1dari 16

Cerpen Tempang

Tema
Ketabahan dan kesabaran seorang pelajar yang cacat dalam menghadapi cemuhan masyarakat terhadapnya.

Persoalan
1. Sikap manusia yang memandang hina orang yang cacat 2. Kesabaran menghadapi hinaan dan cemuhan kerana kekurangan diri. 3. Kecacatan tidak menghalang kejayaan seseorang 4. Sikap tidak berdendam

Watak & Perwatakan


1. Hafizi - Pelajar yang cacat kerana kakinya pendek sebelah - Anak orang berada kerana dihantar dan dijemput oleh pemandu keluarganya, Pak Mat - Pelajar yang pintar, baik hati dan penyabar - Pandai berenang dan berani - Seorang yang tabah dan bertanggungjawab

Watak & Perwatakan


2. Kamil - Pelajar yang nakal dan jahat - Sangat membenci Hafizi - Suka mencari gaduh dan membuli pelajar lain - Mudah insaf dan menyedari kesilapannya

Watak & Perwatakan


3. Raja - Kawan baik dan rakan sekelas Hafizi - Suka membantu Hafizi daripada dibuli oleh Kamil dan rakan-rakannya - Sangat mengambil berat akan Hafizi

Plot
Permulaan - Loceng berbunyi menandakan kelas akan bermula. Hafizi tidak beratur kerana kakinya cacat. Dia sering dibuli kerana kecacatan kakinya itu.

Plot
Permulaan -Ketika waktu Pendidikan Jasmani, Hafizi hanya mampu melakukan senaman ringan. Kawan-kawannya yang lain sedang rancak bermain bola di padang. Hafizi redha dengan kecacatannya itu.

Plot
Perkembangan - Kamil dan rakan-rakannya tidak menyukai Hafizi. Pada suatu hari, mereka telah mengganggu Hafizi namun kehadiran Cikgu Ridzuan telah meredakan keadaan. Kamil yang tidak berpuas hati telah menolak Hafizi semasa di dalam kelas sehingga jatuh tersungkur. Cikgu Lee memuji kepintaran Hafizi semasa dalam kelas

Plot
Perumitan - Hafizi menunggu Pak Mat, pemandu keluarganya kemudian Raja datang dan memujuk Hafizi agar turut sama dalam aktiviti esok. Hafizi mengajak Raja naik keretanya. Hafizi berjaya memujuk ayahnya agar mengizinkannya menyertai perkelahan bersama rakan sekelasnya.

Plot
Klimaks - Hafizi menyertai rombongan perkelahan sekelasnya. Tiba-tiba, Kamil lemas. Hafizi lantas terjun ke dalam kolam dan segera menyelamatkan Kamil. Kamil berjaya diselamatkan. Raja kemudian memberi bantuan pernafasan kepada Kamil.

Plot
Peleraian - Kamil berasa insaf dan menyesal atas perbuatannya selama ini. Dia mengucaapkan terima kasih serta meminta maaf kepada Hafizi kerana menyelamatkannya. Hafizi memaafkan segala perbuatan kamil selama ini.

Latar
Tempat - Kelas 4 Sains 1 - Perhentian bas di luar sekolah - Padang sekolah - Kawasan perkelahan

Latar
Masyarakat - Pelajar sekolah - Guru sekolah Masa - Pagi - Malam

Nilai
1. Baik hati - Raja memberikan dua keping capati dan kuah kepada Hafizi Keberanian - Hafizi terjun ke sungai untuk menyelamatkan Kamil Tolong-menolong - Raja menolong Hafizi daripada dibuli oleh Kamil

2.

3.

Pengajaran
1. Janganlah kita suka menghina kekurangan atau kecacatan orang lain 2. Kita mestilah memaafkan kesilapan orang lain 3. Kita perlu cepat bertindak terutama dalam keadaan atau saat genting 4. Kita haruslah redha atas kekurangan diri

Anda mungkin juga menyukai