Anda di halaman 1dari 11

DEFINISI

Tindakan susulan ialah aktiviti yang dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan perkembangan serta pembelajaran kanak-kanak dikenalpasti selepas penilaian dianalisis.

tujuan
Mengatasi kelemahan kanak-kanak Memperkukuh kelebihan kanakkanak yang sedia ada Mencadangkan kepada ibu bapa berjumpa pakar yg berkaitan dengan keistimewaan/permasalahan yang ada pada kanak-kanak itu.

JENIS-JENIS TINDAKAN SUSULAN


AKTIVITI BIMBINGAN

AKTIVITI PENGUKUHAN

AKTIVITI PENGAYAAN

Aktiviti bimbingan
Tertumpu kepada kanak-kanak yang belum dapat menguasai kemahiran yang dipelajari CONTOH : Kanak-kanak yang masih belum dapat membaca suku kata dengan betul selepas empat bulan berada di tadika, guru menggunakan kaedah yang lain seperti membaca terus suku kata tanpa mengeja.

Guru perlu kreatif dalam memilih aktiviti bimbingan supaya kanak-kanak tidak menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran
Guru perlu bersedia memberi bimbingan secara personal kerana kelemahan mungkin memberi kesan kepada emosi kanak-kanak

Proses penilaian perlu dilaksanakan semula selepas aktiviti bimbingan

Aktiviti pengukuhan
Dilakukan apabila kanak-kanak mula menguasai kemahiran/pengetahuan baharu yang dipelajari (supaya mudah diingati dan difahami) CONTOH : Apabila kanak-kanak mula belajar memegang alat tulis dengan betul, aktiviti pengukuhan yang boleh dijalanakan ialah menguntai manik dan main doh.

Aktiviti pengayaan
Aktiviti yang dapat membawa kanak-kanak ke tahap kebolehan yang lebih tinggi menggunakan kemahiran/ pengetahuan yang telah mereka kuasai Aktiviti ini dapat mengembangkan dan meluaskan sifat ingin tahu, berdikari dan kreativiti kanak-kanak CONTOH : Kanak-kanak yang sudah menguasai kemahiran mengeja dan menulis suku kata boleh diberikan aktiviti teka silang kata

BILA TINDAKAN SUSULAN DIJALANKAN Serta merta atau pun dirancang dan dilaksanakan dalam satu tempoh masa Masa pelaksanaan tindakan susulan bergantung kepada keperluan kanak-kanak dan pengalaman guru. Tindakan susulan dijalankan serta merta apabila pemerhatian menunjukkan kanakkanak sedang menghadapi masalah sesuatu kemahiran

RUJUKAN Surayah Zaidon dan Haslinda Md. Ali (2009). Penilaian dalam Pendidikan Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd

Herniza Mahmud http://www.slideshare.net/hernz/tindakan-susulan-11002467 2012)

(12Januari

http://www.akademikpahang.edu.my/v3/category/10-bahan-powerpoint.html?download=52