Anda di halaman 1dari 29

SISTEM PENDAWAIAN DOMESTIK

PRASHANA NAIR KUMARAN PAVITHRA RANGASAMY

Sistem pendawaian domestik : Kotak papan agihan berfius Pendawaian lampu dan kipas Soket kuasa

Auxillary (loceng elektrik dan penghawa dingin)

Sistem kawalan elektrik dam elektronik : Jenis komponen peranti dan simbol Jenis dan contoh litar kawalan

Sistem pendawaian adalah merupakan pemasangan litar-litar yang mengandungi pengalir, penebat dan perlindungan mekanik untuk kabel yang digunakan. Ianya juga dianggap sebagai nama bagi sistem perlindungan bagi pemasangan dan cara bagaimana ianya dipasangkan.

Pendawaian Domestik adalah Pendawaian yang dilakukan di rumah - rumah dan premis kediaman.

Jenis sistem pendawaian bergantung kepada cara bagaimana kabel pendawaian itu dilakukan. Antara 4 jenis pendawaian ialah : Sistem pendawaian permukaan Sistem pendawaian tersembunyi Sistem pendawaian selongsong

Pendawaian Permukaan
Satu sistem pendawaian yang dipasang di permukaan yang mana kabel pendawaian tersebut dipasang terus ke dinding atau siling bangunan. Menggunakan kabel tembaga bersalut PVK dua lapisan ( PVK / PVK ) kerana mudah terdedah kepada kerosakan mekanikal.

PENDAWAIAN KABEL TERSEMBUNYI ( CONCEALED WIRING )


Satu sistem pendawaian yang mana kabel dipasang terus ke dinding atau siling batu dan kemudian dilepa dengan simen.

Pendawaian jenis ini menggunakan kabel jenis tembaga bersalut PVK dua lapisan (PVK / PVK). Klip timah digunakan bagi mencengkam kabelkabel yang dibentuk.

PENDAWAIAN SELONGSONG PVK ( PVC CASING WIRING )


Satu sistem pendawaian yang mana kabel pendawaiannya dimuatkan ke dalam selongsong PVK. Sistem ini biasanya digunakan pada permukaan dinding rumah yang telah siap. Pendawaian jenis ini mempunyai persamaan dengan pendawaian permukaan. Perbezaannya hanya kabel disalurkan menggunakan selongsong PVK.

Biasanya tapak selongsong PVK dipasang terlebih dahulu dengan memaku ke dinding atau siling sebelum kerja pemasangan kabel dilakukan. Kabel-kabel akan dimasukkan ke dalam selongsong secara beransur-ansur, setelah siap barulah ditutup dengan penutup selongsong.

Kotak Papan Agihan Berfius


Papan agihan (distribution board) ialah satu tempat pengagihan bagi kabel litar akhir di mana bekalan elektrik utama diagihkan kepada litar-litar yang lebih kecil mengikut sesuatu lokasi / penggunaan. Litar bekalan elektrik dari papan agihan disambung secara selari. Kerosakan pada sebarang litar tidak akan mengganggu litar yang lain. Ia mengandungi fius tamatan bumi yang disambungkan pada litar-litar kecil di rumah. Fius ini berfungsi untuk memutuskan litar elektrik jika terdapat lebihan arus elektrik. Wayar fius akan melebur apabila arus berlebihan mengalir melalui fius tersebut.

Komponen-komponen pada Papan Agihan (Distribution Board) Domestik Komponen papan agihan terdiri daripada :a)Fius perkhidmatan b)Meter kilowatt jam (kWj) c)Suis utama d)Pemutus litar bocor ke bumi /Earth leakage circuit breaker (ELCB) e)Pemutus litar kecil /Miniature circuit breaker (MCB)

Fius Perkhidmatan Fius ini berfungsi untuk mengawal bekalan elektrik jika berlaku arus berlebihan.

Ia juga berfungsi sebagai pemutus litar sekiranya berlaku lebihan arusmengalir pada pendawaian di rumah.

Meter Kilowatt Jam (kWj) Meter kilowatt jam berfungsi menyukat dan merekodkan kuantiti tenaga elektrik yang digunakan oleh pengguna setiap bulan. Terdapat dua (2) jenis meter kilowatt jam, iaitu : a)Jenis analog B)Jenis digital

Suis utama Suis utama berfungsi untuk mengawal pengaliran arus elektrik ke seluruh litar elektrik di dalam rumah. Wayar hidup dan neutral dari meter kWj disambungkan ke suis utama.

Pemutus litar bocor ke bumi Pemutus litar bocor ke bumi /Earth leakage circuit breaker (ELCB) berfungsi sebagai alat pemutus bekalan elektrik secara automatik apabila berlaku kebocoran elektrik ke wayar bumi atau litar pintas.

Pemutus litar kecil Pemutus litar kecil /Miniature circuit breaker (MCB) adalah satu alat perlindungan arus lebihan yang mempunyai kadar kapasiti pemutusan yang tinggi yang disambung kepada pendawaian soket plug dan pendawaian lampu / kipas.

Gambar di bawah menunjukkan sistem pendawaian elektrik yang biasa dipasang untuk rumah 1 tingkat 3 bilik.

Pendawaian lampu dan kipas

Peraturan IEE telah menetapkan bahawa bagi satu litar yang dikawal oleh satu alat pelindung mestilah tidak melebihi 1000 Watt. Pada amnya satu lampu berkadar 100 Watt setiap satu dengan litar lampu tidak melebihi 10 poin. Kabel yang digunakan ialah kabel jenis tembaga bersalut PVK. Saiz minima kabel yang digunakan mestilah tidak kurang 1.5mm2.

Kadaran alat pelindung yang digunakan mestilah tidak melebihi 6 Amp. ( sama ada fius atau MCB ) Walau bagaimanapun untuk pemasangan litar lampu adalah digalakkan menggunakan lebih dari satu litar akhir kerana sekiranya salah satu litar mengalami kerosakan litar yang lain masih boleh digunakan.

Litar hidup yang masuk dimana ia perlu melalui suis terlebih dahulu sebelum memasuki regulator atau pelaras laju. Litar hidup tersebut akan melalui suis pelaras yang akan menghubungkan kepada kelajuan. Selepas itu barulah litar keluar ke kipas. Wayar bumi atau earth jangan sesekali tidak dipasang pada kipas kerana kipas mempunyai coil atau gelungan yang tebal. Ini mungkin akan melebihi tahap kepanasan sekirannya capasitor lemah.

Soket kuasa

Plag dan soket AC domestik merujuk kepada peranti yang digunakan untuk menyambungkan peralatan elektrik kepada bekalan elektrik sesalur.

Soket dinding, (kadang kala dikenali sebagai mata soket atau mata kuasa) adalah bahagian penyambung elektrik dengan alur atau lubang untuk memuatkan pin plag serta menghantar arus elektrik kepada plag yang dimasukkan.
Soket direka untuk menerima hanya jenis plag yang berpadanan serta menolak jenis-jenis plag yang lain.

Setiap soket mempunyai sama ada dua atau tiga wayar penyambung: Wayar hidup (juga dikenali sebagai wayar fasa) membawa arus ulang-alik dari punca kuasa ke beban. Wayar neutral - mengembalikan arus elektrik ke punca kuasa. Wayar bumi - bertujuan hanya untuk mengangkut arus elektrik bocor ke bumi apabila berlaku kebocoran arus elektrik akibat kegagalan penebat; jika tiada kebocoran arus elektrik, wayar ini tidak membawa sebarang arus elektrik.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Plag_dan_soket _AC_domestik