Anda di halaman 1dari 20

IMPAK

PERKEMBANGAN
TEORI FALSAFAH
PENDIDIKAN
TRADISIONAL BARAT
PENGENALAN
• Perenialisme-pendidikan harus difokuskan
kepada carian dan sebaran ilmu yang tidak
berubah-ubah seperti unsur rasionaliti yang
harus disemai sejak di bangku sekolah lagi.
• Essensialisme-bersifat praktikal dan prakmatik
kerana perkara-perkara asas yang perlu
diketahui oleh individu untuk menjadi ahli
masyarakat yang produktif boleh berubah dari
semasa ke semasa.
PERENIALISME
• tugas pendidikan ialah memupuk
kelakuan moral.
• Program pendidikan juga disusun agar
dapat melahirkan insan yang harmonis
dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani (JERI) berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.
• menekankan untuk melatih pelajar dalam 3M,
iaitu menulis, membaca dan mengira sebagai
kemahiran asas.
• Ini juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan
Malaysia yang mana semua pelajar sekolah
terutamanya sekolah rendah diberi peneguhan
asas untuk mahir dalam 3M. Guru juga rela
menjalankan aktiviti pemulihan bagi pelajar yang
lemah dan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang
baik pencapaiannya supaya semua pelajar tidak
kira status dapat menguasai 3M dengan mahir.
• Peranan guru adalah untuk mendisiplinkan
pelajar. Ini juga telah termaktub dalam FPG
bahawa unsur disiplin memang sentiasa
dititikberatkan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
• Walau bagaimanapun guru perlu
menitikberatkan nilai-nilai seperti ketepatan
masa, bersopan santun, bekerjasama dan
prihatin di kalangan pelajar supaya mereka
membesar menjadi ahli masyarakat yang
penyayang dan berdisiplin
ESENSIALISME
• Di bawah Falsafah Pendidikan Guru (FPG), guru
yang berpekerti mulia adalah ciri yang ingin
dibentuk. Ciri ini penting supaya guru boleh
menjadi role model dan teladan kepada pelajar.
• Di Malaysia juga, guru merupakan role model
yang utama kepada pelajar kerana sebahagian
besar masa pelajar dihabiskan di sekolah. Maka
guru perlu mempunya pekerti dan moral yang
mulia untuk membentuk peribadi pelajar yang
berpekerti mulia.
• Menekankan untuk melatih pelajar dalam 3M,
iaitu menulis, membaca dan mengira sebagai
kemahiran asas.
• Ini juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan
Malaysia yang mana semua pelajar sekolah
terutamanya sekolah rendah diberi peneguhan
asas untuk mahir dalam 3M. Guru juga rela
menjalankan aktiviti pemulihan bagi pelajar yang
lemah dan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang
baik pencapaiannya supaya semua pelajar tidak
kira status dapat menguasai 3M dengan mahir.
• guru hendaklah mengamalkan sikap
pimpinan demokratik contohnya semasa
pemilihan ketua darjah dan jawatan-
jawatan lain, pelajar perlu diberi peluang
membuat pilihan. Begitu juga dalam hal
membuat keputusan yang tidak begitu
penting, pelajar boleh diberi kesempatan
membuat keputusan sendiri.
• Pelajar belajar perkara yang mudah dahulu di
sekolah rendah kemudian beralih kepada yang
sukar apabila memasuki sekolah menengah.
Contohnya di sekolah rendah pendidikan 3M
adalah yang paling ditekankan. Kemudian
apabila di sekolah menengah, mata pelajaran
yang sukar seperti fizik, arithmetik, kimia, biologi
dan kalkulus diperkembangkan selain
pemantapan dalam pendidikan membaca dan
menulis yang lebih khusus. Sistem ini begitu
bersamaan dengan sistem pendidikan di
Malaysia. Mudah di sekolah rendah dan
bertambah sukar di sekolah menengah.
• Fitrah manusia sebenarnya kekurangan
nilai-nilai murni yang sempurna dan untuk
itu individu perlu melalui latihan intelek
dan mental. FPG juga menyarankan
supaya guru menjalankan aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang mirip
ke arah perkembangan potensi pelajar
secara menyeluruh dan bersepadu yang
merangkumi aspek JERI supaya nilai-nilai
murni ini dapat disemai dan dipupuk
dalam diri pelajar.
IMPAK PERKEMBANGAN
FALSAFAH PENDIDIKAN
TIMUR TERHADAP
PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
PENGENALAN
• Falsafah Pendidikan Timur boleh digolongkan
dalam tiga aliran fahaman yang utama, iaitu
Konfusianisme (China), nasionalisme dan
internasionalisme (India), dan falsafah
pendidikan Islam.
• Falsafah pendidikan konfusianisme adalah
berasas daripada pemikiran Confucius (551-479
SM) dan pengikut-pengikutnya seperti Mengzi
(372-289 SM), Xunzi (313-238 SM) dan Hanyu
(768-824) dan negeri China.
• Confucius, menegaskan pendidikan adalah
proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah
laku manusia dan ini boleh dicapai melalui
amalan tingkah laku yang bersopan santun,
bertimbang rasa, ikhlas hati, sederhana,
menghormati orang tua serta menyayangi orang
yang lebih muda.
• Kesan daripada perkembangan falsafah ini akan
membina tingkah laku murid supaya menjadi
orang yang berakhlak mulia,mengikut peraturan
serta taat dan cinta kepada pemerintah dan
negara.
• Ahli-ahli konfusianisme berpendapat bahawa
pendidikan merupakan alat yang penting untuk
mengekalkan nilai dan norma masyarakat, dan
seterusnya pula mengekalkan kebudayaan
masyarakat yang penting untuk membawa
kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian
kehidupan.
• Implikasinya seseorang murid itu akan menjadi
manusia yang sempurna dan berupaya memberi
sumbangan kepada kemajuan masyarakat dan
murid tersebut akan dididik dengan nilai, norma,
peraturan dan kebudayaan masyrakat.
• Confucius mengakui bahawa setiap individu
mempunyai potensi yang berbeza, dan oleh itu,
beliau mengajar muridnya mengikut kebolehan
individu.
• Beliau juga menggunakan strategi perbincangan
untuk menyampaikan pelajaran. Impaknya,
untuk memperolehi ilmu yang sebenar, pelajar
hendaklah menggabungkan pemikiran rasional
dengan mentalnya.
• Sehubungan itu, murid akan disaran
menggunakan kaedah inkuiri untuk memperolehi
ilmu pengetahuan ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
• Wang Shouren (1472-1528), seorang ahli
falsafah dalam dinasti Ming, berpendapat ilmu
intuitif adalah terkandung dalam jiwa mental
setiap individu.
• Oleh itu, beliau menentang penggunaan kaedah
inkuiri untuk memperolehi ilmu. Sebaliknya,
pelajar hendaklah menggunakan ilmu inkuitif
yang berada dalam jiwa mentalnya untuk
mengkaji perkara-perkara alam sekitar.
• Kesannya, hukum dera dan mengurungkan
kanak-kanak adalah dilarang untuk digunakan
sebagai salah satu pendekatan pengajaran.
Sebaliknya, penggunaan teknik peneguhan dan
motivasi akan digunakan untuk menimbulkan
minat terhadap aktiviti dalam pembelajaran.
• Rabindranath Tagore (1861-1941), seorang ahli
falsafah dan penyair dari India, mentafsirkan
pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk
melahirkan manusia yang berfikiran sempurna,
berupaya mencapai segala aspek kehidupan
dengan penuh bermakna.
• Mengikut beliau, pendidikan harus menjadi
suatu proses yang berhidup, dinamik serta
realistik, iaitu tidak semata-mata terikat kepada
buku, tetapi harus dihubungkaitkan dengan
pengalaman kehidupan manusia.
• Impaknya, seseorang murid yang
berpendidikan dengan erti kata sebenar
ialah murid yang bukan sahaja berfikiran
cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas,
tetapi juga tetap mendukung sikap
nasionalisme yang ideal, mempunyai
kecekapan untuk berkhidmat kepada
masyarakat dan negara, serta
berpandangan dengan sikap
internasionalisme yang positif.
• Sharifah Alwiyah Alsagoff, dalam bukunya
falsafah pendidikan (1984), menunjukkan
implikasi pendidikan untuk membentuk
kesempurnaan manusia seperti pendidikan
tubuh badan akan bertujuan melatih deria dan
kecerdasan fizikal secara am, cekap, dan
berkemahiran. Serta, pendidikan intelek
membawa tujuan supaya fikiran sentiasa ingin
tahu dan cergas, berpandangan saintifik, jelas,
berani, dan bebas. Seterusnya,pendidikan
kerohanian akan bertujuan menyedarkan diri
melalui bersimpati sepenuhnya, iaitu
kesedaran kerohanian universal yang paling
tinggi dan menempusi semua kehidupan,
tumbuhan, haiwan, dan manusia.

Anda mungkin juga menyukai