Anda di halaman 1dari 41

IPG KAMPUS KENT TUARAN, SABAH.

PERKEMBANGAN GURU
Tutorial 5: Kemungkinan Aspek-aspek Keprihatinan Anda Sebagai Guru Dalam Tiga Tahun Pertama Pengajaran (Guru Novis)

KANDUNGAN
1. Maksud guru novis. 2. Ciri-ciri guru novis. 3. Situasi bilik darjah yang tidak terurus. 4. Teknik mengurus tingkah laku pelajar di bilik darjah. 5. Kesimpulan.

Guru Novis

Guru Novis 1
Bermaksud sebagai guru pelatih yang sedang menjalani latihan perguruan selepas mendaftarkan diri sebagai pelajar pendidikan guru dalam program Ijazah Perguruan.

Guru Novis 2
Bermaksud sebagai guru baru yang terlatih & mula berkhidmat 1-3 tahun, dalam tempoh percubaan & belum disahkan lagi dalam jawatan. Juga dipanggil sebagai guru sandaran terlatih (GST) guru yang telah tamat menjalani latihan keguruan & telah ditempatkan di sekolah.

Ciri-ciri Guru Novis

Mula mempelajari cara mengajar.

Mempelajari fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran.

Masih belum dapat menangani tugas-tugas harian seorang guru.

Dapat membentuk 1 peta kognitif tentang tugas am seorang guru profesional melalui kursus perguruan.
Psikologi & perkembangan kanak-kanak FPK & FPG Sejarah perkembangan pendidikan negara

Situasi bilik darjah yang tidak terurus

Pelajar tidak berminat untuk belajar. Pelajar yang mengganggu rakan yang lain. Pelajar terlalu bising. Pelajar biadap terhadap guru. Pelajar enggan menyiapkan tugasan yang diberikan. Pelajar gagal mematuhi arahan guru & peraturan bilik darjah. Pelajar yang tidak menepati masa. Pelajar yang bermain dalam bilik darjah semasa proses P&P berjalan.

Teknik mengurus tingkah laku pelajar di bilik darjah

1. Tunggu sehingga senyap 5. Menetapkan sempadan 9. Guna akal semasa bertindak 13. Kaedah pengajaran yang konsisten

2. Sentiasa tenang
6. Tetapkan matlamat pelajar 10. Renungan tajam 14. Mengurus suasana bilik darjah

3. Elakkan konflik

4. Tahu bila perlu fleksible

7. Intervensi awal

8. Alihkan masalah

11. Kawal intonasi suara

12. Ulang, ulang & ulang

15. Intervensi tanpa heboh

16. Kawalan tingkah laku

17. Mulakan dengan saya

18. Teguran yang efektif

19. Tingkahlaku yang positif

1. Tunggu Sehingga Senyap


Guru tidak sepatutnya memulakan sesi pengajaran sehinggalah para pelajarnya diam sepenuhnya & memberi fokus kepada guru. Pelbagai kaedah yang boleh digunakan bagi memperoleh kesenyapan dalam bilik darjah.
a) Kekuatan personaliti guru b) Pemilihan frasa yang baik c) Beri isyarat diam dengan aksi non-verbal

a) Kekuatan personaliti guru


Ia memerlukan masa, pengalaman dan kekuatan personaliti yang lebih mantap untuk melakukannya.

b) Pemilihan frasa yang baik


Guru boleh meminta pelajar untuk diam & kemudian menunggu mereka semua diam sebelum meneruskan sesi P&P. Jika perlu, ulang ungkapan yang sama secara berulang kali & berhenti seketika untuk mengukur respon pelajar. Contoh ungkapan: Saya mahu anda semua diam dalam masa 54321! Saya mahu anda lihat ke sini & dengar baik-baik.

c) Beri isyarat diam dengan aksi non-verbal


Isyarat yang diterima umum untuk meminta semua pelajar diam. Guru perlu mendidik pelajar supaya pantas memberi respon terhadap isyarat yang diberikan, melatih & memuji mereka sehingga mereka bertindak dengan cara yang betul.

CONTOH ISYARAT
Guna wisel Angkat tangan Silent seat

Mengapa pelajar perlu senyap semasa di bilik darjah??


Dapat mendengar arahan yang diberikan Dapat belajar dengan berkesan Tunjuk rasa hormat pada guru Mereka juga mahu orang lain mendengar apa-apa yang dikatakan oleh mereka Merupakan tingkah laku yang sopan

2. Sentiasa Tenang
Guru hendaklah bertindak balas dengan baik & bersikap tolak ansur dengan pelajar walaupun pelajarnya berkelakuan biadap. Guru seharusnya menunjukkan contoh tauladan yang baik kerana guru perlu tahu bahawa semua pelajar di bilik darjah sedang memerhatikan & belajar daripada apa-apa yang dilakukan oleh guru mereka.

3. Elakkan Konflik
Elakkan diri daripada berkonfrontasi dengan pelajar kerana tindakan itu akan mempengaruhi mood , tekanan & juga stress. Pelajar mungkin akan berasa malu apabila kelakuan buruk mereka dicabar di bilik darjah & ini akan mengakibatkan mereka bertindak dengan lebih agresif bagi menutup kelemahan & rasa malu mereka. Menghindari konfrontasi bukan bermakna seseorang guru itu tidak menangani isu tersebut tetapi mendekati masalah itu dengan bersikap sensitif.

Teknik apabila menyahut cabaran pelajar yang cuba berkonfrontasi

Biarkan mereka menang

Bawa bertenang & jangan bercanggah

Alihkan haluan bualan

4. Tahu Bila Perlu Fleksible


Guru perlu tahu untuk membuat sedikit perubahan bagi kebaikan dirinya & juga pelajar. Mengurangkan sempadan diri dengan pelajar boleh dilakukan segala kejayaan yang diimpikan dicapai & boleh membuktikan kepada pelajar bahawa guru juga manusia biasa yang berkebolehan.

Idea penyesuaian diri dengan pelajar

Terhadap bilik darjah Terhadap kerja Terhadap individu

Jika mengajar pada waktu akhir selepas PJ, guru boleh membenarkan pelajar berkompromi dalam soal pemakaian uniform mereka (tukar pada waktu rehat)

Apabila pelajar bukan dalam mood belajar, guru boleh berkompromi dengan pelajar dengan cara menyuruh mereka menyiapkan tugasan yang diberikan & mereka akan diberi masa untuk berbual di minit akhir kelas sbg balasan

Cuba tarik minat pelajar yang tidak mahu datang ke sekolah.

5. Menetapkan Sempadan
Memberikan hak-hak yang tertentu berkaitan dengan tingkah laku mereka. Menunjukkan guru adalah seorang yang tegas, berhati-hati serta tidak boleh dipermainkan. Penetapan sempadan perlu dalam 2 keadaan.

Kerja

Tingkahlaku

Kerja
Menetapkan jumlah kerja yang perlu dilakukan & kesempurnaan kerja tersebut.

Tingkah laku
Tingkah laku pelajar terhadap guru & pelajar lain.

6. Tetapkan Matlamat Pelajar


Guru bertanggungjawab memupuk persaingan yang sihat & menggalakkan pelajar berusaha sebaik mungkin dalam kalangan mereka. 4 cara menetapkan matlamat;
Matlamat keseluruhan bilik darjah terhadap kerja Matlamat individu terhadap kerja Matlamat keseluruhan bilik darjah terhadap tingkah laku Matlamat individu terhadap tingkah laku

Matlamat keseluruhan Memberi ganjaran kepada pelajar yang berjaya memberikan jawapan kepada bilik darjah terhadap soalan yang diberikan di dalam bilik darjah. kerja

Matlamat individu terhadap kerja

Memberi ganjaran kepada individu yang dapat melaksanakan tugasan yang diberi.

Matlamat keseluruhan Siapa yang berkelakuan baik, akan diberi bilik darjah terhadap ganjaran. tingkah laku

Matlamat individu terhadap tingkah laku

Memberikan ganjaran kepada individu jika berkelakuan baik.

7. Intervensi Awal
Apabila berlaku kesalahan tingkah laku, campur tangan awal perlu dilakukan oleh guru untuk mengelakkan daripada merebak & menjadi lebih liar. Guru hendaklah sentiasa berjaga-jaga & sedar tentang keadaan sekeliling. Gunakan kuasa dengan sebaik yang mungkin
Alih tempat duduk pelajar yang bermasalah.

8. Alihkan Masalah
Cara yang baik untuk elakkan konflik semasa P&P. Contoh;
Keluarkan pelajar yang bermasalah dari bilik darjah. Ambil barang yang menjadi punca permasalahan.

9. Gunakan Akal Apabila Bertindak


Berfikir dahulu mengenai situasi tersebut berbanding mengikut kata hati. Contoh 1:
Kelas terlalu bising & tak terkawal (pelajar membalingkan kertas)
Kata hati : Tolong apa yang perlu saya lakukan. Saya tidak berupaya kawal kelas dengan baik. Kata akal : Mungkin ada silapnya di kelas ini. Saya tidak perlu panik. Saya akan aplikasikan denda yang telah saya tetapkan.

10. Renungan Tajam


Riak muka boleh menjadi alat yang penting & berkesan untuk mengawal bilik darjah. Renungan tajam menjimatkan masa berbanding memberi arahan. Disebalik renungan tajam, guru perlu tahu:
(1) Apa yang dikehendaki. (2) Tahu apa yang akan terjadi jika guru tidak mendapat apa yang dikehendaki.

11. Kawalan Intonasi Suara


- Perlahankan suara untuk dapatkan perhatian daripada pelajar. (guru yang senyap akan mendapat kelas yang senyap) - Dekati pelajar, bertutur secara perlahan untuk elakkan pelajar lain tahu) maruah pelajar perlu dijaga dalam membentuk tingkahlaku. - Renungan tajam, nada suara tinggi cukup untuk menunjukkan reaksi guru tidak suka tingkahlaku mereka.

12. Ulang, Ulang & Ulang


Teknik penting dalam mengurus tingkahlaku. Kepentingan :
Dapatkan perhatian pelajar sebelum pengajaran bermula ketika memberi amaran. Jelaskan salah faham, arahan guru dengan sempurna. Perkukuhkan pengajaran guru.

Perkara yang perlu diulang.

Nama pelajar

Pengajaran

Pilihan bagi mengelakkan didenda

Ulang dendaan yang dikenakan jika pelajar gagal mematuhi arahan

13. Kaedah Pengajaran Yang Konsisten


Menetapkan cara bekerja Menetapkan kaedah tingkahlaku Berbual-bual dengan mereka Mengenali mereka selepas waktu pengajaran

14. Mengurus Suasana Bilik Darjah


Suasana bilik darjah perlu ceria, menarik & selesa. Kelas yang cantik & selesa akan menambah minat pelajar untuk belajar. Pelajar akan ingin mengenali gurunya dengan lebih dekat memudahkan guru menguruskan tingkah laku pelajar di bilik darjah.

15. Intervensi Tanpa Heboh


Guru yang efektif akan menyelesaikan masalah sebelum masalah itu timbul. Penyelesaian yang baik harus dilakukan secara senyap iaitu secara individu tanpa diketahui oleh guru & pelajar lain.

16. Kawalan Tingkah Laku


Teknik kawalan disiplin dianggap konservatif & tradisional keran guru mengamalkan ciri-ciri sebagai autoritarian. Peraturan yang jelas diwujudkan & sering diubah dari masa ke masa mengikut situasi. Terapkan peneguhan & pujian dalam situasi tertentu.

17. Mulakan Dengan Saya


Jangan fokus kepada pelajar yang bermasalah secara pribadi sebaliknya fokus kepada tingkah laku pelajar yang tidak diingini.

Contoh:
Membuat kerja lain ketika saya sedang mengajar akan merugikan anda sendiri.

18. Teguran yang Efektif


Langkah 1 Jelaskan tingkah laku pelajar yang kurang menyenangkan. Langkah 2 Kaitkan kesan tingkah lakunya terhadap anda. Langkah 3 Nyatakan perasaan anda.

Contohnya
Apabila anda bercakap ketika saya mengajar, saya terpaksa berhenti mengajar. Dan itu cukup mengecewakan saya.

19. Tingkah Laku yang Positif


Elakkan penggunaan perkataan JANGAN dalam peraturan di kelas. Sebaliknya jelaskan tingkah laku yang guru inginkan & harapkan daripada pelajarnya. Contoh: Jangan makan di dalam bilik darjah, X Makanlah di kantin ketika waktu rehat,

KESIMPULAN

Teknik-teknik untuk mengurus tingkah laku pelajar ini adalah mudah untuk diaplikasikan.
Sekiranya teknik-teknik ini berjaya dilaksanakan, seseorang guru itu mampu mengurangkan stress dan bebanan kerjanya. Tips-tips yang diberikan juga dapat mengekalkan enviromen bilik darjah yang tenang dan kondusif bagi melaksanakan aktiviti P&P. Jika seseorang guru mampu membina suasana P&P yang tenang & berasa seronok dalam pengajaran, maka guru tersebut akan mendapat respon yang positif daripada pelajar-pelajar.