Anda di halaman 1dari 35

SCE 3109 Tenaga Dalam Kimia

Topik 8: Elektrokimia

Disediakan oleh, MURUGAN A/L MINI RATAMUN

Kandungan Pembentangan

8.2 Keupayaan Elektrod Piawai

8.1 Daya Gerak Elektrik (dge) Sel

8.3 Keupayaan Penurunan Piawai

Topik 8: Elektrokimia

8.1 Daya Gerak Elektrik (dge) Sel


Definisi dge sel:
Beza keupayaan maksimum di antara dua elektrod yang bertindak sebagai daya penggerak atau tekanan elektrik yang menolak elektron melalui litar luar.

Beza algebra di antara dua keupayaan elektrod (setengah sel).

Jumlah tenaga elektrik yang dibekalkan untuk menggerakkan 1 cas merentasi rintangan luar dan rintangan dalam sel dalam keadaan litar terbuka (arus yang mengalir = 0)

8.1 Daya Gerak Elektrik (dge) Sel


Analogi: Air Terjun. Semakin jauh jarak antara dua elektrod, semakin tinggi nilai dge, semakin kuat tindak balasnya. Dge sel berubah dengan suhu dan kepekatan elektrolit. Dge juga dikenali sebagai keupayaan sel (Esel) atau voltan sel (cell voltage). Alat Pengukur: Voltmeter Unit: Volt (V)

8.1 Daya Gerak Elektrik (dge) Sel

Dge: Jumlah tenaga elektrik yang dibekalkan untuk menggerakkan 1 cas merentasi rintangan luar dan rintangan dalam sel dalam keadaan litar terbuka.

Unit: V Diukur dengan Volmeter

Beza Keupayaan: Kerja yang perlu dilakukan untuk menggerakkan 1 cas merentasi dua titik dalam sesuatu litar lengkap.

8.1 Daya Gerak Elektrik (dge) Sel


Rumus-rumus berkaitan dengan dge sel:
1V=1J/C di mana, V = Voltan J = Joule C = Coulomb

Dge sel = E(lebih positif) E(kurang positif) = E(Elektrod Sebelah Kanan) E(Elektrod Sebelah Kiri)

8.2 Keupayaan Elektrod Piawai (KEP)

8.2.1 Keupayaan elektrod

8.2.2 Keupayaan elektrod piawai

8.2.3 Pengukuran Keupayaan elektrod piawai

8.2.4 Rumus-Rumus berkaitan dengan Keupayaan Elektrod Piawai

8.2.1 Keupayaan Elektrod


Keupayaan Elektrod Logam Logam Reaktif Bukan Logam Larutan ion

Logam Kurang Reaktif

Apabila sebatang logam terendam dalam larutan yang mengandungi ion batang yang sama, beza keupayaan akan terhasil antara logam dan larutan kerana cas akan terbentuk pada batang logam akibat keseimbangan dinamik antara atom logam dan ion logam dalam larutan. Mn+ (ak) + ne- M (pe)

8.2.1 Keupayaan Elektrod


Keupayaan Elektrod Logam Reaktif (Zn)
Zn2+ (ak) + 2e- Zn (pe) Keseimbangan terletak di sebelah kiri. Lebih banyak ion Zn2+ akan terbentuk. Elektron yang dibebaskan akan terkumpul pada logam itu, menjadikan elektrod Zn bercas negatif.

Keupayaan Elektrod Logam Kurang Reaktif (Ag)


Ag+ (ak) + e- Ag (pe) Keseimbangan terletak di sebelah kanan. Ion-ion akan terendap pada logam Ag. Ion Ag+ dalam larutan akan terikat dengan elektron pada logam, menjadikan elektrod Ag bercas positif.

8.2.1 Keupayaan Elektrod


Keupayaan elektrod bukan logam (H)
H2 (g) 2H+ (ak) + 2e Elektrod logam lengai digunakan sebagai konduktor. Gas dialukan ke dalam suatu tiub mengandungi elektrod Pt. Beza keupayaan terbentuk antara elektrod bersentuhan dengan gas itu dan larutan yang mengandungi ion H+.

Keupayaan elektrod larutan-larutan ion


Co3+ (ak) + e- Co2+ Cr3+ (ak) + e- Cr2+ Sn4+ (ak) + 2e- Sn2+ Elektrod Pt yang lengai perlu digunakan.

8.2.2 Keupayaan Elektrod Piawai


Nilai keupayaan elektrod bergantung kepada: (b) Kepekatan ion dalam larutan

(a) Sifat logam

(c) Suhu

Oleh itu kita perlu menyatakan kepekatan dan suhu apabila kita membandingkan nilai keupayaan elektrod bagi unsur-unsur yang berlainan.

8.2.2 Keupayaan Elektrod Piawai


Kepekatan ion berair ditetapkan sebagai 1.0 mol dm-3. Suhu ditetapkan pada 25C atau 298 K

Keadaan berikut dipilih sebagai piawai:

Tekanan ditetapkan pada 1.0 atm atau 101 kPa.

Pt digunakan sebagai elektrod lengai bagi sistem keseimbangan yang tidak termasuk logam.

Nilai keupayaan elektrod yang diukur pada keadaan piawai disebut keupayaan elektrod piawai, Esel bagi sistem elektrod berkenaan atau setengah sel, dan mempunyai unit Volt.

8.2.3 Pengukuran KEP


Adalah mustahil untuk menyukat nilai mutlak keupayaan elektrod kerana elektrod lain perlu digunakan untuk melengkapkan litar dan elektrod itu juga mempunyai keupayaan elektrodnya sendiri. Kesukaran ini boleh diatasi dengan menggunakan elektrod hidrogen piawai.

8.2.3 Pengukuran KEP


Elektrod Hidrogen Piawai:

8.2.2 Keupayaan Elektrod Piawai

8.2.3 Pengukuran KEP

Sistem yang mengandungi logam dan ion berair

Sistem yang melibatkan gas dan ion berair

Sistem yang terdiri daripada ion-ion berair sahaja

8.2.3 Pengukuran KEP


Perkara yang diberi perhatian:
Titian garam boleh diperbuat daripada kertas turas dan direndamkan dalam larutan NH4NO3, KCl, atau KNO3. Beberapa contoh keupayaan elektrod piawai adalah seperti berikut:
Tindak Balas Setengah Sel
Mg2+ (ak) + 2 e- Mg (pe)

Esel (V)
-2.38 V

Zn2+ (ak) + 2 e- Zn (pe)


Cu2+ (ak) + 2 e- Cu (pe) Ag+ (ak) + e- Ag (pe)

-0.76 V
+0.34 V +0.80 V

Apakah maksud tanda + dan Esel ?

8.2.3 Pengukuran KEP


Perkara yang diberi perhatian:
Sel yang lengkap boleh diilustrasikan dalam sel rajah. Contoh: Pt (pe) | H2 (g), H+ (ak) || Cu2+ (ak) |Cu E= +0.34 V
Anod Terminal Negatif Pengoksidaan Titian Garam Katod Terminal Positif Penurunan

Sukatan keupayaan elektrod harus dijalankan tanpa mengambil kira arus elektrik supaya kepekatan larutan dalam setengah sel tidak berubah. Oleh itu, voltmeter berintangan tinggi digunakan. Nilai keupayaan elektrod piawai sesuatu elektrod atau setengah sel tidak bergantung kepada pekali stoikiometri persamaan.

8.2.3 Pengukuran KEP


Faktor-Faktor mempengaruhi KEP:
Kepekatan ionion berair Pembentukan ion kompleks Faktor-Faktor mempengaruhi KEP:

Tekanan

Suhu

pH Larutan

8.2.4 Rumus-Rumus berkaitan dengan KEP


Esel = E(terminal positif) E(terminal negatif) = E(katod) E(anod) = E(setengah sel di kanan) E(setengah sel di kiri) = E(setengah sel penurunan) E(setengah sel pengoksidaan)
Nota: Apabila menggunakan rumus di atas, tanda Esel haruslah dikekalkan dan tidak berubah.

8.2.4 Rumus-Rumus berkaitan dengan KEP


Beza keupayaan di antara dua setengah sel adalah berkaitan terus dengan perubahan tenaga bebas Gibbs , G untuk tindak balas keseluruhan. Jumlah kerja (tenaga elektrik) ialah hasil darab Esel, bilangan mol elektron dan pemalar Faraday. Maka, perubahan tenaga bebas piawai dalam sesebuah sel elektrokimia, di mana, n = bilangan mol elektron yang dipindahkan, = pemalar Faraday (96485 C mol-1) = KEP

G = -nFEsel

F Esel

8.2.4 Rumus-Rumus berkaitan dengan KEP


Hubungan antara KEP dengan pemalar keseimbangan ialah:
2.303RT log K nF 0.0591 log K E n di mana, Esel = KEP R = pemalar gas semesta (8.314 Jmol-1K-1) T = suhu mutlak n = bilangan mol elektron F = pemalar Faraday (96485 C mol-1) K = pemalar keseimbangan E

8.3 Keupayaan Penurunan Piawai


8.3.1 Definisi Keupayaan Penurunan Piawai

8.3.2 Siri Keupayaan Penurunan Piawai

8.3.3 Kegunaan Siri Keupayaan Penururunan Piawai

8.3.1 Definisi KPP


Sekiranya KEP bagi zink ialah -0.76 V, maka, Elektrod zink menjadi kutub negatif apabila bergabung dengan Elektrod Hidrogen Piawai. Perubahan Zn (pe) Zn2+ (ak) + 2eberlaku lebih mudah daripada perubahan H2 (g) 2H+ (ak) + 2e-. KEP bagi logam membolehkan kita membandingkan kekuatan logam sebagai agen penurunan. Maka, KEP juga dikenali sebagai KPP kerana mereka dirujukkan pada penurunan spesies yang lebih dioksidakan.

8.3.2 Siri KPP / Elektrokimia


Apabila semua sistem elektrod (sel-sel setengah) disusunkan mengikut tertib penambahan keupayaan elektrod piawai, suatu senarai yang disebut siri KPP/ KEP/ keupayaan redoks piawai diperoleh. Apabila semua unsur disusun dalam tertib KEP bertambah, ia dikenali sebagai siri elektrokimia. Apabila siri elektrokimia hanya melibatkan logam, maka ia dikenali sebagai siri elektrokimia logam/ siri reaktiviti logam.

8.3.2 Siri KPP / Elektrokimia

8.3.2 Siri KPP / Elektrokimia


Perkara yang diberi perhatian:
Semua ion yang terlibat dalam setengah sel ialah ion-ion berair. Tindak balas setengah sel ditulis dalam bentuk penurunan. Agen pengoksidaan berada di sebelah kiri persamaan setengah sel. Agen penurunan berada di sebelah kanan persamaan setengah sel.
Zn2+ + 2 eCu2+ + 2 eCl2 + 2 eFe3+ + eFe2+ + 2 eAgen pengoksidaan Zn Cu 2ClFe2+ Fe Agen penurunan

8.3.2 Siri KPP / Elektrokimia


Agen pengoksidaan paling lemah
Spesies lebih mudah membebaskan elektron (dioksidakan)

Agen penurunan paling kuat (E lebih negatif)


(Lebih reaktif)

Keupayaan agen pengoksidaan meningkat

Keupayaan agen penurunan menurun

Spesies lebih mudah menerima elektron (diturunkan)

Agen pengoksidaan paling kuat


(E lebih positif)

Agen penurunan paling lemah

8.3.3 Kegunaan Siri KPP/KEP/ Redoks


1. 2. 3. 4.
Membandingkan kekuatan agen pengoksidaan dan agen penurunan. Meramal kemungkinan tindak balas berlaku. Meramal kestabilan sesuatu ion akueus. Membina sel elektrokimia.

5.
6.

Mengira dge sesuatu sel.


Menentukan arah aliran elektron sesuatu sel ringkas.

Senarai Bibliografi
(A) Sumber daripada Buku:
Brown, T. L., LeMay, H. E., & Bursten, B. E. (2000). Chemistry: The Central Science (8th Ed.). New Jersey: Prentice Hall International Inc. Brady, J. E., Senese, F. A., & Jespersen, N. O. (2009). Chemistry (5th Ed.). New York: John Wiley & Sons (Asia) Pte. Ltd. Housecroft, C. E. & Constable, E. C. (2002). Chemistry (2nd Ed.). London: Pearson Education Limited. Lim, Y. S. (2001). Teks STPM Kimia Fizikal. Kuala Lumpur: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.. Loh, Y. L. & N. Siavaneson. (2004). STPM Physical Chemistry (Volume 2). Johor Darul Takzim: Penerbit Pelangi Sdn. Bhd. Norbani Abdullah, Latifah Abdol Latif, & Roslinda Ithnin. (1998). Kimia Fizikal Asas Matrikulasi. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Petrucci, R. H., Harwood, W. S., & Herring, F. G. (2002). General Chemistry: Principles and Modern Applications. Upper Saddle River, NJ: Prentice-Hall, Inc. Tan, Y. T. (2003). Kimia Fizik STPM. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Senarai Bibliografi
(B) Sumber daripada Internet:
Electromotive Force of Galvanic Cells. (t. t.). Didapatkan pada
8 Mac, 2013 daripada http://chemed.chem.wisc.edu/chempaths/GenChemTextbook/Electromotive-Force-of-Galvanic-Cells-700.html Electromotive Force (EMF). (t. t.). Didapatkan pada 8 Mac, 2013 daripada http://www.science.uwaterloo.ca/~cchieh/cact/c123/em f.html Siyavula. (t. t.). Standard electrode potentials. Didapatkan pada 8 Mac, 2013 daripada http://m.everythingscience.co.za/grade-12/04electrochemical-reactions/04-electrochemical-reactions04.cnxmlplus Tutor. (2002). Keelektromagnetan : Daya Gerak Elektrik dan Rintangan Dalam. Didapatkan pada 8 Mac, 2013 daripada http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=SPM& s=FZK&b=MEI&m=2&r=m&i=NOTA

Senarai Bibliografi
(C) Sumber daripada Kamus:
Ibrahim bin Hj. Ahmad, Azizah bt Surpadi, Saidah bt Kamin, Aziah bt. Tajudin, Salmah bt. Jabbar, Hariani Bt. Mohd. Khalid, & Rodziah bt. Abdullah. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Bahasa. Issacs, A., Daintith, J. & Martin, E. (1984). Concise Science Dictionary. Oxford: Market House Book Ltd. Issacs, A., Daintith, J. & Martin, E. (2003). Oxford Dictionary of Science. Oxford: Market House Book Ltd. Sharp, D. W. A. (2003). The Penguin Dictionary of Chemistry. England: Pengiun Books, Ltd.

Senarai Bibliografi
(D) Sumber daripada Ensiklopedia:
Ensiklopedia Pelajar Oxford-Fajar Bakti (Jilid 7). (1995).
Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti. Hussen, R. S. D., Mahat, N, Semaon, D., Saad, A., Ahamed, S. R., Yakuub, N. F., & Aziz, N. A. A. (2007). Ensiklopedia Umum Untuk Pelajar (Jilid 3). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Licker, M. D., et al. (2004). McGraw-Hill Concise Encyclopaedia of Chemistry. United States: McGraw-Hill Companies. Owen, et. al. (2000). The Hutchinson Encyclopaedia. Sheffield: Hellion Publishing.

Senarai Bibliografi
(E) Sumber daripada Jurnal:
Kleykamp, H. (2001). Thermodynamic Studies On Chromium Carbides By The Electromotive Force (emf) Method. Journal of Alloys and Compounds, 321, 138145. Didapatkan pada 8 Mac, 2013 daripada Elsevier http://144.206.159.178/FT/537/35292/605069.pdf Langhorne H. Brickwedde, & George W. V. (1938). Electromotive Force Of Saturated Weston Standard Cells Containing Deuterium Oxide. Journal of Research of the National Bureau of Standards, 20, 599 605. Didapatkan pada 8 Mac, 2013 daripada http://nvlpubs.nist.gov/nistpubs/jres/20/jresv20n5p599 _A1b.pdf Thelen, J. C. (2000). A Mean Electromotive Force Induced By Magnetic Buoyancy Instabilities. Astron. Soc, 315, 155 164. Didapatkan pada 8 Mac, 2013 daripada http://mnras.oxfordjournals.org/content/315/1/155.full. pdf

Sekian, Terima Kasih!! =)

Anda mungkin juga menyukai