Anda di halaman 1dari 37

Ulumul Hadis

HADIS DHAIF
Dibentang oleh : Muhammad Iqbal Muhammad Faidh Amnan
29 Julai 2013

DEFINISI HADIS
Bahasa : Berita dan baru Istilah : Segala perkataan, perbuatan , taqrir dan sifat yang disandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Hadith menurut ulama Hadis adalah sinonim dengan sunnah, iaitu segala perkara yang berasal dari Rasulullah S.A.W, baik sebelum masa kenabian dan setelah kenabian

DEFINISI HADIS DHAIF


3

Bahasa : Lemah, lawan kepada kuat Istilah : Hadis yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis Sahih dan juga

hadis Hasan.

SEBAB HADIS DHAIF LEMAH DARI SUDUT HUJAH


Sebab-sebab yang menyebabkan hadis itu lemah ialah: a) Tidak cukup syarat-syarat Sahih seperti: Perawinya pendusta, fasiq dan bidaah b) Terdapat kecacatan atau illat seperti : Perawinya mudallis, majhul dan mubham c) Periwayatannya kurang dhabit seperti: Perawi selalu melakukan kesilapan, kesalahan,seorang yang pelupa dan melakukan penyelewengan hadis

SAMBUNGAN...
5

Sanadnya tidak bersambung seperti: Gugur seorang atau lebih perawinya dalamrangkaiannya, gugur perawi dalam kalangan Sahabt atau Tabiin, perawinya majhuldan lain-lain. e) Terdapat kejanggalan atau syaz seperti: Matan yang menyalahi matan riwayat perawithiqah yang lain atau dalam rangkaian sanadnya terdapat perawi yang sepatutnyatidak ada dalam rangkaian sanad perawi yang thiqah.
d)

PEMBAHAGIAN HADIS
6

Ulama' telah membahagikan HADIS


DHAIF kepada 2 iaitu :
1.
2.

Dhaif pada Sanad


Dhaif pada Matan

DHAIF PADA SANAD


7

Terputusnya sanad sama ada sedikit @ banyak, sengaja @ tidak, dari awal sanad, pertengahan sanad @ akhir sanad ataupun wujudnya 'ilah yg menjejaskan hadis.
Terputus dengan jelas
DHAIF PADA SANAD

Terputus dengan sembunyi

Sambungan
8

Terputus yang jelas : ) 1. HADIS AL-MU'ALLAQ - ( iaitu hadis yang sanadnya terputus pada peringkat permulaan disebabkan gugurnya seorang perawi @ lebih hingga ke akhir sanad. ) 2. HADIS AL-MUGDHAL - ) hadis yang gugur pada rangkaian sanadnya 2 orang perawi @ lebih secara berturut-turut.

Sambungan
9

3. HADIS AL-MURSAL TABIE - ) ) Hadis yang sanadnya terputus selepas Tabiin ) 4. HADIS AL-MUNQATI' - ) Hadis yang terputus sanadnya dalam apa keadaan dan bentuk

Sambungan
10

Terputus yang tersembunyi :


) 1. HADIS AL-MURSAL AL-KHAFI ) ) 2. HADIS AL-MUDALLAS )

DHAIF PADA MATAN


11

) 1. HADIS MAQLUB - ) berlaku pertukaran ayat @ perkataan pada sanad @ matan ) 2. HADIS MUDHTHARIB - ) diriwayat dari banyak riwayat yang sama kuat tetapi bercanggah di antara satu sama lain. ) 3. HADIS AL-MUSHHAF - ) berlaku pertukaran kalimah kerana kesilapan membaca, menulis, mendengar dsb.

Sambungan
12

) 4. HADIS MUDRAJ - ) pertambahan unsur luar perawi pada sanad dan matan. Ia berlaku pada permulaan @ pertengahan @ penghujung matan. ) 5. HADIS MU'ALLAL - ) hadis yg mengandungi 'ilah tetapi tidak zahir. * Hadis yang diriwayatkan oleh perwi yang maqbul (diterima)/siqah (dipercayai) tetapi bercanggah dengan riwayat perawi-perawi yang lebih siqah daripadanya juga dikira dhaif pada matan.

HUKUM HADIS DHAIF


13

Menurut pendapat yang dipelopori oleh Ibn alArabi yang bermazhab Maliki, al-Bukhari, Muslim dan Ibn Hazm yang bermazhab Syafie: Tidak harus beramal dengan hadis Daif secara mutlak sama ada hadis itu berkaitan dengan perundangan atau hukum dan sama ada berkaitan dengan Fadail alAmali.

Sambungan
14

Menurut pendapat Imam Ahmad: Jika hadis tersebut berkaitan dengan galakan dan ancaman, kami tidak terlalu ketat mengenai sanadnya. Ini bermakna Imam Ahmad akan meriwayat hadis tersebut dengan menyebut semua perawinya jika tiada dalam rangkaian sanadnya perawi yang thiqah yang boleh digunakan sebagai hujah.

Sambungan
15

Imam Ahmad mengatakan lagi bahawa hadis Daif boleh digunakan untuk beramal dalam perkara berkaitan kelebihan amalan salih sahaja seperti: Kelebihan membaca al-Quran dan zikir. Menurut Imam Ahmad, jika hadis tersebut mengandungi kelebihan-kelebihan yang menunjukkan jumlah atau batasan tertentu dengan cara tertentu maka ia tidak dibolehkan. Ini adalah kerana menentukan amalan harus tidak sabit melalui dalil syarak.

Sambungan
16

Meriwayat dan beramal dengan hadis berkaitan galakan dan ancaman, bukan dalam perkara yang harus hendaklah beriktikad bahawa kadar pahala dan hukuman itu melihat kepada dalil syarak yang menjelaskan. Menurut pendapat Imam al-Nawawi dan Ibn Hajar al-Asqalani: Hadis Daif boleh dijadikan hujah dalam perkara yang berhubung dengan Fadail al-Amal, kisah-kisah, galakan dan ancaman serta seumpamanya.
Ulumul Hadis 23 Desember 2008

Sambungan
17

Hadis Daif tidak boleh dijadikan hujah syarak. Hadis ini tidak boleh digunakan sebagai dalil dalam perkara: Akidah dan hukum dasar. Antara lain juga, sememangnya hadis Daif berdasarkan sebab kedaifannya adalah banyak. Dalam kategori hadis Daif, Hadis Matruk adalah hadis yang paling rendah sekali taraf dan martabatnya.

Ulumul Hadis

23 Desember 2008

CONTOH HADITH DHAIF


18

Maksudnya: Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri.

Kedudukan Hadis: Hadis ini adalah hadis dhaif seperti yang telah dihuraikan oleh al Albani di dalam bukunya Silsilah al Ahadith al Dhaifah. Sebelum daripada al Albani, hadis ini juga telah didhaifkan oleh al Haithami.

Sambungan
19

Ulasan: Tidur selepas Asar belum dibuktikan kemudharatannya dari segi perubatan. Kalaulah sekiranya dapat dibuktikan dari segi perubatan bahawa perbuatan ini memberikan kesan kepada akal manusia, maka kita akan menyatakan bahawa ia dilarang berhujahkan kenyataan dari aspek perubatan tersebut dan bukannya berhujahkan hadis yang tidak sahih ini. Hadis dhaif dan palsu tetap tidak boleh dijadikan hujah atau dalil untuk melarang sesuatu perkara yang asalnya tidak dilarang.

Sambungan
20

Terdapat satu kisah berkaitan persoalan tidur selepas waktu Asar. Seorang imam fiqh dan hadis yang masyhur, al Laith bin Saad (175H) pernah ditegur oleh salah seorang rakannya kerana beliau mendapati al Laith tidur selepas Asar pada bulan Ramadhan. Rakannya itu membacakan hadis yang telah disebutkan di atas tadi (riwayat Ibnu Adi dalam buku al Kamil) sebagai hujah untuk menegur al Laith.

Sambungan
21

Apabila al Laith mendengar sanad hadis itu dibaca, maka beliau telah mengesan satu kecacatan dalam hadis tersebut iaitu terdapat periwayat bernama Abdullah bin Lahiah yang meriwayatkan hadis itu daripada periwayat bernama Aqil. Al Laith lalu berkata: Aku tidak akan meninggalkan perkara yang bermanfaat kepada diriku ini (tidur selepas Asar) hanya kerana hadis yang diambil dari jalan Ibnu Lahiah dari Aqil. Maksud al Laith ialah beliau tidak akan meninggalkan tidur selepas Asar yang bermanfaat baginya hanya kerana satu

CONTOH HADITH DHAIF


22

Maksudnya: Kebersihan itu separuh daripada iman. Kedudukan Hadis: Hadis ini telah dikritik dan dilabelkan sebagai hadis dhaif jiddan (sangat dhaif) oleh al Iraqi dan dinyatakan sebagai palsu oleh al Albani dengan lafaz yang hampir sama iaitu kebersihan itu menyeru kepada keimanan.

Sambungan
23

Ulasan: Telah disepakati oleh semua orang yang mempelajari tentang Islam melalui sumber utamanya iaitu Al Quran dan hadis sahih bahawa Islam memang mementingkan kebersihan. Tetapi tidak ada hadis yang menyatakan bahawaKebersihan itu separuh daripada iman. Kita perlu berhati-hati apabila menyebutkan sesuatu hadis dan tidak sekadar menyebutnya kerana maknanya bertepatan dengan ajaran Islam.

CONTOH HADITH DHAIF


24

Maksudnya: Sabar itu separuh daripada iman

Kedudukan Hadis: Menurut Ibn Rajab al Hanbali, ini adalah kata-kata sahabat dan bukan hadis Nabi SAw. Di antara yang menyebutnya sebagai hadis Nabi SAW ialah al Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumiddin. Menurut al Iraqi yang mengkaji hadis-hadis Ihya Ulumiddin, hadis tersebut adalah dhaif. Begitu juga dengan al Albani yang menyatakannya sebagai sangat dhaif. Menurut al Baihaqi dan al Zubaidi, kata-kata ini mauquf (kata-kata sahabat).

Sambungan
25

Ulasan: Memandangkan bahawa kata-kata ini adalah kata-kata sahabat dan melihat kepada maksudnya yang tidak menyalahi mana-mana asas dalam Islam, maka boleh diucapkan dan disebarkan kepada masyarakat. Apa yang perlu ialah menyatakannya sebagai kata-kata sahabat atau kata-kata hikmah dengan tidak menyatakannya sebagai hadis Nabi SAW.

Sambungan
26

Kita juga mesti mengutamakan ayat-ayat Al Quran yang menceritakan perihal kesabaran dan kepentingannya seperti ayat-ayat di dalam surah Luqman yang menceritakan nasihat Luqman kepada anaknya yang antara lainnya mengandungi nasihat supaya bersabar di atas segala ujian yang menimpa diri.

Sambungan
27

Begitu juga dengan hadis-hadis sahih yang menceritakan soal kesabaran dan pahala orang-orang yang sabar. Itu mesti didahulukan daripada kata-kata hikmah atau kata-kata sahabat agar masyarakat sentiasa memahami kewajipan mendahulukan Al Quran dan hadis sahih dalam kehidupan.

CONTOH HADITH DHAIF


28

Maksudnya: Kita telah pulang dari jihad yang kecil ( peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar/paling besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang paling besar? Rasulullah berkata: Jihad menentang hawa nafsu.

Sambungan
29

Kedudukan Hadis: Hadis ini telah dinilai sebagai hadis dhaif oleh Syuaib al Arnaouth ketika beliau menyemak hadis-hadis di dalam buku Jami al Ulum Wa al Hikam tulisan Ibn Rajab al Hanbali[35].Beliau telah mengambil pandangan Ibnu Hajar al Asqalani yang menyatakan bahawa kata-kata ini ialah katakata seorang ulama tabiin yang bernama Ibrahim Bin Ablah.

Sambungan
30

Menurut al Albani dalam Silsilah al Ahadith al Dhaifah: Munkar. Al Albani telah menukilkan kata-kata Ibnu Taimiyyah (728H) dalam Majmu al Fatawa: Tidak ada asalnya (hadis tersebut) dan tidak diriwayatkan oleh pakar-pakar yang mengetahui tentang kata-kata Nabi SAW dan perbuatan baginda. Dan memerangi orangorang kafir (jihad) adalah sebesar-besar amalan bahkan merupakan amalan yang terbaik yang dilakukan oleh seseorang

Sambungan
31

Ulasan: Hadis ini boleh menyebabkan sebahagian umat Islam tersalah anggap lantas memperkecilkan kefardhuan jihad dan keagungan pahala mereka yang berjihad sebagaimana yang telah disebutkan di dalam Al Quran dan hadis-hadis sahih. Hadis ini sering digunakan oleh mereka yang bercakap atas nama kesufian untuk menunjukkan betapa pentingnya jihad melawan kehendak hawa nafsu.

Sambungan
32

Tiada siapa yang menafikan perlunya kita melawan nafsu yang ingin mengajak ke arah maksiat dan sudah sedia ada di dalam hadishadis sahih tentang kepentingan mujahadah menentang kehendak nafsu ini seperti hadis Nabi SAW:

Maksudnya: Orang yang berjihad ialah yang berjuang menentang kehendak dirinya (yang buruk).

Sambungan
33

Tetapi hadis ini tidaklah sampai bermaksud seperti yang digambarkan oleh hadis palsu tadi sehingga ke tahap menjadikan peperangan itu kecil dan melawan nafsu lebih besar mengatasi segalanya. Firman ALLAH: Maksudnya : Orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad pada jalan ALLAH dengan diri mereka sendiri dan harta mereka lebih besar pahalanya (dari orang yang hanya memberikan harta dan tidak pergi ke medan peperangan) di sisi ALLAH dan itulah orang-

Sambungan
34

Di dalam Islam terdapat pelbagai jenis jihad dan di antaranya ialah jihad peperangan mempertahankan Islam daripada musuh, jihad dalam menuntut ilmu, jihad membangunkan ekonomi, jihad menentang hawa nafsu yang menjurus ke arah maksiat dan lain-lain lagi.

Sambungan
35

Namun begitu, hadis yang disebutkan tadi adalah dhaif atau lebih rendah kedudukannya dan kita dilarang menggunakan hadis sedemikian dalam menyatakan sesuatu hukum. Marilah kita menggunakan hadis-hadis sahih dalam menentukan sesuatu perkara atau hukum. Inilah perkara yang telah disarankan oleh para ulama sejak dahulu hingga kini.

36

AMALAN HADITH DHAIF DI MALAYSIA


1) Membaca Yasin Malam Jumaat Barang siapa membaca Surah Yaasin pada malam Jumaat, diampunkan baginya (akan dosa-dosanya) Periwayat hadis: Al-Ashfahani Status hadis: sangat lemah Sebab: Dalam sanadnya terdapat dua orang perawi yang bernama Aghlab bin Tamim dan Zaid bin Al- Harish.

SEKIAN,
TERIMA KASIH . . .

Anda mungkin juga menyukai