Anda di halaman 1dari 18

TAJUK 3: PELBAGAI FUNGSI LUKISAN

Disediakan oleh: Nurnajwa Arifah binti Mohd Yusof Hanaterah binti Husin 6PISMP PSV/PJ/PM

Luahan idea dan emosi

Bentuk dan makna

Berkomunikasi

Ilustrasi

Mengumpul dan menyampaikan maklumat

Pelbagai Fungsi Lukisan

Dokumentasi budaya dan sejarah

Mengumpul dan menyampaikan maklumat mengenai pelbagai fungsi lukisan


Definisi Lukisan
Hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan.

Lukisan sebagai komunikasi


Alat untuk berkomunikasi. Melalui lukisan orang ramai dapat memahami maksud yang hendak disampaikan oleh pelukis. Komunikasi visual ini akan menjadi paparan dari satu generasi ke generasi secara berterusan. Hasilan seni ini menjadi bahasa visual serta dapat difahami oleh semua masyarakat di dunia.

Lukisan sebagai luahan idea dan emosi

Luahan idea dan emosi seseorang pelukis. Idea dan emosi ini diterjemahkan dalam bentuk visual. Bagi kanak-kanak, aktiviti melukis dapat memberi kepuasan dalam meluahkan apa yang dilihat dan dialami dalam bentuk visual.

Hasil karya seorang kanak-kanak Iraq tentang pengalaman yang dilaluinya.

LUKISAN SEBAGAI BENTUK DAN MAKNA


Lukisan yang mempunyai makna mengenai sesuatu yang boleh diterima oleh masyarakat Sebagai contoh : lambang bintang dan bulan sebagai simbol agama islam. Bintang berbucu lima menandakan Rukun Islam terdapat 5 perkara.

Lambang wau bulan yang mempunyai maksud Sistem Penerbangan Malaysia ( MAS ) Wau digunakan kerana cirinya yang boleh terbang di udara

LUKISAN SEBAGAI ILUSTRASI


Menggambarkan dekoratif/unsur hiasan Memberi maklumat tentang sesuatu subjek atau objek secara terperinci Menyampaikan kritikan atau penerangan, bahan atau subjek dengan lebih jelas Pada zaman dahulu ilustrasi digunakan untuk merakam lagenda dan peristiwa bersejarah

LUKISAN SEBAGAI DOKUMENTASI BUDAYA DAN SEJARAH


Melalui lukisan orang ramai dapat mempelajari budaya sesuatu masyarakat. Lukisan juga boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi sejarah

Sebuah lukisan yang menggambarkan pertempuran di antara tentera Feringgi dan pahlawan melayu/Islam

Melalui lukisan ini kita dapat tahu budaya sesuatu kaum

SEKIAN, TERIMA KASIH.