Anda di halaman 1dari 42

SYIRIK, KUFUR & RIDDAH

SYIRIK

Definisi
Dari istilah Syarika Bahasa- berkongsi atau mengambil bahagian, yang bermakna menjadi teman atau rakan kongsi. Istilah syarak - menyembah berhala -menyekutukan makhluk lain dengan pencipta maka ia dianggap musyrik (politheist)

Definisi syirik di dalam al-Quran


DOSA BESAR

48. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar. (annisa)

KEZALIMAN BESAR

13. Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar". [Surah luqman:13]

KEJAHILAN BESAR

138. dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum Yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan Yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata: "Wahai Musa buatlah untuk Kami suatu Tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan". Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu ini adalah kaum Yang jahil.

Jenis Syirik

BESAR

KECIL

mengharapkan sesuatu kepada selain Allah yang tidak kuasa melakukannya

menyembah sesuatu yang lain (seperti berhala) yang dianggap sebagai tuhan

memalingkan sesuatu bentuk ibadah kepada selain Allah

Termasuk juga takut kepada orang-orang yang telah mati, jin atau syaitan, meyakini bahawa mereka boleh mernbahayakan atau memberi mudharat

SYIRIK BESAR
boleh menyebabkan murtad menjadikannya kekal di dalam neraka, jika ia meninggal dunia dan belum bertaubat daripadanya

Allah berfirman
Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudharatan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berkata, Mereka itu adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah. (Yunus: 18)

tidak menjadikan pelakunya keluar dari agama Islam

mengurangi (mencemarkan) tauhid dan merupakan perantara (wasilah) kepada syirik besar

Syirik Kecil

NYATA (ZAHIR)

TERSEMBUNYI (KHAFI)

Syirik Nyata (Zahir):


Iaitu syirik yang dalam bentuk ucapan dan perbuatan. Dalam bentuk ucapan misalnya, bersumpah dengan nama selain Allah. Rasulullah bersabda:

Barangsiapa bersumpah dengan nama selain Allah, maka ia telah berbuat kufur atau syirik. (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan dihasankannya, serta dishahihkan oleh alHakim)

Adapun yang berbentuk perbuatan adalah seperti memakai kalung atau benang sebagai pengusir atau penangkal mara bahaya, jika ia berkeyakinan bahawa perbuatannya tersebut merupakan sebab-sebab pengusir atau penangkal mara bahaya, maka ia termasuk syirik kecil. Sebab Allah tidak menjadikan sebab-sebab (hilangnya mara bahaya) dengan hal-hal tersebut. Sedang ia berkeyakinan bahawa halhal tersebut boleh menolak atau mengusir mara bahaya, maka ia adalah syirik besar, sebab ia bererti meletakkan kebergantungan diri kepada

Syirik tersembunyi (Khafi):


Iaitu syirik dalam hal keinginan dan niat, seperti ingin dipuji orang (riya) dan ingin didengar orang (sumah). Seperti melakukan suatu amal tertentu untuk mendekatkan diri kepada Allah, tetapi ia ingin mendapatkan pujian manusia. - contoh: membaikkan solatnya atau bersedekah agar dipuji dan disanjung kerananya. Jika riya itu mencampuri (niat) suatu amal, maka amal itu menjadi tertolak.

Allah berfirman:
Maka barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Rabbnya maka hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia berbuat syirik sedikit pun dalam beribadah kepada Rabbnya. (Al-Kahfi: 110) Yang paling aku takuti atas kalian adalah syirik kecil. Mereka bertanya, Wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu? Beliau menjawab, Iaitu riya. (Hadis Riwayat Ahmad, ath-Thabrani dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah)

Kesan-kesan Syirik
a) Penghinaan ke atas manusia Syirik merupakan penghinaan terhadap kemuliaan manusia dan penurunan martabat serta kedudukannya. Sesungguhnya Allah menjadikan manusia sebagai khalifah-Nya. Oleh itu manusia tidak perlu takut, tunduk atau menyembah sesama makhluk.
Firman Allah dalam Al-Quran: Dengan ikhlas kepada Allah, tidak menyengutukan sesuatu dengan Dia, barangsiapa menyengutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh. (AlHajj:31)

b)Sumber ketakutan Syirik adalah sumber ketakutan dan kegelisahan. Apa yang berlaku dalam masyarakat kita terjadinya ketakutan kepada kubur, wali-wali, pokok besar, jin-jin dan kepada sesuatu yang lain. Ini semua adalah kepercayaan yang tidak berasas dan dilarang oleh Islam. Firman Allah dalam ayat 151 surah Ali-Imran: Akan Kami masukkan ke dalam hati orang-orang kafir rasa takut disebabkan mereka menyengutukan Allah dengan sesuatu sedangkan Allah sendiri tidak menurunkan keterangan tentang itu. Tempat kembali mereka adalah neraka dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang yang zalim.

c) Melemahkan jiwa Syirik mengajar penganutnya berserah diri dan bertawakkal kepada sesuatu yang lain daripada Allah. Ini akan menyebabkan seseorang itu akan lemah pergantungannya kepada Allah, sedangkan segala sesuatu yang lain tidak mempunyai sebarang kuasa pun melainkan dengan izin Allah. Firman Allah : Dan mereka sembah selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat memudharatkan mereka dan tidak dapat memberikan manfaat kepada mereka. Tetapi mereka berkata, Mereka itu penolong-penolong kami pada sisi Allah. Katakanlah, Apakah kamu mahu terangkan kepada Allah apa yang (kononnya) Dia tidak tahu (tentang) di langit-langit dan di bumi?. Maha Suci Allah dan Dia Maha Tinggi daripada apa yang mereka sekutukan. (Yunus : 18).

d) Akibat yang buruk di Akhirat Rasulullah SAW mengingatkan kepada umatnya agar menjauhi perbuatan syirik kerana perbuatan tersebut balasannya adalah neraka.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Barangsiapa yang berjumpa dengan Allah (meninggal dunia) dalam keadaan syirik kepada Allah dengan sesuatu maka dia akan memasuki neraka (Riwayat Bukhari)

KUFUR

DEFINISI KUFUR
BAHASA : Menutupi Istilah : Kufur adalah tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, baik dengan mendustakannya atau tidak mendustakannya

JENIS JENIS KUFUR

Kufur hakikat
Kufur hakikat bermaksud ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah.

Kufur Takzib
Kufur Takzib, iaitu mendustakan ayat-ayat Allah atau hadis-hadis Rasulullah s.a.w. seperti firman Allah : Dan siapakah yang lebih zalim daripada orangorang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah atau mendustakan kebenaran tatkala yang haq itu datang kepadanya? Bukankah dalam neraka Jahanam itu ada tempat bagi orang-orang yang kafir? (Al-Ankabut: 68)

Kufur Ibawa Istikbar


Iaitu kufur kerana enggan dan takabbur terhadap kebenaran walaupun ia mengakui kebenaran tersebut. Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat, tunduklah kamu kepada adam. Lalu mereka tunduk kecuali iblis; ia enggan dan takkabur, dan adalah ia termasuk orang-orang kafir. (Al-baqarah: 34)

Kufur Syak atau Kufur Zann


Iaitu kufur ragu terhadap Hari Kiamat. Ini seperti ucapan orang kafir yang Allah

kisahkan di dalam
Dan ia memasuki kebunnya, sedang ia zalim terhadap dirinya sendiri; ia berkata, Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya, dan aku tidak mengira Hari Kiamat itu akan datang, dan jika sekiranya aku dikembalikan kepada Rabbku, niscaya akan kudapati tempat kembali yang lebih baik daripada kebun-kebun itu. Temannya (yang mukmin) berkata kepadanya sedang dia bercakap-cakap dengannya, Apakah engkau kafir kepada (Rabb) yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air mani,

kemudian Dia menjadikan kamu seorang laki-laki yang sempurna? Tapi aku (percaya
bahawa) Dialah Allah Rabbku dan aku tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatupun. (Al-Kahfi: 35-38)

Kufur I`rad
Kufur kerana berpaling daripada peringatan allah. Di antara dalilnya ialah firman allah di dalam surah al-ahqaf ayat 3. Dan orang-orang kafir itu berpaling dari peringatan yang disampaikan kepada mereka.

Kufur Nifaq
Kufur kerana menzahirkan keislamannya dengan lisan tetapi tidak melaksanakan ajaran islamnya dengan hati dan amalan. Yang demikian itu adalah kerana mereka beriman (secara lahirnya, lalu kafir (secara batinnya)), kemudian hati mereka dikunci mati, kerana itu mereka tidak dapat mengerti. (Al-Munafiqun: 3)

Kufur kecil / nikmat


Kufur kecil iaitu kufur yang tidak menjadikan pelakunya keluar dari agama Islam, dan ia adalah kufur amali (perbuatan). Kufur amali ialah dosa-dosa yang disebutkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah sebagai dosa-dosa kufur, tetapi tidak mencapai darajat/ke tahap kufur besar.

Seperti kufur nikmat, sebagaimana yang disebutkan dalam firman-Nya, Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang kafir. (An-Nahi: 83)

Termasuk juga membunuh orang muslim, sebagaimana yang disebutkan dalam sabda Nabi , Mencaci orang Islam adalah suatu kefasikan dan membunuhnya adalah suatu kekufuran. (Hadis Riwayat alBukhari dan Muslim)

KESAN KUFUR
Kufur menyebabkan iman terbatal dan perbuatan yang boleh menimbulkan kebencian orang lain Kesucian agama islam juga akan tercemar dan masyarakat akan hidup dalam keaadaan yang tidak baik Pegangan masyarakat Islam terhadap agama Islam menjadi lemah sekaligus menyebabkan umat Islam dipandang hina oleh dunia

RIDDAH

PENGERTIAN RIDDAH
Perkataan murtad berasal daripada bahasa Arab, iaitu riddah atau irtidad. Dari sudut bahasa, riddah bermaksud kembali daripada

sesuatu kepada selainnya.


Secara istilah riddah bererti kembali daripada Islam kepada kufur sama ada dengan niat, atau dengan perbuatan kufur atau dengan perkataan sama ada dalam bentuk penghinaan, penderhakaan atau iktikad

Dalam bahasa Melayu, Kamus Dewan mendefinisikan riddah

sebagai perbuatan keluar daripada agama Islam, sama ada melalui


perbuatan, perkataan, atau niat. Begitu juga dengan kata irtidad dalam bahasa Arab yang

mempunyai maksud yang sama, iaitu kembali. Ia berasal daripada


kata kerja irtadda, bemaksud kembali ia, mundur ia, murtad ia. (Kamus al-Marbawi)


Dan janganlah kalian kembali (lari) ke belakang (karena takut kepada musuh) maka kalian menjadi orang-orang yang merugi. (Al Maidah: 21)

BAGAIMANA MURTAD BOLEH TERJADI?

MURTAD MELALUI ITIQAD MURTAD MELALUI PERKATAAN MURTAD MELALUI PERBUATAN

MURTAD MELALUI ITIQAD


Mengingkari Allah Taala dan menafikan sifat-sifat wajib bagi Allah. Menetapkan perkara yang mustahil bagi Allah. Mendustai malaikat, kitab-kitab, Rasul-rasul, hari akhirat. Beritiqad bahawa al-Quran tidak syumul dan

mendakwa dapat mengadakan seumpama al-Quran.

MURTAD MELALUI ITIQAD


Beritiqad bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu dusta daripada apa yang ia bawa. Mengitiqadkan halalnya sesuatu yang telah ijmak ulama haramkan.

MURTAD MELALUI PERKATAAN


Bersumpah dengan selain daripada agama Islam. Dari Tsabit bin Dhahak bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Barangsiapa yang bersumpah dengan selain agama Islam secara sengaja dengan berdusta, dia seperti

yang dia katakan." [HR.Bukhari, Muslim, Abu Dawud,


Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Majah].

MURTAD MELALUI PERKATAAN


Memaki Allah, memaki al-Quran, memaki Rasul atau salah seorang dari nabi-nabi sama ada dengan bergurau atau bersungguh-

sungguh.

*
Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu) tentulah mereka akan menjawab: Sesungguhnya kami hanya bersenda gurau dan bermain-main saja. Katakanlah: Apakah terhadap Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kalian berolok-olok? Tidak usah kalian meminta maaf, karena sungguh kalian telah kafir sesudah beriman. (At Taubah: 65-66)

MURTAD MELALUI PERBUATAN


Membantu kaum kafir memusuhi muslimin

Syirik dalam beribadah kepada Allah

Mewujudkan perantara antara dia dan Allah

Mempelajari sihir dan mengajarkanny a

OLEH:

EMILYZA FAZLIANA
NUR FAZIRIN

RABIATUL ADAWIYAH