Anda di halaman 1dari 14

Disediakan oleh : NurNadhirah binti Khairazmy Nur Shafiqah Nadhira bt Ahmad Puad

DEFINISI DRAMA
KAMUS DEWAN EDISI KE-4: drama yang dipersembahkan oleh pelakon di atas pentas Drama ialah alat yang unggul untuk membolehkan murid bertutur dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dirancang. Diana Morrone: drama merupakan alat untuk melibatkan murid dan membuat pembelajaran lebih bermakna Drama ialah sejenis cereka yang berbentuk lakonan, selalunya dipentaskan.

Dramatik adalah jenis karangan yang dipertunjukkan dalan suatu tingkah laku, mimik dan perbuatan

Drama which is a Greek word meaning to act or to perform. Drama is referred to an invitation of action

Drama berasal daripada perkataan dran (Greek) yang bermaksud melakukan atau melakonkan

Merupakan gambaran hidup manusia yang dicipta oleh pengarang melalui daya imaginasi, fantasi dan pengalaman hidupnya

Menurut Aristotle, drama ialah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran

Dalam buku The American College Dictionary, drama didefinisikan sebagai karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog, pantomin atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan

Mengikut Oxford Dictionary, drama sebagai komposisi prosa boleh disesuaikan untuk diaksikan di atas pentas yang ceritanya disampaikan melalui dialog dan aksi, dan dipersembahkan dengan bantuan gerak, kostum dan latar hiasan seperti kehidupan yang sebenar

Jenis-jenis Drama

JENIS DRAMA Drama Baru / Drama Moden

HURAIAN drama yang memiliki tujuan untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat yang umumnya bertema kehidupan manusia sehari-hari drama khayalan yang umumnya menceritakan tentang kesaktian, kehidupan istana atau kerajaan, kehidupan dewa-dewi, kejadian luar biasa, dan lain sebagainya. Drama ini memaparkan kisahnya dalam bentuk lucu dan menghiburkan. Ceritanya serius, tetapi disampaikan dalam bentuk kelucuan oleh watakwataknya. Drama komedi mengutarakan kisah hidup seharihari dengan pelbagai peristiwa lucu yang boleh menyebabkan penonton ketawa. Drama ini selalunya digunakan untuk menyindir masyarakat. drama yang ceritanya tentang kemalangan dan kesedihan. drama yang ada unsur-unsur sedih dan ada lucu drama yang mengandungi muzik dan nyanyian drama yang ditampilkan dalam bentuk gerakan

Drama Lama / Drama Klasik

Drama Komedi

Drama Tragedi Drama Tragedi Komedi Drama Opera Drama Pantomin

JENIS DRAMA Drama Sejarah

HURAIAN drama yang menyajikan kisah sejarah dengan tokoh dan peristiwanya. drama yang mengeksploitasi kesedihan atau penderitaan. Jenis drama ini banyak disajikan dalam sinetron bersambung di televisyen. drama yang menahan perhatian penonton dengan suspens/ ketegangan, baik yang berasal dari tindak kriminal atau makhluk ghaib drama yang banyak menampilkan adegan konfrontasi baik dengan sedikit atau banyak thriller, dengan seting tradisional, moden, mahupun diksi ilmiah

Melodrama

Drama Misteri

Drama aksi

Untuk memberi inspirasi kepada penonton

Untuk melibatkan penonton Untuk menghiburkan penonton

Untuk menggerakkan masyarakat

FUNGSI DRAMA

Untuk maklumkan kepada penonton

Untuk meningkatkan kepekaan penonton

Untuk menyedarkan penonton

CIRI-CIRI DRAMA
prosa moden yang dihasilkan sebagai naskhah untuk dibaca dan dipentaskan Naskhah drama boleh berbentuk prosa atau puisi Teks berbentuk dialog : terdiri daripada dialog yang disusun oleh pengarang dengan watak yang diwujudkan. Pemikiran dan gagasan pengarang disampaikan melalui dialog watakwataknya.

Konflik : unsur penting dalam drama. digerakkan oleh watak-watak dalam plot, elemen penting dalam sesebuah skrip Sebuah skrip yang tidak didasari oleh konflik tidak dianggap sebuah drama yang baik.

Gaya bahasa dalam sesebuah drama juga penting kerana ia menunjukkan latar masa dan masyarakat yang diwakilinya, sekali gus drama ini mencerminkan sosiobudaya masyarakat yang digambarkan oleh pengarang.

ELEMEN-ELEMEN DRAMA
Tema/Pemikiran: Tema ialah idea atau persoalan pokok yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan inti pati cerita. Persoalan pokok ini merupakan gagasan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam skripnya Plot: Plot adalah struktur drama yang dibina melalui dialog dan aksi setiap watak. Dialog terbina melalui kata-kata atau bahasa

Latar: Latar dalam drama penting dijelaskan, tetapi perincian latar dalam drama adalah terhad. Ia hanya perlu untuk tujuan pementasan untuk menjelaskan tentang tempat dan masa, cukup untuk memberikan panduan kepada pembaca atau penonton Babak: Bahagian dalam drama yang menjelaskan peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat dan masa disebut babak. Pertukaran latar tempat dan masa membawa perubahan babak.

Adegan: Adegan merupakan pecahan dalam sesuatu babak yang menjelaskan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat tetapi pada masa yang berbeza.

GAYA BAHASA DRAMA KANAK-KANAK


Terbina daripada dialog dan aksi. bahasa yang ringkas, padat dan mudah difahami Gaya bahasa yang baik : memberikan latar zaman, masyarakat dan tempat. Dialek sesuatu daerah boleh digunakan oleh sesuatu watak untuk menghidupkan lagi perwatakannya, tetapi pastikan yang pembaca dan penonton dapat memahami dialek tersebut. Watak yang gagal mengucapkan dialog kuat, humor dan menarik akan sukar menarik perhatian penonton. pemilihan diksi, ayat atau unsur bahasa penting dalam mengekalkan keinginan pembaca dan penonton sesebuah drama.

RUJUKAN
(________). (2012). Jenis Drama & Contohnya. http://id.shvoong.com/humanities/film-and-theaterstudies/2266696-jenis-drama-dan-contohnya/. Diakses pada 29 Julai 2012. (________). (2008). Arti Definisi / Pengertian Drama Dan Jenis / Macam Drama - Pelajaran Bahasa Indonesia. http://organisasi.org/arti-definisi-pengertian-drama-dan-jenismacam-drama-pelajaran-bahasa-indonesia. Diakses pada 29 Julai 2012 http://www.oppapers.com/essays/Drama/687212 BIMBINGAN BERKARYA - MENULIS SKRIP DRAMA. http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsection s&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID =&Page=1