Anda di halaman 1dari 28

Bab 1

Asas Kepada Perdagangan

1.1 Keperluan dan kehendak manusia

Keperluan dan kehendak manusia mestilah dipenuhi untuk meneruskan hidup. Manusia perlu berusaha mencari rezeki untuk memenuhi keperluan dan kehendak.

Maksud Keperluan
Keperluan bermaksud kepentingan asas yang manusia perlukan untuk meneruskan kehidupannya

Keperluan asas
Keperluan

Keperluan lain

Keperluan Asas
Keperluan asas ialah keperluan fisiologi manusia iaitu makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Keperluan asas perlu dipenuhi oleh manusia untuk meneruskan kehidupan.

Keperluan Lain Keperluan lain merupakan perkara asas tambahan yang diperlukan oleh manusia untuk hidup lebih selesa dan sempurna. Contoh : pendidikan, perubatan, bekalan air dan elektrik, pengangkutan dan sebagainya.

Maksud kehendak

Kehendak bermaksud perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup dengan lebih mewah, puas dan melambangkan status.

Perbezaan antara keperluan dengan kehendak


Keperluan manusia
Mesti dipenuhi untuk terus hidup Sama untuk semua orang Keperluan manusia terhad Tuntutan semulajadi Mengikut peringkat - Maslow

Kehendak manusia
Untuk hidup dengan lebih selesa Berbeza ikut taraf hidup

Kehendak manusia tidak terbatas


Dari persekitaran dan pengalaman hidup Tiada keutamaan

Hierarki Keperluan Maslow


Abraham Maslow telah bahagikan keperluan manusia kepada 3 tahap iaitu fisiologi, sosial dan rohani.
Keperluan rohani

Keperluan sosial

Keperluan fisiologi

Ada 2 keperluan fisiologi : Keperluan asas - udara, makan, minum, tidur, rehat, kesihatan Keperluan keselamatan - perlindungan, pakaian, tempat tinggal Ada 2 keperluan sosial : Keperluan kasih sayang - persahabatan, keluarga Keperluan penghargaan - pujian dan sanjungan
Keperluan rohani adalah tahap paling tinggi - agama, capai cita-cita - juga dipanggil sempurna kendiri

1.2 Pengeluaran

Aktiviti menghasilkan barangan untuk memenuhi keperluan dan kehendak

Proses mencipta nilai faedah

Jenis nilai faedah

Nilai faedah bentuk

Nilai faedah tempat

Nilai faedah masa

Nilai faedah milikan

Nilai faedah bentuk Mengubah bentuk sesuatu keluaran supaya menjadi lebih berguna. Nilai faedah tempat Memindahkan barang ke tempat yang mempunyai permintaan. Nilai faedah masa Menyimpan barang sehingga barang itu diperlukan. Nilai faedah milikan Tukar milik barang kepada yang lebih memerlukan.

Jenis pengeluaran Pengeluaran langsung - pengeluaran tanpa mendapat bantuan daripada pihak lain
Pengeluaran tak langsung - pengeluaran yang memerlukan bantuan daripada pihak lain

Cabang Pengeluaran
Pengeluaran

Perusahaan

Perdagangan

Khidmat langsung

Ekstraktif Perilangan Pembinaan

Perniagaan Bantuan perniagaan

Perusahaan Usaha mendapatkan bahan mentah dan menukarkan bentuknya kepada barang siap.

Industri Ekstraktif Aktiviti menghasilkan bahan mentah dari bumi dan laut seperti perlombongan dan perikanan. Industri Perkilangan Aktiviti memproses dan menukar bahan mentah menjadi barang separuh siap dan bahan siap.
Industri Pembinaan Aktiviti menggunakan barang separuh siap dan barang siap untuk dipasang dan dibina.

Perdagangan Aktiviti mengagihkan bahan mentah, barang separuh siap dan barang siap daripada pengeluar kepada pengguna terakhir.
Perniagaan Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan. Bantuan Perniagaan Aktiviti untuk menjalankan operasi perniagaan seperti pengangkutan, pergudangan dan sebagainya.

Khidmat Langsung Meliputi semua perkhidmatan peribadi yang diberikan kepada pengguna.

1.3 Faktor Pengeluaran Faktor pengeluaran terdiri daripada tanah, buruh, modal dan usahawan

Faktor pengeluaran

Tanah

Buruh

Modal

Usahawan

Tanah, buruh, modal dan usahawan


Tanah - sumber atau bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran Buruh - terdiri daripada pekerja yang terlibat dalam pengeluaran Modal - terdiri daripada alat-alat, mesin dan jentera yang digunakan untuk membantu proses pengeluaran Usahawan - ejen yang menggabungkan faktor tanah, buruh dan modal untuk menghasilkan sesuatu keluaran

Perbezaan antara peniaga dengan usahawan


Peniaga Skop aktivitinya terhad kepada menjual dan membeli sahaja Mementingkan keuntungan Usahawan Skop aktivitinya luas, iaitu mencipta, memulakan dan mewujudkan sesuatu Mengutamakan sumbangan dan bakti kepada masyarakat dan negara Skala operasinya kecil padaperingkat permulaan danperpotensi untuk maju

Skala operasinya kecil dan kaedah pengurusan statik

Peranan Usahawan
Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat Menyumbang terhadap pembangunan ekonomi Mewujudkan peluang pekerjaan Meningkatkan taraf hidup masyarakat Penemuan ciptaan baru dalam bidang teknologi

Ciri Usahawan
1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) 12) 13) Kreatif - berupaya mencipta Inovatif - boleh mengubah suai Berani menghadapi risiko Berkebolehan mengurus Rajin Yakin Berjimat Tabah Berusaha Bertanggungjawab Berpandangan jauh Bijak merebut peluang Membuat keputusan yang bijak

Jenis Pengkhususan

Jenis pengkhususan

Profesion

Proses

Kawasan

Antarabangsa

Pengkhususan mengikut Profesion Setiap individu melakukan satu jenis pekerjaan sahaja mengikut kebolehan dan bakat mereka. Contoh : doktor, polis, guru

Pengkhususan mengikut Proses Proses pengeluaran di kilang dibahagikan kepada beberapa bahagian / proses. Setiap kendalian dilakukan oleh pekerja yang mahir dalam kendalian itu. Contoh : pasang pintu, pasang kusyen, sembur cat.

Pengkhususan mengikut Kawasan Setiap kawasan menghasilkan barang tertentu berdasarkan kelebihan atau keistimewaan yang terdapat di kawasan tersebut. Contoh : Pontian nanas, Kedah padi Pengkhususan mengikut Antarabangsa Setiap negara mengeluarkan barang yang berbeza-beza. Contoh : Brunei minyak, Jepun barang elektronik, Malaysia hasil pertanian

Kelebihan dan Kekurangan Pengkhususan


Kelebihan
Meningkatkan pengeluaran Menggalakkan pengeluaran besar-besaran Meningkatkan kualiti Mengurangkan kos buruh dan kos seunit barang Jimat masa dan tenaga kerana guna mesin Meningkatkan peluang pekerjaan

Kekurangan Pekerja mudah bosan Hanya mahir dalam satu proses pengeluaran Tidak kreatif Kos beli mesin mahal Boleh tergendala jika satu proses terhenti Kos latih pekerja mahal Pengangguran naik kerana banyak guna mesin

1.5 Sistem Barter


Sistem barter bermaksud pertukaran barang dengan barang. Sistem barter tidak gunakan wang

Syarat sistem barter Wujud kemahuan serentak, iaitu kedua-dua pihak setuju menukarkan barang masing-masing.
Kedua-dua pihak mesti ada lebihan barang.

Syarat Sistem Barter


Sukar mendapatkan kemahuan serentak Sukar tetapkan nilai barang Sukar tetapkan kadar pertukaran

Sukar membahagi barang contohnya barang hidup


Barang tidak tahan lama Sukar mengangkut barang- jika saiz besar/banyak

Anda mungkin juga menyukai