Anda di halaman 1dari 26

BAB 3: PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 5

Arca merupakan karya seni bersifat 3 dimensi. Arca mempunyai jisim dan ia lebih kepada reka bentuk senibina. Permukaan arca boleh dirasa, dilihat dari pelbagai sudut. Seorang pereka arca dipanggil Arcawan.

Arca berasal dari perkatan Yunani Purba sculpere yang bermaksud satu proses menebuk, mengukir, melarik, mencungkil dan menggores.

Sejarah penemuan terawal seni arca terjumpanya arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat yang dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magdalenia pada 800SM. 2. Bukti sejarah membuktikan arca telah dihasilkan sejak zaman tamadun lama seperti Mesir, Yunani, Mesopatamia, China dan India. 3. Arca yang dihasilkan pada masa itu berbentuk boneka dan menggunakan bahan pelbagai.

4. Di Eropah - hasil penemuan arca terawal berbentuk patung kecil Cycladic berupa figura manusia dijumpai disebuah pulau di Laut Aegen 4500 tahun yang lalu. 5. Zaman Renaissance arca David dihasilkan oleh Michealangelo. 6. Di Malaysia, kaum asli Mah Meri dan Jah Hut di Pahang popular dengan hasil arca ukiran patung yang berunsur magis yang ebrkait rapat dengan kepercayaan mereka. 7. Antara arcawan tempatan ialah Abdul Latiff Mohidin, Anthony Lau, Syed Ahmad Jamal, Bayu Utomo Radjikin.

Mementingkan unsur ruang dan bentuk dan imbangan. Dalam proses menghasilkan arca, prinsip rekaan imbangan, pergerakan, harmoni, penegasan dan kepelbagaian hendaklah diambilkira.

1. Arca Berfungsi arca yang dihasilkan mempunyai fungsi tertentu. Contohnya: arca patung untuk tujuan keagamaan, alatan permainan di taman untuk permainan kanak-kanak,Tugu Negara dibina untuk memperingati jasa pahlawan negara yang terkorban memperjuangkan negara.

2. Arca Estetik - arca yang dihasilkan unrtuk diperagakan atau dinikmati keindahannya sahaja. Bentuknya boleh abstrak, bebas dan realistik. Ia mempunyai nilai intelek yang tinggi untuk difahami. Contoh arca estetik : Bujang Berani dihasilkan oleh artis Bayu Utomo Radjikin. Bahan logam.

1. Arca Luakan - dihasilkan dengan membuang, memotong, atau mengurangkan bahagian-bahagian tertentu. Teknik arca jenis ini banyak digunakan sejak zaman pra sejarah. Bahan yang digunakan seperti tanah liat, mar-mar, plaster of paris, bongkah kayu dan bahan -bahan lain yang mudah di ukir atau diluakan.

Arca Binaan

Dihasilkan samada dengan

kerangka atau tidak berkerangka. Bahan yang digunakan spt kayu, batu simen, logam, dawai, keluli dan sebagainya.

Arca Acuan Mempunyai acuan tertentu mengikut ciptaan pengarcanya. Bahan yang digunakan POP, simen, lilin, tanah liat.

Arca Dinding Arca ini adalah gabungan catan dan arca. Boleh diletakan diatas meja, diatas permukaan dinding. Bahan yang digunakan spt logam, kayu. Menggunakan teknik paku, lekat, tampal atau gantung. Cthnya: Arca Langkawi karya Abdul Latiff Mohidin (1977).

. Arca Mobail/Kinetik/Bergerak - Arca yang berupaya untuk bergerak, beruputar atau berubah. - Bahan yang digunakan spt kepingan logam, aluminium dan bahan yang ringan. - Alexander Calder adalah pelopor arca bergerak pada tahun 1930an.

. Arca Timbulan - Arca 3D - Banyak terdapat dizaman Tamadun Mesir Purba. - Bahan spt batu kapur

Arca Asemblaj atau Stabil


Cantuman secara kasar bahan-bahan terpakai atau terbuang. Dikenali juga sebgai arca barangan buruk. Cth: Arca asemblaj bertajuk Bicycle Wheel karya Marcel Duchamp .

Arca Gabungan Arca gabungan/campuran berbentuk instalasi. Ia adalah gabungan disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj.