Anda di halaman 1dari 7

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

DEFINISI BIMBINGAN
Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.

Apa itu Kaunseling?


Umum: Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan masalah pada dirinya.

MATLAMAT KAUNSELING
Memudahkan perubahan tingkah laku Meningkatkan keupayaan klien memula dan meneruskan perhubungan Membantu keberkesanan klien menguruskan diri (coping) Menggalakkan proses membuat keputusan Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien

PERINGKAT PERINGKAT KAUNSELING


Menurut Brammer (1973) terdapat beberapa fasa dalam proses kaunseling: 1.FASA PERTAMA: Sebelum proses kaunseling 2.FASA KEDUA: Semasa proses kaunseling 3.FASA KETIGA: Selepas proses kaunseling

KAUNSELING INDIVIDU
Muhd Mansur Abdullah (1993) :Kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, hubungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri. Kamaruzaman Jamal (1999) : Kaunseling individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia menolong untuk menyelesaikan konflik, atau pertikaian yang belum diselesaikan.

KAUNSELING KELOMPOK
Zuraidah (1996;2004) : Kaunseling kelompok adalah satu pendekatan yang boleh digunakan oleh kaunselor terlatih untuk memberi pertolongan berkesan kepada beberapa orang individu biasa yang sedang menghadapi masalah seharian yang normal dalam satu jangka masa yang sama. Menurut beliau, pendekatan ini mempunyai objektif yang sama dengan kaunseling individu tetapi meliputi interaksi kaunselor dengan lebih individu.