Anda di halaman 1dari 14

UJIAN DAYA TAHAN OTOT

AHLI KUMPULAN
INSAN ZAFRI OTHMAN

D20112052175

Ujian Bangkit Tubi Satu Minit

Objektif : Ujian ini menilai daya tahan otot

abdomen dan dijalankan selama satu minit. Peralatan dan kemudahan : Jam randik, tilam latihan, pembantu.

Prosedur :

1. Peserta berbaring di atas tilam latihan dengan lutut dibengkokkan pada 90. 2. Tangan peserta disilang pada dada dan tapak tangan mendakap bahu yang bertentangan. Pembantu akan memegang perg elangan kaki peserta semasa ujian dijalankan. 3. Apabila isyarat mula diberikan, peserta bangkit dari kedudukan baring hingga siku mencecah paha dan kembali ke posisi asal. 4. Peserta mestilah kembali ke kedudukan baring d engan scapula menyentuh lantai sebelum bangkit semula.

Ujian Tekan Tubi Tanpa Henti

Objektif : Ujian ini menilai daya tahan otot trisep

dan otot deltoid dan ujian inimemerlukan peserta melakukan tekan tubi sehingga peserta tersebut sendiri berhenti. Peralatan dan kemudahan : Kawasan lapang.

Prosedur :

1. Mula dengan kedudukan meniarap dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan. 2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada hampir mencecah lantai. 3. Satu ulangan lengkap ialah dari kedudukan mula, turun ke bawah dan naik semula ke kedudukan asal. 3. Ujian tamat apabila peserta berhenti atau rehat seketika. 4. Ulangan tidak dikira jika peserta tidak turun sehingga dada mencecah lantai.

Wall Sit

Objektif : Ujian ini menilai ketahanan otot

bahagian bawah tubuh terutamanya otot kuadrisep. Peralatan dan kemudahan : Dinding, jam randik. Kelebihan : Ujian yang kurang menggunakan peralatan, mudah dijalankan dan boleh dijalankan dalam bilangan peserta yang banyak.

Prosedur :

1. Berdiri dalam keadaan yang selesa dengan kaki dibuka seluas bahu dan berdiri membelakangkan dinding. 2. Secara perlahan-lahan badan diturunkan ke bawah dengan keadaan lutut dibengkokkan dan berada dalam sudut 90. Masa dimulakan apabila salah satu kaki diangkat naik sedikit dan berta han selama yang boleh. 3.Masa akan dihentikan apabila peserta tidak dapat kek al dalam posisinya dan kaki telah dijatuhkan ke atas lantai. 5. Peserta diberi rehat seketika dan diuji dengan kaki yang sebelah lagi. 6. Dua kali percubaan diberikan dan catatan masa

Split Jump

Objektif : Diakhir ujian penyelidik dapat

mengukur daya tahan otot kuadrisep,hamstring dan gastronemius. Peralatan : Penanda, kawasan lapang

Prosedur :

1. Pelaku berdiri tegak, gunakan sebatang kayu, meja atau kerusi yang boleh digunakan sebagai penanda. Penanda sepatutnya berada pada paras di bawah lutut. 2. Kedua belah tangan berada di belakang kepala, mata memandang ke hadapan dan langkah sebelah kaki sedikit ke hadapan. 3. Lompat setinggi yang boleh dan mendarat dengan satu kaki berada di hadapan dan yang satu lagi berada di belakang. Kedudukan lutut adalah bengkok dalam keadaan lebih kurang 90 darjah. 4. Ulangi lompatan sehingga letih.
Pengukuran : Kiraan dibuat pada tiap-tiap ulangan

yang dibuat dengan betul. Lompatan tidak boleh

Ujian Gayut Tangan

Objektif : Ujian ini menilai daya ketahanan otot

bahagian atas tubuh iaitu deltoid,bisep dan trisep. Peralatan : Jam randik, horizontal overhead bar Kelebihan :Peralatan sedia ada dan ujian mudah dilakukan serta dapat dibuat dalam masa yang singkat.

Prosedur :

1. Genggam dan bergayut pada bar sama ada secara overhand grip (tapak tangan menghala ke luar badan) atau underhand grip (tapak tangan menghala ke arah badan). 2. Badan dibiarkan dalam posisi dengan tangan dalam keadaan fleksi dan dagu berada di bahagian atas bar. 3. Bahagian dada peserta perlulah hampir kepada bar dan kaki dibiarkan dalam keadaan lurus. 4. Peserta perlu bergayut dalam posisi ini seberapa lama yang terdaya dan masa akan dihentikan apabila dagu peserta menyentuh atau berada di bawah paras bar. Jenis genggaman yang digunakan perlu direkod juga. 5.Tiga kali percubaan diberi kepada peserta dan catatan masa yang paling lama akan diambil.

Double Leg Rise

Objektif : Ujian ini menilai daya ketahanan otot

bahagian perut dan bahagian bawah belakang. Peralatan : Jam randik, tilam. Kelebihan :Peralatan sedia ada dan ujian mudah dilakukan kerana menggunakan berat badan bahagian kaki.

Prosedur :

1. Berbaring dengan bahagian belakang di atas tilam. 2. Kaki diluruskan dan lutut dibengkokkan sedikit.Tangan berada dibahagian sisi badan. 3. Kemudian naikkan kedua-dua belah kaki secara seiring pada sudut 90 darjah daripada bahagian badan dengan pantas. 4.Lakukan ulangan sehingga penat. 5.Jumlah lakuan dicatatkan.