Anda di halaman 1dari 35

Guru dan Perundangan

Juliana Osong Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Gaya


1

Peranan Guru

Merupakan penjawat awam Terikat dengan peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib penjawat awam

Peranan Guru

Pelaksana dan penterjemah kurikulum yang telah digubal dalam bentuk P&P; Agen inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran Mahir dalam memberikan layanan yang sewajarnya kepada pelajar daripada pelbagai kebolehan.

Dokumen yang di semak

Rancangan Tahunan yang berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran terkini-Seksyen 8 (1)-Penaliti RM 500.00 Merangkumi sepanjang tahun persekolahan semasa; Buku Rekod Mengajar- mengikut P.U.(A) Peraturan 8

Buku Rekod Guru

Menyimpan dan menyenggara sesuatu buku rekod ; Hendaklah direkod tidak lewat daripada hari akhir persekolahan tiap minggu Bahagian-bahagian sukatan pelajaran yang diluluskan; Diadakan serta merta untuk pemeriksaan

Isu Buku Rekod Mengajar


Tidak buat rancangan tahunan & harian; Tiada jadual waktu yang ditandatangani Pengetua/GBesar; Penipuan rancangan harian; Lewat hantar; Tidak hantar. Penalti RM 500.00

Jadual Waktu
P.U. (A) 531 Perkara 6(1) Mengadakan serta merta jadual semua mata pelajaran diajar; Sukatan mata pelajaran diajar Perkara 6 (2) Mengadakan serta merta untuk pemeriksaan jadual waktu pernggal persekolahan semasa
7

Jadual Waktu Induk


P.U.(A) Peraturan 11guru hendaklah mengajar ikut sukatan pelajaran & jw yg diluluskan GB/Pengetua sesuatu sekolah hendaklah mempamerkan sesalinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangani olehnya disuatu tempat yang mudah dilihat-di pejabat, kantin, laluan, bilik guru, bilik gerakan- tidak patuh boleh dipenjara 3 bulan atau denda penalti RM 5000
8

PAKAIAN TERTIB/ ETIKET PAKAIAN

Peraturan 6(1), PPA 1993 dan Peraturan 5(1) PTB 2000, ianya sendiri bukanlah membuat apa-apa arahan mengenai pakaian apa yang boleh dan tidak boleh dipakai oleh penjawat awam semasa bertugas harian mereka. Peraturan 6(1) PPA 1993 dan Peraturan 5(1) PTB 2000 ini perlu dibaca bersama-sama dengan apa-apa arahan berkaitan berpakaian, yang akan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
9

PAKAIAN TERTIB/ ETIKET PAKAIAN


Penjawat awam setiap daripada mereka perlu diberitahu secara khusus "kehadiran arahan sedemikian, misalnya mengedarkan arahan itu untuk dibaca dan difahami oleh setiap mereka (dan mereka mengesahkan membaca dan memahaminya dengan menurunkan tandatangan pada edaran itu. kes Halimatussaadiah lwn. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Malaysia dan seorang lagi.
10

PAKAIAN LELAKI

2.1.1 Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan A2 dan B3,lounge suit atau bush-jacket dengan bahan kain yang sesuai; atau seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali leher; dan jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan. 2.1.2 Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan C dan D4, seluar panjang beserta baju kemeja dengan warna yang sesuai; baju hendaklah dimasukkan ke dalam; jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan.
11

PAKAIAN LELAKI

2.1.3 Pakaian baju Melayu lengkap dengan bersamping; atau pakaian baju yang mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang; pakaian Melayu dengan kain sarung tidak dibenarkan. 2.1.4 Pada hari Sabtu atau hari bekerja separuh hari5, pegawai-pegawai awam yang tidak dikehendaki memakai pakaian seragam boleh memakai baju batik berlengan panjang atau pendek, dengan syarat baju batik yang dipakai itu adalah buatan Malaysia.
12

PAKAIAN LELAKI

2.1.5 Jeans atau seluar pendek tidak boleh dipakai semasa bekerja. 2.1.6 2.1.6 Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal boleh dipakai dengan pakaian baju Melayu yang lengkap dengan bersamping. 2.1.7 Selipar, kasut getah dan kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.

13

PAKAIAN WANITA

Pakaian Kebangsaan atau pakaian kaum masingmasing yang sesuai dipakai semasa bekerja. Jeans, slacks seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka tidak boleh dipakai semasa bekerja. 2.2.2 Selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan; kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.

14

PAKAIAN WANITA

Pakaian Seragam (Lelaki dan Wanita) 2.3.1 Pakaian seragam hendaklah sentiasa dipakai semasa bekerja bagi mereka yang dibekalkan dengannya.

15

PAKAIAN WANITA

Pakaian batik (Lelaki dan Wanita) 2.4.1 Pegawai-pegawai awam yang menyertai rombongan ke luar negara atas urusan rasmi ataupun dengan anjuran jabatan masing-masing hendaklah pada masa, tempat dan upacara yang sesuai, dan jika dibenarkan, memakai batik buatan Malaysia. Pegawai-pegawai awam adalah juga digalakkan memakai batik buatan Malaysia jika keadaan membenarkan apabila menyertai rombongan ke luar negara dengan anjuran persatuan, pertubuhan atau koperasi masingmasing.
16

PAKAIAN WANITA

2.4.2 Pegawai-pegawai awam yang menghadiri sesuatu upacara, perjumpaan atau mana-mana jemputan, jika ditetapkan memakai batik, hendaklah memakai batik buatan Malaysia. 2.5 Pakaian Lain (Lelaki dan Wanita) 2.5.1 Pakaian-pakaian jenis lain termasuk jenis kasut, boleh dipakai oleh pegawai-pegawai awam semasa bekerja jika tugas-tugasnya memerlukan pakaian demikian dan dibenarkan oleh Ketua Jabatan masing-masing.

17

PAKAIAN WANITA

Pakaian Yang Menjolok Mata (Lelaki dan Wanita)

2.6.1 Pegawai-pegawai awam tidak dibenarkan memakai pakaian yang menjolok mata.

18

ETIKET PAKAIAN (LELAKI )


PAKAIAN-PAKAIAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA-UPACARA RASMI Pakaian Rasmi (Formal) Untuk Lelaki Pakaian Untuk Upacara Separuh Rasmi (Lelaki)

19

PENYALAHGUNAAN ATAU MENAGIH DADAH BERBAHAYA

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 ialah Peraturan 7 (dan Peraturan 6 PTB 2000) iaitu mengenai larangan mengguna atau mengambil dadah berbahaya (kecuali bagi maksud perubatan seperti preskripsi yang dibuat oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan kerajaan).

20

PENYALAHGUNAAN ATAU MENAGIH DADAH BERBAHAYA

Peraturan 7, PPA1993 atau Peraturan 6, PTB 2000 membolehkan seseorang yang menagih dadah dikenakan tindakan tatatertib, dibaca bersama dgn Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1984 iaitu mengenai Peraturan Dan Tindakan Ke Atas Pegawai Dan Kakitangan Yang terlibat Dengan Penagihan Dadah. Pekeliling ini menekankan mengenai langkah-langkah yang perlu Ketua Jabatan ambil apabila didapati ada penjawat awam dibawahnya menagih dadah.
21

PENYALAHGUNAAN ATAU MENAGIH DADAH BERBAHAYA

Menurut Pekeliling ini, langkahlangkah pemulihan dan rawatan kepada penjawat awam terbabit perlulah diambil terlebih dahulu dengan seberapa segera yang boleh, dan jika semua langkah rawatan dan pemulihan itu gagal maka barulah tindakan tatatertib boleh diambil terhadap penjawat awam tersebut, termasuk dibuang kerja.

22

PENYALAHGUNAAN ATAU MENAGIH DADAH BERBAHAYA

Rawatan dan Pemulihan kepada Penagihpenagih Dadah 2.1 Di bawah Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Akta 283), penagihpenagih dadah boleh dimasukkan ke pusat pemulihan dengan ; (i) perintah Mahkamah (ii) cara sukarela iaitu penagih dadah sendiri memohon untuk menjalani rawatan dan pemulihan.
23

PENYALAHGUNAAN ATAU MENAGIH DADAH BERBAHAYA

2.2 Ketua-ketua Jabatan juga boleh melaporkan kepada mana-mana Pegawai Pemulihan atau mana-mana Pegawai Kebajikan Masyarakat atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Sarjana atau mana-mana pegawai penjaga balai polis, mengenai pegawai dan kakitangan mereka yang disyaki terlibat dengan penagihan dadah.

24

PENYALAHGUNAAN ATAU MENAGIH DADAH BERBAHAYA

3. 3. Dasar dan Peraturan Baru mengenai Masalah Dadah 3.1 Kerajaan telah memutuskan bahawa dasar dan peraturan-peraturan berikut hendaklah dikuatkuasakan : (i) Calon-calon yang akan dilantik Tiap-tiap seorang calon yang akan dilantik ke perkhidmatan awam hendaklah mengangkat sumpah di bawah Akta akuan Berkanun 1960 bahawa ianya bukan penagih dadah.
25

PENYALAHGUNAAN ATAU MENAGIH DADAH BERBAHAYA


(ii) Pegawai dan Kakitangan dalam percubaan Pegawai dan kakitangan dalam percubaan bagi lantikan pertama akan ditamatkan perkhidmatan mereka di bawah Perintah Am 58 Perintahperintah Am Bab A (Lantikan dan Kenaikan Pangkat 1973) sekiranya mereka didapati terlibat dengan penagihan dadah.

26

PENYALAHGUNAAN ATAU MENAGIH DADAH BERBAHAYA

(iii) Pegawai dan kakitangan yang telah disahkan dalam jawatan (a) Pegawai dan kakitangan Kerajaan yang memohon cara sukarela untuk menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan boleh diberi cuti separuh gaji selama mereka berada di pusat pemulihan dengan syarat bahawa rawatan dan pemulihan itu adalah buat kali yang pertama:

27

PENYALAHGUNAAN ATAU MENAGIH DADAH BERBAHAYA

(b) Pegawai dan kakitangan Kerajaan yang dihantar ke pusat pemulihan dengan perintah Mahkamah (i) akan diberi cuti tanpa gaji selama tempoh menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan; (ii) tidak akan diberi kenaikan gaji selama tempoh menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan.

28

PENYALAHGUNAAN ATAU MENAGIH DADAH BERBAHAYA

(iii) Akan dibayar gaji atas kadar yang diterima sebelum masuk ke pusat pemulihan sekembalinya mereka berlepas semula selepas menjalani rawatan dan pemulihan:

29

PENYALAHGUNAAN ATAU MENAGIH DADAH BERBAHAYA

(c) Pegawai dan kakitangan yang didapati menagih dadah semula selepas menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan atau dengan cara pengawasan, termasuk mereka yang pernah menjalani rawatan dan pemulihan dipusat pemulihan atau secara pengawasan sebelum Pekeliling ini dikeluarkan, boleh diambil tindakan tatatertib di bawah Perintah Am 36, Perintahperintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 198011 dengan tujuan dibuang kerja.
30

PENYALAHGUNAAN ATAU MENAGIH DADAH BERBAHAYA

(d) Pegawai dan kakitangan yang meninggalkan pusat pemulihan tanpa kebenaran sebelum tamat tempoh rawatan dan pemulihan atau gagal mematuhi perintah pengawasan, boleh diambil tindakan tatatertib seperti dinyatakan di perenggan kecil (c) di atas.

31

PENYALAHGUNAAN ATAU MENAGIH DADAH BERBAHAYA

(iv) Pegawai dan kakitangan yang telah pulih penagihan dadah Pegawai dan kakitangan yang telah pulih dari penagihan dadah hendaklah diberi tugas dan tanggungjawab yang sama seperti sebelum mereka terlibat dengan penagihan dadah. Sekiranya prestasi mereka didapati menurun, pegawai dan kakitangan yang berkenaan hendaklah di laporkan kepada pegawai perubatan untuk menentukan sama ada mereka boleh diberi tugas dan tanggungjawab yang sama seperti sebelum mereka menagih dadah 32

RUMUSAN

Kerajaan begitu perihatin dan amat menekankan soal etiket pakaian penjawat awam dan masaalah penyalahgunaan dadah Ini menjadikan dua perkara tersebut didokumenkan didalam Peraturan Tatatertib dengan jelas.

33

ISL

Perbincangan kumpulan: Bincang dan senaraikan tingkah laku-tingkah laku yang tidak harus dilakukan berdasarkan Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) Merujuk buku atau melayari laman web untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan implikasi pendidikan wajib di Malaysia.

34

Tutorial

Pembentangan hasil rumusan dalam bentuk forum. Pelajar-pelajar diberi peranan yang berlainan seperti ibu bapa, guru, ahli politik, pentadbir sekolah, NGO.

35

Anda mungkin juga menyukai