Anda di halaman 1dari 21

1.

1 PENGERTIAN DAN SKOP SAINS SUKAN

DEFINISI DAN KONSEP SAINS SUKAN -Hawkey ( 1993 ) mendefinisikan sukan sebagai aktiviti manusia yang melibatkan organisasi yang khusus dan laksanaan undang-undang.

-Aktiviti ini melibatkan pertandingan atau cabaran bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

-Kesimpulannya sukan ialah aktiviti fizikal manusia yang berunsurkan pertandingan dan tertakluk pada peraturan atau undangundang yang telah diinstitusikan.

Dasar Sukan Negara Malaysia 1988, mengkategori sukan kepada dua bahagian utama iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi. Mull et al. (1997) pula membahagikan kedua-dua bahagian di atas kepada empat kategori

Sukan untuk semua *Sukan dengan pendidikan *Sukan rekreasi Sukan Prestasi Tinggi *Sukan amatur *Sukan profesional

Swanson dan Massendale(1997) menjelaskan bahawa Sains Sukan bermula daripada pendidikan Jasmani Pendidikan Jasmani bermula sebagai satu bidang ilmu yang memberi fokus kepada aktiviti fizikal yang menjadi elemen bagi meningkatkan tahap kesihatan Bidang ini berkembang secara perlahan-lahan dan menjadi satu bidang yang melibatkan disiplin-disiplin sains. Sains Sukan juga merupakan gabungan beberapa disiplin yang berteraskan sains. Antaranya disiplin perubatan sukan, anatomi, fisiologi, psikologi, biomekanik dan pemakanan sukan. Penggabungan disiplin ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi sukan.

A. Sains Sukan Tulen


Sains Sukan juga merupakan gabungan beberapa disiplin yang berteraskan sains Penggabungan disiplin ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi sukan Contoh komponen sains sukan tulen ; Sosiologi Sukan, Anatomi & Fisiologi, Fisiologi Senam, Psikologi Sukan, Pemakanan Sukan dan Biomekanik Dll.

B. Sains Sukan Gunaan


Aplikasi sains dalam aktiviti sukan Mengaplikasikan biomekanik dalam sukan. Contoh : Lompat jauh ( biomekanik ) - Faktor ketinggian seseorang

- Gaya lompatan

C. Sains Sukan Generik


Sains Sukan untuk kecergasan diprogramkan untuk menggalakan penyertaan dan mendatangkan rasa gembira dikalangan peserta juga membantu membina aktiviti sosial yang sihat lagi menyihatkan.Bersukan memberikan kecergasan, sementara kecergasan mencetus kecerdasan. Sains Sukan untuk prestasi tinggi Sukan untuk kecemerlangan bertujuan untuk meningkatkan prestasi atlet pada peringkat tertinggi. Sains untuk massa Sukan bertujuan untuk mengekal dan meningkatkan tahap kesihatan serta kesejahteraan anggota masyarakat.

D. Matlamat Sains Sukan Dari Segi :


Pertumbuhan organan Pertumbuhan fizikal Pertumbuhan otot-saraf serta kemahiran Pertumbuhan emosi dan sosial Pembangunan insan dan negara

Semua ini berdasarkan mata pelajaran yang terkandung dalam Sains Sukan seperti anatomi dan fisiologi, psikologi sukan, pengurusan sukan , sosiologi sukan,pemakanan sukan dan perubatan dalam sukan.

E. Sains Sukan sebagai disiplin akademik


dan profession.
Disiplin Akademik: skop bidang yang luas ( pengetahuan / ilmu,

generalisasi, prinsip )
Khusus kepada matlamat : skop dipersetujui oleh pakar bidang. Profesion : melibatkan bidang minat / keprihatinan manusia yang spesifik, pakar yang berkualiti tinggi dan mendapat pengiktirafan global. Skop bidang : boleh dikaji.

A) Sains Sukan untuk wanita Perbezaan prestasi sukan wanita berbanding lelaki Perbezaan rangka tubuh Faktor fizikal Saiz dan kualiti otot

Keupayaan berlatih dan menahan sakit


Faktor fisiologi Haid dan kehamilan Pemakanan dan kecederaan Penglibatan wanita dalam sukan Faktor menghalang penglibatan wanita dalam sukan

B. Sains Sukan untuk lelaki


Perbezaan prestasi sukan lelaki berbanding wanita Perbezaan rangka tubuh Faktor fizikal Ketahanan Binaan sendi Saiz dan kualiti otot Keupayaan berlatih dan menahan sakit Faktor fisiologi

Pemakanan dan kecederaan


Penglibatan lelaki dalam sukan Faktor menghalang penglibatan lelaki dalam sukan

C. Sains Sukan untuk kumpulan kesihatan dan kecergasan terbahagi kepada tiga iaitu : Tahap pertengahan Tahap rendah Tahap tinggi

D. Sains Sukan untuk sukan massa


Bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan serta kesejahteraan anggota masyarakat Merujuk kepada aktiviti-aktiviti rekreasi yang berbentuk fizikal dan sukan spontan yang diuruskan untuk tujuan menggalakkan penyertaan yang lebih meluas Diwujukan bukan semata-mata untuk pertandingan pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa

E. Sains Sukan untuk kanak-kanak


Pendedahan awal untuk penjagaan kesihatan dan peningkatan tahap kecergasan.

F. Sains Sukan untuk populasi istimewa


Sukan untuk golongan kurang upaya.

G. Sains Sukan untuk warga emas


Peningkatan kesihatan mereka

H. Sains Sukan untuk semua dan dan atlet berprestasi tinggi


Untuk meningkatkan prestasi atlet pada peringkat tertinggi

Implikasi pengertian sukan Amatur Prestasi tinggi Sukan Massa Orang kurang upaya Ultra / elit

A. Disiplin akademik sukan


Biomekanik satu bidang menggunakan prinsip saintifik, mekanik dan fizik untuk memahami pegerakan tubuh badan manusia dan perlakuan menggunakan alatan sukan.
Fisiologi senaman satu bidang untuk menjalankan sesuatu kaedah senaman yang sesuai tentang tubuh manusia. Kinesiologi kajian mengenai kaedah penilaian pergerakan tubuh badan manusia. Lakuan motor bidang pengajian pergerakan manusia yang melibatkan sistem mekanisma biologi dan berperanan menghasilkan lakuan motor.

Psikologi sukan mengkaji tingkah laku individu dalam sukan. Sosiologi sukan bidang kajian yang mengaplikasikan konsep sosiologi untuk melihat dan memahami apa yang berlaku dalam sukan. Kejurulatihan sukan meningkatkan tahap pengetahuan dan professional jurulatih berdasarkan pengetahuan sains sukan. Pemakanan sukan aplikasi strategi pemakanan untuk menggalakan kesihatan , mengadaptasikan pemakanan kepada latihan, mengurangkan masa pemulihan selepas latihan serta meningkatkan prestasi optimum semasa latihan dan bertanding.

Kecederaan sukan membantu mengenalpasti kecederaan dan mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak dari ditimpa kemalangan serta pemulihan selepas kecederaan.

Pengurusan sukan satu usaha untuk mengelola atau menyelesaikan satu tugasan secara bersama dengan orang lain, sekumpulan orang atau dengan beberapa kumpulan semata-mata untuk mencapai objektif sesebuah organisasi.
Pemakanan sukan aplikasi strategi pemakanan untuk menggalakan kesihatan , mengadaptasikan pemakanan kepada latihan, mengurangkan masa pemulihan selepas latihan serta meningkatkan prestasi optimum semasa latihan dan bertanding.

Pemakanan sukan aplikasi strategi pemakanan untuk menggalakan kesihatan , mengadaptasikan pemakanan kepada latihan, mengurangkan masa pemulihan selepas latihan serta meningkatkan prestasi optimum semasa latihan dan bertanding.
Kecederaan sukan membantu mengenalpasti kecederaan dan mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak dari ditimpa kemalangan serta pemulihan selepas kecederaan. Pengurusan sukan satu usaha untuk mengelola atau menyelesaikan satu tugasan secara bersama dengan orang lain, sekumpulan orang atau dengan beberapa kumpulan semata-mata untuk mencapai objektif sesebuah organisasi. Rekreasi dan kesenggangan program sukan yang menitikberatkan penyertaan atas pilihan sendiri supaya peserta berasa seronok, puas hati dan dapat bersosial

B. Aplikasi Sains Sukan dalam konteks


Sekolah Institut Pengajian Tinggi Institusi Penyelidikan dan Perundingan Sukan prestasi tinggi di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa Kecergasan dan kesejahteraan Pembangunan insan Pembangunan negara