Anda di halaman 1dari 13

BAB 6 KEPIMPINAN GURU

AHLI KUMPULAN MOHAMAD HAFIZUL BIN NORDIN SYED ANWAR SYED MAHMUD RABBIYATUL ADAWIYAH BINTI PAIRON

KONSEP ASAS KEPEMIMPINAN


Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripadapimpin.
Pimpin berertibimbing,panduan atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat.

Kepimpinan membawa erti keupayaaan memimpin dan kepemimpinan pula keupayaan sebagai pemimpin,daya seseorang pemimpin(KamusDewan,2007).

KONSEP ASAS KEPEMIMPINAN


Kepimpinan merupakan unsur penting dalam sesebuah organisasi formal. Kepimpinan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli di dalamnya. Kepimpinan yang baik dapat menjamin kejayaan sesebuah organisasi.

KONSEP ASAS KEPEMIMPINAN


Gordon(1955) kepimpinan dapat dilihat sebagai interaksi antara individu dengan kumpulan atau secara khususnya antara individu dengan seluruh ahli yang menganggotai kumpulan. Menurut Fulmer(1988),kepemimpinan melibatkan kedua-dua keupayaan atau kekuatan untuk meyakinkan orang lain bekerja keras ke arah sesuatu matlamat, dan kemahiran atau kebolehan untuk membantu mereka mencapainya.

Hadis Rasulullah saw:Setiap seorang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin adalah bertanggungjawab terhadap orang-orang yang dipimpinnya

KONSEP ASAS KEPEMIMPINAN


Terdapat seorang pemimpin sebagai ketua organisasi Mempunyai interaksi antara pemimpin dan pengikut Mempunyai matlamat yang dikongsi bersama, matlamat organisasi. CONTOH: matlamat syarikat=untung

Konsep Asas Kepemimpinan


Sifat-sifat Pemimpin yang boleh mempengaruhi ahli. CONTOH : tegas, berdisiplin Mempunyai inspirasi dan sokongan

Nilai-nilai murni ,penerapan dalam organisasi.


CONTOH : hormat, kerjasama, tolongmenolong

CONTOH : Hubungan pemimpian-ahli

JENIS-JENIS KEPEMIMPINAN
Terdapat seorang yang berpengaruh untuk menjadi ketua Pemimpin yang mempunyai kualiti istimewa dan tret personaliti yang tersendiri. Ketua yang amat berstruktur dan berfungsi mengikut prosedur yang ditetapkan. Aktiviti kepemimpinan diagihkan dalam suatu jaringan interaktif antara pemimpin dan ahli

KEPIMPINAN SEMULA JADI


Ketua tidak dilantik secara formal. Lazimnya, anggota kumpulan yang tertua, paling berpengalaman dan mempunyai kemahirang yang tinggi akan secara semula jadi diterima sebagai ketua.

KEPIMPINAN KARISMATIK
MaxWeber (1947) menyatakan seseorang ketua dianggap oleh pengikutnya mempunyai kualiti istimewa dan luar biasa yang mampu menyelesaikan segala masalah serta pengikut memberikan taat setia yang sepenuhnya.

KEPIMPINAN KARISMATIK
House&Howell (1992) menyatakan terdapat tret-tret personaliti tertentu yang dimiliki oleh pemimpin berkarisma iaitu: Keyakinan diri yang tinggi Berani menanggung risiko Berorientasikan pencapaian Berorientasikan kreativiti dan inovasi Bertenaga & stamina diri yang tinggi Menggunakan pengaruh terhadap pengikut Bertimbang rasa,peka & responsif

KEPIMPINAN BIROKRATIK
MaxWeber (1989) menyatakan Kepemimpinan Birokratik dilantik ke jawatan yang disandang secara rasmi dalam sesebuah organisasi & bertindak menggunakan kuasa yang ada bertujuan memaksimakan kecekapan serta mengurus organisasi menggunakan pendekatan rasional.

KEPIMPINAN BIROKRATIK
Kepemimpinan Birokratik memberi penekanan kepada: Organisasi yang berorientasikan matlamat Pembahagian bidang pengkhususan Struktur berhierarki Mementingkan peraturan & tatatertib Mempunyai prosedur kerja yang amat teknikal Perjawatan berdasarkan kelayakan & kecekapan bidang.

KEPIMPINAN TERAGIH
Kepemimpinan diagihkan dalam suatu jaringan interaktif antara pemimpin dengan semua ahli & dapat menimbulkan semangat kerjasama serta keakraban sesama rakan setugas. Dianggap sebagai jenis kepemimpinan yang paling sesuai untuk organisasi sekolah kerana sebahagian besar ahlinya terdiri daripada golongan profesional yang mempunyai autoriti dalam bidang kepakaran masing-masing.

KEPIMPINAN TERAGIH
Brown,Boyle&Boyle(1989),menyatakan melalui kolaborasi & amalan rakan sekerja,mereka memperoleh manfaat daripada sokongan & kepelbagaian kepakaran rakan sekerja. Perkongsian visi & misi merupakan asas kepada hasil keputusan bersama yang meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas.