Anda di halaman 1dari 14

Elemen ini penting sebelum melakukan sebarang senaman atau aktiviti fizikal Ia bertujuan menyediakan badan secara fizikal

dan mental untuk aktiviti fizikal sekali gus mengelakkan daripada kecederaan.

Merangkumi aktiviti kardiovaskular dan senaman ringan seperti gerakan aerobik yang mudah Membabitkan aktiviti yang ingin anda lakukan tetapi pada kadar yang lebih perlahan Contoh, jika anda ingin berlari, panaskan badan dengan larian yang perlahan dan jika anda ingin berenang, mulakan dengan renangan yang ringan.

Berbeza dengan regangan badan, yang paling berkesan dilakukan selepas memanaskan badan

Kita sebenarnya memanas atau meningkatkan suhu badan dan otot Ia juga meningkatkan kadar degupan jantung dan pernafasan; meningkatkan pengedaran nutrien dan oksigen ke otot; menyediakan badan untuk kegiatan fizikal dan memudahkan pembakaran lemak (kalori)

Cara terbaik untuk memberhentikan kereta atau basikal bukanlah dengan melanggar tembok atau berhenti mengejut Perlahankan pergerakan fizikal yang dilakukan selama kira-kira 5-10 minit sebelum berhenti Jika anda berlari, perlahankan larian dan diakhiri dengan berjalan.
Aktiviti ini akan membantu menurunkan kadar degupan jantung dan pernafasan ke paras normal, mengelakkan kekejangan atau kesakitan otot, mengelakkan rasa pening dan merehatkan otot.