Anda di halaman 1dari 33

IPG KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3107)


PENDEKATAN BERTEMA

PENGENALAN
Tema bukan sahaja digunakan sebagai tajuk atau subjek tetapi tema meneroka pengalaman manusia dari segi pandangan atau perspektif. Tema merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang kepada pelajar untuk memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu

Tema memberi pembelajaran.

makna

dan

tujuan

untuk

Pendekatan Bertema
Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsep atau tema. Ia merupakan alat pengelolaan yang memberi peluang kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Unit pengajaran yang bertema membolehkan pelajar menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran termasuk juga bidang bidang kurikulum.

Berasaskan kandungan dan kemahiran Berasaskan kemahiran

Berfokus kepada isu Berfokus kepada projek

Berasaskan konsep

Pemilihan tema perlu dilaksanakan

Berorientasikan kajian kes

Pemeringkatan tema daripada yang mudah kepada mencabar

Boleh merentas semua matapelajaran

Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan pelajar

Aspek-Aspek Dalam Pemilihan Tema


Minat guru terhadap tema
Kemudahan untuk mendapatkan sumber dan bahan Bersesuaian dengan situasi, masa dan peristiwa.

Jenis Tema
Persekitaran

Tema

Komunikasi

Masyarakat

Tema Persekitaran
Persekitaran merangkumi elemen fizikal dan sosial.

Persekitaran fizikal ialah pelbagai bahan dan ruang untuk bermain dan cukup masa mampu memberi kesan ke atas perkembangan kanak kanak bermain. Persekitaran sosial dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu bapa, interaksi dengan rakan sebaya serta sokongan. Tiga elemen dalam persekitaran yang mempengaruhi organisma hidup adalah alam semulajadi, buatan manusia dan teknologi.

Tema Persekitaran Alam Semulajadi


Melalui persekitaran alam semula jadi adalah diharapkan agar murid murid dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang peranan dan kefahaman tentang persekitaran alam semula jadi yang meliputi segala aspek yang berada di persekitarannya, tempat dan habitat semua hidupan tinggal.

Selain itu, ia dapat mendidik masyarakat agar lebih peka dan bertanggungjawab dalam menangani isu isu alam sekitar serta memupuk rasa cinta terhadap alam sekitar

Tema Persekitaran Alam Semulajadi

Tema Persekitaran Buatan Manusia


Persekitaran buatan manusia juga memainkan peranan penting. Antara persekitaran buatan manusia termasuklah rumah, pembinaan, bangunan dan jentera pembinaan. Untuk itu, pelajar dapat mengenalpasti : i. kesan bahan kitar semula ii. menghasilkan bunyi yang kuat dan lembut (muzik)

Tema Persekitaran Buatan Manusia

Tema Persekitaran Teknologi


Tema yang terkandung dalam persekitaranteknologi adalah bercorak globalisasi, dunia tanpa sempadan, komunikasi melalui internet, pelbagai jenis pengangkutan dan lain-lain.
Tema ini boleh digunakan dalam mengajar topik-topik daripada mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu, Sains, Kajian Tempatan dan lain-lain lagi.

Tema Persekitaran Teknologi

Tema Persekitaran
Berikut adalah satu contoh pelajaran Sains yang mengintegrasikan aktiviti-aktiviti Muzik, Seni Visual dan Pendidikan Jasmani:
Tajuk : Bahagian-bahagian pokok. Tema persekitaran : Hutan Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam hutan melalui gambar, rakaman video, penerangan dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat perkusi. Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup, (b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza iaitu tinggi, rendah, berterbangan. Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang (b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup Seni Visual : (a) Mewarna danmenggambarkan perasaan seperti gembira, marah dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.

Tema Masyarakat
Masyarakat dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan besar iaitu; i. masyarakat zaman purba, ii. zaman batu dan iii. masa kini. Dalam masyarakat manusia, sosial dan budaya tidak dapat dipisahkan. Kita perlu bekerjasama untuk kepentingan masyarakat. Perhubungan sosial ini memberi ruang kepada mereka mencipta aktivitiaktiviti untuk memenuhi masa lapang yang diwarisi sejak turun temurun dan menjadi budaya dalam masyarakat.

Kanak-kanak mempelajari pelbagai peranan yang dimainkan oleh manusia dan mereka melakonkan peranan-peranan ini dalam kehidupan seharian mereka. Setiap insan juga memainkan peranan untuk mewujudkan pelbagai lapisan masyarakat seperti pemungut sampah berperanan untuk memungut sampah, tukang kebun menjaga taman bunga, tukang masak memasak makanan dikantin, pemandu bas membawa kanak-kanak ke sekolah. Selain interaksi sosial dalam masyarakat, budaya dan isu perkauman dapat mempengaruhi dalam pergaulan kanak-kanak.

Tema Masyarakat

Tema Masyarakat
Contoh aktiviti: Pohon Keluarga Ini adalah di antara contoh-contoh aktiviti yang menggunakan tema masyarakat dalam pendekatan bertema. Pendekatan ini boleh digunakan dalam pengajaran konsep keluarga dalam mata pelajaran lain. Dalam pembelajaran sains, penghasilan pohon keluarga sebagai suatu projek dapat membantu pelajar memperolehi proses sains seperti memerhati, membuat inferens, berkomunikasi dan menginterpretasi data. Pohon keluarga dipamerkan sebagai gambarajah membentuk suatu persembahan grafik yang dapat berkomunikasi secara terus kepada pelajar pelbagai maklumat mengenai ahli-ahli keluarga dalam suatu cara yang ringkas, secara langsung dan mudah difahami. Contoh: Kekeluargaan i. Manusia tinggal dalam kumpulan keluarga yang berbeza ii. Setiap keluarga mempunyai sejarahnya tersendiri iii. Manusia menggunakan bahasa bertulis dan bahasa lisan untuk berkomunikasi iv. Keluarga mengajar mengajar kanak-kanak untuk menghargai sesuatu v. Keluarga saling bantu-membantu.

Komunikasi merujuk kepada perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai kesan dan memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Semua komunikasi berlaku dalam konteks yang mengandungi sekurang-kurangnya empat dimensi iaitu fizikal, budaya, psikologikal sosial dan temporal

Tema Komunikasi

Tema Komunikasi

Dimensi Komunikasi
Konteks fizikal adalah persekitaran yang nyata dimana komunikasi berlaku seperti dalam bilik atau ruang legar atau ditaman. Konteks budaya pula merujuk kepada peraturan dan norma komunikasi, kepercayaan dan sikap yang dipindah dari satu generasi kepada satu generasi yang seterusnya. Konteks sosio-psikologikal pula merangkumi seperti contoh hubungan status dikalangan peserta, peranan yang dimainkan oleh manusia dan peraturan budaya sesuatu masyarakat dimana komunikasi berlaku. Dalam konteks temporal ianya merangkumi masa dan tarikh.

Jenis Komunikasi
a. Komunikasi Verbal Komunikasi verbal merupakan satu sistem penyampaian mesej yang dilakukan dalam bentuk bahasa-perkataan, frasa dan ayat-ayat.

b. Komunikasi Bukan Verbal Bentuk bukan verbal megandungi pelbagai elemenhubungan ruang, orientasi masa, bahasa isyarat, ekspresi muka, gerakan mata, sentuhan dan variasi dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan.

Tema Komunikasi
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Permulaan/Warm up 1. Guna isyarat atau pergerakan badan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain tentang bentuk 2-M yang dapat dilihat dalam kehidupan seharian seperti bentuk dan corak dalam kain, kain langsir, kertas pembungkus. Matematik & pergerakan 2. Secara individu atau dalam kumpulan sepuluh orang, pegang tangan dan membentuk formasi untuk menunjukkan bentuk-bentuk 2-M seperti seperti segiempat sama, segitiga, bulatan, segiempat tepat, bintang sambil menyanyikan lagu shape dibawah. Matematik, Muzik dan pergerakan

Tema Komunikasi

Plus Minus Interesting (PMI) dalam Pendekatan Bertema

Sejarah
Edward de Bono telah memperkenalkan PMI dan menerbitkannya dalam karya beliau yang berjudul De Bonos Thinking Course.

Edward de Bono

Karya Edward de Bono, Thinking Course

Apa itu PMI?


- Membantu anda membuat keputusan dengan kadar segera dengan mengambil kira pros & cons daripada keputusan tersebut. - Berguna untuk memperluas persepsi anda terhadap sesuatu

masalah atau keputusan dan untuk mendedahkan isu-isu yang


mungkin anda tidak selalu pertimbangkan. - Membantu dalam kerja berkumpulan, terutamanya apabila terdapat ahli kumpulan yang menyokong kuat sesuatu idea .

Apa itu PMI?


- Menggalakkan setiap ahli kumpulan untuk mengambil kira perspektif perspektif lain. - Membantu kumpulan tersebut mencapai keputusan yang

seimbang dan agak dipersetujui

Cara-cara Pengaplikasian PMI


1. Lukiskan satu jadual yang mempunyai 3 lajur. Labelkan setiap lajur dengan Plus, Minus dan Interesting. 2. Di bawah Plus, tulis semua kemungkinan positif daripada tindakan yang diambil. 3. Di bawah Minus, tulis semua kemungkinan kesan negatif daripada tindakan tersebut.

4. Di bawah Interesting, tulis semua implikasi menarik dan apa-apa sahaja kemungkinan hasil daripada tindakan yang diambil. 5. Setelah selesai, tambah semua skor. Skor positif menandakan anda patut mengambil tindakan tersebut manakala skor negatif mencadangkan bahawa anda patut mengelak daripada melakukan tindakan tersebut.
Peringatan: Semak semula skor. Jika naluri, anda mengatakan bahawa jawapan tersebut ada yang tidak kena, ambil masa untuk mengenalpasti sama ada terdapat sesuatu yang anda telah terlepas pandang.

Contoh
Bos kepada Hafif telah menawarkan kenaikan pangkat kepada Hafif daripada seorang office boy kilang beras kepada duta bagi beras Cap Rambutan secara tiba-tiba. Hafif amat gembira tidak

terkata dengan tawaran tersebut. Namun begitu, dia tahu


terdapat beberapa kesan jika dia meninggalkan pasukan sekerjanya sekarang dan menerima tawaran tersebut. Oleh itu, dia membuat keputusan untuk mengambil kira pros & cons keputusannya nanti menggunakan PMI.

PLUS -Gaji tinggi, dari RM 800 sebulan ke RM 4011 sebulan. (+10) -Dapat kenal dengan ramai orang baru (+6) -Keyakinan diri meningkat kerana dapat beli baju bergaya, jam tangan, kasut, Mitsubishi Evo 10 sebuah dan cukup untuk belanja teman wanita. (+10)

MINUS -Kerap kerja outstation - berhadapan dengan media (-2) -Lebih stress kerana sudah terkenal, orang minta autograf di mana-mana sahaja (-1) -Terpaksa pindah dari Alor Sekawan ke Jitra (-6) - Harus mengupah pengurus peribadi (-3)

INTERESTING -Adakah aku sanggup mencabar diri aku secara profesional? (+8) - Adakah aku bersedia untuk tinggal di tempat baru dan berjumpa dengan ramai selebriti terkenal seperti Rozita Che Wan? (+10)

Jumlah skor, + 26 12 + 18 = +32

Oleh itu, Hafif membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut kerana tawaran tersebut berbaloi dengan kesukaran yang bakal dihadapinya dalam berhadapan dengan pihak media yang tidak akan berhenti mengejarnya dan peminat-peminat fanatik yang sering meminta autograf.

PMI dalam Pendekatan Bertema


PLUS -Mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan kondusif dalam proses P&P. -Menyemai daya imaginasi melalui penerokaan. -Dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan. -Memperbaiki kemaiharan interpersonal dan intrapersonal. MINUS -Kecekapan guru dalam pelbagai bidang mata pelajaran. -Untuk membentuk jaringan dalam ahli kumpulan. -Hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza- beza. -Sukar untuk menilai skop pemahaman. -Kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang berbeza. INTERESTING -Persembahan menjadi lebih menarik mellaui pelbagai aktiviti dan kreativiti tinggi. -Pelajar lebih berkeyakinan. -Dapat menghubungkait pengetahuan dan kemahiran. -Dapat menyemai dan mengaitkan idea- idea dan imaginasi baru.

SEKIAN SAHAJA

Anda mungkin juga menyukai